Posing Sakan Di Bukit Tinggi

Dulu illa tak tahu ada tempat lain nama Bukit Tinggi selain Aeon Bukit Tinggi, Klang. Rupanya ada satu tempat yang nama dia Bukit Tinggi, dan memang tinggi dekat Pahang. Nama je dekat Pahang, tapi tak jauh mana pun dari KL. Illa pergi kejap je. Pukul 11 pagi sampai, pukul 5 petang dah bertolak balik. Tapi sempatlah snap lebih 1000 gambar. Hah ha.




Dah pun sampai!

Teruja gila tengok rekabentuk dan jugak rekaan dan struktur bangunan dekat sini. Sikit lagi nak terasa duduk dekat France. Hah ha. Berangan. Sampai je, apa lagi. Berdesup capai kamera dalam beg. Snap apa yang patut sampai lebam.





Swan versi hitam. Jinak gila!







 Dah, sudah penatkan diri dekat atas ni, jom pergi Taman Rumah Jepun pulak.

Tak jauh pun taman dengan Colmar Tropicale ni. Tapi kalau jalan kaki penat jugak, jadi kena naik kereta sampai kaki bukit. Korang akan kena panjat tangga+bukit setinggi 3500 kaki atas paras laut. Tapi masih, tak turun jugak berat! Haih.






Boleh sewa baju tradisional Jepun ni untuk bergambar. Rasanya waktu illa pergi tu RM 20 kot untuk sepasang. Boleh pakai tak kira berapa lama. Agak-agak bateri kamera mati, bolehlah hantar. Hoh ho. Sangat best dekat sini. Tenang je, dalam Hutan Tropika lagi.

Dalam pukul 5 petang kitaorang dah gerak balik. Tak payah lama-lama pun kalau nak ambik pengalaman jejak Bukit Tinggi ni. =)



yeay! Dah habis pusing, boleh balik!



Comments

Anonymous said…
saya pon nk ikuttttttttttttt......
belum pernah sampai lagi kat sini....macam best jer...
Illa Shanahila said…
kak isyi- lain kali kita p eh. hohoho

Jaymie- Best2. Sila cuti-cuti Malaysia. Hehe