Saturday, 20 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 13]



Sebelum tu nak minta maaf kalau typo bertaburan. Ni kes taip terus up. Hee.
 *angkat sepuluh jari tak berapa runcing, minta maaf*



13


AKU DI AWAN-AWANGAN!
            Ya, aku terasa bagai terapung-apung di awagan, sambil main melompat-lompat di atas awan yang terasa bagai gula-gula kapas putih.
Dah macam dalam cerita kartun dah.
Okay, back to reality.
Sejak dari kereta Audi bergerak meninggalkan kawasan rumah aku, sejak dari itulah bibir aku yang tak berapa nak munghil ni payah nak berhenti senyum. Sungguh. Perasaan kali ni tak tahu aku nak gambarkan macam mana.
Kadang-kadang aku rasa nak ketawa kuat-kuat sambil tepuk tangan. kadang-kadang aku terasa macam nak lompat tinggi-tinggi sampai siling rumah. Kadang-kadang aku rasa macam ada sesuatu yang menari-nari dalam dada ni. Berdebar-debar, gementar, seram sejuk pun ada.
            Ini semua sebab makan burger Abang Burn tadi ke?
            Ataupun…Nick Rayyan dah suka aku?
            Sekali lagi aku tak dapat tahan dari senyum sendiri. Rasanya, baru tadi aku rasa nak pakai topi hitam muncung tajam dan guna punyapu kayu sambil buat potion racun dan bagi Kak Umi makan sebab dah hancur-relaikan hati Kak Qila.
            …dan sekarang ni, aku rasa aku yang dah terlebih minum potion bunga-bunga. Ya, dalam mata ni nampak bunga aje yang berkembang.
            Heh heh heh.
            “Gembira lain macam je,”
            Aku berpaling ke belakang dan nampak Lily yang berkemban dengan sehelai tuala kecil tersangkut pada bahu. Baru nak mandi ke budak  ni? Dah dekat pukul 11 malam dah.
            “Dating ea…” Lily melempar senyum lebar sambil mengangkat kening berkali-kali. Senyuman yang masih tak pudar tadi makin melebar. Lily sudah berjalan mengekori aku masuk ke dalam bilik, tak jadi terus ke bilik air.
            “Cerita la weh,” dia mendesak dengan sengihan berbaki. “Aku tak pernah nampak kau kembang setaman macam ni.” dia menyambung.
            Memang pun tak pernah nampak. In fact, aku sendiri pun tak pernah nampak aku macam ni.
            Sungguh tak pernah.
            Waktu aku jatuh cinta dengan Fahim dulu pun, aku tak macam tu.
            “Mana ada cerita.” Balas aku dengan senyuman yang masih berbaki. Perlahan-lahan aku meleraikan selendang yang berbelit.
            Pergh, semak gila rasa. Seharian berbungkus, nasib baik tak meletup kepala aku. Migrane aku ni bukannya boleh kira. Silap cuaca sikit, mulalah dia nak mula serang.
            “Kedekut la kau. Share la. Mana aci balik rumah malam-malam main senyum sorang-sorang.” Lily buat muka. Dia melabuhkan punggung di atas katil aku yang masih kemas tak berusik sejak pagi tadi. “Dating dengan siapa?” dia senyum-senyum sambil memandang tepat pada anak mata aku.
            Tahu dah.
            Taktik nak korek rahsia.
            Aku melonggarkan butang lengan blouse yang menjerut sejak tadi. “Mana ada dating, aku keluar makan je.” Aku buat-buat jual mahal walapun dalam hati nak je aku jerit kuat-kuat dekat Lily, ‘Lily! Nick Rayyan ajak aku keluar makan!’ (Macamlah Lily kenal siapa Nick Rayyan tu).
            “Aiseh, Cik Wanda dah pandai keluar dinner boyfriend sekarang…”
            Aku sengih lebar. Tadi punya gembira masih tak hilang sebenarnya. “Bukan boyfriend la. Bos tempat aku kerja.”
            Bulat mata Lily memandang aku. Mulutnya ternganya luas. Sikit lagi air liur nak meleleh keluar, terkejut punya pasal. “Bos? Kau dinner dating dengan bos!? Wah!”
            Aku geleng kepala beberapa kali melihat Lily yang tiba-tiba datang excited dia tu. “Bukannlah. Aku EL tadi, itu yang dia datang ajak keluar makan.”
            “Kau EL, Bos kau datang sini? Ajak makan?” Lily menjerit sambil mengulang setiap perkataan. “Wanda!” Lily tiba-tiba bersuara kuat.
            Kening aku terangkat tinggi sambil memandang Lily yang tak pernah-pernah aku nampak dia excited macam ni sekali.
            “Apa?”
            “Kau tahu tak yang Bos kau tu dah syok dekat kau?”
            Aku terdiam lama. Nik Dollah tu syok dekat aku? Sebab tu ke aku rasa macam diawan-awangan tadi?
            Sebab itu ke aku dah rasa macam ada rama-rama terbang dalam hati?
            Tapi logik ke?
            “Macam tak logik je Lily,” Aku mencapai tuala yang tergantung di sisi almari kayu. “Macamlah aku ni model antarabangsa, dia nak suka aku.”
            Tapi Nick Dollah tu pun, bukannya macam tipikal orang kaya dekat Malaysia ni, kan? Serabai je. Heh heh heh.
            Apasal dia pulak. Sekarang ni topiknya, aku.
            “Hati dan perasaan tak nampak semua tu Wanda sayang.” Lily senyum lebar. Tiba-tiba dia bingkas dari katil dan menuju ke pintu. “Kalau dia dah lamar kau, jangan lupa cerita dekat aku, tau?” dia mengenyit mata sebelum membawa kaki ke bilik air yang terletak di hadapan bilik aku.
            Lily…Lily. Analogy kau tak boleh pakai langsung. Takkanlah dia nak lamar aku. Aku? Wanda Nurhannah. Perempuan yang tak ada capai apa-apa kejayaan pun kecuali dapat 5A dalam UPSR dulu.
            Ituje yang paling buat aku bangga.
            Tapi…kenapa aku dah rasa macam hati dah tumbuh bunga-bunga?


AKU MEREBAHKAN BADAN ke atas katil yang tak berapa empuk setelah seharian berjalan di luar. Nikmatnya, Tuhan sahaja yang tahu. Baru aje mata aku terlelap sesaat, music ‘Pick up the phone’ bergema kuat memekakkan telinga. Aku mencapai handphone yang berada di atas meja kecil sebelah katil dan mengerling sekilas nama pemanggil yang tertera pada skrin.
            Fahim.
            Aku menarik nafas berat sambil perlahan-lahan meletakkan handphone di telinga.
            “Assalamualaikum,”aku memberi salam dengan suara kepenatan. Suara tak cukup tidur.
            “Wan, you sihat kan?” suaranya menerpa sebaik sahaja aku talian disambung. Kening aku terangkat seinci mendengar soalan dari dia. Salam pun belum jawab, dah tanya aku macam-macam.
            “Sihat.” Jawab aku pendek. Sungguh aku dah tak larat nak buat apa-apa dah. Nak tidur je.
            “Kenapa EL tadi?”
“Emergency.” dia orang ni tak tahu kut yang EL tu maknyanya Emergency Leave. Dan tentu-tentulah sebab emergency (Kalau dah Kak Qila tiba-tiba tepacak depan rumah aku, mana tak emergencynya).
“Betul you sihat?” soal dia lagi. masih ragu-ragu. “You kalau demam mesti kena teruk terus. I takut you pengsan macam selalu.”
Aku mengeluh berat. Serta merta aku bangun dan bersila di atas katil. Perlahan-lahan aku meraba kepala yang terasa serabut tiba-tiba.
Ya, memang betul aku dengan dia dah jadi kawan balik. Betul. Tapi dia tak perlulah nak ingatkan aku pasal waktu-waktu dulu. zaman berhingus aku dulu. zaman aku kena reject (Ha, kan aku dah emo).
Wanda dah membesarlah. Wanda sekarang dah tak main pengsan-pengsan macam dulu. Wanda sekarang dah tak heran dah kalau demam macam mana pun.
“I sihat, you jangan risau. Dah lewat ni, I nak tidur.” Sedaya upaya aku menahan suara dari menengking. Ya. Aku memang suka tengking manusia yang memandai ni (Kecuali Miss Fina, gila nak tengking dia?).
“Er…I nak jumpa you sekejap, boleh?” lambat-lambat dia bersuara. Dahi aku berkerut lebat. Nak jumpa? Hei, dah hampir pukul 12 tengah malam ni. nak jumpa kebendanya. Bukannya esok ofis tutup pun. Tan Sri belum lagi nak buat mogok tutup ofis sebab aku EL harini. Nik Dollah tadi pun rilek je.
Jumpa esok ajelah.
            “Im, dah pukul berapa ni. esok kan boleh jumpa dekat ofis.” Aku menjawab malas. orang dah penat gila tak terdaya ni, jangan buat lawak luar kawasan.
            “I dah ada depan rumah you ni.”
            Erk.
            “Keluar sekejap pun, jadilah.”
            Biar betul Fahim ni?
            “Please…”
            Bila pulak Fahim pandai tunggu anak dara orang depan rumah? bila? Bila?
            Takkan bertahun dekat Ottawa, ini yang dia belajar? Homai, Ottawa dah rosakkan Fahim yang dulu.
            Laju aku mengangkay kaki ke tingkap bilik. Nasib baiklah bilik aku memang menghadap jalan raya. Langsir aku selak sekecil mungkin (tudung tak ada dekat kepala ni).
            Okay.
            Aku dah nampak Forte merah menyala tersadai dekat hujung jalan. Tempat yang sama dimana Audi Nick parking tadi.
            Wanda, bila masa kau jadi ‘hot’ macam ni hah?
            Aku menggeleng sendiri dengan soalan sendiri. Sungguhlah aku tak faham apa yang bermain dalam kepala Fahim (dan juga Nick tadi).
            “You buat apa dekat sini, Im? Dah lewat ni. Jumpa esok je la, eh?” aku cuba memujuk. Kalau budak-budak umur sepuluh tahun, bolehlah aku pujuk dengan aiskrim, lepas tu suruh pergi main jauh-jauh. Kalau dah umur macam bapak budak? Macam mana tu?
            “Tak boleh ke keluar kejap.” Suaranya penuh mengharap. Tiba-tiba aku terasa serba salah. “I nak pastikan yang you betul-betul sihat.” Dia menyambung.
            aku menghel nafas panjang sambil menggeleng kepala beberapa kali. susah rupanya nak pujuk bapak budak ni. Dah berbelas ratus kali aku cakap aku sihat, taknak percaya.
            Dia tak tahu ke dah beratus-ratus pin boling aku dah jatuhkan siang tadi? “Im, kita jumpa esok je, okay. Nanti lunch sama.” Aku memberi kata putus. Berjanji yang tak pasti aku akan tunaikan.
            Tapi aku terpaksa. Kalau tak, Fahim akan terus menerus memujuk aku untuk keluar dan…aku takut aku akan cair dengan pujukan dia.
            Tiba-tiba aku mendengar keluhan berat dari hujung talian sebelum dia bersuara mengalah, “Okay. Night Wan.”
Night.” Aku membalas pendek sebelum memutuskan talian.
            Aku melihat keretanya perlahan-lahan bergerak keluar dari kawasan rumah sewa aku. Tanpa sedar aku menghela nafas lega. Mungkin dia dah sedar apa yang dia buat ni salah. Mana pernah aku kenal Fahim yang selamba bomba menunggu perempuan depan rumah? Tak pernah dibuatnya Fahim bersungguh-sungguh ajak perempuan keluar tengah-tengah malam.
            Ya, aku lupa. Bertahun-tahun aku tak jumpa dia, dia boleh jadi Fahim yang baru. Sama jugak macam aku, kan?


AKU TIBA DI meja kerja sendiri dengan rasa kerisauan yang tak terbendung apabila melihat post-it-notes contengan aku sendiri yang terlekat elok pada soft board kecil sebelah komputer. Aku lupa pasal Encik Mohsin. Aku lupa yang Miss Fina suruh kami dapatkan deal dengan dia paling lewat, semalam.
Dan yang paling teruk, semalam sudah pun berlalu. Sungguh aku lupa!
Belum sempat nafas aku sesak mencekik, Raey datang ke meja aku dengan senyuman paling manis. Aku membalas dengan senyuman tawar+masam+bersalah. Kalau Miss Fina call lagi, confirm aku kena marah dan Raey, Jimi dan Fayad kena tempias dia sekali.
Hadui….
            “Wanda,”
            Aku memandang wajah cerianya dengan rasa bersalah. Kalau kena sound dengan Miss Fina nanti, rasanya Raey takkan ada hati nak senyum macam ni lagi. Raey, sorry…
            “Jom.”
            Kening aku terangkat tinggi mendengar ajakan dia. Spontan mata aku mengeling jam di tangan. baru pukul lapan pagi. “Pergi mana?”
            Raey senyum sesaat sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi kerja dia. “Aku dah call Encik Razni tadi, dia bagi kita keluar pergi meeting dengan Encik Mohsin.”
            Mulut aku ternganga luas. “Encik Mohsin bukan ada dekat Penang ke? Kau dah call dia buat appointment? Bila?”
            “Semalam.” Senyuman di bibirnya belum pudar. “Dia dah tak duduk Penang lah. Supermarket dekat Penang tu pekerja dia yang jaga.”
            Aku mengangguk-angguk faham. Cepat betul Raey buat kerja. Sehari je dah dapat buat appointment dengan Encik Mohsin yang sangat susah nak bertolak ansur tu.
            Heh. Sempat lagi kutuk client.
            “Jadi, appointment dengan dia, pagi ni?”
            Raey mengangguk. “Pukul 11.00 dekat KLCC.”
            Pergh, tempat nak high class aje. Ni mesti tak lain tak bukan, nak harapkan kita orang belanja makan. Nasib baiklah boleh claim dengan company nanti.
            Heh.
            “Thanks banyak-banyak Raey. Sorry aku tak tolong pun.”
            Raey senyum mengangguk. “Kau boleh tolong.” Dia mengangkat kening beberapa kali dengan senyuman yang masih belum hilang. “Kau tolong deal dengan Encik Mohsin nanti. Aku dah puas kena marah waktu call minta appointment semalam.”
            Hadui. Ni namanya tempah bala.
            Miss Fina tu pun, kalau orang dah tak nak jual tanah sekangkang kera tu, dia nak juga. Port menarik la, sesuai untuk resort tu la, itula inila. Sudahnya, kami yang kena tahan telinga dengar maki. Bukan dia.
            “Aku nak ajak Jimi, back up. Boleh?”
            Raey mengangguk. “Boleh je rasanya. Encik Razni dah kasi green light tadi.”
            Aku mengeluh sendiri. Baru aje semalam terasa macam puteri. Hari ni dah kena jadi kuli balik.
Encik Mohsin, please be nice.
           


OKAY. AKU BAYANGKAN Encik Mohsin ni seorang yang tua, enam puluhan berambut botak di tengah-tengah yang berkemeja petak-petak longgar dan berseluar khaki. Hampir sepuluh minit aku melilau mencari imej yang aku bayangkan di dalam kepala sebelum seorang lelaki bersut hitam kemas bersama seorang wanita (gaya macam setiausaha) datang menyapa.
            …dan dia tak botak!
            Sedaya upaya aku, Raey dan Jimi memaniskan muka mempelawa dia duduk walaupun muka Encik Mohsin ternyata masam mencuka.
Make it short and clear. Saya rushing ni.” Belum pun sempat pelayan datang mengambil order, Encik Mohsin bersuara keras.
Berkali-kali aku menelan air liur sebelum memandang wajah Jimi dan Raey untuk mengumpul semangat.
“Macam ni encik, kami nak tawarkan apa jua harga yang encik minta, jika encik setuju untuk jual tanah tu.” hah, ambik. Aku terus kepada topik asal. Suruh make it short and clear, kan?
“Saya tak nak jual. Kamu semua tak faham?”
Aku mendengar setiausahanya berdehem beberapa kali sebelum menyebut, “Bukan encik, Dato’.”
Aku terdiam sambil memandang wajah Raey dan Jimi bergilir-gilir. Sikit pun aku tak berani nak pandang wajah Encik Mohsin yang duduk bertentangan dengan kami. Okay, Dato’ Mohsin.
Manalah kami nak tahu. The last time nama dia tercatat dekat senarai yang ada dalam file tu, masih lagi Encik Mohsin Bin Jali.
“Macam ni Dato’ syarikat kami sangat berminat dengan tapak tanah Dato’. Dan, kalau Dato’ nak, kami boleh cadangkan tanah baru untuk supermarket tu.” Jimi menyampuk dengan suara yang paling berhemah. Aku memandangnya dengan ucapan terima kasih menggunakan bahasa mata.
“Kalau kamu semua ganti dengan tanah dekat New York sana pun, saya tak akan setuju.” Dato’ Mohsin (terus kena tukar. Dah orang suruh guna title tu, guna jelah. Apa yang ada pada gelaran tu pun aku tak tahu) bangun dari kerusi tiba-tiba.
“Cakap dengan your bos, cari tanah lain. Kamu semua orang-orang muda sekarang dah  tak faham nilai tanah pusaka.” Dia menyambung sebelum melangkah keluar dari restoran meninggalkan kami yang terpinga-pinga di atas kerusi masing-masing.
            Aku garu kepala di sebalik selendang hijau muda yang tak gatal. Kalau dia tak nak jual, kenapa dia susah-susah set appointment dengan kami harini?
            Atau…dia memang nak menyusahkan kami?
            “Macam mana ni?” soal Jimi sambil mengangkat tangan memanggil pelayan. Deal-deal jugak, perut kena isi.
            “Kena tahan telinga dengar Miss Fina membebel la jawabnya.” Raey mengeluh berat. Dah boleh bayangkan agaknya apa yang akan terjadi kalau Miss Fina tahu yang kami masih gagal dapatkan tandatangan persetujuan Dato’ Mohsin.
            “Kita makan dululah. Pasal Miss Fina, nanti kita slow talk dengan dia.” Aku cuba untuk meredakan ketegangan. Tak patut rasanya Dato’ Mohsin buat macam tu. kalau dah sah-sah tak nak jual, tak boleh ke dia terus cakap waktu Raey call untuk appointment semalam?
            Ini dah susah payah datang sini, tak sampai sepuluh minit, dia dah angkat kaki.
            Mentang-mentanglah dia orang besar-besar, ingat senang-senang ke dia boleh pandang usaha aku, Raey dengan Jimi? Ingat senang senang ke dia boleh pijak-pijak perasaan kami?
            Dahlah tu Wanda. Tanah dia, dia punya suka. Masalah kau sekarang, Miss Fina.
           

JAM SUDAHPUN MENCECAH angka 12.45 tengah hari sewaktu kami melanlangkah masuk ke dalam pejabat. Raey masih lagi dengan muka tak puas hati dia. Jimi juga diam membisu. Masing-masing menyimpan rasa.
            Munie hanya memandang dari jauh bila melihat wajah aku dan Raey berubah rupa.
            “You all dari appointment dengan client, kan?” Julia tiba-tiba datang menghampiri meja Raey. Aku mengangkat muka dari komputer memasang telinga. “Failed?” soal dia, sinis.
Raey diam sambil mengerling ke arah aku dengan pandangan yang penuh jengkel. Aku boleh baca apa yang dia fikir, ‘Minah ni nak meroyan tiba-tiba kenapa?’ Aku berdehem sesaat sambil memandang wajah Julia yang bertempek mekal tebal.  
            Tak faham betul aku dengan Si Julia ni. muka kitaorang yang sah-sah tengah bengang ni pun dia boleh lagi nak perli-perli. Jangan sampai aku jawab pertanyaan dia tu dengan tapak kasut.
            Apa, ingat kasut flat aku ni tak boleh buat kepala dia benjol?
            Huh.
            Julia tersenyum-senyum sambil melangkah ke mejanya. “Itulah, lain kali belajar dengan I.”
            Hati aku terus mendidih. Memang nak kena bercakap dengan tapak kasut agaknya dengan Julia ni baru dia faham. Sikit lagi aku nak angkat kasut Scholl yang aku pakai ni dan landingkan ke atas kepala dia. Kalau tak fikir kasut ni Kak Qila yang hadiahkan untuk aku mencari rezeki halal, aku rasa dah lama terbang.
            Aku menahan hati sendiri. Cepat-cepat aku mengalihkan mata kepada file-file yang tersusun di atas meja. Semua file perlu disemak. Semua nama perlu dikemaskini.
            “Hai Encik Fahim, keluar lunch?”
            Aku mendengar Julia bersuara ceria tiba-tiba. Pantas aku mengangkat kepala bila mendengar perkataan ‘lunch’ dan ‘Fahim’.
            “Yup.” Fahim membalas pendek sambil merenung aku dari muka pintu biliknya.
            Ya, ya. Aku faham. Aku ingat janji aku malam tadi. File yang baru dibuka, aku tutup kembali walaupun perut sudah kenyang makan dekat KLCC tadi. Apalah nasib aku. Tiap kali orang ajak makan, mesti waktu tu perut tengah kenyang.
            “Nak makan dekat mana?” Julia masih lagi cuba untuk memaniskan muka walaupun dah terang-terang Fahim hanya pandang dia sebelah mata. Kesian pulak aku tengok Julia. Cara dia tanya tadi, jelas menunjukkan yang dia nak sangat Fahim cakap ‘Jomlah lunch sekali dengan I’.
Tak salah lagi.
Aku mencapai beg tangan dan berjalan menghampiri dia dah Julia.
“Tak sure lagi,” Fahim terhenti sesaat. “Kena tanya Wanda.”
Aku boleh nampak mulut Julia ternganga luas sambil terkebil-kebil memandang aku.
“Mana-mana pun okay.” aku menyampuk dengan sengihan.
Fahim senyum segaris sambil memandang wajah aku. “Okay then. Bye, Julia.” Kami terus beriringan ke lif tanpa menunggu jawapan Julia. Sikit lagi aku nak ketawa terbahak-bahak bila mengingatkan wajah Julia yang masam mencuka sambil pandang aku dengan gaya tak puas hati.
Bagus betul Fahim harini. Tahu-tahu aje yang aku memang nak campak tapak kasut dekat kepala Julia tadi.
Thanks,” aku senyum ke arah Fahim di sebelah. “Banyak membantu.” Aku sengih lebar. Sikit lagi aku nak ketawa sambil melompat-lompat sebab dah gembira sangat. Bukan senang nak buat muka Julia biru macam tu.
Heh.
My pleasure, nampak muka dia tadi?” Fahim senyum nipis.
Aku mengangguk laju sambil menyimpan ketawa. Lif tiba-tiba terbuka luas. Automatik ketawa aku terus hilang bila melihat Nick bersandar malas di hujung penjuru lif dengan menyilang kedua-dua tangan.
“Hai Nick!” Fahim menegur sopan sebelum mempersilakan aku masuk ke dalam perut lif. Cepat-cepat aku meloloskan diri ke dalam sambil mencuri pandang ke wajah Nick yang beku. Dingin matanya tepat pada mata aku.
“Jumpa Tan Sri?” tanya Fahim lagi. Nick hanya hanya menjawab dengan anggukan.
Fahim memandang aku sekilas sambil mengerutkah dahi tanda ‘kenapa’. Aku hanya mampu mengangkat bahu. Tak tahu apa angin Nick hari ni. Ataupun aura The Great Nick Rayyan dan sapu habis watak Nik Dollah dalam diri dia?
Tapi, dia bukan nak ajak aku lunch, kan? Dia jumpa Tan Sri, kan?
Macam-macam soalan bermain dalam kepala aku dan akhirnya, ruang lif menjadi sunyi sepi. Tiba-tiba nafas aku terasa sesak. Baru aje malam tadi Nick boleh senyum manis yang berperisa gula-gula. Hari ni, muka dia dan kembali…er, serabut?
Tiba di lobi, Nick terus menyusup keluar dari lif dengan menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam saku tanpa berkata sepatah pun. Aku hanya mampu memandang langkahnya keluar dari pintu besar bangunan dengan ekor mata.  Hai Nik Dollah, awak dah kenapa?



LUNCH DENGAN FAHIM tak teruk sangat pun sebenarnya. Malah aku boleh ketawa bagai nak mati bila dia ungkit cerita kawan-kawan kami waktu belajar dulu. sikitpun hal aku dan dia tidak diusik. Mungkin dia sendiri tak nak aku kembali ‘emo’.
            Tak sangka hampir semua kawan-kawan aku dulu berjawatan besar. Aku ajelah yang masih terkontang kanting mencari identity sendiri. Sekadar kerja makan gaji, jadi kuli.
            Balik ke pejabat, nighmare aku kembali lagi. aku dan Raey masing-masing kecut perut bila mendengar deringan telefon dari meja masing-masing. Iyalah. Kut-kut la yang telefon tu Miss Fina. Kelu jugak lidah nak menjawab nanti.
            Tepat jam 5 petang, panggilan Miss Fina masih juga tak kunjung tiba. Aku dan Raey sama-sama menarik nafas lega sambil melakar senyum lebar. Dah selamat untuk hari ni. esok, belum tahu lagi.
            Tapi, tak kisahlah. Asalkan harini dah selamat dengan jayanya. Aku terus mencapai handbag dan handphone dari meje sebelum keluar dari ofis. Tiba di lobi, mata aku melilau-lilau mencari kelibat Nick.
            Tapi tak ada.
            Heh, kenapa nak cari dia pulak Wanda oi.
            Setelah dipastikan ruang lobi kosong dari wajah Nick, aku mengatur kaki keluar dari bangunan. Seperti biasa, aku menyusur laluan pejalan kaki ke stesen komuter yang terletak tak berapa jauh dari bangunan pejabat aku.
            Suara nyaring dari belakang membuatkan kaki aku terhenti kaku. Aku memandang kiri dan kanan sebelum perlahan-lahan berpaling ke belakang. Retina aku menangkap imej seorang wanita yang berjalan laju ke arah aku. Kaki aku masih tegak tak bergerak.
            Dia nak rompak aku?
            Dia nak culik aku?
            “Perempuan jalang!” dia menjerit kuat sambil mencurahkan sejenis cecair ke muka aku. Muka tiba-tiba terasa pijar. Aku menjerit kuat kerana terkejut. Wajahnya makin samar-samar dalam pandangan mata. Tiba-tiba kepala aku terasa berat. Pedih.
            “Aku dah cakap kau jangan kacau dia!”
            Jeritannya sayup-sayup kedengaran di telinga sebelum pandangan aku terasa samar dan terus…gelap gelita.

27 comments:

Anonymous said...

ohmai2,jgn lar jd pape kat wanda!..nick pliz,tolong wanda.

MEMORY MA said...
This comment has been removed by the author.
_aniesue_ said...

waaaaaaah its not asid kan...itu cuma air cili je kan...huhuhu u perempuan...so annoying!!!

that fahim awat xpaham paham bahasa lah...hadoi.. perangai apa ni...p rumah gadis tengah2 malammm........kalau Nick Dol... xpe lah kankankan:)

illa sambung lagi...xcited ni..

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Sape prempuan tuuuu??

R'hanida said...

Adoihh suspen btol bc yg last tu....
Hrpnya bknlah asid yer...

lee jee joong said...

Bini fahim kan??

strawberry.chocolate81 said...

aaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!tidak!!!!!!apekah itu?????jgn asid sudah....kalo air lada itam ka ok lagi....kejamnye...ni mesti bini fahim neh...kalo nek dolah slalunue depa kuar xde ape yg jd tp kalo si fahim 2 ade je yang x kene kalo terserempak...

uwaaaa...kesian wan senah huhuhu

nurilsuhaila said...

woo..suspen ni..pompuan gila mana terlepas ni..jgnlah wanda jadi huduh..fahim jaga bini hang dah la jgn la dok sibuk ke wanda lagi..dia dah ada nick..

Unknown said...

WOWOWOOO..siapakah itu..ex fahim ker..suka suki dia jer nk serang org..en dollah.., sila dtg tlg cik senah..

cyah said...

Wah siapakah itu mmg misteri sungguh... Illa suamiku pencuri nombor satu ada brita baru x? Bila agak2 leh publish?

Technician Tua said...

Cepatnya senah dah kena simbah ngan asid...
Tuh la, gatai lagi kacau laki orang...

aisyah said...

Bini fahim ke? Ei.. main serang je

Unknown said...

La sapa la pulak pompuan tak cukup akai innnn ..... ini mesti pompuan Fahim yg menyusahkan ..... Fahim dekat dengan Wan sebab dia dah lawa bukan betul betul iklas pun ......

Pak Dollah mana kau!!!!! Mak Senah kena serang niiiii help help help! !!!!!!

Anonymous said...

katakan tidakkkkkkkkkkkkk.
sian senah....errr kena asid ke tu?
-pn mal-

Anonymous said...

Oh myyyy!!!! Jgnlaaa senah kna smbh ngn asid. Tk mo2...sentp jap...huhuhu...marathon bca ceta nih....yg psti best sngt2. Nk lg.... ;-). Nk senah ngn dollah je...

kiki said...

alahai wt bukan asid la,agak je
cian wanda..betul ke fahim tu da kawin?

Anonymous said...

ok..seriously eksited..wat happeeeenn nie...haha

Unknown said...

Air cili kot.. haa.. nik dolah mesti tau bckground fahim.. kita tunggu nik dolah nak sound apa kat wan senah nanti ttg fahim..expect the unexpected..

Unknown said...

TIDAKKKKK!!!!! jangan kata Wanda kena asid.....huhuhuhu

Anonymous said...

fahim apa awak dah buat kat perempuan tu sampai wanda jadi mangsa ni? nick cepat datang beri bantuan!!!!!!

kak ida said...

sape kah wanita tg meroyantu ek..adakah wajahnya telah teruk terkena simbahan asid..dan siapakah yg menolongnya..banyaknya pertanyaan kan..terujanya nak tahu kesinambungan nya..

Eyzan SuEyzan said...

Hope so bkn asid huhuhu cian kat wanda

Eyzan SuEyzan said...

Hope so bkn asid huhuhu cian kat wanda

ciknie said...

woit sape yg jhat sngat nie..simbah2 plak hope bukan asid r

ciknie said...

sape yg simbah2 nie..awek fahim ke isteri ke pe??

Anonymous said...

what happen to wanda??harap nick jadi hero

Kak Sue said...

Kenapalah perempuan tu bodoh x cakap siapa suami dia Fahim atau Nick Dollah?... mesti Fahim kan sebab Wan keluar makan dengan dia tengahari.... yang tukang sampaikan mesti si Julia kan