Wednesday, 10 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 5]



5


AKU MELANGKAH MASUK ke dalam lobi bangunan pejabat dengan semangat baru. Semangat yang aku akan pastikan tak akan hilang lagi.
            Aku kena kuatkan hati, bekukan hati bila berdepan dengan Fahim. Mesti. Aku tak boleh jatuh lagi.
            Waktu-waktu macam ni lah aku rasa nak berdoa banyak-banyak supaya Miss Fina balik dari cuti cepat-cepat.
            Aku menekan butang lif dengan ucapan bismillah. Moga-moga Fahim tak buat muka manis dia yang boleh(mungkin) cairkan  hati aku. Jam di tangan aku kerling sesaat. Baru pukul 8.05 pagi. Waktu kerja mula pukul 8.30. ramai lagi yang masih stuck dekat jalan raya kut. itulah, ada pengangkutan awam tak nak guna. Tengok macam aku, pukul 8 pagi dah boleh punch card.
            Biasan pada cermin lift aku pandang lama. skirt hitam yang dipadankan dengan blouse kuning cair yang tersarung pada badan aku menampakkan aku sedikit berisi. Tak sekeding biasa. Selendang hitam yang berbelit di kepala ni adalah hasil ajaran Kak Qila hampir sebulan jugak. Jenuh dia mengajar aku dulu sampaikan dia sendiri hampir give up.
            Mana tak give up. Aku sebelum ni mana pernah pakai benda-benda macam tu. sekali suruh belit macam budak Hana Tajima tu, yang terhasil oleh aku Hana Tak Jadima.
            “Morning Wanda.” Aku berpaling ke kanan. Muka Huda, budak Human Resource department tersengih memandang aku. “Awal harini?”
            Aku senyum nipis. “Banyak kerja.”
            Huda mengangguk. Tak lama kemuadian, pintu lif terbuka. Aku dan Huda sama-sama melangkah masuk ke dalam perut lif. Aku dengan Huda aje yang ada. Terus aku menekan butang close sebelum telinga aku mendengar orang menjerit menahan lif dari luar.
            “Tunggu!”
            Aku cepat-cepat menekan butang open, menunggu siapa saja yang menjerit tadi.
            “Thanks.” Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam perut lif dan menekan tingkat 20. Tingkat 20. Tu bilik pengarah besar dengan CEO. Aku mengangkat muka memandang tubuh  sasa lelaki itu dari belakang. Hanya berkemeja berbelang putih dan jeans biru gelap. Kakinya disarung sneakers kelabu tua. Walaupun nampak kasual, tapi kemas.
            ..kecuali tang rambut tu
            Adakah?
            “Erk. Awak!” Tanpa sempat aku menahan, suara aku terlepas dari kerongkong. Seriously, dia ikut aku sampai sini? “Awak ikut saya sampai ofis?!”
            Dia bepusing ke belakang. Sekarang, aku nampak jelas wajahnya yang serabut. Mungkin tak, minyak rambut membuatkan rambutnya sedikit terurus. “Hai,” dia hanya senyum memandang.
            Aku tepuk dahi. Matilah kau Wanda, mati. Boleh kau bawak sekali mamat tak berapa waras ni masuk pejabat. tapi apahal pakcik guard dekat depan tu tak tahan dia?
            Hadui.
            “Kenapa ikut saya sampai sini hah? Saya dah cakap saya tak nak benda tu.” aku menahan suara. Huda di sebelah hanya diam memerhati.
            Dia tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Perlahan-lahan dia menyeluk saku seluar dan mengeluarkan handphone. “Awak ingat saya nak pulangkan ni?” handphone diangkat tinggi menampakkan hati kuning metalik yang tergantung elok pada bucunya..
            Aku mengangguk laju.
            “Saya tak ikut awak lah.” Suaranya bersahaja. Dia sengih sesaat memandang aku yang dah rasa nak terkeluar toing-toing biji mata.
            Huda tiba-tiba menarik lengan blouse aku. Aku berpaling ke kiri memandang wajah Huda. Mungkin dia turut sama seram bila berada satu lif dengan orang kurang siuman. “Wanda… tu bukan ke…” Huda berbisik perlahan.
            “…Orang gila. aku tahu.” Aku memotong. Kesian Huda. Dia pun dah takut.
            Lif akhirnya terhenti di tingkat 15, pejabat aku. “Awak jangan ikut saya lagi. saya dah cakap saya tak nak. Sekarang, turun balik pergi ground floor, balik di tempat mana awak datang.” Aku melangkah keluar dari perut lif meninggalkan dia dan Huda. “…dan jangan naik tingkat 20 kalau awak tak nak kena halau.” Aku sempat berpesan sebelum lif tertutup.
            Dia hanya senyum nipis sambil mengangkat tanda ‘OK’ sebelum lif tertutup rapat. Aku menarik nafas lega. Harap-haraplah dia betul-betul turun nanti.
            Okay, selesai satu perkara. Lagi satu perkara.
            Fahim.
           

DAH HAMPIR LIMA belas minit aku terjenguk-jenguk ke arah pintu bilik Fahim. Taknak keluar ke dia? Aku dah lapar gila ni. nak pergi pantry, kena lalu depan bilik dia pulak.
            Aku menunggu lagi sepuluh minit. Perut yang kosong akhirnya berbunyi juga. Aku bingkas dari kerusi mencapai handphone dan terus berjalan ke pantry. Elok aje kaki aku melangkah masuk ke dalam pantry, handphone aku berbunyi menandakan pesanan ringkas baru diterima. Serta merta dahi aku yang licin ni berkedut seribu.
            Apakah?
            Siapa pulak yang nak prank aku tengah-tengah hari macam ni?
            Sekali lagi aku meneliti nombor telefon bimbit yang tidak dikenali itu. Spontan kepala aku mengeleng laju.

‘Hei perempuan. Aku dah warning kau dulu. jangan berani-berani nak dekat dengan dia. Kalau tak tak nak muka cantik kau tu kena makan dengan asid, baik kau jauhkan diri.’


Okey, aku tak faham. Nak suruh jauh dari siapa ni? Kalau iya pun tak nak aku dekat dengan siapa-siapa, at least, bagilah nama. Senang aku nak lari seratus meter kalau aku ada dekat dengan ‘dia’ tu.
            Tapi, zaman bila pulak aku ada affair dengan ‘dia’ tu? haih, sah sewel. Kenapalah hari isnin yang biru ini aku terserempak dengan orang sewel aje.
            Ini bukan hari sewel sedunia, kan?
            Ah, tak kisahlah. Lagipun, orang sewel tu cakap aku cantik. Huhuu. Aku cantik, okay.
            “Tak lunch?”
            Mug yang baru aku capai dari penyejat hampir terlepas dari tangan. Fahim tersengih di muka pintu pantry. Tak berubah sengihan dia tu. sama je dengan dulu, waktu zaman belajar sama-sama dulu. sikit pun tak kurang.
            Aku mengangkat tinggi mug dan menunjukkan paket biskut sugar cracker di tangan.
            “Ini je?” Dia turut mencapai mug dan terus diisinya air mineral. “Kalau macam hari-hari makan ni je, you akan kurus lagi, macam dulu. Sekarang kan dah okay.” dia menyambung.
            Okay? apa maksud dia okay? okay=cantik ke, okay=gemuk?
            “Janganlah kurus sangat macam dulu. macam tak cukup makan je.”
            Aku menelan air liur. Macam tak cukup makan? Sebab tu ke dia tolak aku dulu? sebab aku keding macam tak cukup makan?
            “Encik Fahim tak keluar lunch?”
Fahim terkebil-kebil memandang aku. Mug yang dibawa ke mulutnya tak jadi diminum. Ambik kau, sekali aku berlagak formal, terus kelu.
“I..er, ada lunch appointment pukul 2 nanti.” Aku boleh dengar dia mengeluh. “Wanda…”
“I dah siap. Bye.” Aku terus membawa mug yang berisi milo panas dan paket biskut keluar dari pantry. Bahaya kalau aku lama-lama dengan dia macam ni. aku tahu hati aku tak kuat. Bila-bila masa aje boleh tersungkur jatuh pada dia.
Dan, aku tak nak semua tu berlaku.
Langkah dipercepatkan ke meja kerja. Aku tahu Fahim hanya mampu mengekori langkah aku dengan ekor mata. Mana mungkin dia nak ungkit kisah lalu bila Raey ada di sebelah meja aku.
Tepat jangkaan aku apabila dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Lega!
“Wei, kau ni jual mahal jugak eh.” Raey menegur sebaik sahaja aku mencelup biskut ke dalam milo panas. Aku berpusing 90 darjah mencari anak matanya yang bundar itu.
“Hah? Aku, jual mahal?” biskut yang sudah separuh lembik aku sua ke mulut. Pergh, sedap weh. Time lapar macam ni, biskut cicah milo pun rasa macam makan Cream Brule Secret Recipe
Raey mengangguk laju. “Yelah. Bukan sekali aku nampak Encik Fahim nak mengurat kau. Sebelah mata je kau reject dia.”
Biskut yang baru masuk ke dalam kerongkong tersasar ke esofagus. Terbatuk aku mendengar kenyataan Raey. Haih, pantang betul ayat reject mereject bila nama Fahim ada sekali.
Aku reject dia? Heh, dia yang tolak aku mentah-mentah dulu, tahu?
Sekeping lagi biskut aku tamatkan riwayatnya ke dalam mug milo. “Observation kau salah la Raey oi. Totally wrong. Tak ada kerja Encik Fahim nak mengurat aku. Daripada dia nak mengurat aku, baik dia pikat budak Julia tu. macam model apa.”
Raey sengih sesaat sebelum kembali memandang skrin PC. Entah apa mimpi dia tak keluar lunch tengah hari ni. Selalu, tepat aje pukul satu, terus dia lesap dating dengan Mike, tunang dia tu.
“Ha..model tu memanglah macam model, tapi akal macam budak darjah tiga.” Raey mencebik sambil menjeling tempat duduk Julia yang kosong sebelum menyambung. “Aku pun tak faham macam mana dia boleh pass interview syarikat ni.”
Aku ketawa perlahan sambil menggeleng kepala. Budak Raey ni, kalau diajak bergosip, memang sungguh-sungguh dia kutuk. “Dah rezeki dia dekat sini.”
“Haah, rezeki dia dekat sini untuk menyusahkan kita. Tak jauh beza mana dengan Miss Fina tu.”
Aku menggeleng laju. Sudah, masuk bab Miss Fina dah. Aku bersandar malas di atas kerusi kerja. Layan tidur sejam pun okay jugak ni. tak adalah terbuang sangat waktu rehat aku.
“Awak, jom makan!”
Biskut hampir tersembur dari mulut saat  mata aku memandang kelibat yang bersandar elok di dinding yang berhampiran dengan pintu masuk pejabat. sudah. Bala apa pulak ni?
“Cepatlah. Saya dah lapar ni.” sebelah matanya yang sepet (yang tidak terlindung oleh rambut) menikam anak mata aku yang masih kaku merenungnya. “Tak kanlah makan biskut aje.” Dia menyambung lagi.
Sungguh aku tak boleh bergerak. Takkan dia tak balik lagi dari tadi? Dia buat apa dekat sini? Dekat pejabat aku? Aku cepat-cepat bangun menuju ke arahnya sebelum Fahim yang masih berada di biliknya perasan.
“Awak. Buat. Apa. Dekat. Sini?!”
Dia sengih sesaat sebelum melangkah ke pintu lif. “Ajak awak makan.”
Aku tepuk dahi sendiri. Sah. Sah aku dah terjebak dengan dia ni. kalau kau tak waras, tolonglah jangan tak waraskan aku sekali.
Hadoi.
“Baliklah. Awak nak kena halau dengan guard ke?” Aku mengugut setelah pintu lif terbuka. “Awak baliklah. Saya tak nak makan.”
Dia terus masuk dan bersandar pada pintu lif, menahan dari tertutup. “Kalau awak tak turun, saya takkan balik.”
Hamboi, dia pun nak main ugut-ugut jugak?
“Awak nak apa ni? kalau nak pulangkan benda tu, bak sini. Pulangkan je. Jangan ikut saya lagi boleh tak?” aku meninggikan suara. Walaupun mak aku ajar jangan berkeras dengan orang-orang spesis dia, tapi sekarang ni dia memang mencabar kesabaran aku.
Macam mana kalau Encik Razni nampak dia dekat sini?
Dan paling teruk, kalau pengarah tiba-tiba datang level aku, dan nampak dia. Boleh kena tindakan tatatertib ni.
“Mana boleh pulangkan dah. Awak kan dah bagi saya. Lupa dah awak punya peraturan?” dia sengih senget sambil menyilang tangan. “Cepatlah. Dah nak pukul 1.30 dah. Karang lambat pulak awak masuk.”
Aku tak ada pilihan lain. Aku kuatkan juga kaki untuk melangkah masuk ke dalam perut lif. dia terus tersenyum sambil menekan butang G. Muka lelaki di hadapan aku pandang lama. kalau aku singa, dah lama aku ngap dia kasi hancur lepastu buang dalam Sungat Klang.
Buat sakit jiwa aje.
“Nama apa?” Dia memandang wajah masam aku.
“Senah.” Aku menjawab malas. dia hanya senyum menggeleng. Kalau tengok keadaan sekarang ni, tak ada pulak nampak dia macam warga asing. Kira okaylah. Nampak siuman sikit, kecuali tang rambut tu. walaupun dia dah letak minyak (rasanyalah) tapi, masih lagi serabai. Dengan sebelah mata tertutup, heh. Ingat K-Pop sangatlah tu.
Lif akhirnya tiba di tingkat G. dia terus melangkah keluar meninggalkan aku terkapai-kapai di belakang. Aku menarik muncung panjang. Tadi bukan main nak ajak makan. Lepas tu main tinggal aje aku macam ni. aku naik balik baru tahu.
Kalau tak fikirkan dia ni boleh bunuh aku (orang tak siuman kan, mana kita nak tahu dia fikir apa), tak adanya aku nak ikut kata dia.
“Hey, tunggulah. Nak makan dekat mana ni!?” jam di tangan aku kerling sesaat sambil mengekori langkahnya yang panjang.
“Hey, hey.” Dia berhenti dan berpusing ke belakang. “Orang ada namalah.”
Aku mengeluh kuat. “Saya nak panggil apa ni?” aku terus mengejar dia dari belakang. Kaki panjang, langkah pun panjang. Pintu kaca ditolak sebelum dia mengangkat tangan kepada pak guard yang setia menanti di tepi pintu.
“Panggil saya Dollah.”
Aku mencebik geram. Perli..perli..


***Kita sambung kisah Dollah dengan Senah lain hari, ya =)***


24 comments:

lee jee joong said...

Hahahahahahahahahaha best sila sambung lg . Ye illa. Sgt2 best

NurAtiZa said...

Waaa tak puas lah...baru nak baca part yang boleh buat kesabaran Wanda nak melingkup... #^_^

kiki said...

suka la dolah dgn senah hahaha

sicuteiman said...

hailah...senah pun senah la wanda. ni mesti masa interview xkaji btul2 siapa bos kat situ.

Illa said...

=)
thanks

illa said...

Ala,puas hati la..haha. sabar2. sikit sikit lelama jadi novel.muahaha

illa said...

suka la kiki =)

Illa said...

Iman nanti mintak kerja p kaji bebetul dulu ye =)

Anonymous said...

Kelakar lah senah dan dolah nie.

Anonymous said...

Nama sungguh legend => Senah & Dollah.... Me liking it very much... Nak lagi entry... hihihi....

_aniesue_ said...

alahaiiii... kan en serabai mata satu dah naik tingkat 20,kihkihkihkih ...ko Fahim ada??? hahahaha(gelak jahat)
ok jom kita p makan:)

Anonymous said...

best3!nak senah ngan dollah ye.heehe kan wanda dh bg hati dia kat org gila tu kan..kekeke

Illa said...

Entry tunggu pada masa yang sama,tempat yang sama =)

Illa said...

Gelak jahat tak apa,jangan jadi jahat. haha
jom makan

nor aisyah ismail mj said...

dollah and senah!!? hehe..tak sabar tunggu next entry..:)

Unknown said...

senah?? dollah??? hahaha hilarious.. i like.. keep moving ya.. saya dah sangkut ni..

Zakiah Halim said...

walawehhh... dollah...senah... best best...dah tersangkut dah ni... weeee... ;)

Unknown said...

Mak senah.... pak dollah nak ngorat tuu...hahaha

Unknown said...

haha..best sgt..dollah+senah=fahim jeles tahap gaban

strawberry.chocolate81 said...

hak3....senah lawannya dollah muahhahahhaa

Anonymous said...

kahkahkah... lawak btoi adegan kat dlm lif tu... mengekek dah gelak...
~iris~

aisyah said...

Senah & dollah..hahaha..unik2

Nana Mohd Yasin said...

best gilerrrr = gilerrr best....

Unknown said...

Adoyai name xleh angkat..Senah vs Dolah...hahaha