Safari Di Malaysia?

Siapa cakap dekat Malaysia tak ada safari? Illa pernah rasa duduk dalam bas@truck yang berjaring lalu dekat kampung haiwan jinak+liar. Rasa macam teruja gila. sebelum ni tak pernah pun dekat dengan segala jenis binatang liar macam singa, harimau, selembu dan yang sama jenis dengannya.Semuanya ada di A'Famosa Resort, Melaka.


Dekat dalam tu akan ada staf yang akan cerita asal usul dan nama-nama segala jenis haiwan yang ada dekat dalam ni. Binatang yang tak pernah illa jumpa pun banyak. Jadi peratus teruja tu memang tinggi. Hoh ho.

Dekat dalam ni, kami dibawa pusing keseluruhan safari kira-kira 15-30 minit. Memang best. Sebab tak pernah pun selama ni naik kereta, Harimau selamba aje lalu cium tayar. Haha.



Ada jugak selembu (seladang+lembu) yang kuis-kuis pasir gaya nak rempuh kain merah. Hohoho


Macam-macam jenis binatang lagi yang korang boleh jumpa dekat sini. Konsep sini berlainan dengan zoo. Safari ni korang boleh rasa dan masuk sendiri tempat pembiakan atau habitat diorang. Best? Mestilah! 

Ini lagi haiwan-haiwan yang illa tak pernah jumpa dekat.


Tipu je anak patung teddy bear tu. Semua comel-comel. Yang originalnya hitam je. Kuku panjang gila. Huhu


Buaya ni kerja dia berjemur je bila kenyang. Tapi kenyang tak kenyang, jangan cuba-cuba nak try peluk pulak. 


Flamingo! Serius comel!


Gajah ni siap angkat-angkat belalai waktu kitaorang lalu. Melambai gitu. Huhu


Raja dengan Permaisuri rimba. Katanya singa aktif waktu malam. Jadi siang-siang hari diorag berehat ajelah. Berejat-berehat pun, jangan nak cuba-cuba panggil tangkap gambo sekali, tau! Hahaha


Yang paling best, unta ni boleh posing macam ni 10-30 minit tak gerak-gerak! Cayalah!


Paling best, boleh kutip pengalaman bagi makan dekat rimau. Kalau kat luar, kerat jari kelingking pun illa tak berani. Hohoho





Okeh, Itu sahaja part safari. Itu belum masuk part burung-burung dekat sana lagi. Serius, bila tengok burung nuri (ye ke?) nyanyi lagi Happy Birthday, illa rasa nak tepuk bahu trainer dia kuat-kuat cakap tahniah! Hah ha!


Comments

Anonymous said…
akak pon dah bawak anak2 akak gi safari tu, mmg best nak lg best akak yg over excited dr my 2 boys tu, inche somi hanya menggeleng je.. (mesti masa tu dia malu dpt bini segirang kanak2 ribena).. tp ada akak kesah? hahahahha
Illa Shanahila said…
Anon- Best kan kak. anak-anak buah yang ikut sama pun teruja gila. tapi semestiya makcik depa yang laju teruja. hehe. Kalau ada peluang memang nak pergi lagi.
Anonymous said…
Awat hewan2 ni nampak mcm kurus je???
Illa Shanahila said…
anon- harimau dia baka sumatera tak silap. jadi memang tak besar mcm yang dekat afrika sana. tapi makanan dia mmg berkilo-kilo satu hari =)