(sedap pulak taip escapism nih)
Hari ahad ritu ada peluang nak bersenang lenang lupakan kerja dan melarikan diri ke Melaka. Sebenarnya Melaka dah tak asing lagi sebab dulu illa pernah praktikal dekat sini. Jadi memang boleh la nak kata hampir semua Melaka dah illa jelajah. Tapi hakikatnya, baru hujung minggu ritu illa jejak A Famosa Resort yang bertempat dekat Simpang Empat ni. Tak puas rasanya berchoti dekat A Famosa Resort. Kalau duit ada riban-riban, maunya illa duduk sana sampai seminggu. Baru puas pusing sana sini.
Jakuzi dekat luar bilik
Sebenarnya, illa baru tahu dekat sini BANYAK benda boleh buat. Bukan hanya duduk hotel, main air dekat waterpark, dan tidur. Bukan. Dekat A Famosa Resort ni, illa boleh makan (breakfast+lunch+dinner) pakej cuci mata dengan permandangan tenang gila. Kalau bawa Cik Lenovo sekali, ntah-ntah sampai lunch pun illa boleh menaip bab baru dekat sini. Huhuhu.
Abaikan nasik yang banyak tu. Hahaha
Okay. Dari kecik sampai besar, taman tema air memang tak pernah gagal buat illa rasa teruja. sungguh. Bukan setakat taman tema air, kalau bagi tali air pun, illa selamba boleh mandi dekat situ. Tapi itu cerita lain. Ceritanya sekarang, bagi yang gila waterpark macam illa, korang boleh berkampung dekat A Famosa Water Theme Park satu hari suntuk. Confirm tak akan puas. Nak-nak lagi, BIG ICE-CREAM dah ada dekat sini.
Big ice-cream!!!
Rupanya dekat sini jugak, ada safari yang membolehkkan kita naik truck atau bas masuk dalam safari. Bukan dekat luar negara je korang boleh nampak ghimau, singa dan selembu(seladang+lembu) secara dekat. Dekat sini pun ada. Yang paling best, unta+gajah+dan segala binatang yang ada dekat sana siap posing bila kitaorang lalu. Well trained sungguh! Gila tak eksaited?! Apa lagi yang ada dekat safari, nanti illa cerita lagi dekat next entry =)
No comments:
Post a Comment