Sayang Awak, Janji! [5]


(Awas, pendek=) )

[5]


OKAY. BAYAR TAMBANG, settle! (walaupun muka pakcik tadi berkerut+masam mencuka bila aku hulur dua keping not sepuluh ringgit tu). Aku menghela nafas dalam-dalam sewaktu melihat teksi pakcik tadi memecut laju membelah pekat malam.
            Spontan aku menggeleng perlahan. Tak pernah-pernah aku tak ada duit untuk bayar tambang teksi.
            Tak pernah dibuat AKU, terpaksa suruh pakcik teksi tu tunggu kejap sementara aku dapatkan duit tambang.
Dan tak pernah-pernah aku terpaksa ‘pinjam’ duit orang lain sebab nak bayar teksi.
            Haih. Sungguhla…hari ini dalam sejarah sungguh. Sekali lagi kepala menggeleng tanpa paksaan.
            Elok aje kelibat teksi hilang dari pandangan, aku terus mengatur kaki kembali ke kooperasi. Harap-haraplah Payed masih ada dekat sana. Waktu-waktu macam inilah aku terasa muka penuh dengan peluh-peluh yang mula memusnahkan bedak compact yang aku tempek dekat muka waktu dalam perjalanan tadi.
            Kalut+tak boleh fikir waras+blur waktu nak dapatkan duit tambang teksi tadi membuatkan aku sikitpun tak hiraukan wajah yang dipamer.
            Muka aku tak comot, kan?
            “Kak Diyanah!”
            Suara Payed mematikan langkah aku untuk terus ke kooperasi. Rupanya dia dah buat sila panggung dekat kerusi menunggu tak jauh dari lif. tunggu aku. “Payed…” suara aku terkeluar tanpa dipaksa. Lega sebenarnya. Adrenalina yang merembes laju tadi membuatkan aku termengah sendiri. Tak pasal-pasal malam-malam buta aku buat walkathon dekat hospital ni. Haih.
            “Sorry, tak dapat tolong.” Payed bingkas dari bangku, mendekati aku. “Nak air?”
            Botol jus oren yang dihulurkan tepat di hadapan aku pandang dengan kening terangkat seinci. Bukan ke tadi budak tu tadi cakap tak ada duit baki, boleh pulak budak Payed ni beli.
            Memikirkan dahaga yang aku lalui sekarang, penutup botol terus aku buka. “Bismillah…”
            “Abang tu yang belanja. Dia cakap…”
            …hah? Abang…?
            Jus oren yang belum sempat sampai ke perut terus tersembur keluar. Aduhai. Lupa pulak aku pinjam duit abang tu tadi. Aku terus berdehem perlahan sambil mengelap sisa jus pada bibir. Payed yang memandang aku dengan dahi berkerut aku buat tak nampak.
            “Abang tu cakap apa?” sekali lagi aku membawa botol jus ke mulut. Kali ini aku melabuhkan punggung ke bangku kayu. Tak sopan minum berdiri. Itu yang sampai tersembur bagai.
            “Nak nombor telefon, tunggu dekat lobi pukul sepuluh.”
            Aku kerling jam ditangan. Sekarang dah dekat 9.45 malam. Jumpa Murni pun belum. Ni nak suruh turun ke lobi jumpa dia pulak? Haish.
            Tiba-tiba terasa menyesal pinjam duit dia tadi. (Air oren ni pun tiba-tiba terasa pahit).
            Aku menarik nafas dalam-dalam sambil menutup botol, kemas. Banyak benda lain yang jadi sejak kaki aku melangkah dekat hospital ni. Urusan utama pun belum selesai lagi.
            Aku tak kira apa pun yang akan berlaku lepas ni. Sekarang ni, apa yang penting aku kena jumpa Murni. Ya, itu tujuan utama wujudnya aku dekat Pusrawi malam-malam macam ni.
            Aku bingkas dari bangku sambil membetulkan letak beg tangan di bahu. “Payed,  jom bawa akak jumpa Kak Uni.”


TEPAT JAM 10.15 malam, aku bergegas turun ke lobi. Nasib murni baik. Lepas aje selesai semua benda yang patut, segala check up yang perlu, dia dah dibenarkan balik. doktor cakap, Murni ada darah rendah. Senang pengsan kalau tak kena gaya.
            Baru hari ini aku tahu Murni ada penyakit darah rendah. Aku ingat dalam dunia ni ada penyakit darah tinggi aje. Tak sangka betul. Selama ni elok aje dia sihat (ataupun aku aje yang tak tahu dia ada penyakit tu?)
            Entah.
            Tapi apa-apa pun, semua dah selamat. Sekarang ni tunggu Payed ambilkan ubat dekat farmasi aje.
 “Adik manis, takkan jus oren tu dah tukar muka awak jadi masam?”
Wajah yang aku rasa dalam keadaan neutral terus aku tarik sehingga munculnya kerut-kerut di dahi. Muka enam belas. Apa entah masalah ‘abang’ ni.
“Lambat,” dia berkata sepatah sebaik sahaja aku mendekati dia yang bersandar pada meja di kaunter pertanyaan.
“Kenapa tak bagi aje nombor telefon dekat Payed tadi?” tak puas hati. Iyalah. Benda senang aje. Bagi.nombor.telefon.dia.pada.Payed. senang, kan?
“Sengaja. Nak bagi awak ingat. Mana tahu lepas pinjam awak boleh buat bodoh jugak…macam selalu.” Dia tersengih memandang aku yang berdiri tegak di hadapannya.
Terus terasa aura panas menyusup masuk ke dalam telinga.
Macam selalu?
Macamlah dia kenal aku….
Belum sempat aku membuka mulut, dia terus berpaling membelakangi aku, menghadap dua orang pekerja di meja pertanyaan. “Cik, boleh pinjam pen dengan kertas?”
Tanpa menunggu lama, pen dengan kertas bertukar tangan. Dia terus menulis nombor telefonnya pada kertas kecil tadi dan terus dihulurkan kepada aku.
“Nah.”
Aku menyambut perlahan sambil memandang nombor-nombor yang tertera. Tak sporting langsung abang ni. dua puluh ringgit je kot. Itupun nak berkira.
Lainlah kalau aku langgar kereta dia sampai calar ke. Aku koyakkan baju dia dengan gunting ke.
Ingat aku tak mampu nak bayar ke?
“Pen,” aku menghulurkan tangan. Aku sempat menangkap kerutan pada dahinya waktu pen bertukar tangan. Kertas kecil tadi aku koyak dua sebelum menulis sesuatu pada cebisan yang kosong. “Nah!”


Aku boleh nampak dia tersengih nipis waktu membaca tulisan yang aku serahkan tadi. cebisan kertas yang mencatakan nombor telefon dia aku masukkan ke dalam beg tangan. mati aku kalau hilang ni.
            Mana aku nak cari dia lagi kalau nombor telefon ni hilang? Heh.
            “Adik manis, kejap.”

            Belum sempat aku berpusing, kaki kembali kaku. Wajah dia yang tersenyum-senyum sambil menconteng sesuatu pada kertas yang sama aku pandang sekilas.
Dua orang pekerja tadi masih lagi memerhati tanpa suara.
            “Here.” Cebisan kertas tadi kembali bertukar tangan.


           
            “It’s Aliy.”
            Aku mencebik. Ali…Aliy. Sama je sebutannya. Nak cakap ada genetik orang putih ke apa siap tambah y bagai?
            “Apa-apalah. Dah withdraw duit nanti saya bayar.” Aku terus menyimpan cebisan kertas tadi. malas nak panjangkan cerita sebenarnya. “Thanks.”
            Aliy Naim hanya mengangkat bahu sesaat sebelum memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam saku seluar.
            Aganknya KL ni makin kecil kot. Dekat mana-mana pun boleh jumpa dia. apa pulak yang dia buat dekat hospital ni entah. Nak kata sakit, sihat walafiat je. Siap boleh perli aku bagai. “Kalau tak ada apa apa, saya mintak diri…”
            “Puas mak cari dekat atas. abang dah turun rupanya.”
            …dulu.
            Spontan kepala aku berpusing ke kanan bila ada suara lain yang memotong. Kejap. Ini bukan ke…
            “Kawan abang ke?”
            Makcik tu! hah! Betullah!
Makcik yang pengsan depan pejabat aku itu hari!
            “Ma…makcik…” aku menarik bibir, mencipta senyum. “Makcik sihat?”
Makcik tadi masih tersenyum manis sambil mendekati anak dia, ALIY Naim.
            Agak-agak makcik ni ingat tak yang aku lupa nak tolong dia hari tu? dia ingat tak?
            “Alhamdulillah. Sihat dah. Ni dah boleh keluar pun. Anak ni nama apa? kawan abang ya?”
            Senyuman aku masih belum padam. Agaknya dari itu hari, baru sekarang makcik ni boleh keluar. Perasaan bersalah datang tiba-tiba. Makcik masuk hospita bukan sebab aku, kan?
Kesian makcik ni. air muka dia pun nampak pucat. Apa agaknya sakit dia. Tiba-tiba aku teringatkan mama dekat rumah. Nasib baiklah mama tak ada penyakit yang teruk-teruk. Kalau ada pun, sakit urat saraf. Itupun selepas dia buat maraton shopping dua tiga hari.
            Selebihnya, OK. Sihat.
            “Bukan kawan abang mak. Baru jumpa ni ha.”
            Terus aku mengangkat kepala memandang wajah selamba Aliy di hadapan. Mulut yang terasa ringan untuk menjawab soalan makcik tadi terus terkatup rapat.Selamba bomba aje dia kata aku bukan kawan dia?
            Ceh! Konon nak  marahkan aku pasal tak belajar tatasusila. Yang dia tu…eh. Kejap. Memang aku dengan dia tak berkawan, kan?
            Kan?
            Dah tu, yang kau nak kecoh kecil hati ni kenapa Diyan oi?
            “Nama saya Diyanah makcik. Datang sini teman kawan.” Aku menjawab juga soalan makcik tadi dengan penuh rasa madu walaupun nak je aku jerit, aku pun tak ingin langsung nak berkawan dengan kau wahai Aliy Naim!
            Perlahan-lahan aku mengerling ke arah Aliy yang tegak berdiri di sebelah ibu dia. Kenapa tiba-tiba rasa gugup gaya nak jumpa dengan bakal mertua ni?
            “Diana ye? Panggil aje Mak Inah. Nanti senang-senang jemputla ke rumah Mak Inah. Tak jauh pun dari sini. Nanti suruh abang bawakan, ya?”
            Rahang aku terbuka luas mendengar perkataan yang terkeluar dari mulut Mak Inah. Bukan sebab dia panggil aku dengan nama Diana (macam semua orang yang tak tahu ejaan sebenar nama aku), tapi…
Jemput.Datang.Ke.Rumah?
            Minta.Abang.Bawakan?
            “Mak…dia bukan kawan abanglah.” Abang Aliy cepat memotong sebelum sempat aku memikirkan jawapan yang sesuai.
            Memang tak ada jawapan pun rasanya.
            “Hish, abang ni. Tak baik kata macam tu.”
            Aku hanya mampu tersenyum (kekok) menahan malu. Kalaulah Mak Inah tahu yang aku tak tolong dia waktu dia pengsan itu hari, agak-agak dia masih layan aku baik macam ni ke?
Mata Abang Aliy memandang tepat ke arah aku sengan sengihan sinis seolah-olah tahu apa yang berkumpul di dalam kepala.
Sungguhlah. Waktu-waktu macam ni lah aku minta sangat ada gempa bumi kecil ke, tak pun latihan kebakaran ke supaya aku boleh larikan diri tanpa cakap apa-apa.
            Kekok! Sungguh!
            “Mak, jomlah kita balik. dah lewat ni, mak kena rehat.”
            Phew…nak aje aku buat banner besar-besar tulis THANK YOU ABANG ALIY seban dah selamatkan aku. terus aku hadiahkan senyuman paling manis ke arahnya…dan juga Mak Inah.
            Karang kantoi pulak kalau aku main redah sengih dekat anak dia aje, kan?
            “Mak Inah balik dulu, Diana.”
            Aku mengangguk dengan senyuman yang masih berbaki. Syukur…syukur…
            Tak ada orang boleh bayangkan betapa sesaknya nafas aku tadi. “Baik Mak Inah. Jaga diri.” Tapi sekarang aku dah boleh senyum…lega…
            “Nak datang rumah, telefon je, ya?” Abang Aliy mengangkat kening di belakang Mak Inah. Senyuman sinisnya membuatkan darah aku berlari ke muka.
            Tapi masih, aku kekalkan senyuman.
Perli…perli.
            Aku tahu dia benda tersirat disebalik ayat tu. ‘Nak bayar hutang, telefon je, ya?’

            Heh.


***bersambung***

Comments

-sj- said…
Hehehehehe.... Mmg pantang jumpalah dua org manusia nie..aliy vs dian
Anonymous said…
alahai diyan....dah tau diri tu pelupa awat x save terus no tel aliy dlm hp. saje je lepas ni hilang pula kertas kecil tu kena lg dgn aliy....
.
Anonymous said…
Finally.. As if someone reads my mind. I hv always wonder.. Nama hero heroin novel ni selalu la pelik2.. Kekdg biasa2 je. Tp ejaan modern kemain... Tp bila introduce diri, each other terus tau cane ejaan.. Tp bukannya ada ngeja pun masa hero n heroin tu berkenalan..

It's aliy. Not ali...

Haha..
IllaShanahila said…
Me too.thats y sy dah ubah ejaan dkt bab pertama kalau awak perasan. Hehe. Tq sbb teliti
Kak Sue said…
Amboi abang... RM20 sedekah ja lah... x pun abang dah jatuh hati kat Diana... sempat lagi ingatkan untuk tel dia....hehehe
Nana Nn said…
hihihi
I luv U lah abang.....