Sebelum tu nak minta maaf kalau typo bertaburan. Ni kes taip terus up. Hee.
*angkat sepuluh jari tak berapa runcing, minta maaf*
13
AKU DI
AWAN-AWANGAN!
Ya, aku terasa bagai terapung-apung
di awagan, sambil main melompat-lompat di atas awan yang terasa bagai gula-gula
kapas putih.
Dah
macam dalam cerita kartun dah.
Okay, back to reality.
Sejak
dari kereta Audi bergerak meninggalkan kawasan rumah aku, sejak dari itulah
bibir aku yang tak berapa nak munghil ni payah nak berhenti senyum. Sungguh.
Perasaan kali ni tak tahu aku nak gambarkan macam mana.
Kadang-kadang
aku rasa nak ketawa kuat-kuat sambil tepuk tangan. kadang-kadang aku terasa
macam nak lompat tinggi-tinggi sampai siling rumah. Kadang-kadang aku rasa
macam ada sesuatu yang menari-nari dalam dada ni. Berdebar-debar, gementar,
seram sejuk pun ada.
Ini semua sebab makan burger Abang
Burn tadi ke?
Ataupun…Nick Rayyan dah suka aku?
Sekali lagi aku tak dapat tahan dari
senyum sendiri. Rasanya, baru tadi aku rasa nak pakai topi hitam muncung tajam
dan guna punyapu kayu sambil buat potion
racun dan bagi Kak Umi makan sebab dah hancur-relaikan hati Kak Qila.
…dan sekarang ni, aku rasa aku yang
dah terlebih minum potion
bunga-bunga. Ya, dalam mata ni nampak bunga aje yang berkembang.
Heh heh heh.
“Gembira lain macam je,”
Aku berpaling ke belakang dan nampak
Lily yang berkemban dengan sehelai tuala kecil tersangkut pada bahu. Baru nak
mandi ke budak ni? Dah dekat pukul 11
malam dah.
“Dating ea…” Lily melempar senyum
lebar sambil mengangkat kening berkali-kali. Senyuman yang masih tak pudar tadi
makin melebar. Lily sudah berjalan mengekori aku masuk ke dalam bilik, tak jadi
terus ke bilik air.
“Cerita la weh,” dia mendesak dengan
sengihan berbaki. “Aku tak pernah nampak kau kembang setaman macam ni.” dia
menyambung.
Memang pun tak pernah nampak. In
fact, aku sendiri pun tak pernah nampak aku macam ni.
Sungguh tak pernah.
Waktu aku jatuh cinta dengan Fahim
dulu pun, aku tak macam tu.
“Mana ada cerita.” Balas aku dengan
senyuman yang masih berbaki. Perlahan-lahan aku meleraikan selendang yang
berbelit.
Pergh, semak gila rasa. Seharian
berbungkus, nasib baik tak meletup kepala aku. Migrane aku ni bukannya boleh
kira. Silap cuaca sikit, mulalah dia nak mula serang.
“Kedekut la kau. Share la. Mana aci
balik rumah malam-malam main senyum sorang-sorang.” Lily buat muka. Dia
melabuhkan punggung di atas katil aku yang masih kemas tak berusik sejak pagi
tadi. “Dating dengan siapa?” dia senyum-senyum sambil memandang tepat pada anak
mata aku.
Tahu dah.
Taktik nak korek rahsia.
Aku melonggarkan butang lengan
blouse yang menjerut sejak tadi. “Mana ada dating, aku keluar makan je.” Aku
buat-buat jual mahal walapun dalam hati nak je aku jerit kuat-kuat dekat Lily,
‘Lily! Nick Rayyan ajak aku keluar makan!’ (Macamlah Lily kenal siapa Nick
Rayyan tu).
“Aiseh, Cik Wanda dah pandai keluar
dinner boyfriend sekarang…”
Aku sengih lebar. Tadi punya gembira
masih tak hilang sebenarnya. “Bukan boyfriend la. Bos tempat aku kerja.”
Bulat mata Lily memandang aku.
Mulutnya ternganya luas. Sikit lagi air liur nak meleleh keluar, terkejut punya
pasal. “Bos? Kau dinner dating dengan bos!? Wah!”
Aku geleng kepala beberapa kali
melihat Lily yang tiba-tiba datang excited dia tu. “Bukannlah. Aku EL tadi, itu
yang dia datang ajak keluar makan.”
“Kau EL, Bos kau datang sini? Ajak
makan?” Lily menjerit sambil mengulang setiap perkataan. “Wanda!” Lily
tiba-tiba bersuara kuat.
Kening aku terangkat tinggi sambil
memandang Lily yang tak pernah-pernah aku nampak dia excited macam ni sekali.
“Apa?”
“Kau tahu tak yang Bos kau tu dah
syok dekat kau?”
Aku terdiam lama. Nik Dollah tu syok
dekat aku? Sebab tu ke aku rasa macam diawan-awangan tadi?
Sebab itu ke aku dah rasa macam ada
rama-rama terbang dalam hati?
Tapi logik ke?
“Macam tak logik je Lily,” Aku
mencapai tuala yang tergantung di sisi almari kayu. “Macamlah aku ni model
antarabangsa, dia nak suka aku.”
Tapi Nick Dollah tu pun, bukannya
macam tipikal orang kaya dekat Malaysia ni, kan? Serabai je. Heh heh heh.
Apasal dia pulak. Sekarang ni
topiknya, aku.
“Hati dan perasaan tak nampak semua
tu Wanda sayang.” Lily senyum lebar. Tiba-tiba dia bingkas dari katil dan
menuju ke pintu. “Kalau dia dah lamar kau, jangan lupa cerita dekat aku, tau?”
dia mengenyit mata sebelum membawa kaki ke bilik air yang terletak di hadapan
bilik aku.
Lily…Lily. Analogy kau tak boleh
pakai langsung. Takkanlah dia nak lamar aku. Aku? Wanda Nurhannah. Perempuan
yang tak ada capai apa-apa kejayaan pun kecuali dapat 5A dalam UPSR dulu.
Ituje yang paling buat aku bangga.
Tapi…kenapa aku dah rasa macam hati
dah tumbuh bunga-bunga?
AKU MEREBAHKAN
BADAN ke atas katil yang tak berapa empuk setelah seharian berjalan di luar.
Nikmatnya, Tuhan sahaja yang tahu. Baru aje mata aku terlelap sesaat, music ‘Pick up the phone’ bergema kuat
memekakkan telinga. Aku mencapai handphone
yang berada di atas meja kecil sebelah katil dan mengerling sekilas nama
pemanggil yang tertera pada skrin.
Fahim.
Aku menarik nafas berat sambil
perlahan-lahan meletakkan handphone
di telinga.
“Assalamualaikum,”aku memberi salam
dengan suara kepenatan. Suara tak cukup tidur.
“Wan, you sihat kan?” suaranya
menerpa sebaik sahaja aku talian disambung. Kening aku terangkat seinci
mendengar soalan dari dia. Salam pun belum jawab, dah tanya aku macam-macam.
“Sihat.” Jawab aku pendek. Sungguh
aku dah tak larat nak buat apa-apa dah. Nak tidur je.
“Kenapa EL tadi?”
“Emergency.” dia orang ni tak tahu kut yang EL tu maknyanya Emergency Leave. Dan tentu-tentulah sebab emergency (Kalau dah Kak Qila tiba-tiba tepacak depan rumah aku,
mana tak emergencynya).
“Betul
you sihat?” soal dia lagi. masih
ragu-ragu. “You kalau demam mesti kena teruk terus. I takut you pengsan macam
selalu.”
Aku
mengeluh berat. Serta merta aku bangun dan bersila di atas katil.
Perlahan-lahan aku meraba kepala yang terasa serabut tiba-tiba.
Ya,
memang betul aku dengan dia dah jadi kawan balik. Betul. Tapi dia tak perlulah
nak ingatkan aku pasal waktu-waktu dulu. zaman berhingus aku dulu. zaman aku
kena reject (Ha, kan aku dah emo).
Wanda
dah membesarlah. Wanda sekarang dah tak main pengsan-pengsan macam dulu. Wanda
sekarang dah tak heran dah kalau demam macam mana pun.
“I
sihat, you jangan risau. Dah lewat ni, I nak tidur.” Sedaya upaya aku menahan
suara dari menengking. Ya. Aku memang suka tengking manusia yang memandai ni
(Kecuali Miss Fina, gila nak tengking dia?).
“Er…I
nak jumpa you sekejap, boleh?” lambat-lambat dia bersuara. Dahi aku berkerut
lebat. Nak jumpa? Hei, dah hampir pukul 12 tengah malam ni. nak jumpa
kebendanya. Bukannya esok ofis tutup pun. Tan Sri belum lagi nak buat mogok tutup
ofis sebab aku EL harini. Nik Dollah tadi pun rilek je.
Jumpa
esok ajelah.
“Im, dah pukul berapa ni. esok kan
boleh jumpa dekat ofis.” Aku menjawab malas. orang dah penat gila tak terdaya
ni, jangan buat lawak luar kawasan.
“I dah ada depan rumah you ni.”
Erk.
“Keluar sekejap pun, jadilah.”
Biar betul Fahim ni?
“Please…”
Bila pulak Fahim pandai tunggu anak
dara orang depan rumah? bila? Bila?
Takkan bertahun dekat Ottawa, ini
yang dia belajar? Homai, Ottawa dah rosakkan Fahim yang dulu.
Laju aku mengangkay kaki ke tingkap
bilik. Nasib baiklah bilik aku memang menghadap jalan raya. Langsir aku selak
sekecil mungkin (tudung tak ada dekat kepala ni).
Okay.
Aku dah nampak Forte merah menyala
tersadai dekat hujung jalan. Tempat yang sama dimana Audi Nick parking tadi.
Wanda, bila masa kau jadi ‘hot’ macam ni hah?
Aku menggeleng sendiri dengan soalan
sendiri. Sungguhlah aku tak faham apa yang bermain dalam kepala Fahim (dan juga
Nick tadi).
“You buat apa dekat sini, Im? Dah lewat
ni. Jumpa esok je la, eh?” aku cuba memujuk. Kalau budak-budak umur sepuluh
tahun, bolehlah aku pujuk dengan aiskrim, lepas tu suruh pergi main jauh-jauh.
Kalau dah umur macam bapak budak? Macam mana tu?
“Tak boleh ke keluar kejap.”
Suaranya penuh mengharap. Tiba-tiba aku terasa serba salah. “I nak pastikan
yang you betul-betul sihat.” Dia menyambung.
aku menghel nafas panjang sambil
menggeleng kepala beberapa kali. susah rupanya nak pujuk bapak budak ni. Dah
berbelas ratus kali aku cakap aku sihat, taknak percaya.
Dia tak tahu ke dah beratus-ratus
pin boling aku dah jatuhkan siang tadi? “Im, kita jumpa esok je, okay. Nanti lunch sama.” Aku memberi kata putus.
Berjanji yang tak pasti aku akan tunaikan.
Tapi aku terpaksa. Kalau tak, Fahim
akan terus menerus memujuk aku untuk keluar dan…aku takut aku akan cair dengan
pujukan dia.
Tiba-tiba aku mendengar keluhan
berat dari hujung talian sebelum dia bersuara mengalah, “Okay. Night Wan.”
“Night.” Aku membalas pendek sebelum
memutuskan talian.
Aku melihat keretanya perlahan-lahan
bergerak keluar dari kawasan rumah sewa aku. Tanpa sedar aku menghela nafas
lega. Mungkin dia dah sedar apa yang dia buat ni salah. Mana pernah aku kenal
Fahim yang selamba bomba menunggu perempuan depan rumah? Tak pernah dibuatnya
Fahim bersungguh-sungguh ajak perempuan keluar tengah-tengah malam.
Ya, aku lupa. Bertahun-tahun aku tak
jumpa dia, dia boleh jadi Fahim yang baru. Sama jugak macam aku, kan?
AKU TIBA DI meja
kerja sendiri dengan rasa kerisauan yang tak terbendung apabila melihat post-it-notes contengan aku sendiri yang
terlekat elok pada soft board kecil sebelah komputer. Aku lupa pasal Encik
Mohsin. Aku lupa yang Miss Fina suruh kami dapatkan deal dengan dia paling lewat, semalam.
Dan
yang paling teruk, semalam sudah pun berlalu. Sungguh aku lupa!
Belum
sempat nafas aku sesak mencekik, Raey datang ke meja aku dengan senyuman paling
manis. Aku membalas dengan senyuman tawar+masam+bersalah. Kalau Miss Fina call
lagi, confirm aku kena marah dan Raey, Jimi dan Fayad kena tempias dia sekali.
Hadui….
“Wanda,”
Aku memandang wajah cerianya dengan
rasa bersalah. Kalau kena sound dengan Miss Fina nanti, rasanya Raey takkan ada
hati nak senyum macam ni lagi. Raey, sorry…
“Jom.”
Kening aku terangkat tinggi mendengar
ajakan dia. Spontan mata aku mengeling jam di tangan. baru pukul lapan pagi.
“Pergi mana?”
Raey senyum sesaat sebelum
melabuhkan punggung di atas kerusi kerja dia. “Aku dah call Encik Razni tadi,
dia bagi kita keluar pergi meeting dengan Encik Mohsin.”
Mulut aku ternganga luas. “Encik
Mohsin bukan ada dekat Penang ke? Kau dah call dia buat appointment? Bila?”
“Semalam.” Senyuman di bibirnya
belum pudar. “Dia dah tak duduk Penang lah. Supermarket dekat Penang tu pekerja
dia yang jaga.”
Aku mengangguk-angguk faham. Cepat
betul Raey buat kerja. Sehari je dah dapat buat appointment dengan Encik Mohsin yang sangat susah nak bertolak
ansur tu.
Heh. Sempat lagi kutuk client.
“Jadi, appointment dengan dia, pagi ni?”
Raey mengangguk. “Pukul 11.00 dekat
KLCC.”
Pergh, tempat nak high class aje. Ni mesti tak lain tak
bukan, nak harapkan kita orang belanja makan. Nasib baiklah boleh claim dengan
company nanti.
Heh.
“Thanks banyak-banyak Raey. Sorry
aku tak tolong pun.”
Raey senyum mengangguk. “Kau boleh
tolong.” Dia mengangkat kening beberapa kali dengan senyuman yang masih belum
hilang. “Kau tolong deal dengan Encik Mohsin nanti. Aku dah puas kena marah
waktu call minta appointment semalam.”
Hadui. Ni namanya tempah bala.
Miss Fina tu pun, kalau orang dah
tak nak jual tanah sekangkang kera tu, dia nak juga. Port menarik la, sesuai untuk resort tu la, itula inila. Sudahnya,
kami yang kena tahan telinga dengar maki. Bukan dia.
“Aku nak ajak Jimi, back up. Boleh?”
Raey mengangguk. “Boleh je rasanya.
Encik Razni dah kasi green light
tadi.”
Aku mengeluh sendiri. Baru aje
semalam terasa macam puteri. Hari ni dah kena jadi kuli balik.
Encik
Mohsin, please be nice.
OKAY. AKU BAYANGKAN
Encik Mohsin ni seorang yang tua, enam puluhan berambut botak di tengah-tengah
yang berkemeja petak-petak longgar dan berseluar khaki. Hampir sepuluh minit
aku melilau mencari imej yang aku bayangkan di dalam kepala sebelum seorang
lelaki bersut hitam kemas bersama seorang wanita (gaya macam setiausaha) datang
menyapa.
…dan dia tak botak!
Sedaya upaya aku, Raey dan Jimi
memaniskan muka mempelawa dia duduk walaupun muka Encik Mohsin ternyata masam
mencuka.
“Make it short and clear. Saya rushing ni.” Belum pun sempat pelayan
datang mengambil order, Encik Mohsin bersuara keras.
Berkali-kali
aku menelan air liur sebelum memandang wajah Jimi dan Raey untuk mengumpul
semangat.
“Macam
ni encik, kami nak tawarkan apa jua harga yang encik minta, jika encik setuju
untuk jual tanah tu.” hah, ambik. Aku terus kepada topik asal. Suruh make it short and clear, kan?
“Saya
tak nak jual. Kamu semua tak faham?”
Aku
mendengar setiausahanya berdehem beberapa kali sebelum menyebut, “Bukan encik,
Dato’.”
Aku
terdiam sambil memandang wajah Raey dan Jimi bergilir-gilir. Sikit pun aku tak
berani nak pandang wajah Encik Mohsin yang duduk bertentangan dengan kami. Okay,
Dato’ Mohsin.
Manalah
kami nak tahu. The last time nama dia tercatat dekat senarai yang ada dalam
file tu, masih lagi Encik Mohsin Bin Jali.
“Macam
ni Dato’ syarikat kami sangat berminat dengan tapak tanah Dato’. Dan, kalau
Dato’ nak, kami boleh cadangkan tanah baru untuk supermarket tu.” Jimi
menyampuk dengan suara yang paling berhemah. Aku memandangnya dengan ucapan
terima kasih menggunakan bahasa mata.
“Kalau
kamu semua ganti dengan tanah dekat New York sana pun, saya tak akan setuju.”
Dato’ Mohsin (terus kena tukar. Dah orang suruh guna title tu, guna jelah. Apa
yang ada pada gelaran tu pun aku tak tahu) bangun dari kerusi tiba-tiba.
“Cakap
dengan your bos, cari tanah lain. Kamu semua orang-orang muda sekarang dah tak faham nilai tanah pusaka.” Dia menyambung
sebelum melangkah keluar dari restoran meninggalkan kami yang terpinga-pinga di
atas kerusi masing-masing.
Aku garu kepala di sebalik selendang
hijau muda yang tak gatal. Kalau dia tak nak jual, kenapa dia susah-susah set
appointment dengan kami harini?
Atau…dia memang nak menyusahkan
kami?
“Macam mana ni?” soal Jimi sambil
mengangkat tangan memanggil pelayan. Deal-deal
jugak, perut kena isi.
“Kena tahan telinga dengar Miss Fina
membebel la jawabnya.” Raey mengeluh berat. Dah boleh bayangkan agaknya apa
yang akan terjadi kalau Miss Fina tahu yang kami masih gagal dapatkan
tandatangan persetujuan Dato’ Mohsin.
“Kita makan dululah. Pasal Miss
Fina, nanti kita slow talk dengan dia.” Aku cuba untuk meredakan ketegangan. Tak
patut rasanya Dato’ Mohsin buat macam tu. kalau dah sah-sah tak nak jual, tak
boleh ke dia terus cakap waktu Raey call untuk appointment semalam?
Ini dah susah payah datang sini, tak
sampai sepuluh minit, dia dah angkat kaki.
Mentang-mentanglah dia orang besar-besar,
ingat senang-senang ke dia boleh pandang usaha aku, Raey dengan Jimi? Ingat
senang senang ke dia boleh pijak-pijak perasaan kami?
Dahlah tu Wanda. Tanah dia, dia
punya suka. Masalah kau sekarang, Miss Fina.
JAM SUDAHPUN MENCECAH
angka 12.45 tengah hari sewaktu kami melanlangkah masuk ke dalam pejabat. Raey
masih lagi dengan muka tak puas hati dia. Jimi juga diam membisu. Masing-masing
menyimpan rasa.
Munie hanya memandang dari jauh bila
melihat wajah aku dan Raey berubah rupa.
“You all dari appointment dengan client, kan?” Julia tiba-tiba datang
menghampiri meja Raey. Aku mengangkat muka dari komputer memasang telinga. “Failed?” soal dia, sinis.
Raey
diam sambil mengerling ke arah aku dengan pandangan yang penuh jengkel. Aku
boleh baca apa yang dia fikir, ‘Minah ni nak meroyan tiba-tiba kenapa?’ Aku
berdehem sesaat sambil memandang wajah Julia yang bertempek mekal tebal.
Tak faham betul aku dengan Si Julia
ni. muka kitaorang yang sah-sah tengah bengang ni pun dia boleh lagi nak
perli-perli. Jangan sampai aku jawab pertanyaan dia tu dengan tapak kasut.
Apa, ingat kasut flat aku ni tak
boleh buat kepala dia benjol?
Huh.
Julia tersenyum-senyum sambil
melangkah ke mejanya. “Itulah, lain kali belajar dengan I.”
Hati aku terus mendidih. Memang nak
kena bercakap dengan tapak kasut agaknya dengan Julia ni baru dia faham. Sikit
lagi aku nak angkat kasut Scholl yang aku pakai ni dan landingkan ke atas kepala dia. Kalau tak fikir kasut ni Kak Qila
yang hadiahkan untuk aku mencari rezeki halal, aku rasa dah lama terbang.
Aku menahan hati sendiri.
Cepat-cepat aku mengalihkan mata kepada file-file yang tersusun di atas meja.
Semua file perlu disemak. Semua nama perlu dikemaskini.
“Hai Encik Fahim, keluar lunch?”
Aku mendengar Julia bersuara ceria
tiba-tiba. Pantas aku mengangkat kepala bila mendengar perkataan ‘lunch’ dan
‘Fahim’.
“Yup.” Fahim membalas pendek sambil
merenung aku dari muka pintu biliknya.
Ya, ya. Aku faham. Aku ingat janji
aku malam tadi. File yang baru dibuka, aku tutup kembali walaupun perut sudah
kenyang makan dekat KLCC tadi. Apalah nasib aku. Tiap kali orang ajak makan,
mesti waktu tu perut tengah kenyang.
“Nak makan dekat mana?” Julia masih
lagi cuba untuk memaniskan muka walaupun dah terang-terang Fahim hanya pandang
dia sebelah mata. Kesian pulak aku tengok Julia. Cara dia tanya tadi, jelas
menunjukkan yang dia nak sangat Fahim cakap ‘Jomlah lunch sekali dengan I’.
Tak
salah lagi.
Aku
mencapai beg tangan dan berjalan menghampiri dia dah Julia.
“Tak
sure lagi,” Fahim terhenti sesaat. “Kena
tanya Wanda.”
Aku
boleh nampak mulut Julia ternganga luas sambil terkebil-kebil memandang aku.
“Mana-mana
pun okay.” aku menyampuk dengan sengihan.
Fahim
senyum segaris sambil memandang wajah aku. “Okay then. Bye, Julia.” Kami terus
beriringan ke lif tanpa menunggu jawapan Julia. Sikit lagi aku nak ketawa
terbahak-bahak bila mengingatkan wajah Julia yang masam mencuka sambil pandang
aku dengan gaya tak puas hati.
Bagus
betul Fahim harini. Tahu-tahu aje yang aku memang nak campak tapak kasut dekat
kepala Julia tadi.
“Thanks,” aku senyum ke arah Fahim di
sebelah. “Banyak membantu.” Aku sengih lebar. Sikit lagi aku nak ketawa sambil
melompat-lompat sebab dah gembira sangat. Bukan senang nak buat muka Julia biru
macam tu.
Heh.
“My pleasure, nampak muka dia tadi?”
Fahim senyum nipis.
Aku
mengangguk laju sambil menyimpan ketawa. Lif tiba-tiba terbuka luas. Automatik
ketawa aku terus hilang bila melihat Nick bersandar malas di hujung penjuru lif
dengan menyilang kedua-dua tangan.
“Hai
Nick!” Fahim menegur sopan sebelum mempersilakan aku masuk ke dalam perut lif.
Cepat-cepat aku meloloskan diri ke dalam sambil mencuri pandang ke wajah Nick
yang beku. Dingin matanya tepat pada mata aku.
“Jumpa
Tan Sri?” tanya Fahim lagi. Nick hanya hanya menjawab dengan anggukan.
Fahim
memandang aku sekilas sambil mengerutkah dahi tanda ‘kenapa’. Aku hanya mampu
mengangkat bahu. Tak tahu apa angin Nick hari ni. Ataupun aura The Great Nick
Rayyan dan sapu habis watak Nik Dollah dalam diri dia?
Tapi,
dia bukan nak ajak aku lunch, kan? Dia jumpa Tan Sri, kan?
Macam-macam
soalan bermain dalam kepala aku dan akhirnya, ruang lif menjadi sunyi sepi.
Tiba-tiba nafas aku terasa sesak. Baru aje malam tadi Nick boleh senyum manis
yang berperisa gula-gula. Hari ni, muka dia dan kembali…er, serabut?
Tiba
di lobi, Nick terus menyusup keluar dari lif dengan menyeluk kedua-dua
tangannya ke dalam saku tanpa berkata sepatah pun. Aku hanya mampu memandang
langkahnya keluar dari pintu besar bangunan dengan ekor mata. Hai Nik Dollah, awak dah kenapa?
LUNCH DENGAN FAHIM
tak teruk sangat pun sebenarnya. Malah aku boleh ketawa bagai nak mati bila dia
ungkit cerita kawan-kawan kami waktu belajar dulu. sikitpun hal aku dan dia
tidak diusik. Mungkin dia sendiri tak nak aku kembali ‘emo’.
Tak sangka hampir semua kawan-kawan
aku dulu berjawatan besar. Aku ajelah yang masih terkontang kanting mencari
identity sendiri. Sekadar kerja makan gaji, jadi kuli.
Balik ke pejabat, nighmare aku
kembali lagi. aku dan Raey masing-masing kecut perut bila mendengar deringan
telefon dari meja masing-masing. Iyalah. Kut-kut la yang telefon tu Miss Fina.
Kelu jugak lidah nak menjawab nanti.
Tepat jam 5 petang, panggilan Miss
Fina masih juga tak kunjung tiba. Aku dan Raey sama-sama menarik nafas lega
sambil melakar senyum lebar. Dah selamat untuk hari ni. esok, belum tahu lagi.
Tapi, tak kisahlah. Asalkan harini
dah selamat dengan jayanya. Aku terus mencapai handbag dan handphone dari meje
sebelum keluar dari ofis. Tiba di lobi, mata aku melilau-lilau mencari kelibat
Nick.
Tapi tak ada.
Heh, kenapa nak cari dia pulak Wanda
oi.
Setelah dipastikan ruang lobi kosong
dari wajah Nick, aku mengatur kaki keluar dari bangunan. Seperti biasa, aku menyusur laluan pejalan kaki ke stesen komuter yang terletak tak berapa jauh dari bangunan pejabat aku.
Suara nyaring dari belakang
membuatkan kaki aku terhenti kaku. Aku memandang kiri dan kanan sebelum
perlahan-lahan berpaling ke belakang. Retina aku menangkap imej seorang wanita
yang berjalan laju ke arah aku. Kaki aku masih tegak tak bergerak.
Dia nak rompak aku?
Dia nak culik aku?
“Perempuan jalang!” dia menjerit
kuat sambil mencurahkan sejenis cecair ke muka aku. Muka tiba-tiba terasa pijar. Aku menjerit kuat kerana terkejut. Wajahnya makin samar-samar dalam
pandangan mata. Tiba-tiba kepala aku terasa berat. Pedih.
“Aku dah cakap kau jangan kacau dia!”
Jeritannya sayup-sayup kedengaran di
telinga sebelum pandangan aku terasa samar dan terus…gelap gelita.
27 comments:
ohmai2,jgn lar jd pape kat wanda!..nick pliz,tolong wanda.
waaaaaaah its not asid kan...itu cuma air cili je kan...huhuhu u perempuan...so annoying!!!
that fahim awat xpaham paham bahasa lah...hadoi.. perangai apa ni...p rumah gadis tengah2 malammm........kalau Nick Dol... xpe lah kankankan:)
illa sambung lagi...xcited ni..
Sape prempuan tuuuu??
Adoihh suspen btol bc yg last tu....
Hrpnya bknlah asid yer...
Bini fahim kan??
aaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!tidak!!!!!!apekah itu?????jgn asid sudah....kalo air lada itam ka ok lagi....kejamnye...ni mesti bini fahim neh...kalo nek dolah slalunue depa kuar xde ape yg jd tp kalo si fahim 2 ade je yang x kene kalo terserempak...
uwaaaa...kesian wan senah huhuhu
woo..suspen ni..pompuan gila mana terlepas ni..jgnlah wanda jadi huduh..fahim jaga bini hang dah la jgn la dok sibuk ke wanda lagi..dia dah ada nick..
WOWOWOOO..siapakah itu..ex fahim ker..suka suki dia jer nk serang org..en dollah.., sila dtg tlg cik senah..
Wah siapakah itu mmg misteri sungguh... Illa suamiku pencuri nombor satu ada brita baru x? Bila agak2 leh publish?
Cepatnya senah dah kena simbah ngan asid...
Tuh la, gatai lagi kacau laki orang...
Bini fahim ke? Ei.. main serang je
La sapa la pulak pompuan tak cukup akai innnn ..... ini mesti pompuan Fahim yg menyusahkan ..... Fahim dekat dengan Wan sebab dia dah lawa bukan betul betul iklas pun ......
Pak Dollah mana kau!!!!! Mak Senah kena serang niiiii help help help! !!!!!!
katakan tidakkkkkkkkkkkkk.
sian senah....errr kena asid ke tu?
-pn mal-
Oh myyyy!!!! Jgnlaaa senah kna smbh ngn asid. Tk mo2...sentp jap...huhuhu...marathon bca ceta nih....yg psti best sngt2. Nk lg.... ;-). Nk senah ngn dollah je...
alahai wt bukan asid la,agak je
cian wanda..betul ke fahim tu da kawin?
ok..seriously eksited..wat happeeeenn nie...haha
Air cili kot.. haa.. nik dolah mesti tau bckground fahim.. kita tunggu nik dolah nak sound apa kat wan senah nanti ttg fahim..expect the unexpected..
TIDAKKKKK!!!!! jangan kata Wanda kena asid.....huhuhuhu
fahim apa awak dah buat kat perempuan tu sampai wanda jadi mangsa ni? nick cepat datang beri bantuan!!!!!!
sape kah wanita tg meroyantu ek..adakah wajahnya telah teruk terkena simbahan asid..dan siapakah yg menolongnya..banyaknya pertanyaan kan..terujanya nak tahu kesinambungan nya..
Hope so bkn asid huhuhu cian kat wanda
Hope so bkn asid huhuhu cian kat wanda
woit sape yg jhat sngat nie..simbah2 plak hope bukan asid r
sape yg simbah2 nie..awek fahim ke isteri ke pe??
what happen to wanda??harap nick jadi hero
Kenapalah perempuan tu bodoh x cakap siapa suami dia Fahim atau Nick Dollah?... mesti Fahim kan sebab Wan keluar makan dengan dia tengahari.... yang tukang sampaikan mesti si Julia kan
Post a Comment