Sunday, 14 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 8]




8

DIA ADALAH STRANGER. He was supposed to be a stranger. Paling tepat, orang tak waras yang tiba-tiba nak minta tukar syiling dengan aku. Tapi kenapa tiba-tiba dia boleh jadi Nick Rayyan?
            Betullah apa yang mak-mak pesan dulu. Jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal. Ni lah salah satu sebabnya (Pesanan tu bukan valid untuk budak-budak aje).
Walaupun dah selamat sampai dekat rumah sewa, kepala aku masih berpusing 360 darjah tanpa henti memikirkan satu perkara.
            Logik ke Nick Rayyan tu pakai baju macam Dollah?
            Logik ke The Great Nick  Rayyan yang memberi usul projek juta-juta tu  pergi kerja naik komuter? Logik ke?
            Kalau nak tanya pandangan aku(yang dah terjebak dengan drama TV, filem-filem semua) memanglah tak logik.
            Aku merebahkan badan ke atas katil bersaiz super single yang baru dibeli tahun lalu. Selendang yang tertarik senget benget dikepala tak aku hiraukan. Kalau nak dikira dengan senget selendang ni, senget lagi kepala aku memikirkan semua benda yang jadi hari ni.
            Handphone  tiba-tiba berbunyi kuat menandakan ada panggilan masuk. Beg tangan aku selongkar dan mengeluarkan Samsung kesayangan. Melihatkan nama pemanggil yang tak dikenali, kening aku terus terangkat tinggi.
            Dengan kerutan dahi berbaki, aku meletakkan handphone di telinga.
            “Kau memang tak paham bahasa, kan? Jangan sampai betul-betul aku campak asid dekat muka kau baru kau nak sedar!”
Apa ni? apa? apahal tiba-tiba minah ni nak sound aku? “Assalamualaikum.” Aku menarik nafas dalam-dalam, bersabar (walaupun dalam hati aku nak aje cakap ‘Kau dah kenapa meroyan tak tentu pasal?)
Sedaya upaya aku kumpul kekuatan. Kumpul tenaga nak sembur dia balik sebenarnya. Apa? ingat aku kayu sangat ke nak main sound je sesuka jiwa dia?
            Heh.
“Kau tak payah nak berlagak baiklah perempuan. Macamlah aku tak tahu kau siapa dulu!”
Ewah-ewah. Sesedap secukup rasa aje dia cakap. Dah la tak jawab salam. Jawab salam tu wajib, tahu?
“Apa masalah ni sebenarnya hah?” aku kuatkan suara. Cakap lembut-lembut, main tengking-tengking jugak. Aku tengah berserabut ni. Karang tak pasal-pasal aku yang ayu ni bertukar bentuk jadi dinasor.
“Masalah aku sekarang, kau tu gatal sangat nak mengurat laki orang. Dah tak ada jantan lain ke kau nak sapu, hah? Ke dah terdesak sangat?”
Aku menjauhkan handphone dari telinga. Betulah boleh buat tahi telinga aku cair. Dia cakap pakai microfon ke apa? dasyat betul.
“Makcik, aku tak kenal pun siapa laki kau. Aku tak pernah pun terasa nak mengurat siapa-siapa ini kan pula laki kau. Jadi, please. Tolong jangan nak meroyan call aku lagi. Aku rasa kau dah salah orang. Kau faham tak ni makcik? Kau nak aku ulang?” ambik kau. Panjang lebar aku cerita. Kalau tak faham jugak, sah dia ni ada terputus wayar dekat area otak.
“Kurang ajar! Kau panggil aku makcik? Hei perempuan, kau dengar sini eh..”
“Kau yang dengar sini. Sekarang, kau tekan butang end call, duduk diam-diam dekat rumah, jaga laki kau. Hati pun tak sakit, kan?” cepat-cepat aku memotong.
“Aaaaaarghhhhhh!” tiba-tiba dia menjerit kuat dari hujung talian. Hampir pecah gegendang telinga aku.
Hysteria ke apa minah ni? tanpa menunggu lama, aku terus tamatkan panggilan. Karang, aku pulak yang terjangkit hysteria dia tu.
Haih.
Belum pun pukul 7 petang, dah bermacam-macam benda yang terjadi hari ni. tiba-tiba aku rasa nak demam balik.
“Wanda,” pintu bilik aku dibuka dari luar. Muka Lili terjengul di muka pintu dengan muka keruh. “Aku nak minta tolong, boleh?”
Aku bingkas dari tidur dan duduk menghadap Lili yang sudahpun melabuhkan punggung di atas kerusi meja solek. Jarang sungguh aku tengok muka Lili keruh macam ni.
Bukan jarang, tak pernah pun.
“Kenapa?”
“Tapi aku segan.” Lili mencapai sikat di atas meja solek dan mula menyisir rambut pendeknya perlahan-lahan. “Aku nak minta tolong.”
“Nak segan apa…”  pelik sungguh aku tengok Lili petang ni. mana pergi wajah ceria yang dia selalu buat hari-hari tu? “Kau nak aku tolong apa, cakap je.”
“Aku nak pinjam duit.”
Erk. Duit. Okay.
Sejujurnya, aku memang sensitive sikit bab duit (iyalah, aku pun bukannya kaya, kan? Setakat kerja jadi kuli Miss Fina tu, berapa sangat yang aku dapat pun). Tapi Lili punya pasal, sensitive aku tu, aku tolak tepi.
Tapi, kalau nak dikira, budak Lili ni lebih berada(kaya) daripada aku. Mak ayah dia boleh belikan dia kereta, takkan tak boleh bagi duit.
Aku bukan nak berkira. Bukan (tapi sikitla kut). bukan sebab apa, sebab sekarang aku pun tengah sengkek. Adui.
“Aku baru minta belanja dengan parents aku sebenarnya. Jadi aku takut nak minta lagi.”
Aku telah air liur. Takkan Lili pun boleh dengar aku membebel dalam hati? “Berapa kau nak?” Lili ni sebenarnya dah aku anggap macam adik aku(walaupun beza umur tak adalah banyak mana pun). Lagipun, selama ni dia banyak je tolong aku.
Mungkin ni waktu aku tolong dia pulak.
Jangan berkira sangat Wanda. Duit boleh dicari. Kau tu muda lagi.
“Banyak…” Perlahan aje suara Lili. Memang aku tahu dia segan.
Aku cuba maniskan muka. Cuba menenangkan hati dia yang segan. “Berapa? Cakaplah.”
“Seribu.”
Untuk tiga saat, aku terkaku sendiri. Seribu. Hampir sama dengan separuh gaji aku untuk sebulan. Bil-bil, sewa, ecetra ecetra. “Bila nak?”
Lili masih lagi tak berani nak pandang aku. “Er..kalau boleh esok.” Dia menarik nafas berat. “Tapi kalau kau tak boleh tolong, tak apa Wanda. Kalau kau nak bagi separuh ajepun, aku tak kisah.”
Aku termenung lama. Alamak.. kesian pulak bila tengok Lili macam ni. aku dahlah jenis ada gen yang tak boleh tengok orang buat muka kesian. (Semua gen pun kau ada Wanda oi.)
“Esok aku transfer.” Akhirnya aku beri kata putus. Kalau nak dikira, dalam bank account aku tu, tak sampai pun RM2000.
Teruk, kan.
Dah bertahun-tahun kerja pun tak reti nak simpan duit.
Heh. KWSP kan ada. Biarlah dia yang tolong simpan.
“Tak apa ke Wanda?” aku nampak wajah Lili sedikit bercahaya. Macam dah terlerai kusut yang mengikat dia dari tadi.
Aku angguk beberapa kali sambil menghadiahkan senyuman aku yang paling manis (aku tak kaya, senyuman ajelah yang jadi harta).
“Thanks Wanda! Aku hargai sangat,”
“Ok. Kau jangan buat muka tak cukup sifat macam tu lagi.”
Lili sengih kerang sambil mengangguk laju.
Tiba-tiba aku teringat kata mak. Buat baik pada orang. Tak rugi. Ingat tu Wanda, tak rugi.


           
KEESOKANNYA AKU BANGUN dengan perasaan berbaur. Nick Rayyan adalah Dollah. Dollah pulak adalah orang kurang waras (yang aku sendiri cakap dia kurang waras) yang aku selalu sembur dia macam-macam.
            Paling teruk, aku cakap dia gila (dan dia dengar!)
            Hadui.
            Aku bersiap ala kadar dengan menyarung skirt hitam dan kemeja hitam. Selendang hitam tanpa corak yang dah berzaman aku lipat dalam almari (aku letak paling bawah sebab jarang pakai) aku belit ke kepala.
            Aku dah jadi Black Wanda.
            Aku harap aku boleh pergi kerja dengan rasa gembira sebab The Famous Nick Rayyan kenal aku (like, hey, siapa je yang pernah jumpa dia sebelum ni? Aku je). Dan aku dengan rasa bangganya ikut dia keluar lunch dekat Opah Cun’s Favourite sambil kenyit-kenyit mata dekat Julia.
            Aku harap aku boleh ketawa sopan depan dia sambil cakap ‘Oh, Nick! Saya tak tahu pulak awak adalah Nick Rayyan! Please excuse my attitude, sorry for my rudeness.’
            Tapi tak.
            Semua tu mungkin aku buat kalau aku tak panggil dia gila. Aku panggil Nick Rayyan gila!
            Tiba-tiba aku rasa nak pitam lagi. Logik tak kalau aku nak ambil MC lagi? (Tapi payah pulak sebab Doktor Mariah, klinik panel syarikat aku tu mak Fahim.)
            Hadui.
            Aku sepatutnya hidup aman damai dan harmoni sebelum munculnya Fahim. Ya. Semua sebab dia.
            “Apa kena dengan kau harini?” Munie menegur sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam pejabat. “Wanda dah nak jadi panda?” Munie sengih lebar sambil membawa mug ke bibir.
            Ceh. Mentang-mentanglah aku pakai hitam dengan mengusung handbag putih, suka-suka jiwa aje dia panggil aku panda. Kurang asam keping betul kawan aku yang sorang ni. “Hidup aku mungkin berakhir hari ni.” aku menjawab malas sambil melangkah ke arah meja kerja.
            Ofis dah hampir penuh. Fahim pun rasanya dah sampai waktu aku melepasi bilik dia tadi. (Dah kenapa sibuk padal Fahim pulak.)
            “Kau berkabung untuk siapa ni Wanda?” Raey pula menegur.
            Aku angkat bahu sendiri. Computer yang aku tinggalkan dalam keadaan ‘sleep’ aku buka dengan tangan kanan. “Untuk diri sendiri.” Aku menjawab tanpa memandang.
            Akhirnya Raey diam membisu. Dah pelik sangat kut dengan perubahan aku pagi ni. tapi sungguh. Memang tahap semangat aku untuk bekerja dah tinggal paras-paras bahaya bila dapat tahu siapa sebenarnya Dollah.
            Yang Dollah ni pun satu. Dah nama dia Nick Rayyan, kenapa cakap Dollah pulak?
            Err.. tapi bukan ke aku dulu yang mengaku aku ni Senah?
            Okay. okay. semua masalah ni berpunca daripada aku. Okay. aku tahu.
            “Wanda, kau dah dapat contact tuan punya supermarket tu?” Fayad menghampiri meja aku dengan beberapa kertas di tangan.
            Aku menggeleng perlahan. “Belum. Sorry, aku tak sempat.”
            “Kau tak sihat lagi ke? Kalau kau nak aku tolong, aku boleh try apa yang terdaya.”
            “Tak payahlah. Kau dah buat bajet tu. Yang ni aku boleh settlekan.” Aku menampal senyum plastik. Boleh settlekan? Itu sekadar ayat penyedap hati je tu. bukannya aku tak tahu. Encik Mohsin tu punyalah susah nak cari. Bila dapat call, tahu aje kami dari Shanah Group, dia terus letak.
            Mencabar kesabaran sungguh.
            “Betul?” soal Fayad perihatin. Dalam banyak-banyak pekerja lelaki dalam department aku, aku rasa Fayadlah yang paling baik. Semua kerja dia nak tolong. Semua kerja dia mampu buat.
            Sampaikan ada juga dua-tiga mangkuk yang buli dia (termasuklah Miss Fina).
            “Yup. Kau jangan risau. Nanti aku akan dapatkan juga contact dia sebelum Miss Fina balik.”
            Fayad mengangguk beberapa kali sebelum meninggalkan meja aku. Sebaik sahaja melihat Fayad duk di mejanya, aku mengeluh berat. Memang mood untuk kerja dah kelaut. Tapi aku cuba juga pasang pukat, nak gapai mood tu balik.
            Telefon di atas meja aku tiba-tiba bordering. Aku pandang jam tangan dengan dahi berkerut. Baru pukul 8.10 minit. Siapa pulak yang terlebih rajin call nombor ofis aku ni?
            “Hello, Wanda dari Shanah Group, boleh saya bantu?”
            “Wanda,”
            Aku telan air liur. Miss Fina. Patutlah rajin sangat call pagi-pagi alam macam ni. “Yes miss?” aku cuba menarik senyum.
            “I nak you dengan Raey deal dengan Encik Mohsin tu hari ni. paling lewat pun esok. I tak nak tangguh-tangguh lagi.” suaranya yang laju macam roket Apollo menerjah telinga aku.
            “Hari ni, okay?” ulang dia lagi.
            “Baik cik. Kami cuba.” Telinga aku yang masih elok berfungsi ni mendengar deru ombak dari hujung talian. Untung, kan. Tuan punya kerja elok aje goyang kaki, berjemur dan minum jus dekat tepi pantai (macam dalam filem tu), kuli-kuli macam aku ni yang kena siapkan semuanya.
            “Oh ya, kalau you tak tahu macam mana nak deal dengan Encik Mohsin, you cuba belajar dengan Julia. I rasa dia memang pakar dalam hal macam ni.”
            “Baik cik. Nanti saya minta tolong Julia.”
            “Good. Good luck then.” Dia terus menamatkan panggilan.
            Itu aje yang dia boleh bantu? Wish ‘good luck’ dan semua kerja akan berjaya? Heh. Kalau senang macam tu, aku pun nak jadi manager macam dia.
            “Kenapa?”
            Aku pandang Raey yang masih sibuk membuka akaun facebook. Baru masuk pejabat, cecah punggung dekat kerusi, takkan terus nak buat kerja, kan? Sekolah dulu pun selalu aje curi-curi main game dalam buku tulis waktu cikgu tengah mengajar.
            “Miss Fina suruh kita belajar cara-cara nak deal dengan customer dari Julia.”
            Raey ternganga luas. Sikit lagi dia nak terjatuh dari kerusi. Aku hanya menggeleng dalam sengihan.
            “Dia nak kita belajar apa dari budak Julia tu? Selak kain waktu tengah dealing? Ke main kenyit-kenyit mata dengan customer?” Raey berbisik geram. tak puas hati.
            Bukannya aku tak pernah ikut Julia pergi deal dengan cutomer. Selalu. Dan itulah cara dia nak dapatkan kontrak apa-apa pun.
            Dan Miss Fina nak suruh aku dengan Raey buat macam tu? heh.
            Harapanlah.
            “Bila dia nak kita dapat deal tu”
            “Hari ni. paling lambat esok.” Tanpa memandang aku menjawab. Folder Proposal project dekat Penang tu aku buka satu-persatu. “Kau rasa tak apa yang aku rasa?”
            Raey angkat kening tinggi. “Apa yang kau rasa?”
            “Aku nak berhenti kerja.” Memang pun. Dengan keadaan sekarang. Miss Fina, Fahim dan tiba-tiba Nick Rayyan pulak. Masih ada ketenangan ke untuk aku dekat ofis ni?
            “Kau tak apalah. Encik Fahim dengan Nick sudi tunggu. Aku ni kalau nak harapkan Mike support, memang makan nasi putih dengan telur ajelah hari-hari.”
            “Apahal pulak dengan diorang. Tak ada kaitanlah.” Okey, kalau dia nak merungut pasal Mike pun, kenapa nak kaitkan Fahim dan Nick dengan aku?
            “Tak ada kaitan ya? Tu….” Raey tiba-tiba memuncungkan bibirnya ke depan. Aku terus mengikut arah pandangan mata dia.
            Fahim dengan kemeja purple dan slack hitam berjalan menghampiri meja aku.
“Kau punya skandal dah cari.” Perlahan Raey berbisik sebelum dia menghapuskan jejak facebook dalam komputernya. Aku menggeleng tak puas hati. Jantung sudah bergendang lagu dia datang dalam rentak remix.
Bukan ke semalam aku dah terangkan segalanya. Dia masih tak faham? Takkan dia nak buat drama swasta dekat pejabat pulak?
“Wanda, you ikut I meeting.”
Jantung yang sedang berlagu rancak lagu Dia Datang serta merta berhenti. Nada suara dia yang mendatar membuatkan dahi aku berkerut seribu. Dia bukan nak pujuk rayu aku ke?
“Meeting?” suara aku juga turut berubah kepada mode professional. Inila kut yang orang selalu cakap jangan campur hal kerja dengan hal peribadi.
Macam nilah. Tenang, diplomati dan professional (walaupun dalam hati dah gundah gulana harapkan dia hilang dari bumi Shanah Group ni).
“Yes. Pukul 8. 30.” Fahim menjawab. Juga dengan nada mendatar. Aku makin pelik. Professional sangat ni kalau dah cakap dengan aku macam semalam tak pernah jadi apa-apa.
            “Er.. meeting pasal apa? I kena bawa fail apa-apa ke?”
            Fahim menggeleng perlahan. “No. tak payah. Just you and yourself. Pukul 8.30, tunggu dekat bawah.” dia terus berlalu ke biliknya tanpa sempat aku kata ‘Okay’.
            Dekat bawah? Maknanya meeting dekat luar pejabat eh?
            “Korang gaduh ke?” Raey bersuara tiba-tiba selepas pintu bilik Fahim tertutup rapat.
            Aku buat muka tak puas hati. Raey ni pun. Aku dah cakap aku dengan Fahim tak ada apa-apa, dia sibuk duk kenen-kenen jugak. “Kitaorang tak apa-apalah.” Aku buat muka bosan (dengan harapan Raey akan bosan).
            “Tak ada apa-apa. tak ada apa-apa. kalau aku dengar berita kau nak kahwin dengan Encik Fahim nanti siap aku.”
            Aku mengurut dada. Raey…Raey. Sesungguhnya kau tak tahu apa yang dah jadi wahai Raimah.
            “Kau tolong cari contact tuan punya supermarket tu eh.” Soalan Raey aku biarkan tak berjawab. Planner hitam sebesar buku nota aku masukkan ke dalam handbag.
            “Kau nak pergi mana ni?”
            “Laa, kau jugak dengar Encik Fahim panggil aku meeting tadi, kan?” aku mencapai Samsung di atas meja.
            “Meeting ke, dating?”
            Aku mencebik  sesaat sebelum bingkas dari kerusi. “Kalau Miss Fina call, kau tolong take over, ya?”
            “Saja kan. Kau nak pass bala dekat aku.”
            “Kata satu team. Biarlah sama-sama terasa balanya.” Aku sengih lebar. “Bye.” Aku terus ke pintu lif tanpa menunggu Fahim. Lagipun, dia yang suruh aku tunggu dekat bawah, kan?
            Kejap. Meeting apa pulak pagi-pagi alam ni sebenarnya?
            Dan kenapa aku? Kenapa bukan Jimi atau Fayad? Ataupun Raey?
            Tak pun, Julia (walaupun Julia tu tak ada kena mengena langsung dengan team kitaorang).
            Aku melabuhkan punggung di atas sofa coklat cair yang sudah tersedia di lobi. Jam tangan aku kerling sesaat sebelum mengeluarkan Samsung untuk memeriksa pesanan dan emel.
            “Berkabung ke?”
            Jari yang menari-nari di atas touch screen Samsung terhenti kaku. Tak payah nak pandang, tak payah nak dongak. Aku tahu siapa yang menegur. Suara beku dia dah sebati sangat dengan telinga aku.
            Dollah.
            Ataupun nama dia sekarang, Nick Rayyan.
            Aku cuba sedaya upaya untuk senyum dan buat-buat biasa sewaktu dia melabuhkan duduk bersandar malas di atas sofa bertentangan.
            Kalau aku ambil gambar, letak dalam Facebook dengan caption ‘ The Great Nick Rayyan, kebanggaan syarikat’, confirm ramai yang tak percaya.
            Sama macam aku sekarang.
            “Sakit eh?” soal dia lagi.
            Aku cepat-cepat menggeleng. “Taklah.” Aku senyum nipis. Apa yang orang biasa buat bila jumpa dengan manusia penting syarikat? Aku nak belajar (pasal rasanya aku tak pernah bersembang pun dengan orang-orang atasan).
            Aku pandang dia tak lepas. Baru aku perasan yang kulit dia sebenarnya putih. Mata dia pun sepet. Logiklah kalau nak cakap anak cina pun.
            “Pelik.” Dia memeluk tubuh sambil menyilangkan kaki. Terus terserlah flipper yang dipakai. “Dah tu kenapa tiba-tiba urat senyum awak berfungsi?”
            Senyuman manis yang aku sertakan dengan madu asli tadi terus mati. “Perli eh?” dah keluar balik perangai aku bila jumpa dia.
            Memang tak boleh nak buat-buat sopan dengan Dollah ni. tak boleh.
            Dia tersenyum senget untuk sesaat. Belum sempat aku menyambung, Fahim datang mendekati kami. Aku bingkas dari sofa, bersedia untuk pergi meeting.
            “Morning Nick,” Fahim menegur degan senyuman.
            Dia senyum nipis sambil mengangguk. Belum lagi bangkit dari sofa. Seronok sangat kut duduk atas sofa yang lembut gila tu. aku pun pernah dua tiga kali terlelap atas tu.
            “You suruh bawa orang yang you bagi nasi bungkus tu sekali, kan?”
            Ayat Fahim seterusnya membuatkan kening aku terangkat tinggi. Jap. Apa kena mengena aku dalam hal ni sebenarnya? Meeting apa sebenarnya ni? aku memandang wajah Fahim dan Nick bergilir-gilir.
            Serius, tak faham.
            “Ya. And you did it. Thanks.” Nick bingkas dari kerusi. “Shall we?”
            Fahim mengangguk. “Tapi sebelum tu, I nak kenalkan, ini kita punya marketing assistant, Wan…..”
            “Senah.” Nick menyambung tanpa berpaling. Dia terus berjalan menuju ke pintu utama untuk keluar dari bangunan pejabat. “I know her. Very well.”
            …dan aku terus menelan air liur yang terasa berpasir. Bala apa pulak kali ni?



 ***Bersambung lagi***


Cari ilham dekat atas Bukit Tabur.( Itu yang jadi delay tu).

16 comments:

Anonymous said...

Makin best la follow cerita nih...
Hari2 update yer sbb suka plk dgn watak dollah tu
hahaaaa

AmyZainudin said...

terbaikkkk mmg dok tggu jaaa.. tenkiuuuu dear

Rehan Makhtar said...

sape eh itu wanita.. ohmaiii.. bini fahim kot n fahim get lus of nick's way... hoho..

AmyZainudin said...

habislaaa wandaaa.....adeiii... terlajakk kata xleh undur.. nick pun selambaa jaa.... hehe....

Rozy Harris said...

The mysterious nick dollah! Yg suka pakai flipper.. I like.. He..he..

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Siapa perempuan yang call Senah lepas tu marah2??
Hurmmm.. tak mungkinlah Fahim.
Dollah? Tak mungkin jugak.
Hairi? mungkin...
ataupun Encik Muhsin?? (Ape kena mengena dgn encik muhsin pulak kan).
Aishhh.. cepat2 sambung ye.. :D

Illa said...

hairi lagi tak ada kena mengena :P

Unknown said...

Oooohhhh panjat gunung yeee, best nya dah lama tinggalkan activitie lasak ni

_aniesue_ said...

hmmmmmm miss fina attitude ada di mana2 opis je...hate it!

lili nk duit tu wat pe... kta ank org kaye...wanda asal x tnye je...nt u plk xde duit...haaaa nk mtk kt sape plk? mr nick? ok pinjaman lili diluluskan huhu

makcikkkk...klau u bini fahim, please ikat dia leklok... klau u mksudkan en. serabai mata satu aka mr nick....GTH

wanda, bila jmpa mr nick tu.......bt malu2 xkeruan tw...hihihi kan dh terlajak perahu....hohoho

Anonymous said...

best... santai je baca... tp citer best + misteri sket... tq Rehan Makhtar yg share citer ni kat fb... ;)
~iris~

kak na said...

cepat ler sambung nak tahu sapa itru pompuan yg call wanda n marah2

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Tak de kena mengena dengan Hairi? Hurm.. sape yee? xkan Encik Muhsin pulak kot.

cyah said...

Wah begitu misteri ni huhuhuhu

nurilsuhaila said...

dollah nak bawak senah pi mana pulak.. cik senah rilek okay...

kak ida said...

pergh..punyalah tinggi giler ko dik memanjat bukit nak dapat idea..bak tergolek jatuh kan kes ..niaya..jawabnya..ni komen pasai photo tu..

Alahai kesian si senah tu..kan..terhempit ditengah tengah dengan 2 mamat yg sengal..apa akan terjadi ek...kemana sebenarnya mereka nak pi meeting..dengan wajah selekeh dollah..tu..

aisyah said...

sape yg nk bw wanda sbnr nyer ni?