(Awas, pendek=) )
[5]
OKAY. BAYAR TAMBANG,
settle! (walaupun muka pakcik tadi berkerut+masam mencuka bila aku hulur dua
keping not sepuluh ringgit tu). Aku menghela nafas dalam-dalam sewaktu melihat
teksi pakcik tadi memecut laju membelah pekat malam.
Spontan aku
menggeleng perlahan. Tak pernah-pernah aku tak ada duit untuk bayar tambang
teksi.
Tak pernah
dibuat AKU, terpaksa suruh pakcik teksi tu tunggu kejap sementara aku dapatkan
duit tambang.
Dan tak pernah-pernah aku
terpaksa ‘pinjam’ duit orang lain sebab nak bayar teksi.
Haih. Sungguhla…hari
ini dalam sejarah sungguh. Sekali lagi kepala menggeleng tanpa paksaan.
Elok aje
kelibat teksi hilang dari pandangan, aku terus mengatur kaki kembali ke
kooperasi. Harap-haraplah Payed masih ada dekat sana. Waktu-waktu macam inilah
aku terasa muka penuh dengan peluh-peluh yang mula memusnahkan bedak compact yang aku tempek dekat muka waktu
dalam perjalanan tadi.
Kalut+tak
boleh fikir waras+blur waktu nak dapatkan duit tambang teksi tadi membuatkan
aku sikitpun tak hiraukan wajah yang dipamer.
Muka aku
tak comot, kan?
“Kak
Diyanah!”
Suara Payed
mematikan langkah aku untuk terus ke kooperasi. Rupanya dia dah buat sila
panggung dekat kerusi menunggu tak jauh dari lif. tunggu aku. “Payed…” suara
aku terkeluar tanpa dipaksa. Lega sebenarnya. Adrenalina yang merembes laju
tadi membuatkan aku termengah sendiri. Tak pasal-pasal malam-malam buta aku
buat walkathon dekat hospital ni.
Haih.
“Sorry, tak dapat tolong.” Payed bingkas
dari bangku, mendekati aku. “Nak air?”
Botol jus
oren yang dihulurkan tepat di hadapan aku pandang dengan kening terangkat
seinci. Bukan ke tadi budak tu tadi cakap tak ada duit baki, boleh pulak budak
Payed ni beli.
Memikirkan
dahaga yang aku lalui sekarang, penutup botol terus aku buka. “Bismillah…”
“Abang tu
yang belanja. Dia cakap…”
…hah? Abang…?
Jus oren
yang belum sempat sampai ke perut terus tersembur keluar. Aduhai. Lupa pulak
aku pinjam duit abang tu tadi. Aku terus berdehem perlahan sambil mengelap sisa
jus pada bibir. Payed yang memandang aku dengan dahi berkerut aku buat tak nampak.
“Abang tu
cakap apa?” sekali lagi aku membawa botol jus ke mulut. Kali ini aku melabuhkan
punggung ke bangku kayu. Tak sopan minum berdiri. Itu yang sampai tersembur
bagai.
“Nak nombor
telefon, tunggu dekat lobi pukul sepuluh.”
Aku kerling
jam ditangan. Sekarang dah dekat 9.45 malam. Jumpa Murni pun belum. Ni nak
suruh turun ke lobi jumpa dia pulak? Haish.
Tiba-tiba
terasa menyesal pinjam duit dia tadi. (Air oren ni pun tiba-tiba terasa pahit).
Aku menarik
nafas dalam-dalam sambil menutup botol, kemas. Banyak benda lain yang jadi
sejak kaki aku melangkah dekat hospital ni. Urusan utama pun belum selesai
lagi.
Aku tak
kira apa pun yang akan berlaku lepas ni. Sekarang ni, apa yang penting aku kena
jumpa Murni. Ya, itu tujuan utama wujudnya aku dekat Pusrawi malam-malam macam
ni.
Aku bingkas
dari bangku sambil membetulkan letak beg tangan di bahu. “Payed, jom bawa akak jumpa Kak Uni.”
TEPAT JAM 10.15 malam, aku bergegas turun ke lobi. Nasib
murni baik. Lepas aje selesai semua benda yang patut, segala check up yang perlu, dia dah dibenarkan balik.
doktor cakap, Murni ada darah rendah. Senang pengsan kalau tak kena gaya.
Baru hari
ini aku tahu Murni ada penyakit darah rendah. Aku ingat dalam dunia ni ada
penyakit darah tinggi aje. Tak sangka betul. Selama ni elok aje dia sihat
(ataupun aku aje yang tak tahu dia ada penyakit tu?)
Entah.
Tapi apa-apa
pun, semua dah selamat. Sekarang ni tunggu Payed ambilkan ubat dekat farmasi
aje.
“Adik manis, takkan jus oren tu dah tukar muka
awak jadi masam?”
Wajah yang aku rasa dalam
keadaan neutral terus aku tarik sehingga munculnya kerut-kerut di dahi. Muka enam
belas. Apa entah masalah ‘abang’ ni.
“Lambat,” dia berkata sepatah
sebaik sahaja aku mendekati dia yang bersandar pada meja di kaunter pertanyaan.
“Kenapa tak bagi aje nombor
telefon dekat Payed tadi?” tak puas hati. Iyalah. Benda senang aje. Bagi.nombor.telefon.dia.pada.Payed.
senang, kan?
“Sengaja. Nak bagi awak ingat. Mana
tahu lepas pinjam awak boleh buat bodoh jugak…macam selalu.” Dia tersengih
memandang aku yang berdiri tegak di hadapannya.
Terus terasa aura panas
menyusup masuk ke dalam telinga.
Macam selalu?
Macamlah dia kenal aku….
Belum sempat aku membuka mulut,
dia terus berpaling membelakangi aku, menghadap dua orang pekerja di meja
pertanyaan. “Cik, boleh pinjam pen dengan kertas?”
Tanpa menunggu lama, pen dengan
kertas bertukar tangan. Dia terus menulis nombor telefonnya pada kertas kecil
tadi dan terus dihulurkan kepada aku.
“Nah.”
Aku menyambut perlahan sambil
memandang nombor-nombor yang tertera. Tak sporting
langsung abang ni. dua puluh ringgit je kot. Itupun nak berkira.
Lainlah kalau aku langgar
kereta dia sampai calar ke. Aku koyakkan baju dia dengan gunting ke.
Ingat aku tak mampu nak bayar
ke?
“Pen,” aku menghulurkan tangan.
Aku sempat menangkap kerutan pada dahinya waktu pen bertukar tangan. Kertas
kecil tadi aku koyak dua sebelum menulis sesuatu pada cebisan yang kosong. “Nah!”
Aku boleh nampak dia tersengih nipis waktu membaca tulisan
yang aku serahkan tadi. cebisan kertas yang mencatakan nombor telefon dia aku
masukkan ke dalam beg tangan. mati aku kalau hilang ni.
Mana aku
nak cari dia lagi kalau nombor telefon ni hilang? Heh.
“Adik
manis, kejap.”
Dua orang pekerja tadi masih lagi memerhati tanpa suara.
“Here.” Cebisan kertas tadi kembali
bertukar tangan.
“It’s Aliy.”
Aku mencebik.
Ali…Aliy. Sama je sebutannya. Nak cakap ada genetik orang putih ke apa siap
tambah y bagai?
“Apa-apalah.
Dah withdraw duit nanti saya bayar.” Aku
terus menyimpan cebisan kertas tadi. malas nak panjangkan cerita sebenarnya. “Thanks.”
Aliy Naim
hanya mengangkat bahu sesaat sebelum memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam
saku seluar.
Aganknya KL
ni makin kecil kot. Dekat mana-mana pun boleh jumpa dia. apa pulak yang dia
buat dekat hospital ni entah. Nak kata sakit, sihat walafiat je. Siap boleh
perli aku bagai. “Kalau tak ada apa apa, saya mintak diri…”
“Puas mak
cari dekat atas. abang dah turun rupanya.”
…dulu.
Spontan kepala
aku berpusing ke kanan bila ada suara lain yang memotong. Kejap. Ini bukan ke…
“Kawan
abang ke?”
Makcik tu!
hah! Betullah!
Makcik yang pengsan depan pejabat aku itu hari!
“Ma…makcik…”
aku menarik bibir, mencipta senyum. “Makcik sihat?”
Makcik tadi masih tersenyum
manis sambil mendekati anak dia, ALIY Naim.
Agak-agak
makcik ni ingat tak yang aku lupa nak tolong dia hari tu? dia ingat tak?
“Alhamdulillah.
Sihat dah. Ni dah boleh keluar pun. Anak ni nama apa? kawan abang ya?”
Senyuman aku
masih belum padam. Agaknya dari itu hari, baru sekarang makcik ni boleh keluar.
Perasaan bersalah datang tiba-tiba. Makcik masuk hospita bukan sebab aku, kan?
Kesian makcik ni. air muka dia
pun nampak pucat. Apa agaknya sakit dia. Tiba-tiba aku teringatkan mama dekat
rumah. Nasib baiklah mama tak ada penyakit yang teruk-teruk. Kalau ada pun,
sakit urat saraf. Itupun selepas dia buat maraton shopping dua tiga hari.
Selebihnya,
OK. Sihat.
“Bukan
kawan abang mak. Baru jumpa ni ha.”
Terus aku
mengangkat kepala memandang wajah selamba Aliy di hadapan. Mulut yang terasa
ringan untuk menjawab soalan makcik tadi terus terkatup rapat.Selamba bomba aje
dia kata aku bukan kawan dia?
Ceh! Konon nak marahkan aku pasal tak belajar tatasusila. Yang
dia tu…eh. Kejap. Memang aku dengan dia tak berkawan, kan?
Kan?
Dah tu,
yang kau nak kecoh kecil hati ni kenapa Diyan oi?
“Nama saya Diyanah
makcik. Datang sini teman kawan.” Aku menjawab juga soalan makcik tadi dengan
penuh rasa madu walaupun nak je aku jerit, aku pun tak ingin langsung nak
berkawan dengan kau wahai Aliy Naim!
Perlahan-lahan
aku mengerling ke arah Aliy yang tegak berdiri di sebelah ibu dia. Kenapa
tiba-tiba rasa gugup gaya nak jumpa dengan bakal mertua ni?
“Diana ye? Panggil
aje Mak Inah. Nanti senang-senang jemputla ke rumah Mak Inah. Tak jauh pun dari
sini. Nanti suruh abang bawakan, ya?”
Rahang aku
terbuka luas mendengar perkataan yang terkeluar dari mulut Mak Inah. Bukan sebab
dia panggil aku dengan nama Diana (macam semua orang yang tak tahu ejaan
sebenar nama aku), tapi…
Jemput.Datang.Ke.Rumah?
Minta.Abang.Bawakan?
“Mak…dia
bukan kawan abanglah.” Abang Aliy cepat memotong sebelum sempat aku memikirkan
jawapan yang sesuai.
Memang tak
ada jawapan pun rasanya.
“Hish,
abang ni. Tak baik kata macam tu.”
Aku hanya
mampu tersenyum (kekok) menahan malu. Kalaulah Mak Inah tahu yang aku tak
tolong dia waktu dia pengsan itu hari, agak-agak dia masih layan aku baik macam
ni ke?
Mata Abang Aliy memandang tepat
ke arah aku sengan sengihan sinis seolah-olah tahu apa yang berkumpul di dalam
kepala.
Sungguhlah. Waktu-waktu macam
ni lah aku minta sangat ada gempa bumi kecil ke, tak pun latihan kebakaran ke
supaya aku boleh larikan diri tanpa cakap apa-apa.
Kekok! Sungguh!
“Mak,
jomlah kita balik. dah lewat ni, mak kena rehat.”
Phew…nak
aje aku buat banner besar-besar tulis
THANK YOU ABANG ALIY seban dah selamatkan aku. terus aku hadiahkan senyuman
paling manis ke arahnya…dan juga Mak Inah.
Karang kantoi
pulak kalau aku main redah sengih dekat anak dia aje, kan?
“Mak Inah
balik dulu, Diana.”
Aku mengangguk
dengan senyuman yang masih berbaki. Syukur…syukur…
Tak ada
orang boleh bayangkan betapa sesaknya nafas aku tadi. “Baik Mak Inah. Jaga diri.”
Tapi sekarang aku dah boleh senyum…lega…
“Nak datang
rumah, telefon je, ya?” Abang Aliy mengangkat kening di belakang Mak Inah. Senyuman
sinisnya membuatkan darah aku berlari ke muka.
Tapi masih,
aku kekalkan senyuman.
Perli…perli.
Aku tahu
dia benda tersirat disebalik ayat tu. ‘Nak
bayar hutang, telefon je, ya?’
Heh.
***bersambung***
7 comments:
Hehehehehe.... Mmg pantang jumpalah dua org manusia nie..aliy vs dian
alahai diyan....dah tau diri tu pelupa awat x save terus no tel aliy dlm hp. saje je lepas ni hilang pula kertas kecil tu kena lg dgn aliy....
.
Finally.. As if someone reads my mind. I hv always wonder.. Nama hero heroin novel ni selalu la pelik2.. Kekdg biasa2 je. Tp ejaan modern kemain... Tp bila introduce diri, each other terus tau cane ejaan.. Tp bukannya ada ngeja pun masa hero n heroin tu berkenalan..
It's aliy. Not ali...
Haha..
Me too.thats y sy dah ubah ejaan dkt bab pertama kalau awak perasan. Hehe. Tq sbb teliti
Mcm biasa. Best.
Amboi abang... RM20 sedekah ja lah... x pun abang dah jatuh hati kat Diana... sempat lagi ingatkan untuk tel dia....hehehe
hihihi
I luv U lah abang.....
Post a Comment