11
AKU MENCIPTA SENYUM
segaris bila melihat Nick Rayyan berpeluk tubuh dan bersandar malas di tempat
menunggu tren. Entah apa yang dia buat selepas lunch dekat Pizza Hut tadi. (Yang peliknya, walaupun tak masuk
ofis, waktu balik dia sama jugak dengan aku yang ikut office hour ni.)
“Awak
memang nak tak nak buka ke keychain
dekat handphone tu?” Aku menegur
sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah.
Dia
membuka mata yang tertutup dan berpaling ke arah aku. “Keychain?” dahinya berkerut lebat.
Aku
mengangguk perlahan. “Hati tu la. Dekat phone
tu.”
“Ni?”dia
mengangkat handphone di tangan.
Sekali lagi aku
mengangguk. ‘Lampi’ jugak orang bernama Nick Rayyan ni rupanya.
“Cik
Senah sayang, ni bukan keychain,” Dia
memandang aku lama. “Nama dia phone charm.”
Erk.
“Tak percaya pergi Google.” Sambung dia lagi.
Mulut
aku ternganga luas. Phone charm ke
nama dia? Serta merta darah menyerbu ke muka. Sumpah aku baru tahu!
Serius
malu weh!
Memang
selama ni aku tak pernah dengar pun orang panggil benda tu ‘phone charm’. (At least, orang Malaysia la.)
Aku
pandang dia lama. “Awak belajar dekat mana dulu?” tiba-tiba aku terfikirkan
sesuatu. Mana la tahu kut-kut Nick Rayyan ni overseas graduate ke. Sebab tu tahu term-term yang jarang dipakai
oleh orang Malaysia ni.
“Does it matter?”
Hambik kau Wanda, sibuk sangat nak
tanya lebih-lebih. Mendengar jawapan Nick, aku terus tutup mulut. Terus aku
sedar tahap aku. (Mana nak sama dengan level anak emas Tan Sri, ye dak?)
Dah, malas nak tanya apa-apa dah.
AKU BANGUN PAGI
keesokan harinya dengan semangat baru. Baru semalam kaki aku rasa berat sangat
nak pergi kerja sebab fikirkan Dollah tu adalah Nick Rayyan. Baru semalam aku
rasa nak tutup muka dengan topeng untuk elak dari berjumpa dengan Fahim.
Tapi, untuk hari ni, semua tu dah
tak jadi masalah. Aku dengan Fahim pun dah boleh jadi kawan macam dulu
(walaupun aku tak pasti apa yang aku buat tu betul atau tak).
Tapi, tak kisahlah, yang penting aku
boleh pergi pejabat tanpa rasa sesak nafas bila setiap kali lalu depan bilik
dia. Itu yang pasti.
Aku cuba untuk let go.
Aku cuba untuk move on.
Handphone
aku berbunyi lantang sebaik sahaja aku tangan aku mengunci mangga pintu rumah
sewa. Melihatkan nama Kak Qila pada skrin, kening aku terangkat seinci. Apa
yang Kak Qila nak pagi-pagi macam ni? tak pernah pulak dia buat perangai call
aku waktu-waktu macam ni.
Walaupun kepala aku penuh dengan
tanda tanya, aku letak juga speaker
handphone di telinga.
“Wan, kau free tak?”
Kali ni, dahi aku pula berkerut
juta-juta lapis. Soalan apa tu? “Kenapa?” aku kawal suara sambil berlajan
keluar dari kawasan rumah walaupun dalam hati aku nak je tanya, “Aku kerjalah
harini, ingat aku kaya sangat nak duduk goyang kaki weekdays macam ni.”
Tapi, gila ke aku nak cakap. Kakak
aku tu. Aku kan ada gen hormat orang-orang tua.
“Jom keluar.”
Aku pandang handphone (ibarat boleh pandang wajah Kak Qila dekat skrin tu), tak
percaya. Kak Qila ni dah kenapa?
“Nak keluar apanya?” kening aku masih tak
jatuh. Kalau dah namanya dia dekat Batu Pahat, aku dekat KL, nak keluar apanya.
Eh,
kejap.
“Kau
dekat mana ni kak?”soal aku sambil pandang kiri dan kanan. Kak Qila ni bukannya
boleh agak.
“Dah sampai traffic light depan Petronas rumah kau.”
Baru aku perasan ada bunyi bising di
hujung talian. Patutlah, dia tengah drive. Aku dah agak dah. Beberapa sesaat
selepas itu, aku nampak kereta Kak Qila masuk ke dalam kawasan perumahan dan terus
memberhentikan kereta di hadapan aku.
Tanpa tunggu lagi, aku terus
melangkah masuk ke dalam kereta dan Kak Qila terus memecut keluar ke jalan besar.
Aku pandang wajah Kak Qila tak lepas. Dah tukar imej ke apa Kak Qila ni.
Selamba je pakai cermin mata hitam ‘mata belalang’ pagi-pagi alam macam ni.
“Kau dari mana ni? Rumah Kak Umi?”
soal aku sebaik sahaja kereta Kak Qila berhenti di lampu isyarat. Kakak bertuah
betul, datang KL bukannya nak bagitahu adik kesayangan dia ni.
Baru aje aku nak membebel panjang,
aku nampak Kak Qila menggeleng tanpa memandang.
“Kau dari rumah!?” biar betul kakak
aku ni? Sekarang baru pukul tujuh setengah. Takkan dia dari kampung kot. Pukul
berapa dia bertolak? Lepas subuh? “Kau kenapa ni kak?” aku memandang Kak Qila
yang dari tadi diam di tempat duduk pemandu.
“Kau ambil EL hari ni eh. Teman aku
tengok wayang.” Dia menjawab selamba tanpa memandang.
Aku mengeluh dalam hati. Dah tahu
dah. Kalau datang angin pelik macam tu, ada lah tu masalah dia. Akhirnya
menyelongkar nombor telefon Raey dari contact
list. Mesej ringkas aku hantar. Handphone
kembali disimpan ke dalam handbag
sebelum aku kembali memandang wajah Kak Qila.
“Mak tahu tak kau datang sini?”
Kak Qila angguk sesaat. “Mak kirim
sambal ikan bilis. Ada dekat belakang tu.”
Aku senyum tawar sambil berpaling ke
tempat duduk belakang. Hambik kau, satu Tupperware
besar tu.
“Nak
tengok wayang apanya pagi-pagi buta macam ni. Kalau aku tahu kau nak datang,
aku sambung tidur barang sejam dua tadi.” aku cuba melawak. Cuba-cuba redakan
ketegangan wajah Kak Qila.
Akhirnya Kak Qila ketawa perlahan.
Keretanya membelok masuk ke lebuhraya. “Apa-apa pun, kita makan dulu. Aku dah
lapar.”
Aku mengangguk setuju walaupun dalam
hati penuh tengah tanda tanya. Biar Kak Qila sendiri yang buka cerita. Biar dia
buat dulu apa yang dia suka.
…dan aku harap, dia tak apa-apa.
JAM BARU SAHAJA
menginjak ke angka sepuluh setengah pagi sewaktu aku dan Kak Qila masuk ke
dalam parking Mid Valley. Kak Qila terus bergerak ke kaunter GSC untuk membeli
tiket.
Kaunter GSC lengang! Tak pernah aku
nampak GSC Mid Valley lengang macam ni.
Heh, inikan waktu kerja Wanda,
logiklah lengang.
Aku menunggu Kak Qila di atas kerusi
besi tak jauh dari kaunter tiket sambil memadang dia dari jauh. Aku rasalah,
kalau aku jadi dia aku takkan kuat macam tu. Kak Qila boleh buat biasa, siap
bergelak ketawa dengan pekerja dekat kaunter tu walaupun aku rasa masalah yang
dia hadap sekarang ni sangat berat.
Cerita
Kak Qila tadi.
Beberapa
bulan lalu, Kak Qila ada terima mesej dari Kak Umi, kawan dia tu. mesej yang
Kak Qila terima hampir-hampir buat Kak Qila menangis sendiri. Rupanya, mesej
yang Kak Umi hantar tu bukan untuk Kak Qila, tapi untuk bakal tunang Kak Umi.
“Ayang
otw nak pergi ambil duit ni. Duit pun macam air je sekarang. Hari tu Qila
datang tumpang, keluar pergi mana-mana, bukannya dia nak bayar duit minyak pun.
Makan dekat rumah lagi.”
Beberapa saat lepas tu, handphone Kak Qila berbunyi lantang, Kak
Umi call.
“Assalamualaikum
Qila,”
Kak
Qila menjawab salam Kak Umi macam biasa. Macam tak ada apa-apa yang jadi.
“Qila
ada dapat mesej Umi tak?”
Walaupun
hati dah sakit macam disiat-siat, Kak Qila cuba juga untuk senyum sebelum
menjawab, “Mesej apa? Qila tak dapat apa-apa pun.”
“Oh,
betul tak ada?”
“Haah,
tak ada. Kenapa? Umi nak bagitahu apa?”
“Tak
ada apa-apa.” Kak Umi senyum di hujung talian. “Nanti kalau ada masa, datanglah
rumah Umi lagi.”
Kak
Qila menahan hati sendiri. Kalau diikutkan hati, dia nak je sound direct. Tapi Kak Qila fikir panjang. Kalau dia marah atau tengking
Kak Umi, apa yang dia dapat? Akhirnya Kak Qila diamkan saja. Demi menjaga
hubungan yang dah tercipta sejak dari sekolah rendah dulu lagi.
Kak
Qila ingat, perkara tu sampai situ je. Dia boleh buat biasa waktu berdepan
dengan Kak Umi. Tapi, sewaktu majlis pertunangan Kak Umi tempoh hari, sekali
lagi Kak Qila makan hati.
“Qila,
nanti kau tolong aku survey pelamin eh. Aku nak yang simple-simple je. Aku tak
sempat nak survey. Aku kan kerja.”
Kak
Qila hanya mengangguk bersetuju. Dia pun turut sama teruja bila ‘kawan baik’
dia nak tunang. Hampir kesemua tempat dekat Batu Pahat Kak Qila survey, hampir
semua laman web Kak Qila buka untuk cari pelamin yang sesuai.
Dua
tiga hari sebelum majlis, satu mesej pun
Kak Qila terima dari Kak Umi. Kak Qila tertanya-tanya sendiri, Kak Umi dah
balik kampung untuk majlis ke? Kak Umi dah tempah pelamin ke? Majlis
pertunangan jadike tidak?
Hinggalah
waktu hari pertunangan, masih tiada satu pun pesanan dari Kak Umi.
…dan
Kak Qila tahu majlis pertunangan Kak Umi tetap berlangsung macam yang dirancang
daripada orang lain.
Sia-sialah
survey yang Kak Qila buat selama ni
(yang mana dah banyak menghabiskan masa, duit minyak kereta dan tenaga dia).
Sia-sialah
usaha Kak Qila untuk tolong Kak Umi hias pelamin dia.
Sehinggakan
waktu hari pertunangan pun Kak Umi tak menghantar sebarang mesej. Itupun, Kak
Qila simpan sendiri.
Sehinggalah
waktu majlis kenduri kesyukuran dekat rumah ibu saudara Kak Umi semalam.
“Ooo, ini ke kawan Umi dulu?” Ibu saudara Kak
Umi menegur Kak Qila yang baru sahaja duduk untuk makan.
Kak
Qila mengangguk walaupun perkatan ‘dulu’ yang disebut oleh Cikgu Kalsom, makcik
Kak Umi itu sedikit membuatkan keningnya terangkat. Rupanya, satu keluarga Kak
Umi tahu yang mereka berdua ada masalah. Putus kawan.
“Kerja
apa sekarang?”soal Cikgu Kalsom.
Kak
Qila yang baru sahaja ingin menyuap nasi ke mulut terhenti. “Er…kerja
macam-macam. Kadang-kadang tolong Mak Su buat catering.”
Cikgu
Kalsom memandang sinis. “Tak belajar dekat universiti ke dulu?”
Kunyahan Kak Qila terus terhenti.
Hampir sahaja air mata dia menitis. “Belajar jugak dulu sikit-sikit.” Kak Qila
tetap menjawab sopan.
Entah
apalah yang Kak Umi cerita dekat seluruh keluarga dia…
Cukup dengan cerita tu, hati aku
tiba-tiba berubah panas. Apa? Cikgu Kalsom dah lupa ke yang rezeki tu milik
ALLAH? Cikgu Kalsom tak tahu, mak ayah Kak Umi tak tahu.Semua keluarga Kak Umi
tak tahu.
Waktu Kak Qila berkerja dekat
syarikat besar dulu, hampir setiap bulan Kak Umi pinjam duit dari dia. Setiap
bulan.
Alasannya, gaji dia dah habis, tak
cukup duit nak hantar kampung.
Heh.
Dah tak ada duit nak hantar dekat
kampung, cakap ajelah tak ada. Duk pinjam duit Kak Qila kenapa? Nak tunjuk
hebat sangat kerja dekat KL, boleh hantar empat lima ratus dekat kampung?
Serius aku tak faham. Punyalah
banyak jasa Kak Qila dekat dia, boleh dia anggap Kak Qila macam kawan biasa
yang boleh dilupa kalau tak diperlukan?
Memang patutpun Kak Qila tak layan
kalau Kak Umi nak minta maaf. Kawan yang tak dapat beri faedah, baik jauhkan je.
Tak pasal-pasal hati aku menggelegak
bahana perangai Kak Umi yang tak masuk langsung dengan umur dia yang dah
sepatutnya MATANG. Kalau belajar sampai tinggi-tinggi university, ambil ilmu
dunia sahaja tak jadi juga.
Heh, tiba-tiba aku nak emo.
“Dah kenapa muka berkerut juta-juta
lapis tu?”
Aku tersentak. Kak Qila menghampiri
sambil menyerahkan sekotak popcorn.
“Jom masuk.”
Aku bingkas dari kerusi sambil
mengekori Kak Qila dari belakang. Kak Qila, bersabarlah. Insya-ALLAH akan ada
rezeki untuk kau kak.
SEPANJANG HARI AKU
dan Kak Qila menghabiskan masa dengan bermacam-macam benda. Lepas tengok
wayang, Kak Qila tarik aku pergi main boling. Dah lenguh tangan baling bola
seberat 10 dan 11kg tu, dia minta aku belanja makan pulak.
Seoul Garden pulak tu.
Nasib baiklah dia tengah jiwa kacau.
Aku ikutkan juga permintaan dia. Lagipun memang dah lama gila aku tak makan steamboat.
Kak Qila hantar aku balik rumah tepat
jam 8.00 malam dan terus memecut balik ke Batu Pahat. Kena balik cepat. Lagipun
mak aku sorang-sorang dekat rumah
sekarang.
Nasib baik mak pun faham jiwa kacau
Kak Qila. Tak pulak mak nak bising-bising bila Kak Qila datang sini kacau aku
nak kerja. Lagipun, kerja boleh dicari. Hubungan adik beradik mana boleh ganti
dah, kan?
“Ingat sakit ke apa ke sampai kena
ambil EL.”
Sikit lagi jantung aku nak jatuh
tergolek-golek ke bumi. Terus kaki aku tak jadi melangkah masuk ke dalam rumah.
Dalam samar-samar lampu jalan, aku
dapat menangkap kelibat yang bertshirt hitam dan jeans lusuh.
…dan rambut mengerbang.
“Nick!” aku hampir menjerit.
Sikit lagi aku nak meraung-raung
minta tolong. Sikit lagi.
Gila tak terkejut. Dahlah selamba je
duduk atas tembok tepi longkang besar tu, dah tu pulak rambut mengerbang tu tak
reti nak ikat ke malam-malam buta macam ni?
…dan lagi satu. Macam mana dia boleh
sampai depan rumah sewa aku ni? Macam mana?
“Buat apa dekat sini?” aku lihat dia
berjalan mendekati aku yang masih tegak berdiri di hadapan pintu pagar.
“Kenapa EL?” soal dia tanpa
mempedulikan soalan aku.
“Emergency.” Aku menjawab pendek
walaupun dalam hati nak je aku cakap, ‘Dah nama pun emergency leave, emergency
la Encik Dollah oi.’
Aku nampak dia menarik nafas berat
sambil menyeluk kedua-dua tangan ke dalam saku seluar. “Awak tak sakit, kan?”
walaupun kedengaran beku (macam biasa), tapi entah kenapa hati aku terasa
berdegup laju. Musik kompang, jangan masuk. Karang tersalah lagi.
Perlahan-lahan aku menggeleng
menjawab soalan dia. “Awak buat apa dekat sini?” sekali lagi aku mengulang
soalan yang sama.
Iyalah. Kalau dekat pejabat, tak
adalah aku nak pelik sebab dia memang ada access untuk pergi semua department.
Tapi, rumah sewa aku ni mana termasuk dalam access
card dia tu.
…dan macam mana pulak dia tahu aku
tinggal sini?
Dia angkat bahu sambil menguak
rambut serabutnya ke belakang. “Jalan-jalan.” Dia senyum nipis.
Jalan-jalan apanya dekat sini.
Bukannya kawasan perumahan aku ni ada lampu-lampu macam dekat I-city sana nak
jalan malam-malam. Lampu jalan yang ada pun dah macam hidup segan mati tak mahu
dah.
“Dah makan? Jom.”
Dahi aku berkerut lebat. Makan? Dah
pukul berapa ni? Mak aku tak bagi aku keluar malam la Encik Dollah. “Saya dah
makan. Awak sambunglah ber ‘jalan-jalan’.
Dia ketawa perlahan sambil
menggeleng. “Jomlah.”
“Dah malam ni nak jalan pergi KTM.
Nanti nak balik pukul berapa pulak. KTM pun dah tak ada kalau lambat-lambat.”
Aku cipta alasan. dah kenapa Nick Rayyan buat perangai ajak aku makan
malam-malam macam ni. Bukannya tak sempat nak tunggu lunch esok pun (rasanya
dah macam rutin dia kacau aku setiap kali waktu lunch).
“Siapa cakap nak naik KTM?” dia berjalan ke hujung jalan. Mata
aku mengekori langkahnya ke sebuah kereta yang aku tak perasan sejak bila kereta
tu ada dekat situ.
Kejap.
Tu bukan ke AUDI? Jenis apa aku tak
tahu pulak (manalah aku hafal jenis-jenis kereta ni.)
Dia membuka pintu di sebelah pemandu
dan terus meloloskan diri di situ. Kening aku terangkat tinggi. Dia nak suruh
aku drive ke? Dia tak tahu ke aku ni
tak pernah bawa kereta jenis-jenis mahal macam ni?
Mata aku hampir terkeluar bila
melihat seorang lelaki bersut hitam keluar dari tempat pemandu dan membuka pintu di tempat
duduk belakang. Homai…homai…
Aku menelan air liur berkali-kali. Dia
ada pemandu?
Wanda, sedarlah. Dia Nick Rayyan, bukan
Dollah.
**Bersambung***
22 comments:
oh...siapakah si dollah ni sebenarnya....muka dah laa ensem...
nicl do;;ah tak pandai memandu ke? tak pernah lagi kan dia pandu sendiri? selalu ktm n jalan kaki dan ada pemandu iaitu fahim kan ... illa cite la sikit .. lama persoalan ni
Teruk dah dolah ni, x jumpa senah sehari...
Sampai ke rumah diturutkan...
Agaknya sehari apa dolah x makan hari ni, x lalu sebab x da senah temankan...
Lain kali jangan la bagi senang2 jer hati kat orang senah oi, kan dah susah bila abg dolah tersangkut...
Makan pun x lalu bila pemilik hati x da...
Alah bru inche dollah ada...dh abis plak...illa sambung ar lg...x bole tdo nie
sadis kalau ada kawan mcm umi tu...huhuh rabak jiwa tau!!!
en. nick dol... ape cer ni sampai malam2 bertengek serupe cik ponti dpn longkang umah anak dara org...huhuhu
agaknya muka wanda ni muka belas kot / wanda ni kurus sangat sebenarnya en. nick dol?... asal nampak muka wanda je... ajak makan... atauuuu kupu2 berterbangan dalam perutttt en. nick sekarang ni????...ahakss
Masyaallah...so sweet En Nick nih..
Nak smbgn lg pleaseee :)
Kesian kakaknye dianaya kawan baik, itu bukan kawan itu maklaunnn kate org Kedah...
Abg Dollah niiii.... Senah baru hilang sehari dah muleee hilang arah kekekeke tak mahu Senah hilang lagi moh le kite buat rombongan ke Batu Pahat , ikat ape yg boleh kita ikat, jgn salah ikat udah le yee , simpang malaikat 44
OMG OMG..bawak audi..oh melting ngan my feberet car ever..bertambah sayang la pd si dollah selebet nih..nk g jalan2 jgk boleh..
Bangun pagi. Konon nak study. Tetiba ada entry baru pulak. Tq!
Kak Umi tu ape pasal?? #Eh teremo pulak pagi2 ni.
Dollah ni pun 1. Datang malam2 kat rumah orang ni kenapa? Bila masa pulak dia tahu rumah Wanda kat mana?? Kes berat ni. Baru sehari tak jumpa, sanggup mencari sampai ke rumah. Mesti Dollah terkejut kan tetiba cik pemberi hati ambil EL.
Malas nak fikir banyak2. cik Writer, Nanti sambung cepat-cepat tau. Sebelum tu nak tanya. Siapa hero sebenarnya? Dollah ke? Confirm2 Dollah kan?
Oooo....the mysterious nick dollah.. Tak boleh bayangkan dgn rambut panjang mengerbang... Sexy kut...he..he..
Dalam bas pun aku sempat layan n3 nie.memang bebaloi sgt.. hihi.. dollah mmg risau habis bla wanda el..
Abang Nick Dollah baru 1 hari Wanda x datang dah rindu gila.... kalau 1 minggu macamana ya... hahaha
kasihan kak Qila .... nasib baik ada adik yang baik hati nak hiburkan hati dia....
ngeeeee.....x terkata dah...tersampuk sbb nampak AUDI 2 jugak hahahha
a.k.a Mayarazlan T_T
erk...akan rindu kot..baru 1 hari tak datang ofis..dah cari kat rumah..si abg dollah tu..rasa teruja pulak ek..adakah mamat sengal tu akan menyoal minah tu bagai nak rak ..soal jawab ..kenapa tak dtg ofis dan kenapa ambik EL..teruja juga nak tahu soal jawab si Dollah sengal tu ngan minah telus ni..apa ek akan terjadi dan dimana mamat sengal dollah tu nak dibawanya minah poyo tu..
OHMAII..MUJUR PEMANDU TU TAK CAKAP..
"SILAKAN TUAN MUDA.."
PITAM MAK CIK SENAH..
homai homai... AUDI tuuuu... ppeergghhh... sampai abg dollah dtg rumah sbb senah x dtg kerja... waduhh...
Sambungan bab 12 pleasee :) mntk di percrpatkn sket psl nnti mlm x leh tido :)
berasap je dpt kwn mcm kwn kak Qila 2..
amboiii nick,br sehari x jmpa wanda dh mula2 rndu ke?? :)
best3..next n3 please..
Oh mai..oh mai...gjler terbeliak la mata cik senah tu
Tq... shanana in the morning=)
Tak sangka ada e3 br... saje je intai tingkap org mlm2 ni... best3 abg dollah cari senah ...hampir ada muzik iringan kompang plak tu...
great...great....
homai...homai...
Post a Comment