Friday 29 November 2013

Fantastica! 2 ~ Genting Highlands


 Assalamualaikum. 

Kali ni saya nak cerita sambungan  percutian dekat Genting Highland itu hari. Masuk aje hotel First World yang osem, berpeluang tengok Stars On Strings, dinner (makan sampai pingsan), dan akhir sekali, tepat jam 9 malam, kami bergerak pula ke Genting International Showroom untuk tengok persembahan Fantastica! 2. 

Bilik di First World Hotel(Kongsi ngan anak buah je. Selesa gila)

Makan sampai pingsan!

Okay berbalik kepada cerita tadi, sesuai dengan nama dia, Fantastica! memang Fantastic! Ada lima jenis persembahan yang boleh buat mulut ternganga sepanjang korang duduk dekat dalam showroom tu. Persembahan tu termasuklah akrobatik, Bubble Mastery, Gravity Defiying, Aquatic Gymnastics, Comedy dan juga persembahan tarian kontemporari. 


Tarian pelbagai gayaaaa
Upside Down. Kita tengok pun boleh sakit kepala. Tabik springg kat diorang.


Persembahan upside down ni lebih kurang 10 minit. Minum air, main badminton, main bola, semua terbalik. Kagum sungguh! Diorang cakap, waktu awal-awal buat tu, darah semua turun ke kepala. Tak rasa kaki. Tapi bila dah lama-lama, makin okay. Bila ditanya bagaimana diorang buat tu, satu aje jawapan dia. MAGIC ==' Tapi tak apa. Itu rahsia kejayaan diorang. Hoh ho.

Okay, lagi satu yang memang Fantastic adalah persembahan buih-buih daripada Jano Yang. Tak pernah tengok belon yang tak pecah bila dimasukkan tangan. Siap boleh letak lagi satu belon dalam belon besar (macam berbelit je ayat). Tapi apa-apa pun, memang kagum!


Sikit lagi nak rasa ada dekat alam fantasi. Hoh ho


"Unbubblievable!"

Paling kecut, bila  tengok Dany Daniel buat persembahan Rola-Rola Man. Persembahan gravity defiying ni dah cecah lebih 20 juta penonton. Hebat gila!
Gayat gila tengok. Tapi balance berjaya!

Dan... last but not least, persembahan aquatic. Sikit lagi nak tertukar depa dua orang ni dengan ikan duyung. Hah ha. Yang ni pun tak ketinggalan, kagum jugak.


Turun dari atas....posing-posing sikit...jatuh!




Sesi interview sebelum balik.



Kagum-kagum-kagum. Dah, boleh balik ke bilik dengan sengihan. =)

No comments: