Tuesday, 9 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 4]


4


AKU SANGKAKAN PANAS hingga ke petang rupa-rupanya, hujan ribut petir di tengah hari.
            Sudah.
            Kalau dah macam ni gayanya, macam mana aku nak jalan balik rumah? Nak mesej Lili, takut kacau dia buat experiment pulak (walaupun jarak rumah aku dengan uni dia tak jauh mana pun).
            Aku bersin entah buat kali ke berapa. Dua-tiga amoi yang turut menunggu hujan reda di sebelah aku memandang beberapa kali. Pelik sangat ke aku bersin tengah-tengah stesyen ni?
            Butir-butir hujan masih lebat menyembah bumi. Aku mengeluh deras. Kalau nak disamakan dengan peribahasa untuk keadaan aku sekarang ni, yang paling sesuai adalah sudah jatuh, ditimpa tangga, tergolek-golek terkena najis ayam. Heh. Yang part hujung tu tak termasuk ye, adik-adik sila jangan ikut.
            “I nak hantar tadi degil.”
            Aku mengangkat kepala mendongak. Seorang lelaki yang berpakaian kasual menghulurkan sekaki payung yang sudah terbuka. Kening aku terangkat tinggi sambil memandang wajah tenang lelaki di hadapan. Tak percaya.
            “Jom, I hantar balik.” suaranya dikuatkan melawan bunyi hujan yang tidak henti-henti menghempas bumbung di tempat aku menunggu.
            Sejak aku jumpa dia minggu lepas, dia asyik buat silap mata je. Kejap dekat situ, kejap dekat sini, kejap dekat pejabat, kejap dekat klinik. Dan sekarang ni, why on earth dia ada dekat sini and how!?
            “Mana tahu saya ada dekat sini?” suara aku turut sama naik bercampur-campur dengan serak-sengau.
            “Nanti I cerita. Balik kita balik dulu.”
            Aku terdiam bila mendengar perkataan ‘kita’. Perlahan-lahan aku menyambut payung yang dihulurkan. Amoi-amoi yang dari tadi memerhatikan kami terseyum sumbing. Entah apalah yang mereka fikir.
            Aku bingkas dari kerusi memandang dia yang sudah berlari-lari anak ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari tempat aku menunggu. Pintu ditempat penumpang dibuka luas menunggu aku menjejakkan kasi disitu.   
            Aku tak ada pilihan lain. Perlahan-lahan aku menapak masuk ke dalam Kia Forte merah menyala itu dengan hati bercelaru.
            Apa aku buat ni?
            Dan seriously, macam mana dia boleh ada dekat sini!?


AKU TIBA DI rumah dalam keadaan masih terkejut. Dalam kereta tadi pun, aku banyak diam. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Bila ditanya macam mana dia tahu aku ada dekat situ, Fahim senyum aje. Aku nak kata apa lagi.
            Penyudahnya, dia dah tahu dekat mana aku tinggal. Ya, walaupun rumah teres kecil yang tak berapa nak mewah dan mungkin tak setanding langsung dengan rumah (kondo mungkin) dia, aku tetap tak rasa malu. Setakat ini titik peluh aku, dah setakat ini yang aku mampu.
            Tengah hari sudah menginjak petang. Hujan masih lagi lebat menyembah bumi. Fahim dah lama berlalu pergi.
Aku terus menelan dua biji ubat yang aku baru dapat tadi dengan segelas air suam yang sudah tersedia di atas meja makan. Mata menjeling isi perut bilik tengah. Hani dah balik agaknya. Waktu-waktu macam ni, selalunya waktu dia balik dari kerja. Hani juga salah seorang penyewa rumah aku. Dia selalu kerja shift malam. Tahan betul mata dia. Kalau akulah, pukul dua belas tu mata aku dah berat gila.
            “Eh, dari mana? Tak kerja?”
            Hani. Panjang betul umur dia. Aku memandang Hani yang sedang mengesat rambut basahnya dengan tuala. Baru lepas mandi.
            “Klinik. MC”
            “Sakit ke?”
            Aku angguk sesaat. “Selesema.”
            “Oh..” dia terus berlalu ke biliknya.
            Plastik ubat aku tinggalkan di atas meja makan sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Sempat aku check mesej kut-kut ada pesanan dari Munie ataupun Raey. Aku sengih sendiri bila melihat peti mesej baru kosong. Tak ada gangguan. Tak ada kerja.  Aku meletakkan handphone di atas meja solek sebelum meleraikan ikatan selendang. muka pucat yang terbias di cermin aku pandang lama.
            Rambut yang sudah melebihi paras dada jatuh mengurai setelah getah rambut dibuka. Hitam berkilat.
            Aku leka memandang biasan wajah sendiri.
            Lain.
            Sungguh lain dari dulu.
            Dan fahim kenal aku yang dulu. Bukan sekarang.      


CUTI SAKIT.
            Cuti tiga hari yang aku harapkan aman damai tanpa gangguan hancur berkecai. Pukul enam petang, aku dah selamat menjejakkan kaki dekat kampung halaman.
            Elok aje aku nak lelapkan mata lepas balik rumah tadi, handphone aku berbunyi ringtone  suara kartun ‘pick up the phone’ yang dah berzaman aku tak tukar. Kak Qila ajak balik. Yang peliknya, mana entah dia tahu aku tak kerja. Bukannya aku ada update status dekat FB pun. Ke ada?
Walaupun dia tahu aku ni tengah MC, selesema, sakit, dia nak angkut jugak aku balik. nak buat teman menghadap muka-muka orang kampung aku tu.
Oleh kerana Kak Qila seorang aje kakak aku dalam muka bumi ni, aku ikutkan juga. Lagipun, dalam kereta aku boleh layan lena je. Dia yang drive, ye tak? Lagipun, memang dah lama sungguh tak tak mencemar duli menjejakkan kaki aku yang tak berapa kecil ni dekat tanah hijau kampung aku. Sesekali hirup udara nyaman tanpa carbon monoxide, barulah boleh lega selesema aku ni.
               “Hoi, kalau tak berkhayal  sengih sendiri tak boleh?”         
               Aku menggeleng sendiri. Kak Qila ni, tak bagi chance aku nak feeling-feeling langsung.
               “Angkat beg dalam bonet.” Dia bagi arahan sebelum memanjat anak tangga naik ke adalam rumah. aku mencebik lama. Bila masa pulak aku ada beg dalam bonet. Ni tak lain tak bukan, nak buli aku la ni. mentang-mentanglah aku je adik yang dia ada.
               “Hah, baru sampai?”
               Aku tak jadi melangkah ke kereta. Suara garau yang menegur tadi dah cukup aku kenal. Pakcik Malik, sedara jauh. Bau-bau bacang macam tulah kut. aku sendiri pun tak tau apa kaitannya.
               “Haah. Pakcik apa khabar.” Aku kasi senyum yang paling manis dekat Pakcik Malik yang bermuka masam ni. sesekali aku balik kampung ni, tak boleh ke tunjuk muka gula sikit.
               Haish.
               “Balik dengan Qila?”
               Aku angguk. Malas dah nak jawab. Tapi senyum masih lagi belum hilang. Nasib baiklah aku ni jenis yang hormat orang-orang tua.
               “Kakak kamu tu bila nak dapat kerja?duk macam tu je dari dulu.”
               Aku terdiam. senyuman tadi terus mati. Pintu rumah yang terbuka luas aku padang sesaat sebelum wajah Pakcik Malik aku pandang sekali lagi. “Belum ada rezeki pakcik.”
               “Itulah, belajar tinggi-tinggi, duduk dekat kampung jugak akhirnya. Lain kali kahwin je, senang.” Usai meluahkan rasa tak puas hati, dia terus berlalu pergi. Aku menggeleng beberapa kali.
               Seriously, aku pun tak faham apa yang orang-orang kampung aku ni fikir. Dah rezeki Kak Qila untuk  kerja belum terbuka lagi, nak buat macam mana. Bukannya dia tak pernah usaha. Inipun, dia ke KL pun sebab ada interview. Orang kampung mana tahu?
               Tahu nak perli, nak kutuk nak complaint je memanjang. Kalau dia pandang pun dah rasa berat, dia tak tahu ke yang Kak Qila, tuan punya badan yang menanggung tu rasa lagi payah?
               Bukannya Kak Qila tak pernah kerja. Dia pernah capai zaman gemilang dulu. hampir 3 tahun dia dekat syarikat besar tu sebelum dia resign balik kampung teman mak lepas ayah meninggal.
               Kalau bukan Kak Qila yang temankan mak, siapa lagi? Abang aku dah ada keluarga dan kerja sendiri dekat Melaka. Aku pulak masih belajar waktu tu. takkan nak tinggal mak sendiri seorang diri dekat rumah.
               Kak Qila terpaksa berhenti.
               ..dan sampai sekarang, rezeki dia untuk kerja lagi belum terbuka.
               Orang kampung senang lah nak kata. Tapi, diorang sendiri tak tahu apa yang Kak Qila tanggung.
               Patutlah Kak Qila angkut aku balik sekali. Walaupun tak lama, sekurang-kurangnya, adalah peneman kalau dia kena serbu dengan soalan-soalan cliché dari yang tak memahami. 
               Bila nak kerja?
               Bila nak kahwin?
               Sampai bila nak duduk kampung macam ni?
               Diorang lupa agaknya. Setiap rezeki Allah dah rancangkan
               Kalau aku ada kekuatan, nak je aku sound direct. Tapi macam yang aku kata tadi, aku ni dilahirkan dengan gen hormat orang-orang tua.
               Terus aku tak jadi nak sound.
               “Wanda oi, dah nak maghrib ni. kau nak kena sorok dengan hantu ke apa? naik!”
               Aku sengih senget. Tu mak aku. Terjengul depan muka pintu. Kalau korang ingat aku balik kampung sekali sekala, lepas tu  mak aku menunggu dengan penuh senyuman dan terus peluk aku tak lepas-lepas, korang silap.
               Tengok macam ni la.
               Sampai aje rumah dah kena sergah.
               Kami cool.
               Kami tak tunjuk rasa sayang. Kami memberi dalam diam.
               Jangan cakap mak aku tak sayang aku, siapa tak sayang anak oi. Tapi itulah mak aku. Hajah Rosnah Kamil. The cool mother ever. Kehkehkeh.
               “Masak apa malam ni mak?” aku memanjat anak tangga pertama dengan memikul beg baju Kak Qila. Pergh, berat nak mati. Dia pergi KL bukannya sampai sebulan pun, dua hari je.
               “Goreng kunyit ayam je dengan sayur air.” Mak menjawab selamba sambil mengunci pintu besar.
               Aku sengih sendiri. Korang dah nampak kan ke’cool’an mak aku. Rilaks je goreng ayam walaupun anak bongsu dia balik kampung. Kehkehkeh.
               “Puding caramel ada dalam peti.” Sambung mak lagi sambil berlalu ke biliknya.
               Sengihan aku makin lebar. Ya, mak aku la ni. bukan orang lain dah.
               Puding caramel. My favourite ever!

              
DAH KENYANG MELANTAK, aku dan Kak Qila membesarkan badan baring bermalas-malasan di ruang tamu. Mak ke surau depan rumah. lepas isyak baru balik. Awal-awal lagi aku dah control remote TV. Kalau nak harapkan Kak Qila, mana nak dia nak tengok channel Astro Disney ni.
            Heh, dia tak tahu ke aku dah kempunan gila nak tengok Disney punya kartun. Dekat rumah sewa tu mana nak dapat channel astro? Tv pun berpasir 24 jam.
            “Kak, kau interview apa semalam?” aku bertanya tanpa memandang. Dua hari  lepas Kak Qila call cakap dia ada dekat KL. Tidur rumah Kak Umi, kawan dia. Kak Qila berpaling sesaat dari novel ditangan sebelum menjawab.
            “CIMB. Kenapa?”
            Aku menggeleng perlahan. “Nothing.”
            Ruang kembali sunyi. Tiba-tiba aku teringatkan Fahim. Terus aku terbangun dari baringan. Kak Qila yang terkejut mengangkat kening tinggi-tinggi. Kalau Ziana Zain duk kat sebelah dia pun, confirm boleh kalah.
            “Kau dah kenapa?”
            “Kak, kau ingat lagi tak Fahim?” aku buat muka serius sambil memandang anak mata Kak Qila dalam-dalam. Dia berfikir beberapa saat sebelum mengangguk.
            “Budak yang reject kau dulu?”
            Aku tepuk kepala. Dush, kena sebijik. Kak Qila pun, cakap kasi tapis la. Tak tahu ke hati aku yang luka ni dah berdarah kembali?
            “Kenapa dengan dia? Kau jumpa dia balik ke? Dekat mana?” Kak Qila turut bangun terduduk menghadap aku. Novel yang hampir separuh dibacanya itu ditutup rapat sebelum ditandakan dengan penanda buku kecil. aku menjeling tajuk sekilas. ‘Can You Keep A Secret’. Sophie Kinsella punya.
            “Kecik hati aku. Tak payahlah ingatkan aku benda reject me’reject’ tu lagi.” Aku buat muka. Memang pun aku kecik hati. Sedih tau. Korang happy ke kena reject? Happy? Heh, emo pulak.
            “Alah, aku cakap aje, as a nickname. Tak maksud apa-apa pun.” Kak Qila sengih senget.
            Banyaklah kau punya nickname kak. Ada ke orang letak nickname panjang-panjang?
            “Kenapa?” sekali lagi Kak Qila mengulangi soalannya. Tak sabar.
            “Dia take over kerja manager aku. Dan secara tak langsung, dia bos aku sekarang.” Aku menjawab setenang yang mungkin walaupun dalam hati, Allah aje yang tahu.
            “Dia. Bos. Kau?” matanya terbuka luas. Aku mengangguk lemah sambil kembali baring memandang kaca tv. “Dia kenal kau lagi tak?” tanya Kak Qila.
            Aku mengeluh perlahan. Itulah masalahnya. Dia kenal lagi. dan yang pasti, dia pun ingat lagi. dia ingat lagi yang dia pernah reject aku.
            Sekali lagi aku  mengangguk, menjawab soalan Kak Qila.
            “Power jugak dia eh boleh ingat lagi.” Kak Qila senyum nipis. “Entah-entahkan dik, dia dah terjatuh hati dekat kau tak.”
            “Jangan nak mengarutlah kak. Dia dah reject aku dulu. lupa?”
            “Dulu. entah zaman bila dulu. Dia dah jumpa kau yang sekarang. Tak mustahil dia boleh jatuh hati.” Kak Qila kembali membuka muka surat yang ditinggalnya tadi. Aku menggeleng laju. Parah. Itulah padahnya kalau banyak sangat menghadap novel. Cerita reality pun dia nak masuk dalam cerita fairytale novel tu.
            Hadoi.
            “Tapi aku yang tak nak kak.”
            Mata Kak Qila bulat memandang aku. “Apahal pulak?”
            “Malu. Sekali kena reject cukup buat aku malu besar. Dan aku tak harap pun nak jumpa dia lagi lepas tu…”
            “Dan, korang terjumpa balik after years benda tu jadi, kan? Korang jumpa balik dengan kau yang baru. Aku rasa memang dah takdir, dik.”
            Takdir?
            “You two are meant to be together.”
            “Rubbish.”
            “We’ll see.”
            “Kau tunggulah. Benda tu takkan jadi.”
            ..dan Kak Qila hanya sengih panjang.


BARU AJE MATA nak lelap, bunyi vibrate handphone yang aku biarkan dalam mode senyap membuatkan mata segar kembali. Mata aku bertambah segar bila terpandang nama pemanggil yang muncul di skrin.
            Fahim!
            Mana dia dapat no telefon aku ni?
            Oh ya.
            Lupa. Dia sekarang kan bos. Mestilah bersepah nama dan nombor telefon aku dekat dalam bilik dia.
            Dan lagi satu, aku tak buang pun kertas yang dia bagi dekat aku dulu.
            Aku tak buang. Malah aku sempat simpan nombor telefon dia dalam senarai friendlist.
            Hampir seminit handphone aku bergetar, aku biarkan tak berangkat. Kalau aku angkat pun, mesti satu rumah dengar aku cakap apa. rumah aku ni rumah kayu, bukan rumah batu. Sudahlah malam-malam macam ni semua orang dah lena. Sunyi. Buat kantoi dengan Kak Qila aje kalau dia terdengar nanti.
            Akhirnya handphone aku kembali senyap. Apa yang Fahim nak malam-malam ni? takkan betul kut apa yang Kak Qila fikir tu?
            Mata aku hampir layu kembali apabila bunyi ‘beep’ memenuhi ruang bilik menandakan ada mesej baru.  

‘Salam. Hi Wan, how’s your flu?’

Aku besarkan biji mata. Dia mesej aku pukul 1 pagi sebab nak tanya pasal aku punya selesema?

‘Makin baik. Thanks.’

Seminit kemudian,

‘Good. Get well soon. =)’

Aku bulatkan biji mata. Sejak zaman bila Fahim pandai ber’emoticon’ bagai? Bumi Ottawa dah banyak ubah dia kut. heh, lagipula, aku pun dah berzaman tak jumpa dia kan. Mungkin dah berjuta-juta emoticon dia bagi dengan berjuta-juta perempuan lain.
Mungkin ‘get well soon’ yang dia ucapkan tu sebabnya nak suruh aku cepat-cepat masuk kerja.
Dia sekarang kan bos.





8 comments:

Syakira said...

Tak suka fahim. Wanda da cntik baru la nak sibuk2. Tapi , yela. Kita tak tahu cite sepenuhnya lagi. Cepat2 smbung kak :P thanks for the entry btw :))

_aniesue_ said...

mana si serabai mata satu saya?
x umph la x de dia..huhu
*saya pun x suka Fahim tu... sekarang br nak tercari2 Wanda...huh

Anonymous said...

fahim2,mnjiwai watak tol lar ko nih..aku xsuke ko sgguh2 tau..!!..err,mana org xwaras yg serabai tu yea?...

Zakiah Halim said...

mana lak mamat serabai keychain kuning ni...aduuii

Unknown said...

bla takde mamatselebet tu rasa mcm nk kena flu plak..adoyai..

strawberry.chocolate81 said...

hmmmmm ada kerusi balik almari neh......

aisyah said...

sian kak qila yg x keje lg tu...ape pnye soklan da..

Anonymous said...

tak nampak lagi apa yang nak diceritakan. boleh cuba lagi. gud luck,