Thursday 21 November 2013

Cowboy Town Di Malaysia

Masa bercuti dekat A Famosa Resort itu hari, illa juga berpeluang masuk ke Pekan Koboi, ataupun Cowboy Town ataupun nama lainnya Old West Town. Satu perkataan je, BEST!

Tak percaya, tanya bebudak ni. Hah ha.


Selama 20++ tahun hidup dekat Malaysia ni, pertama kali illa terasa duduk dekat zaman koboi. Mana lagi nak jumpa orang pakai baju koboi, baju Red Indian dekat Malaysia? Sini je.... 

Dekat pekan koboi ni banyak persembahan yang dibuat termasuk Teater 4D, Permainan Bowling Cowboy Town, Taman Tema Kanak-kanak dan juga Fun Fair. Taapi tarikan utama yang betul-betul buat illa tertarik adalah pertunjukkan Red Indian Show iaitu permainan Api. Walaupun dah banyak kali tengok orang telan minyak tanah, sembur api, still, masih rasa kagum. Lebih kagum bila dia boleh telan api tu sampai padam!

Pertunjukan Red Indian




Paling menarik (semua benda menarik), pertunjukan binatang. Lepas Red Indian Show, ada perarakan haiwan-haiwan. Rasa nak tepuk tangan kuat-kuat bila diorang lepaskan sekumpulan merpati putih melepasi penonton, dan merpati tu balik semula ke tempat dia. Serius kagum. Ada jugak ayam-ayam yang buat catwalk, kambing, semua jinak dan well trained! Syabas untuk diorang.

Pertunjukan dan perarakan.

Gajah ni akan datang dekat kalau dia pegang makanan dia (tebu). Tapi yang saja-saja hulur tangan pun dia pergi dekat jugak. Huh hu.

Pengunjung yang datang sini boleh je nak pegi dekat gajah, kambing atau orang Red Indian sekalipun untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Tak ada hal. Dan akhir sekali, pertunjukkan diakhiri dengan pertunjukan bunga api. Jomlah melawat seluruh Malaysia. Banyak sebenarnya tempat yang kita tak tahu, tapi wujud dekat negara kita yang terchenta ni. Huh hu.



Gambar ni ambik dekat google pasal bateri henpon dah habis waktu diorang buat pertunjukan bunga api. =)

Dah cuti sekolah ni, jom cuti-cuti Malaysia!

2 comments:

Anonymous said...

ilashahila jd koboi..? erkkk

Illa Shanahila said...

kak isyi- nama sy pon typooo. haha