Assalamualaikum!
Pernah dengar tak nama Enid Blyton?
Okay. Masa sekolah rendah dulu, illa bukanlah seorang yang suka duduk dekat satu sudut, buka buku, dan membaca. Tidak sama sekali. Malah (malah?), illa (yang juga pengawas waktu tu) sama naik dengan pelajar-pelajar lain waktu cikgu tak ada atau mesyuarat. Jadi perkataan skema dan pendiam tu tak masuk langsung. Heh he.
Tapi, ada satu benda je yang boleh 'mendiamkan' illa waktu cikgu tak ada. Buku Enid Blyton. Illa kenal dengan buku-buku Enid Blyton ni waktu darjah lima. Waktu tu perpustakaan sekolah buat pengubahsuaian besar-besaran. Jadi perpustakaan jadi lagik besar, dan buku lagik banyak.
Nak dijadikan cerita, tak tahulah macam mana boleh tersangkut dengan buku Tingkatan Satu Di Seri Melur (mungkin sebab dah sedar lagi dua tahun nak skolah menengah kot). Baca buku pertama, best. Lepas tu pergi cari sambungan, Tingkatan Dua Di Seri Melur. Best jugak. Sampailah habis penggal diorang dekat Seri Melur tu. Buku asalnya Malory Towers, alih bahasa ke bahasa malayu jadi Sekolah Seri Melur.
Masa tu dah terikut-ikut kisah Rozy, Salina, Betty dan yang lain-lain dekat sekolah diorang tu. Dah habis buku Seri Melur, illa baca pulak cerita 5 penyiasat dan 5 Sekawan, pun Enid Blyton punya jugak. Waktu tu minat nak jadik penulis memang berkobar-kobar la (masa tu tak serius mana, jadi penulis dekat buku tulis kulit coklat sendiri je). Ada satu masa tu, illa karang cerita dekat kertas kajang, sampai berkajang-kajang. Tapi diri sendiri je yang baca (sadis, kan? Hah ha).
Lepas tu beralih pulak dekat Siri Salma, cerita tentang penyiasatan. Siri Salma memang banyak siri, dah lupa semua tajuk dia (darjah lima kot!). Waktu tu terus tukar cita-cita dari cikgu ke penyiasat. Hoh ho.
Itulah ceritanyaaa...dan baru tahun ni illa tahu yang Enid Blyton tu perempuan... (power jugak para penulis wanita ni ya? Huh hu.)
=)
3 comments:
WC pon pnh bce gak buku Tingkatan 1 Di Seri Melur ngn buku pnyiasatan laen tu... mse tu buku tu femes en... skrg da xde jual... dulu slalu beli wat koleksi...
suka sangat2 ngan buku2 Enid Blyton.. akak start since darjah 1 with Noddy..fanatik giler ngan Noddy ni dulu..hehe.. pastu continue ngan Famous Five.. Secret Seven.. wahhh..very nostalgic..
wc - illa x pernah beli, kecik3 dulu tak jumpa kedai buku y jual ni n xdak duit, hahaha
jayda - start darjah 5.. lambat...T_T haha tapi lambat pun mmg lambat bergaya sbb semua cerita dia best.
Post a Comment