15
AKU HANYA MENGIKUT
langkah kaki Fahim keluar dari bangunan pejabat dengan pelbagai soalan di dalam
kepala (Dah cair rasanya otak aku ni, dari semalam asyik duk berfikir aje).
Telinga yang tertutup di sebalik selendang kuning lembut yang aku pakai hari
ini menangkap pelbagai cerita dari mulut Fahim. Sesekali dia berpaling ke kiri,
memandang aku dan bertanya itu ini dengan senyuman yang tidak lekang dari
bibir.
Aku hanya mengangguk dan menggeleng
walaupun aku sendiri tak tahu pokok pangkal cerita.
Kepala masih berfikir tentang satu perkara.
Satu perkara yang hampir membuat
kepala aku pecah.
Nick. Dah. Kahwin?
Kalau nak dikira, apa yang peliknya
pun. Bukannya Nick pernah buka langkah bunga-bunga nak ayat aku. Bukannya Nick
pernah melutut merayu and say I love you.
Selama ni, aku aje yang masak megi,
makan sendiri.
Nick Dollah tak suka aku pun, kan?
Dan, kalau dia dah ada isteri pun, logiklah.
Tapi yang jadi masalah utamanya,
apahal pulak isteri dia nak serang aku?
Sebab dia nampak Nick makan dengan
aku? Sebab dia nampak Nick tunggu komuter dengan aku?
Kalau aku yang jadi isteri dia, aku
pergi simbah air cili tu dekat muka Nick sendiri. Bukannya muka aku ni.
Heh.
“Wan, jom.” Suara Fahim tiba-tiba
menerpa telinga. Aku mengangkat muka dari lantai simen memandang wajahnya yang tersenyum
di muka pintu restoran. Sebelah tangannya menahan pintu kaca dari tertutup dan
mempersilakan aku masuk.
Okay. Benda ni pelik. Awkward.
Kau dah kenapa Wanda? Dah lupa yang
Fahim tu pernah hancur relaikan hati kau? Hah?
Hadui.
Tapi kira okaylah dari makan dengan
suami orang.
…dan bila pulak Wanda Nurhannah
pandai keluar lunch dengan lelaki ni?
Bukan ke dulu aku selamba aku bungkus nasi dekat kedai Kak Yati aje kalau tiap
kali lunch. Paling hebat bergaya pun, aku ikut Munie pergi makan dekat Kenny
Rogers dekat tingkat bawah tu. Ataupun paling malas, aku bancuh milo aje buat
alas perut.
Aku rasa, aku dah kena sampuk dengan
alien dua tiga minggu ni. Tak pun, aku sebenarnya ada split personality. Kejap boleh jadi Wanda selekeh. Kejap boleh jadi
Wanda yang buat orang lain tergugat (contohnya isteri Nick tu).
Haih.
Stop
it lah Wanda. Jangan mengarut.
Aku menarik nafas berat sambil
mengikut langkah Fahim ke arah meja untuk dua orang.
Aku menarik kerusi kayu yang dicat
putih bersih sambil memerhati setiap inci restoran. Selesa.
Itu yang pasti. Lagipula, tak ramai
pun manusia yang memilih untuk lunch
dekat sini. Tak silap aku, tak sampai sepuluh orang pun.
Dekat hujung sudut sana, ada empat
orang yang dah hampir selesai makan, dua orang di tengah-tengah kedai yang
mungkin baru sampai dan seorang lagi, dekat sebelah meja aku dan Fahim. Tengah
baca surat khabar gaya pakcik-pakcik dalam drama TV dengan secawan nescafe
(kot) panas yang masih berasap di atas meja.
“Nak makan apa?” Fahim menghulurkan
buku menu yang sudahpun tersedia di atas meja. Aku menyambut sambil membaca
sekali lalu. Tak rasa pun nak makan nasi.
Tak rasa nak makan mee, bihun
kueytiaw jugak.
“Bagi mushroom soup jelah.” Aku membuat keputusan sambil menutup buku menu.
Kening Fahim terangkat tinggi
mendengar jawapan aku. Pelik ke kalau aku order
mushroom soup? Rasanya ada je dalam menu tadi. Murah lagi, tak sampai pun
RM4.00.
“Soup
je?”
Aku angguk perlahan.
“Nanti you kurus lagi macam dulu.”
Aku mengeluh perlahan. “Im…” nada
suara aku berbaur amarah.
“Okay…okay.”
Aku dah cakap yang aku tak suka
kalau dia ungkit hal dulu-dulu. Nampak muka dia aje dah cukup buat perasaan aku
terseksa, inikan pulak nak sembang pasal kisah ‘kami’ dulu-dulu.
Fahim mengangkat tangan dan terus
membuat pesanan. Elok aje pelayan kedai berlalu dari meja membawa pesanan kami,
handphone Fahim tiba-tiba berbunyi
kuat.
“Wan, would you mind if I took this? Mungkin ada benda penting...”
Aku mengangkat bahu. “Sure.”
Fahim terus bangkit dari meja dan
menyusun kaki keluar dari restoran. Aku hanya mengekorinya dengan pandangan
mata.
Menu yang masih tersadai di atas
meja aku buka tanpa tujuan.
“Minum sup tak kenyang, tahu?”
Erk? Aku terus mengangkat muka dari
buku menu dan berpaling ke kiri dan ke kanan. Mencari suara yang menegur
tiba-tiba.
“Tahu ke tidak ni?” tu dia. Suara
beku tadi sekali lagi menerpa telinga. Aku memandang dia yang bersandar malas
di atas kerusi sambil melipat surat khabar dan diletakkan di sebelah cawan
nescafe.
Aku menelan air liur beberapa kali.
Nick!
Dia
ke ‘pakcik tua’ yang baca surat khabar tadi?
Macam
mana boleh tak perasan ni?
Aku
mencuri pandang ke luar restoran. Fahim masih leka dengan telefon bimbit di
telinga tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Mata aku dilarikan pula ke
segenap isi restoran. Kut-kutlah ada ‘isteri’ Nick yang ada sekali, duk mengintai gerak geri laki dia.
Okay,
macam tak ada.
Pelayan
tadi tiba-tiba datang meletakkan sup cendawan aku ke atas meja. Aku senyum
mengangguk, berbahasa.
Aku
mengalihkan pandangkan pula kepada Nick yang sedang menghirup nescafe (yang dah
suam) tanpa menghiraukan kejadian sekeliling. Serius, Nick ni tak tahu ke yang
isteri dia duk ikut dia siang malam? Heh.
“Kalau
setakat nak keluar makan, order tu je
baik tak payah.”
Baru
aje aku mencapai sudu untuk menghirup sup yang baru sampai, suara beku Nick
menjamah telinga. Berdesing telinga aku buat beberapa saat. Aku menarik nafas
dalam-dalam sebelum membawa sup ke mulut.
“Nak
buat macam mana, Cik Senah dah pandai dating
sekarang...”
Aku
menahan hati. Sabar Wanda. Sabar. Dia tu dah ada isteri yang meroyan tak tentu
masa, sebab tu la kut perangai dia pun beku macam ais ketul.
“Tak
makan pun tak apa, asalkan boleh pandang muka, kan?” Dia menyambung lagi.
Telinga aku semakin panas. Aku memandang Fahim yang masih berbual di luar. Ni
dah jadi kes lupa daratan. Bukan ke dia yang ajak aku keluar makan tadi, dah tu
tinggalkan aku jadi tunggul kayu dekat sini hirup sup yang tak berapa panas
pekej kena perli dengan Nick Dollah sekali gus.
Hadui.
“Awak
dah kenapa?” aku bersuara perlahan. Pasangan yang berada tidak jauh dari tempat
duduk aku memandang sesaat sebelum menyambung makan. Pelik agaknya bila nampak
aku bercakap seorang diri.
“Tinggalkan
sup tu, ikut saya.” Nick tiba-tiba bingkas dari kerusi sambil mencapai handphonenya dari atas meja. Note2 yang
dipegang tadi dimasukkan di dalam saku seluar. Muat pulak.
Aku
mendongak tinggi memandangnya yang sudah berdiri. Dahlah tinggi dia hampir
180cm, mahunya leher aku cramp sebab
kena dongak macam ni. “Nak pergi mana?” kening aku terangkat tinggi.
“Kalau
tak nak kena buang kerja, ikut.” Tu dia. Suara arahan berbaur amaran dia dah
keluar. Dia terus berlalu melepasi meja aku tanpa menunggu jawapan.
Dia
tahu kut aku akan ikut.
Dia
tahu kut yang aku takut sangat kehilangan kerja.
Kalau
hilang kerja, macam mana nak jadi kaya?
Perlahan-lahan
aku bangun juga dari kerusi sambil mengerling Fahim yang masih bersembang di
luar restoran. Sikitpun dia tak perasankan Nick yang lalu di belakangnya.
Khusyuk
sangat. Dah dapat projek juta-juta agaknya.
Aku
mencapai beg tangan di atas meja dan terus mengekori langkah Nick keluar dari
restoran. Kejap lagi lah aku mesej Fahim. dia pun bersembang tak ingat aku,
jadi salah ke aku keluar tak ingat dia?
Heh.
Hampir
lima minit aku mengekori Nick tanpa suara. Tiba-tiba Nick membelok masuk ke
dalam kedai serbaneka. Aku hanya menunggu dia diluar dengan perasaan berbaur. Rasa
menyesal pulak ikut dia tadi.
Tak
nak kena buang kerja punya pasal, terpaksalah aku relakan hati.
Selang
beberapa minit, Nick keluar dari kedai dan menghulurkan aku sebungkus roti Gardenia
Butterscotch.
Perlahan-lahan aku menyambut
hulurannya sambil memandang tuan punya badan dengan dahi berkerut. Dia masuk kedai tu semata-mata nak belikan aku roti je?
Elok aje
roti bertukar tangan, dia terus menyambung perjalanan. Nick masih diam membisu sepanjang perjalanan sehinggalah
dia berhenti di suatu tempat yang tak pernah pun aku perasan kewujudannya
selama ni.
Tak
jauh pun dengan bangunan pejabat aku.
Ataupun
aku yang tak peka dengan keadaan sekeliling? Iyalah, selama ni, pergi kerja,
keluar makan depan pejabat, balik kerja.
Mana
aku nak tahu dekat sini ada taman mini super
comel siap dengan air terjun sekali?
“Wanda,
kenapa awak dengan dia?”
“Apa
dia?” automatik dahi aku berkerut lebat mendengar soalan dia. Dah dengar dengan
jelas sebenarnya, tapi aku rasa macam tak percaya. Belumpun aku sempat duduk di
atas kerusi batu yang diletakkan di sepanjang taman, Nick dah keluarkan soalan random nak mati.
Dah
kenapa? Kalaupun aku dengan Fahim, kenapa? Rasanya tak bagi masalah dekat dia
pun, kan?
“Kenapa awak dengan dia?” sekali
lagi dia mengulangi soalan sama. Dia berpeluk tubuh di atas kerusi sambil
memandang aku tajam.
Aku membetulkan letak selendang yang
senget di tiup angin tengah hari. Nasib baiklah cuaca tak berapa nak panas.
Kalau tak, orang yang lalu lalang dah cop kami ‘sewel’ sebab duduk berjemur
tengah-tengah taman.
“Apa maksud awak?” aku membuang pandang pada
air yang turun dari batu buatan di tengah-tengah taman. Tenang.
“Muhammad
Fahim. Dia takkan dapat buat awak gembira.” Dia bersuara rendah sambil menutup
kedua-dua belah matanya sambil meluruskan kaki ke hadapan. Gaya rileks habis.
Gaya taman ni dia punya.
Aku
mencari peluang merenung wajahnya, mencari makna kata-kata yang baru dia
keluarkan tadi.
Okay. Ini pelik. Satu, dia ingat
nama Fahim.
Dua, siapa dia nak judge Fahim macam dah kenal empat-lima
tahun?
“Siapa cakap?” Walaupun aku sikitpun
tak ada rasa nak ‘dating’ dengan
Fahim seperti yang dia fikir tapi aku rasa tak adil kalau dia nak kata Fahim
macam-macam. Macam dia dah kenal sangat dengan Fahim. Macam dia dah simpan
segala cerita Fahim dalam poket.
“Saya dah banyak kali meeting dengan dia. Dia okay. Baik. Cara
dia kerja pun, okay.” Nick bersuara tenang. “Tapi awak perlu lebih dari tu. You deserve someone better.”
Aku memandang dia tak percaya.
Sungguh, aku tak agak yang Nick akan campur urusan peribadi aku. Takkan baru
keluar dua tiga kali, Nick dah rasa dia ada hak untuk arah aku itu ini.
Ya, dia orang penting syarikat aku,
dan itu tak bermakna aku kena ikut segala kata dia (Walaupun aku dah ter ‘ikut’
dia datang sini tadi). Sikit lagi aku rasa nak cubit telinga sendiri sebab
senang sangat ikut kata.
“Dah tu, kalau saya tak sesuai
dengan dia, saya sesuai dengan siapa? Suami orang?”
Nick membuka mata dan memandang aku
dengan senyuman sinis. Ya, aku perli kau wahai Nick Dollah. Sila terasa.
“Sebenarnya, saya rasa awak salah.”
Aku membetulkan suara, nak bagi nampak yakin. “Fahim baik, dan saya rasa tak
ada yang lain kut yang lagi baik dari dia.” Bukan aku nak bela Fahim sangat
sebenarnya. Dan gila ke? Aku takkan terjatuh dekat Fahim balik.
Ever.
Cukuplah sekali dia pijak-pijak hati aku dulu.
Tapi aku sengaja nak sedarkan Nick.
Apa, dia ingat dia kaya boleh nak pasang dua tiga? Lepastu, isteri pertama dia
meroyan tak tentu hala simbah aku suka-suka jiwa.
Dia cakap semua ni sebab tak nak aku
dengan Fahim, kan?
Dia cakap semua ni sebab dia nak aku
melangut tiap-tiap kali lunch makan dengan dia, kan?
Dan yang dapat balanya, aku.
Aku nampak Nick menggeleng laju.
“Awak perlukan orang yang boleh buat awak gembira, bahagia, bukan baik je.”
Matanya masih tepat memandang aku. “dan saya rasa awak sendiri pun tak tahu apa
yang awak buat sekarang ni.”
Aku bingkas bangun dari kerusi.
“Kenapa awak pulak nak sibuk fikir hal saya?” suara aku sedikit meninggi. Tak
puas hati.
Tiba-tiba suasana terasa sunyi. Nick
pandang aku, dan aku memandang anak matanya beberapa saat sebelum mengalihkan
pandangan ke rumput di kaki.
“Saya pun harap saya tahu jawapan
untuk tu. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin
sebab awak je yang pandang saya macam manusia biasa. Mungkin jugak sebab awak
je yang tak berpura-pura bila ada di depan saya.” Dia mengeluh berat. “Mungkin
jugak sebab awak dah bagi ni pada saya,” dia mengangkat handphone di tangan menunjukkan phone
charm yang masih kemas tergantung.
Bukan aku bagi, okay. ter ‘bagi’.
Berapa kali nak cakap!?
“Mungkin sebab awak dah buat saya
ketawa.” dia menambah tanpa memandang aku yang masih berdiri tegak di hadapan.
Aku buat dia ketawa? Dia nak kutuk
aku lagi pasal lari dengan skirt ke?
“Saya dah anggap awak er…kawan.
Jadi, saya hanya rasa nak ambil berat pasal…kawan.”
“Oh,” aku terdiam buat beberapa
saat. Kawan. Ambil berat. Hati yang panas terasa sejuk kembali. Nick Rayyan
ambil berat pasal aku sebab dia anggap aku kawan.
Bibir aku terus mencipta senyuman
berperisa gula. Terharu sebenarnya.
“Tambah-tambah pulak, saya rasa orang
yang tinggalkan teman dia waktu makan bukanlah orang yang patut dijadikan
suami.”
Senyuman aku terus mati. Nick tak
patut kutuk Fahim macam-macam hanya kerana aku tolak untuk keluar lunch dengan dia hari ni (dia ada pelawa
ke?). Apa-apa pun, Nick aka da hak nak cakap macam tu.
“Awak tahu tak, saya harap sangat
saya tak bagi awak phone charm hati
tu dulu.” aku bersuara keras. “Awak jangan nak berlagak kenal siapa saya lebih
dari orang lain…”
“Saya rasa saya kenal awak lebih
dari orang lain,” Nick memotong.
“Apa dia?”
“Mungkin saya kenal awak lebih
daripada orang lain.”
Biji mata aku hampir terkeluar
memandang Nick yang masih memeluk tubuh di atas kerusi. “Awak tak kenal saya
Nick Dollah! Jangan ingat awak ingat nama saya, awak dah kenal saya lebih
daripada orang lain!”
“Saya tahu awak takkan bersama
Fahim.”
“No,
you don’t!” dah marah-marah macam ni, mulalah slang minah salleh aku
keluar.
“Yes,
I do.” Dia tersenyum senget sambil memandang aku yang sudah hampir berapi.
“Awak tak tahu., saya mungkin akan
kahwin dengan dia!”
Nick tergelak kuat. Aku nampak dia
menggeleng beberapa kali sambil ketawa ibarat aku baru aje buat audition Raja Lawak depan dia.
Ya, aku tahu aku dah keluar dari limit. Mana pernah aku terfikir nak
kahwin dengan Fahim? Nak terima Fahim kembali pun dah mustahil. Tapi aku tak
ada pilihan. Aku tak boleh biar Nick anggap yang dia kenal aku.
Dia tak kenal aku.
“Kahwin dengan dia?” soal dia sambil
memandang aku dengan ketawa yang masih bersisa.
“Kenapa tak? Dia baik, handsome, kemas dan kaya,” sengaja aku
tekankan perkataan ‘kemas’ tu. “…dan, ini hal peribadi saya! Awak tu bos saya
je, dan kita kenal tak sampai pun sebulan.
Jangan nak masuk campur lebih-lebih sebab ni bukan urusan awak pun!”
Ketawa Nick tadi terus terhenti. Dia
memandang aku tajam tanpa kata. Aku menelan air liur berkali-kali (Sungguh, aku
berani-berani takut aje sebenarnya).
Tiba-tiba dia bingkas berdiri dari
kerusi sambil menyeluk tangan ke dalam kedua-dua belah saku.
“Ya,” nada beku dia kembali. “Hal
peribadi awak bukan urusan saya…saya dah melampaui batas.” Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Saya minta maaf.”
Aku kaku sendiri bila mengesan nada
suara Nick yang berubah. Nada suara kecewa ke? (Kenapa dia nak kecewa?)
“Nick, saya tak bermaksud… er..”
“Tak, betullah. Awak betul. Saya tak
patut pun campur urusan awak.”
Rasa bersalah tiba-tiba menjengah.
Mungkin aku tak patut cakap macam tu tadi. Nick anggap aku macam kawan…dan dia
hanya nak ambil berat hal kawan-kawan.
Tapi, dia dah beristeri. Dia patut
ambil berat lebih pada isteri dia. Bukan aku.
“Sorry
bawak awak datang sini, tahu balik sendiri, kan?”
Aku mengangguk lemah sebelum
memandang dia yang melangkah meninggalkan aku sendiri di tengah-tengah taman.
Mulut terasa ringan untuk memanggil dia kembali. Tapi, apa yang aku nak cakap?
Jangan pergi? Tolong campuri urusan aku lagi?
Aku hanya mampu memandang langkah
dia yang menjauh dan hilang di tengah-tengah orang ramai. Tanpa sedar, aku
mengeluh berat.
Aku
yang tengking dia…
Tapi kenapa aku yang rasa kecewa…?
***bersambung lagi***
19 comments:
entah2 itu ex si fahim kut.tanyalah kat fahim kisah dia sebelum korang bertemu semula.jgn main teka2.kesian nick dollah.mungkin dia yg jadi mangsa salah faham awak tu wanda.
Ya... Betui kata abg dollah, fahim x layak Jd suami awak.....plzzzz senah celik mata skit.....jgn terus benggonggggggg!!!!!! Huh..
Abg dollah....ohsem
Ala siannya lah dekat Nick Dollah...-_-#
haaaiiihhhhh....x ske la perasaan cam ni....
hadui..
Nick dah merajuk... *frown*
hai cik senah, siasat lah dulu..(rasanya cik senah tu salah faham..)
adoiii!! senah oii.. awat la buat lagu tu.. cian nick dollah..
OMG apa salahnya berterus terang tanya.... awak dah kawin ke? ...... kata jenis terus terang.... arrrrrr sakit jiwa la jenis pompuan macam niii
Oooppppp terlebih sudah
Senah cuba fikir kenapa Dollah cakap Fahim x layak jadi suami Senah..... Sebab Fahim dah beristeri lah Senah..... kasihan Dollah x pasal-pasal kena marah.... dah Dollah anggap awak kawan cuba lah berterus terang dengan Dollah masalah seorang perempuan yangcakap Senah kacau suami dia....
ala nick dah merajuk dgn Senah laaaa...
siyan btol kt dollah...
senah ni salah faham duk kata nick dah kawin...tah pape lar...
*pepagidahemo* wakakaka
Senah....senah....sian kt dollah
weiiiii Senah...g le siasat siapa nick dolah siapa fahim. jgn wat rumusan sendiri jerrrr. lemas arr cam nie. dah tu nak kuciwa kuciwa lak...ape hal?
maaf...tetiba marahkan senah
-pn mal-
"nk buat mcm mana cik senah dh pandai dating.." and..en. dollah dh mula jeles..lalala..cian nick, kecik ati ngan wanda..
hehehe..nick dollah dh jeles la tu...sebab tu mcm terasa bila cik senah tersound dia...tp fikir2 balik..kalo jadi senah pun mesti rasa pelik .tetiba ada sorang mamat yg x berapa rapat suka mengekori dan ambik berat psl kita..bleh jdi rimas gak..ni pendapat sy je la..
aduh lemasnya dengan senah ni..terus terang kan senang....
Sian nick..ko ni senah a.k.a wanda..suka2 je buat camtu..ntah2 fahmi tu yg laki org
nak sambungan Dollah & Senah, buley!!! timakaseh....
sad @ sedey.....
Post a Comment