DUA BENDA JE yang aku
nak dalam dunia ni. Satu, kaya. Dua, tak payah kerja. Alangkah bahagianya hidup
aku kalau dua-dua impian aku ni tercapai.
Tapi, heh. Itu semua angan-angan palsu je. Sebijik
macam isi minyak motor seringgit,
angan-angan nak pergi angkasa.
Tapi, tak salahkan kalau aku nak berangan?
Salahke kalau aku nak jadi kaya?
Tak payahlah aku duduk goreng megi je tiap-tiap hujung
bulan.
Salah ke kalau aku tak nak kerja.
Tak payahlah aku menghadap muka Miss Fina yang sibijik
macam singa betina tu. aku betul tak fahamlah kenapa dia boleh pass jadi
manager. Kerja tak pernah nak siap. Hakikatnya, memanglah siap, sebab kami ni,
aku Fayad, Jimi dan Raey yang tolong siapkan kerja dia. Kerja manager. Proposal
dia. Akhir sekali, dia juga
yang dapat nama. Heh, perangai macam tu pun wujud eh dalam dunia. Aku ingat
dalam filem dengan drama je ada.
Kalau kami tak buat, mulalah bising memanjang. Nasib
baiklah gaji aku dia yang tolong approve. Kalau tak memang lama dah aku libas
dia dengan satu kodi kertas A4 tu.
Kes Miss Fina tu satu. Yang si Fahim ni tiba-tiba jatuh
dari bumbung syarikat aku ni pulak, lagi satu kes. (Bukan jatuh betul-betul
oke).
Apa dia buat dekat dinner kami malam tadi sebenarnya?
Dan,.. apa dia buat dekat ofis aku sekarang ni?
Mata aku tak lepas dari memandang tubuh badan Fahim yang
baru aje melangkah masuk ke dalam bilik Encik Razni, bos Munie. Dia nak minta
kerja dekat sini ke?
“Bukan dia ke yang tegur kau malam semalam?”
Aku berpaling ke kanan. Raey atau nama betul dia Raimah
mendekati meja aku. Cepat aje gossip sampai. adoi.
“Haah. Siapa dia eh?” aku buat-buat tanya. Lagipun,
memang aku tak tahu pun apa jawatan dia dekat syarikat ni.
“La, bukan ke aku yang patut tanya kau.” Raey mencebik.
“Pandai kau berahsia eh. Diam-diam kau, tiba-tiba boleh ngorat manager baru.”
Kejap. Kejap. Mengorat? Haish, bila masa pulak aku buat
kerja-kerja macam tu Raey oi.
“Woi, woi. Makan pun tak boleh sebarang makan. Apatah
lagi nak cakap.”
Raey ketawa perlahan.
“Buat kerjalah. Karang Singa Fina tu nampak, mati kau.
Bukan setakat kau, aku pun kena sekali.” Bukannya Raey tak tahu, Miss Fina tu
kalau nampak aje kitaorang bercakap, terus disoundnya serta merta. Haish,
memang tak reti nak cover ayu langsung.
Apa, dia ingat boleh ke buat kerja dengan suasana sunyi,
diam macam dalam library? Aku rasalahkan, dulu Miss Fina ni perpustawakan dekat
sekolah. Tak boleh dengar orang bercakap langsung.
Ataupun, dia taku kami mengata dia? (Walaupun hakikatnya
memang kami selalu duk mengata dia.Astaghfirullah)
“Miss Fina tak adalah. Dia cuti sebulan rasanya. Pergi
Australia.” Raey kembali ke mejanya dengan muka
ceria tak habis.
Kaya betul Miss Fina bercuti dekat Australia. Sampai
sebulan pulak tu. Eh kejap. Dah tu, proposal untuk tender baru dekat Penang tu
macam mana? Takkan seratus peratus dia nak kami siapkan kot.
Nanti kau MiSS Fina oi, kau balik nanti, aku bocorkan
keempat-empat tayar kereta kau tu. baru padan dengan muka.
Mulalah kerja-kerja jahat keluar dekat kepala.
“Mak ai. Apahal sampai sebulan?” terus mata aku terbuka
luas.
“Kau macam tak biasa. Bukan dulu dia pernah pergi France
ke tiga minggu.”
Aku menggeleng lama. betul. Waktu dia pergi France tiga
minggu tahun lepas, kami yang kena siapkan kerja dia yang tergendala. Bos besar
tak tahu pula tu. yang bos besar tahu, Miss Fina dah siapkan sewaktu tengah
bercuti.
Siapkahlah sangat. Padahal Raey yang emel dekat dia bila
kerja tu siap.
Tak patut betul.
“Nampaknya proposal Penang tu kita lah yang kena siapkan
sendiri eh?”
“Lagi mahu tanya.” Raey mengeluh.
“Aku tak fahamlah. Bos tak tahu pulak dia tu duduk goyang
kaki je dalam bilik dia tu kan?”
Raey mengangkat kepala dari PC sambil mengangguk laju.
“Kaki ampu bos. Bolehlah. Tak pun, kalau kau nak bos tahu, kau pergilah report
nanti. Ada bran?”
Laju aku menggeleng. Gila nak pergi report? Kalau aku
pergi report, silap hari bulan, aku pulak yang kena balik. bukannya aku tak
tahu kemahiran membodek Misss Fina tu. kemahiran dia memang luar kawasan betul.
“Kalau tak berani, duk diam-diam. Memang dah nasib kita
jadi kuli.” Raey sengih.
Aku kembali menatap dekstop flat screen yang dah lima
bulan terpacak di atas meja aku.
Tak nak. Aku tak nak jadi kuli. Aku nak jadi kaya. Wanda Nurhannah nak kaya. Tak nak kerja.
Puih, pergi lah kau dengan angan-angan Wanda oi. Macam
mana nak kaya kalau gaji pun ciput kemain.
JANGAN. JANGAN CAKAP yang
Fahim tu kerja sini. Paling teruk lagi, dia nak ganti Miss Fina selama sebulan
ni? Homai. Homai. Aku lagi rela kalau Miss Fina yang jadi manager sekarang.
Bukan Fahim.
Adoi. Macam mana aku nak duduk depan dia ni? itupun dalam
masa sebulan? Agak-agak, dia ingat lagi tak apa yang berlaku dulu? tak pun, aku
yang buat-buat tak ingat apa yang jadi dulu.
Logik tak?
“Wanda,” tu dia. Tersenyum manis memandang aku. Tak boleh
ke dia terus balik lepas sembang dengan Encik Razni tadi? Kenapa mesti singgah
dekat meja aku?
Kenapa?
“Er, hai.” terus aku gugup. Kacak dia sekarang bukan main
lagi. Kalau dulu aku boleh cair bila dia senyum, sekarang ni lagilah. Pandang
muka dia pun boleh buat aku jumpa takat lebur!
Hari
ini dia memakai kemeja kelabu terang yang dipadankan dengan slack hitam.
Rambutnya yang sedikit panjang mencecah telinga disisir rapi.
Nampak
matang. Nampak bekerjaya. Nampak hebat.
“Er,
you..kerja sini?” tergagap-gagap aku menyoal.
Aku rasa nak ketuk dahi aku sekarang. Bukannya aku tak
dengar Encik Razni kenalkan dia tadi. Bukannya aku tak dengar yang Encik Razni
cakap dia akan ganti Miss Fina sebulan ni. soalan bodoh Wanda. Soalan bodoh.
“Nampaknya macam tu lah.” Dia senyum lagi. “You dah lama
kerja sini?”
Entah kenapa aku terasa soalan dia itu kedengaran sinis.
Matanya melilau memandang meja aku yang tak seberapa.
Memang kerja aku tak seberapa. Kuli. Orang bawahan.
Walaupun, kalau nak dibandingkan dulu, kelulusan aku dengan dia hampir sama.
Cuma nasib aku aje yang tak sebertuah dia.
Dan itu tak bermakna dia boleh pandang kedudukan aku
sekarang ni macam dekat bawah tapak kaki dia je. Sama macam dia pandang hati
aku dulu.
Sama.
Untuk soalan dia tadi, ya. Memang dah lama aku kerja
dekat sini. Sejak kau dah patah riukkan hati aku lau. Sejak kau dah tolak aku
jauh-jauh kedalam gaung sengsara.
Malas memanjangkan cerita, aku hanya menangguk perlahan.
Raey di meja sebelah masih lagi memasang telinga. Tak payah pandang pun boleh
tahu kerja Raey yang satu tu.
Munie pula menjenguk dari jauh. Tak masuk lagi Jimi, Daus
dan Fayad lagi. Julia pula terhenti sesaat dari melangkah ke mejanya bila
melihat Fahim tercegat di hadapan meja aku.
Dah boleh agak apa yang Julia fikir. ‘Apa yang Fahim buat
dekat meja perempuan paling selekeh dalam ofis ni?’
Confirm. Heh dari pandangan dia pun aku boleh baca.
“Glad to see you here, by the way.”
Aku memaksa senyum. Ya. Glad untuk dia. Tapi malang sungguh
bagi aku. Logic tak kalau aku berhenti kerja sekarang. Hantar notis 24 jam?
“Kau kenal Encik Fahim?” Julia menegur sebaik sahaja
Fahim beredar dari meja aku. Wajahnya penuh dengan tanda tanya. Kopi pekat yang
dibawanya tadi dibawa ke meja aku. Menunggu aku untuk membuka cerita. Raey
masih lagi seperti tadi. Memasang telinga dari tempat duduknya yang tidak jauh
dari meja aku.
Aku memandang wajah Julia yang tidak lepas memandang aku
dengan penuh soalan. Julia ni pun, tak boleh ke tunggu Fahim jauh sikit. Tak
sabar-sabar betul.
“Satu tempat belajar.” Pendek aku menjawab. Malas nak
panjangkan cerita. Lagipun, siapa Julia sampaikan aku nak cerita semua kisah
hidup aku?
Lagipun, kalau bukan fasal Fahim singgah dekat meja aku
tadi, harapan ajelah dia nak tegur aku macam ni. muka kerek 24 jam. Tak penat
ke?
“Are you sure?” suaranya naik satu nada. Muka kerek dia
memandang aku tajam. Aku menarik nafas berat. Julia. Kalau nak cakap cantik,
aku rasa, Raey jauh lebih cantik dari dia. Kalau bukan sebab mekap lima inci
tiap-tiap pagi dia pakai, rasanya Makcik Leha sebelah rumah nenek aku tu lagi
cun.
Aku tak ada masalah pun dia cun ke tidak. Tapi yang buat
masalahnya, kerek dia tu lain macam. Hati pun sama tak cun. Itu yang payah.
“And why not?” aku menyoal kembali. Pelik sangat ke kalau
aku satu university dengan dia? Yang minah ni nak buat muka tak percaya apahal.
“Tengoklah you dekat mana, dia dekat mana sekarang. Itu
yang I ragu-ragu.” Dia mencapai mug kopi dah berlalu dari meja aku.
Itu
dia. Sekarang, korang tahu kan kenapa aku cakap hati dia tak cun. Macam tu lah.
Lantak kaulah Julia oi.
Sesaat kemudian, dia menapak menghampiri Fahim yang
berbual-bual dengan Encik Razni di hadapan bilik Miss Fina yang sekarang ni dah
jadi milik Fahim buat sementara.
“Hello, sorry I tak ada waktu sesi pengenalan tadi.”
Aku mendengar Julia bersuara dengan senyuman yang paling
manis. Aku nampak dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fahim.
“I Julia.”
Fahim senyum mengangguk. “Maaf. Saya Fahim.” Fahim hanya mengangguk
dan seperti yang aku jangka, dia tidak menyambut huluran Julia. Aku ketawa
dalam hati. Padan muka. Kau tak tahu lagi Fahim tu siapa, Julia.
AKU DAH NEKAD nak
buat-buat lupa tentang peristiwa dulu. kalaupun, Fahim masih ingat, biarlah dia
anggap aku dah lupakan semua. Aku dah move on.
Tapi logik ke? Dengan keadaan aku sekarang ni, logik ke
kalau aku cakap aku lupa?
Otak aku masih berperang dengan hati sendiri sewaktu
melangkah ke stesen komuter bank Negara. Mak aku banyak kali bising suruh
bawak kereta pergi kerja. Jangan bazirkan lessen kereta yang dah berzaman
terselit dalam purse aku. Tapi aku yang masih degil. Ingat senang ke nak kumpul
keberanian nak bawak kereta. Tengah-tengah KL pulak tu. Dulupun, aku ambil
lesen dekat kampung je. Mana berani nak bawa kereta dekat bandar besar macam
ni. Bukan setakat kereta, lori pun banyak.
Lagipun, aku rasa, naik tren lagi jimat kut kalau nak
dibandingkan dengan nak bayar minyak kereta, parking, tol, ecetra ecetra.
Macam biasa, waktu lepas offce hour macam ni, ramai
sungguh yang beratur nak beli tiket dekat kaunter. Aku dengan bijaknya
melangkah ke mesin tiket. Tak guna empat buah mesin diorang letak dekat sini
kalau tak ada orang guna. Lagipun, lagi cepat dapat tiket dari duk beratur
dekat kaunter.
Tiket untuk ke rumah aku tak adalah mahal mana. Tak
sampai dua ringgit pun. Dari stesyen nak ke rumah aku, kena jalan kaki sikit.
Kalau malas, aku naik je teksi. Kadang-kadang, pemandu teksi tu pandang aku tak
puas hati pasal dekat sangat.
Tapi, aku tak ambik port pun. Bukannya aku tak bayar,
kan?
Tanpa susah payah beratur panjang, aku bergerak ke gate.
Kepala masih pusing berfikir tentang hal kerja. Hal Fahim dan hal Miss Fina.
Semua dah blend sekali dalam kepala aku jadi mind blended. Heh.
Tiba-tiba mata aku terpandang sesuatu. Automatik aku
mengecilkan mata untuk mendapatkan visi yang tepat. Hah! Tak salah lagi!
Hati aku!
Tapi apahal tergantung elok dekat telefon dia?
Kening aku terangkat seinci memandang kelibat yang
berdiri pegun di membelakangi aku. Telefonnya yang berada di telinga kiri aku
pandang tak lepas. Betul dah. Bentuk hati. Warna kuning metalik.
Dah, aku kenal rambut serabut tu!
“Encik!” suara aku terkeluar sebelum sempat aku menahan.
Dia berpusing kebelakang memandang aku. Tangannya diangkat tinggi menandakan
jangan ganggu.
Heh, kalau kau tak pakai aku punya hati, tak ingin aku
nak ganggu aih. Aku memeluk tubuh menunggu dia bercakap di telefon.
“Kalau susah sangat, batalkan saja. Kita tak ada masa nak
main-main.”
Aku mendengar suaranya meninggi. Serius benar gayanya.
Aku pandang dia dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Rambut masih serabut
sama seperti kali pertama aku jumpa dia. Tshirt yang aku tak tahu zaman bila
dia beli. Seluar khaki yang…er..gedabak?
Jangan kata dia pakai selipar jepun?
Mata aku hampir terkeluar melihat sepasang selipar yang
berada dikakinya. Walaupun jenama Fliper, tapi, masih dipanggil selipar jepun.
“Bagi masa satu hari. tak boleh lebih dari tu. kita pun
ada kerja.”
Aku memandang wajahnya tak lepas. Kerja apa yang dia
buat? Dengan pakai macam ni, dia kerja apa?
Jangan cakap yang dia ni gila. aduhai. Aku dah terjebak
dengan orang kurang siuman ke?
Apa malang sangat nasib kau ni Wanda oi.
Kalau betul dia gila, tak dapat balik hati aku tu pun,
tak apalah.
“Okay. jangan bagitahu Tan Sri lagi. Biar saya yang
uruskan dia.” Dia menamatkan panggilan dan memandang tepat pada muka aku.
Aku menelan air liur. Erk, kelat. Alamak. Sah dia ni
gila. Tan Sri? Homaii.
“Ya?”
“Tak ada apa-apalah. Sorry.” Aku cepat-cepat melangkah ke
tempat menunggu tren meninggalkan dia yang masih terpinga.
“Kejap, cik ni….” aku mendengar dia bersuara dari
belakang.
Terus aku menpercepatkan. Janganlah dia cam aku. Jangan
terjebak dengan orang kurang siuman Wanda. Teruk hidup kau nanti. Dibuatnya dia
tunggu kau depat stesyen hari-hari, memang kena beli keretalah kau gamaknya.
Nasib aku baik bila tren ke Pelabuhan Klang tiba dan aku
terus menyusup masuk kedalam tren. Saat pintu tren tertutup, aku dapat melihat
dia yang melilau mencari.
Terlepas satu malapetaka.
Lupakan je lah pasal hati tu Wanda. Nanti beli yang baru.
9 comments:
hailah Wanda... 'dont judge a book by its cover'..hahah
si selekeh selebeh bila blh taw nama anda..hahaha
waaaaa cepat n3 naik ye.... nak mintak lagi blh..=))
_aniesue_
illa nak lagi illa nak lagi :) best menarik jalan ceritanya plss illa nak lagi hukhukhukhuk :(
jgn tgk luar aje wanda oii...
salam dik..love d story and akak suka sgt ngan watak wanda ni..dia tersangatlah selamba orangnya..
haha..selebet bukan sebarang selebet..selebet mesti byk duit kot..
konfirm dah sussah nak cari keychain hati yg sama lagi ....sp eh laki 2?????
hamboi...1st impression wanda..sedap je kt org gila...
sekali nanti terpikat pulak wanda dengan lelaki selekeh tu , huhu
Amboi cik wanda.. sesedap rase ye ckp org tu gile...huhuhu..
Post a Comment