Wednesday 17 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 11]


11


AKU MENCIPTA SENYUM segaris bila melihat Nick Rayyan berpeluk tubuh dan bersandar malas di tempat menunggu tren. Entah apa yang dia buat selepas lunch dekat Pizza Hut tadi. (Yang peliknya, walaupun tak masuk ofis, waktu balik dia sama jugak dengan aku yang ikut office hour ni.)
“Awak memang nak tak nak buka ke keychain dekat handphone tu?” Aku menegur sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah.
Dia membuka mata yang tertutup dan berpaling ke arah aku. “Keychain?” dahinya berkerut lebat.
Aku mengangguk perlahan. “Hati tu la. Dekat phone tu.”
“Ni?”dia mengangkat handphone di tangan.
Sekali lagi aku mengangguk. ‘Lampi’ jugak orang bernama Nick Rayyan ni rupanya.
“Cik Senah sayang, ni bukan keychain,” Dia memandang aku lama. “Nama dia phone charm.”
Erk.
 “Tak percaya pergi Google.” Sambung dia lagi.
Mulut aku ternganga luas. Phone charm ke nama dia? Serta merta darah menyerbu ke muka. Sumpah aku baru tahu!
Serius malu weh!
Memang selama ni aku tak pernah dengar pun orang panggil benda tu ‘phone charm’. (At least, orang Malaysia la.)
Aku pandang dia lama. “Awak belajar dekat mana dulu?” tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu. Mana la tahu kut-kut Nick Rayyan ni overseas graduate ke. Sebab tu tahu term-term yang jarang dipakai oleh orang Malaysia ni.
Does it matter?
            Hambik kau Wanda, sibuk sangat nak tanya lebih-lebih. Mendengar jawapan Nick, aku terus tutup mulut. Terus aku sedar tahap aku. (Mana nak sama dengan level anak emas Tan Sri, ye dak?)
             Dah, malas nak tanya apa-apa dah.
           
           

AKU BANGUN PAGI keesokan harinya dengan semangat baru. Baru semalam kaki aku rasa berat sangat nak pergi kerja sebab fikirkan Dollah tu adalah Nick Rayyan. Baru semalam aku rasa nak tutup muka dengan topeng untuk elak dari berjumpa dengan Fahim.
            Tapi, untuk hari ni, semua tu dah tak jadi masalah. Aku dengan Fahim pun dah boleh jadi kawan macam dulu (walaupun aku tak pasti apa yang aku buat tu betul atau tak).
            Tapi, tak kisahlah, yang penting aku boleh pergi pejabat tanpa rasa sesak nafas bila setiap kali lalu depan bilik dia. Itu yang pasti.
            Aku cuba untuk let go.
            Aku cuba untuk move on.
            Handphone aku berbunyi lantang sebaik sahaja aku tangan aku mengunci mangga pintu rumah sewa. Melihatkan nama Kak Qila pada skrin, kening aku terangkat seinci. Apa yang Kak Qila nak pagi-pagi macam ni? tak pernah pulak dia buat perangai call aku waktu-waktu macam ni.
            Walaupun kepala aku penuh dengan tanda tanya, aku letak juga speaker handphone di telinga.
            “Wan, kau free tak?”
            Kali ni, dahi aku pula berkerut juta-juta lapis. Soalan apa tu? “Kenapa?” aku kawal suara sambil berlajan keluar dari kawasan rumah walaupun dalam hati aku nak je tanya, “Aku kerjalah harini, ingat aku kaya sangat nak duduk goyang kaki weekdays macam ni.”
            Tapi, gila ke aku nak cakap. Kakak aku tu. Aku kan ada gen hormat orang-orang tua.
            “Jom keluar.”
            Aku pandang handphone (ibarat boleh pandang wajah Kak Qila dekat skrin tu), tak percaya. Kak Qila ni dah kenapa?
 “Nak keluar apanya?” kening aku masih tak jatuh. Kalau dah namanya dia dekat Batu Pahat, aku dekat KL, nak keluar apanya.
Eh, kejap.
“Kau dekat mana ni kak?”soal aku sambil pandang kiri dan kanan. Kak Qila ni bukannya boleh agak.
            “Dah sampai traffic light depan Petronas rumah kau.”
            Baru aku perasan ada bunyi bising di hujung talian. Patutlah, dia tengah drive. Aku dah agak dah. Beberapa sesaat selepas itu, aku nampak kereta Kak Qila masuk ke dalam kawasan perumahan dan terus memberhentikan kereta di hadapan aku.
            Tanpa tunggu lagi, aku terus melangkah masuk ke dalam kereta dan Kak Qila terus memecut keluar ke jalan besar. Aku pandang wajah Kak Qila tak lepas. Dah tukar imej ke apa Kak Qila ni. Selamba je pakai cermin mata hitam ‘mata belalang’ pagi-pagi alam macam ni.
            “Kau dari mana ni? Rumah Kak Umi?” soal aku sebaik sahaja kereta Kak Qila berhenti di lampu isyarat. Kakak bertuah betul, datang KL bukannya nak bagitahu adik kesayangan dia ni.
            Baru aje aku nak membebel panjang, aku nampak Kak Qila menggeleng tanpa memandang.
            “Kau dari rumah!?” biar betul kakak aku ni? Sekarang baru pukul tujuh setengah. Takkan dia dari kampung kot. Pukul berapa dia bertolak? Lepas subuh? “Kau kenapa ni kak?” aku memandang Kak Qila yang dari tadi diam di tempat duduk pemandu.
            “Kau ambil EL hari ni eh. Teman aku tengok wayang.” Dia menjawab selamba tanpa memandang.
            Aku mengeluh dalam hati. Dah tahu dah. Kalau datang angin pelik macam tu, ada lah tu masalah dia. Akhirnya menyelongkar nombor telefon Raey dari contact list. Mesej ringkas aku hantar. Handphone kembali disimpan ke dalam handbag sebelum aku kembali memandang wajah Kak Qila.
            “Mak tahu tak kau datang sini?”
            Kak Qila angguk sesaat. “Mak kirim sambal ikan bilis. Ada dekat belakang tu.”
            Aku senyum tawar sambil berpaling ke tempat duduk belakang. Hambik kau, satu Tupperware besar tu.
“Nak tengok wayang apanya pagi-pagi buta macam ni. Kalau aku tahu kau nak datang, aku sambung tidur barang sejam dua tadi.” aku cuba melawak. Cuba-cuba redakan ketegangan wajah Kak Qila.
            Akhirnya Kak Qila ketawa perlahan. Keretanya membelok masuk ke lebuhraya. “Apa-apa pun, kita makan dulu. Aku dah lapar.”
            Aku mengangguk setuju walaupun dalam hati penuh tengah tanda tanya. Biar Kak Qila sendiri yang buka cerita. Biar dia buat dulu apa yang dia suka.
            …dan aku harap, dia tak apa-apa.


JAM BARU SAHAJA menginjak ke angka sepuluh setengah pagi sewaktu aku dan Kak Qila masuk ke dalam parking Mid Valley. Kak Qila terus bergerak ke kaunter GSC untuk membeli tiket.
            Kaunter GSC lengang! Tak pernah aku nampak GSC Mid Valley lengang macam ni.
            Heh, inikan waktu kerja Wanda, logiklah lengang.
            Aku menunggu Kak Qila di atas kerusi besi tak jauh dari kaunter tiket sambil memadang dia dari jauh. Aku rasalah, kalau aku jadi dia aku takkan kuat macam tu. Kak Qila boleh buat biasa, siap bergelak ketawa dengan pekerja dekat kaunter tu walaupun aku rasa masalah yang dia hadap sekarang ni sangat berat.

Cerita Kak Qila tadi.
Beberapa bulan lalu, Kak Qila ada terima mesej dari Kak Umi, kawan dia tu. mesej yang Kak Qila terima hampir-hampir buat Kak Qila menangis sendiri. Rupanya, mesej yang Kak Umi hantar tu bukan untuk Kak Qila, tapi untuk bakal tunang Kak Umi.

“Ayang otw nak pergi ambil duit ni. Duit pun macam air je sekarang. Hari tu Qila datang tumpang, keluar pergi mana-mana, bukannya dia nak bayar duit minyak pun. Makan dekat rumah lagi.”
                                   
            Beberapa saat lepas tu, handphone Kak Qila berbunyi lantang, Kak Umi call.
“Assalamualaikum Qila,”
Kak Qila menjawab salam Kak Umi macam biasa. Macam tak ada apa-apa yang jadi.
“Qila ada dapat mesej Umi tak?”
Walaupun hati dah sakit macam disiat-siat, Kak Qila cuba juga untuk senyum sebelum menjawab, “Mesej apa? Qila tak dapat apa-apa pun.”
“Oh, betul tak ada?”
“Haah, tak ada. Kenapa? Umi nak bagitahu apa?”
“Tak ada apa-apa.” Kak Umi senyum di hujung talian. “Nanti kalau ada masa, datanglah rumah Umi lagi.”
Kak Qila menahan hati sendiri. Kalau diikutkan hati, dia nak je sound direct. Tapi Kak Qila fikir panjang. Kalau dia marah atau tengking Kak Umi, apa yang dia dapat? Akhirnya Kak Qila diamkan saja. Demi menjaga hubungan yang dah tercipta sejak dari sekolah rendah dulu lagi.
Kak Qila ingat, perkara tu sampai situ je. Dia boleh buat biasa waktu berdepan dengan Kak Umi. Tapi, sewaktu majlis pertunangan Kak Umi tempoh hari, sekali lagi Kak Qila makan hati.
“Qila, nanti kau tolong aku survey pelamin eh. Aku nak yang simple-simple je. Aku tak sempat nak survey. Aku kan kerja.”
Kak Qila hanya mengangguk bersetuju. Dia pun turut sama teruja bila ‘kawan baik’ dia nak tunang. Hampir kesemua tempat dekat Batu Pahat Kak Qila survey, hampir semua laman web Kak Qila buka untuk cari pelamin yang sesuai.
Dua tiga hari sebelum  majlis, satu mesej pun Kak Qila terima dari Kak Umi. Kak Qila tertanya-tanya sendiri, Kak Umi dah balik kampung untuk majlis ke? Kak Umi dah tempah pelamin ke? Majlis pertunangan jadike tidak?
Hinggalah waktu hari pertunangan, masih tiada satu pun pesanan dari Kak Umi.
…dan Kak Qila tahu majlis pertunangan Kak Umi tetap berlangsung macam yang dirancang daripada orang lain.
Sia-sialah survey yang Kak Qila buat selama ni (yang mana dah banyak menghabiskan masa, duit minyak kereta dan tenaga dia).
Sia-sialah usaha Kak Qila untuk tolong Kak Umi hias pelamin dia.
Sehinggakan waktu hari pertunangan pun Kak Umi tak menghantar sebarang mesej. Itupun, Kak Qila simpan sendiri.
Sehinggalah waktu majlis kenduri kesyukuran dekat rumah ibu saudara Kak Umi semalam.
 “Ooo, ini ke kawan Umi dulu?” Ibu saudara Kak Umi menegur Kak Qila yang baru sahaja duduk untuk makan.
Kak Qila mengangguk walaupun perkatan ‘dulu’ yang disebut oleh Cikgu Kalsom, makcik Kak Umi itu sedikit membuatkan keningnya terangkat. Rupanya, satu keluarga Kak Umi tahu yang mereka berdua ada masalah. Putus kawan.
“Kerja apa sekarang?”soal Cikgu Kalsom.
Kak Qila yang baru sahaja ingin menyuap nasi ke mulut terhenti. “Er…kerja macam-macam. Kadang-kadang tolong Mak Su buat catering.”
Cikgu Kalsom memandang sinis. “Tak belajar dekat universiti ke dulu?”
            Kunyahan Kak Qila terus terhenti. Hampir sahaja air mata dia menitis. “Belajar jugak dulu sikit-sikit.” Kak Qila tetap menjawab sopan.
Entah apalah yang Kak Umi cerita dekat seluruh keluarga dia…
           

            Cukup dengan cerita tu, hati aku tiba-tiba berubah panas. Apa? Cikgu Kalsom dah lupa ke yang rezeki tu milik ALLAH? Cikgu Kalsom tak tahu, mak ayah Kak Umi tak tahu.Semua keluarga Kak Umi tak tahu.
            Waktu Kak Qila berkerja dekat syarikat besar dulu, hampir setiap bulan Kak Umi pinjam duit dari dia. Setiap bulan.
            Alasannya, gaji dia dah habis, tak cukup duit nak hantar kampung.
            Heh.
            Dah tak ada duit nak hantar dekat kampung, cakap ajelah tak ada. Duk pinjam duit Kak Qila kenapa? Nak tunjuk hebat sangat kerja dekat KL, boleh hantar empat lima ratus dekat kampung?
            Serius aku tak faham. Punyalah banyak jasa Kak Qila dekat dia, boleh dia anggap Kak Qila macam kawan biasa yang boleh dilupa kalau tak diperlukan?
            Memang patutpun Kak Qila tak layan kalau Kak Umi nak minta maaf. Kawan yang tak dapat beri faedah, baik jauhkan je.
            Tak pasal-pasal hati aku menggelegak bahana perangai Kak Umi yang tak masuk langsung dengan umur dia yang dah sepatutnya MATANG. Kalau belajar sampai tinggi-tinggi university, ambil ilmu dunia sahaja tak jadi juga.
            Heh, tiba-tiba aku nak emo.        
            “Dah kenapa muka berkerut juta-juta lapis tu?”
            Aku tersentak. Kak Qila menghampiri sambil menyerahkan sekotak popcorn.
            “Jom masuk.”
            Aku bingkas dari kerusi sambil mengekori Kak Qila dari belakang. Kak Qila, bersabarlah. Insya-ALLAH akan ada rezeki untuk kau kak.


SEPANJANG HARI AKU dan Kak Qila menghabiskan masa dengan bermacam-macam benda. Lepas tengok wayang, Kak Qila tarik aku pergi main boling. Dah lenguh tangan baling bola seberat 10 dan 11kg tu, dia minta aku belanja makan pulak.
            Seoul Garden pulak tu.
            Nasib baiklah dia tengah jiwa kacau. Aku ikutkan juga permintaan dia. Lagipun memang dah lama gila aku tak makan steamboat.
            Kak Qila hantar aku balik rumah tepat jam 8.00 malam dan terus memecut balik ke Batu Pahat. Kena balik cepat. Lagipun mak aku sorang-sorang dekat rumah sekarang.
            Nasib baik mak pun faham jiwa kacau Kak Qila. Tak pulak mak nak bising-bising bila Kak Qila datang sini kacau aku nak kerja. Lagipun, kerja boleh dicari. Hubungan adik beradik mana boleh ganti dah, kan?
            “Ingat sakit ke apa ke sampai kena ambil EL.”
            Sikit lagi jantung aku nak jatuh tergolek-golek ke bumi. Terus kaki aku tak jadi melangkah masuk ke dalam rumah.
            Dalam samar-samar lampu jalan, aku dapat menangkap kelibat yang bertshirt hitam dan jeans lusuh.
            …dan rambut mengerbang.
            “Nick!” aku hampir menjerit.
            Sikit lagi aku nak meraung-raung minta tolong. Sikit lagi.
            Gila tak terkejut. Dahlah selamba je duduk atas tembok tepi longkang besar tu, dah tu pulak rambut mengerbang tu tak reti nak ikat ke malam-malam buta macam ni?
            …dan lagi satu. Macam mana dia boleh sampai depan rumah sewa aku ni? Macam mana?
            “Buat apa dekat sini?” aku lihat dia berjalan mendekati aku yang masih tegak berdiri di hadapan pintu pagar.
            “Kenapa EL?” soal dia tanpa mempedulikan soalan aku.
            “Emergency.” Aku menjawab pendek walaupun dalam hati nak je aku cakap, ‘Dah nama pun emergency leave, emergency la Encik Dollah oi.’
            Aku nampak dia menarik nafas berat sambil menyeluk kedua-dua tangan ke dalam saku seluar. “Awak tak sakit, kan?” walaupun kedengaran beku (macam biasa), tapi entah kenapa hati aku terasa berdegup laju. Musik kompang, jangan masuk. Karang tersalah lagi.
            Perlahan-lahan aku menggeleng menjawab soalan dia. “Awak buat apa dekat sini?” sekali lagi aku mengulang soalan yang sama.
            Iyalah. Kalau dekat pejabat, tak adalah aku nak pelik sebab dia memang ada access untuk pergi semua department. Tapi, rumah sewa aku ni mana termasuk dalam access card dia tu.
            …dan macam mana pulak dia tahu aku tinggal sini?
            Dia angkat bahu sambil menguak rambut serabutnya ke belakang. “Jalan-jalan.” Dia senyum nipis.
            Jalan-jalan apanya dekat sini. Bukannya kawasan perumahan aku ni ada lampu-lampu macam dekat I-city sana nak jalan malam-malam. Lampu jalan yang ada pun dah macam hidup segan mati tak mahu dah.
            “Dah makan? Jom.”
            Dahi aku berkerut lebat. Makan? Dah pukul berapa ni? Mak aku tak bagi aku keluar malam la Encik Dollah. “Saya dah makan. Awak sambunglah ber ‘jalan-jalan’.
            Dia ketawa perlahan sambil menggeleng. “Jomlah.”
            “Dah malam ni nak jalan pergi KTM. Nanti nak balik pukul berapa pulak. KTM pun dah tak ada kalau lambat-lambat.” Aku cipta alasan. dah kenapa Nick Rayyan buat perangai ajak aku makan malam-malam macam ni. Bukannya tak sempat nak tunggu lunch esok pun (rasanya dah macam rutin dia kacau aku setiap kali waktu lunch).
            “Siapa cakap nak  naik KTM?” dia berjalan ke hujung jalan. Mata aku mengekori langkahnya ke sebuah kereta yang aku tak perasan sejak bila kereta tu ada dekat situ.
            Kejap.
            Tu bukan ke AUDI? Jenis apa aku tak tahu pulak (manalah aku hafal jenis-jenis kereta ni.)
            Dia membuka pintu di sebelah pemandu dan terus meloloskan diri di situ. Kening aku terangkat tinggi. Dia nak suruh aku drive ke? Dia tak tahu ke aku ni tak pernah bawa kereta jenis-jenis mahal macam ni?
            Mata aku hampir terkeluar bila melihat seorang lelaki bersut hitam keluar dari tempat pemandu dan membuka pintu di tempat duduk belakang. Homai…homai…
            Aku menelan air liur berkali-kali. Dia ada pemandu?
            Wanda, sedarlah. Dia Nick Rayyan, bukan Dollah.


**Bersambung***

22 comments:

ashlien said...

oh...siapakah si dollah ni sebenarnya....muka dah laa ensem...

lee jee joong said...

nicl do;;ah tak pandai memandu ke? tak pernah lagi kan dia pandu sendiri? selalu ktm n jalan kaki dan ada pemandu iaitu fahim kan ... illa cite la sikit .. lama persoalan ni

Technician Tua said...

Teruk dah dolah ni, x jumpa senah sehari...
Sampai ke rumah diturutkan...

Agaknya sehari apa dolah x makan hari ni, x lalu sebab x da senah temankan...

Lain kali jangan la bagi senang2 jer hati kat orang senah oi, kan dah susah bila abg dolah tersangkut...
Makan pun x lalu bila pemilik hati x da...

Anonymous said...

Alah bru inche dollah ada...dh abis plak...illa sambung ar lg...x bole tdo nie

_aniesue_ said...

sadis kalau ada kawan mcm umi tu...huhuh rabak jiwa tau!!!

en. nick dol... ape cer ni sampai malam2 bertengek serupe cik ponti dpn longkang umah anak dara org...huhuhu

agaknya muka wanda ni muka belas kot / wanda ni kurus sangat sebenarnya en. nick dol?... asal nampak muka wanda je... ajak makan... atauuuu kupu2 berterbangan dalam perutttt en. nick sekarang ni????...ahakss

Anonymous said...

Masyaallah...so sweet En Nick nih..
Nak smbgn lg pleaseee :)

Unknown said...

Kesian kakaknye dianaya kawan baik, itu bukan kawan itu maklaunnn kate org Kedah...

Abg Dollah niiii.... Senah baru hilang sehari dah muleee hilang arah kekekeke tak mahu Senah hilang lagi moh le kite buat rombongan ke Batu Pahat , ikat ape yg boleh kita ikat, jgn salah ikat udah le yee , simpang malaikat 44

Unknown said...

OMG OMG..bawak audi..oh melting ngan my feberet car ever..bertambah sayang la pd si dollah selebet nih..nk g jalan2 jgk boleh..

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Bangun pagi. Konon nak study. Tetiba ada entry baru pulak. Tq!

Kak Umi tu ape pasal?? #Eh teremo pulak pagi2 ni.

Dollah ni pun 1. Datang malam2 kat rumah orang ni kenapa? Bila masa pulak dia tahu rumah Wanda kat mana?? Kes berat ni. Baru sehari tak jumpa, sanggup mencari sampai ke rumah. Mesti Dollah terkejut kan tetiba cik pemberi hati ambil EL.

Malas nak fikir banyak2. cik Writer, Nanti sambung cepat-cepat tau. Sebelum tu nak tanya. Siapa hero sebenarnya? Dollah ke? Confirm2 Dollah kan?

Rozy Harris said...

Oooo....the mysterious nick dollah.. Tak boleh bayangkan dgn rambut panjang mengerbang... Sexy kut...he..he..

Unknown said...

Dalam bas pun aku sempat layan n3 nie.memang bebaloi sgt.. hihi.. dollah mmg risau habis bla wanda el..

Kak Sue said...

Abang Nick Dollah baru 1 hari Wanda x datang dah rindu gila.... kalau 1 minggu macamana ya... hahaha
kasihan kak Qila .... nasib baik ada adik yang baik hati nak hiburkan hati dia....

strawberry.chocolate81 said...

ngeeeee.....x terkata dah...tersampuk sbb nampak AUDI 2 jugak hahahha

a.k.a Mayarazlan T_T

kak ida said...

erk...akan rindu kot..baru 1 hari tak datang ofis..dah cari kat rumah..si abg dollah tu..rasa teruja pulak ek..adakah mamat sengal tu akan menyoal minah tu bagai nak rak ..soal jawab ..kenapa tak dtg ofis dan kenapa ambik EL..teruja juga nak tahu soal jawab si Dollah sengal tu ngan minah telus ni..apa ek akan terjadi dan dimana mamat sengal dollah tu nak dibawanya minah poyo tu..

Rehan Makhtar said...

OHMAII..MUJUR PEMANDU TU TAK CAKAP..

"SILAKAN TUAN MUDA.."

PITAM MAK CIK SENAH..

Zakiah Halim said...

homai homai... AUDI tuuuu... ppeergghhh... sampai abg dollah dtg rumah sbb senah x dtg kerja... waduhh...

Nida said...

Sambungan bab 12 pleasee :) mntk di percrpatkn sket psl nnti mlm x leh tido :)

yanims said...

berasap je dpt kwn mcm kwn kak Qila 2..

amboiii nick,br sehari x jmpa wanda dh mula2 rndu ke?? :)

nurilsuhaila said...

best3..next n3 please..

aisyah said...

Oh mai..oh mai...gjler terbeliak la mata cik senah tu

Unknown said...

Tq... shanana in the morning=)
Tak sangka ada e3 br... saje je intai tingkap org mlm2 ni... best3 abg dollah cari senah ...hampir ada muzik iringan kompang plak tu...

Nana Mohd Yasin said...

great...great....
homai...homai...