Tuesday, 9 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 3]

TIBA-TIBA AKU rasa nak sujud syukur bila aku selesema teruk ditambah pula dengan demam panas (walaupun aku rasa tak adalah panas mana pun). Jadi, tak payahlah aku pergi ofis yang pastinya ada muka Fahim tu.
            Yeay! Harini MC, esok sabtu, ahad cuti. Bolehlah aku kumpul kudrat 3 hari ni untuk bersua muka dengan manusia yang dah patahkan hati aku dulu.
            Sekarang baru aku dapat rasa nikmat selesema, demam dan dapat MC!
            Awal-awal pagi lagi aku telefon Munie bagitahu aku MC. Suruh dia bagitahu bos…dan juga Fahim (kalau-kalau dia pelik aku tiba-tiba tak datang kerja). Dia pun awal-awal suruh aku rehat dekat rumah bila dah dengar suara aku antara keluar dengan tak. Jam baru sahaja menunjukkan pukul Sembilan pagi. Awal sangat kalau nak pergi klinik pun.
            “Eh, tak  kerja?” Lili menegur dari biliknya. Aku menoleh kea rah pintu biliknya yang terbuka luas. Lili ni student lagi. dia buat master. Rajin betul. Aku dulu nak sambung degree pun fikir 25 kali. Last-last sambung jugak bila dah ramai sangat yang pujuk suruh sambung.
            Kalau aku tak sambung degree, tak adalah aku jumpa dengan Fahim, kan?
            “Demam.” Aku menjawab pendek.
            “Nak pergi klinik? Aku boleh hantarkan. Lili menawarkan diri. Lagi satu, Lili ni baru dapat kereta. Hadiah dari ayah dia bila dia dapat habiskan degree dengan jayanya. Untung, kan?
            “Nak jugak. Tapi nak mandi dulu.” Aku menyangkut tuala ke bahu. “Tapi tak apa, aku boleh pergi sendiri.”
            “Boleh ke?”
            Aku senyum sesaat sebelum menarik tombol pintu tandas.  “Boleh. Lagipun aku nak beli barang sikit. Kau pun nak buat experiment, kan?”
            Lili mengangguk. Lili sebenarnya ambil Masters in Science. Kecik-kecik dulu mak dia kasi makan apa entah. Bijak bebenor. “Tapi boleh je nak drop kau dekat klinik. Lepas tu kalau kau nak beli barang, aku balik la dulu.”
            “Boleh ke?”
            “No hal.” Dia senyum lebar. “Mandilah cepat.”
            Aku sengih senget sambil menutup pintu tandas. Senangnya dalam hati.tak payah pergi kerja harini.

AKU HARAPKAN PANAS berpanjangan, rupanya guruh dan kilat menyinggah waktu petang. Entah dari mana Fahim terpacul dalam Klinik Mariah ni. Siap dengan pakej senyum manis sekali.
            Elok aje aku selesai ambil ubat tadi, wajah Fahim terjengul di pintu masuk klinik. Aku tak dapat menahan rahang dari ternganga luas. Nasib baik plastic ubat aku tak terlepas dari tangan.
            “Wanda? Tak sihat ke?”
            Aku terkelu sendiri. Memang aku tak sihat. Tapi, apa yang dia buat dekat sini? Jangan cakap yang dia juga ambik MC! Baru sehari mula kerja kot.
            “Demam.” Aku memaksa bibir untuk tersenyum.
            “You tunggu kejap.” Dia meninggalkan aku dan bergerak ke kaunter pertanyaan. “Mama ada?”
            “Ada dekat dalam.” Pembantu kaunter menjawab dengan senyuman. Fahim terus masuk ke dalam bilik doktor.
            Aku hanya memandang langkahnya hilang dari pandangan. Mama? Mama dia sakit ke? Mama dia pun dirawat dekat klinik ni ke? Tapi kejap. Tahu pulak pembantu tu mana Fahim tu siapa. Sebab rasanya Fahim sebut ‘mama’ je tadi. Bukannya nama.
            Aku mengeluh berat. Kenapalah kau muncul kembali dalam hidup aku wahai Fahim. Aku taknak jatuh lagi. Muka aku dah rasa tebal gila setiap kali berhadapan dengan dia. Kisah dulu makin kuat menjengah kepala. Mana mungkin aku boleh lupa.
Dah, dia boleh buat biasa?
Atau, memang dia dah lupa?
Dia dah lupa yang dia dah siat-siat hati aku hingga luka?
Aku akhirnya menarik nafas berat. Nak tunggu ke, tak nak. Kenapa pulak aku nak tunggu kan. Perlahan-lahan aku mengatur kaki keluar dari klinik. Hajat di hati nak singgah dekat Speedmart 99 sebelah klinik terbantut. Aku nak balik. aku tak nak jumpa dia. Cukuplah jumpa dia dekat ofis je. Kenapa luar ofis pun mesti jumpa dia?
“Wanda!”
Langkah aku terhenti. Tak perlu berpaling, aku tahu suara siapa yang memanggil. Bertahun-tahun aku dengar suara tu dulu, mana mungkin aku boleh lupa.
“Kan I cakap tunggu tadi.” Dia berlari mendapatkan aku yang baru sahaja 3 meter dari pintu klinik.
“And why should I?”
Fahim menarik nafas berat sambil memandang aku. “Look, I’m sorry, okay?”
Mengangkat muka memandang wajah dia yang tak banyak berubah. Mata kuyunya tepat memandang anak mata aku. Tiba-tiba aku jadi gugup.
Sorry. Lepas bertahun-tahun dia lari pergi Ottawa, dah lumat hati aku dia pijak-pijak, balik Malaysia dia cakap ‘sorry’.
“Wanda, I tahu you masih ingat, kan? Sebab tu you asyik nak lari dari I. I’m sorry. Seriously.”
Dia masih ingat. Dia ingat. Dan dia boleh aje buat biasa waktu jumpa dengan aku semalam. Dia boleh buat biasa waktu terserempak dengan aku dekat dinner dulu.
“No, I dah tak ingat.” Aku melarikan pandangan ke arah jalan raya. “Kita dah lama tak jumpa, and that’s why I rasa lain..awkward…”
Fahim mengeluh berat.
            Aku tak tahu apa lagi yang dia mahu. Dia dah buang aku dulu. kenapa sekarang ni dia sibuk nak gapai aku balik?
            “Wanda. I tahu you masih ingat. I tahu you terasa dulu.”
            “No. you don’t.” air mata aku hampir menitis. Tolonglah jangan ungkit perkara dulu lagi. tolonglah buat-buat lupa apa yang dah jadi dulu. jumpa balik dengan dia pun dah buat dunia aku tunggang terbalik, inikan pulak nak ungkit apa yang dah jadi.
            Tak cukup lagi ke kau nak hancurkan hati aku, Fahim?
            “I tahu. I tahu you terasa. Look at you now.” Dia tunduk mencari anak mata aku. “Dan you makin cantik sekarang, Wan.”
            Aku terdiam. Lama sungguh aku tak dengar orang panggil aku dengan nama tu. lama. sangat lama.
Skirt lycra labuh dengan sweater nipis yang tersarung pada badan aku pandang kosong. Aku menarik hujung selendang yang terbuai ditiup angin untuk mengelap air mata yang hampir menitis.
            Aku lupa. Aku lupa dia boleh tahu. Aku lupa siapa aku sekarang. Aku lupa siapa aku dulu.
            Akhirnya aku diam membisu.



KECIL BETUL DUNIA. Rupanya doktor mariah tadi, mak Fahim. Memang dulu aku pernah tahu yang mak dia ni doktor, tapi aku tak tahu pulak yang mak dia tu ada klinik sendiri yang diberi nama Klinik Mariah.
            Dah tu pulak, selama aku kerja dekat syarikat tu, klinik ni la yang jadi tempat aku ambil MC.
            Kecil kan dunia? Tak kecil lagi?
            Dah tiba-tiba waktu cuti aku pun boleh terserempak dengan dia depan klinik ni, tak kira kecil lagi? Ke KL ni yang kecil sebenarnya?
            Disebabkan kebisuan aku tadi, Fahim terus hantarkan aku balik rumah. Niat nak ajak aku jalan-jalan mungkin terbantut bila aku diam tak bercakap. Nak jalan-jalan apanya, aku sekarang kan sakit. Takkan nak keluar makan angin pusing town lagi. Tapi kan, kalau dia jadi aku pun, dia ada keberanian lagi ke nak bercakap? Nak berdepan pun jantung aku rasa macam nak pecah, inikan pulak nak beramah mesra.
            Tak boleh.
            Musnah juga harapan aku untuk kumpul tenaga, minda dan mental selama tiga hari cuti ni. Belum sempat aku sedia, tup-tup boleh terserempak dengan dia?
            Homai..Wanda. habislah hidup kau. Terpaksalah kau berhenti kerja. Terpaksalah kau lupa angan-angan nak jadi kaya.
            “Mat cuh ular lidi!”
            Erk. Aku terus menutup mulut. Adei, boleh pulak pergi latah tengah-tengah jalan ni (sebenarnya, tadi aku minta Fhim dropkan depan stesyen KTM je).
            Kepala aku angkat 45 darjah ke atas. Wajah serabut bermata satu memenuhi ruang retina.
            “Sorry,”
            Errr. Dia ni…… dia, kan?
            “Eh?”
            Aku gosok kepala yang terlanggar beg galas gedabak yang dipikulnya. Entah apa benda yang dia sumbat dalam tu, keras semacam aje bila aku langgar tadi. Agak-agak aku, kalau bukan batu, mesti bata-bata merah yang orang buat construction tu. heh.
            “Awak, kan?” beku suaranya kedengaran jelas pada telinga aku. Aku pandang wajahnya sambil menggaru kepala macam biasa, dia masih dengan jaket lusuh, seluar gedabak coklat tua dan…flipper.
Takkan dia cam aku lagi kot. Habislah aku macam ni. kalau orang-kurang-waras ni duk kejar aku tiap-tiap hari dekat stesyen ni macam mana?
            “Ingat ni tak?” suara dia masih lagi beku memandang wajah aku sambil mengangkat handphone yang baru diseluk dari saku.
            Mata aku terus jatuh pada objek  yang tergantung elok disitu. Objek yang aku pernah beli dengan harga seringgit setengah sekarang berada elok dalam genggaman dia. Sesaat kemudian aku mengalihkan pandangan kepadanya sambil mengangguk beberapa kali.
            “Tapi, its okay. awak boleh ambil. Bye.” Aku melakar senyum segaris sebelum mengatur langkah masuk ke dalam perut stesyen komuter. Seram okay. seram. Tak pernah dibuat aku bersembang sambil-sambil beramah mesra dengan orang tak waras. Tak pernah. Langsung.
            “Takkan nak bagi hati awak dekat saya kut.”
            Belum sempat aku mengapai tangga terakhir, dia kembali bersuara. Terus kaki aku terkaku disitu. Hati. Aku. Pada. Dia?
            “Itu bukan hati saya.” Suara aku turut sama berubah dingin. Beku. Pandai-pandai je. Ingat dia siapa sampaikan aku ada hati nak bagi hati dekat dia? Heh.
            “It is. Your heart.” Sekali lagi dia mengangkat handphonenya tinggi. Keychain hati kuning metalik tadi terayun lembut mengikut rentak ayunan tangannya.
            Tapi, eh. Pandai pulak orang-tak-berapa-waras ni cakap orang putih. Tapi, zaman sekarang. Nak suruh cakap korea, jepun pun semua orang boleh. Inikan pulak bahasa inggeris yang dari tadika dah mula belajar.
            Aku menggeleng laju mendengar jawapan dia tadi. “No, its not. Not my damn heart. You can have it if you like. Nak buang pun boleh,”
            Aku boleh nampak dia tersengih sumbing sebelum aku kembali mengatur kaki ke kaunter tiket. Lupakan aje keychain tu Wanda. Seringgit setengah je. Tak luak pun.



“DAH TAK ADA?” suara aku sedikit terkejut. Mata masih tercari-cari hiasan yang sama dengan apa yang pernah aku beli dulu.
            Gadis berumur lebih kurang adik aku itu mengangguk laju. “Tak ada kak. Lagipun, warna kuning metalik tu ada satu je. Kalau akak nak warna pink, purple, biru, saya boleh cari dalam store.”
            Aku mengeluh lama. tak nak. Aku tak nak warna lain. Zaman bila pulak hidup aku masuk dengan warna pink? Biru pulak, dah lama aku tinggalkan. Purple? Heh, itu warna favourite Fahim, kena jauhkah dari warna tu.        
            Habis tu? tak adalah ni? apahal ekslusif sangat keychain tu sampaikan hanya ada satu je dekat kedai ni?
            “Akak nak tak?” mata bundar gadis tadi tepat pada mata sepet aku. Aku menggeleng laju menandakan tak nak. Memang betul kena lepaskan aje keychain tu.
            Adik tadi tersenyum-senyum melihat aku pergi dari situ. Senyum kecewa sebab aku tak beli barang dia mungkin. Ataupun senyum perli sebab aku sangat mengada-ngada nak warna kuning tu jugak. Tapi, aku pilih andaian pertama.
            Dah benda tu tak aku masuk membawa kaki ke tempat tunggu train. Aku lupa yang orang-kurang-waras tadi pun ada dekat stesyen, turun aje dari escalator mata aku terpandang dia yang duduk melipat kaki di tempat menunggu wanita. Laju aku menggeleng. Dah terpampang terang perkataan Untuk Wanita Sahaja, selamba-bomba pulak dia duduk dekat situ.
            Ke dia tak pandai nak membaca pun?
            Heh.
            “Hai.” dia senyum memandang. Aku menarik nafas berat sebelum duduk selang satu kerusi daripada dia.  Situ aje yang kosong. Kalau ada lagi yang lagi jauh, dengan senang hati aku nak kesana.
            “Memang betul tak nak balik ni?”
            Aku menggeleng. Malas menjawab. Sesekali aku megerling jam di tangan. kalau diikutkan masa yang terpapar dekat papan kenyataan tu, lagi empat minit, sampailah train. Aku mengeluarkan kertas tisu baru dari beg menggantikan tisu di tangan yang sudah lunyai.
            Banyak pulak cecair yang keluar dari hidung hari ni. heh, kata selesema. Tadi happy sangat kan dapat selesema.
            “Sakit ke?” beku matanya menangkap anak mata aku. Sekali lagi aku menggeleng. Dia senyum sinis. “Payah betul dengan perempuan sekarang. Tegur sikit ingat orang nak mengurat.”
            Tangan yang asyik mengelap cecair yang mula turun dari hidung terhenti kaku. Eh? Dia perli aku ke tu? aku pandang kiri kanan. Sesaat kemudian aku memberanikan memandang wajah serabut dia.     
            “Awak ingat saya nak mengurat awak eh?”
            Aku menahan hati. Kalau bukan fikir dia ni tak-waras, dimana kalau dia buat apa-apa pun dekat aku, dia takkan dijatuhi hukuman apa-apa pun, aku nak aje jerkah kuat-kuat sambil tending dia laju-laju biar jatuh dekat rel keretapi tu.
            Heh. Perasan tak boleh agak.
            “Sorry kalau buat awak fikir macam tu, tapi, you know, saya tak berminat pun.”
            Bulat mata aku memandangnya. Tak percaya. Homai. Bukan ke aku yang patut cakap tu. tak berminat? Kau ingat aku MINAT sangat dengan muka serabut kau tu ke? Haish.
            Boleh sakit jiwa aku layan orang sakit jiwa ni.
            Sabar Wanda, sabar. Aku pandang dia yang tersengih sinis sambil menggeleng kecil di sebelah. Sebelah tangannya sibuk menekan skrin telefon bimbit.
            “So, memang tak nak balik ni?”
            Aku hampir tepuk dahi. Apa dia tak faham bahasa melayu? Tak pun buat-buat tak faham? Ataupun, sebenarnya dia yang nak mengurat aku? Heh.
            “Tak, peraturan saya, sekali dah ter’bagi’, tak boleh ambil balik.” aku pandang skrin papan kenyataan. Yes. About time.

“Tren ke Pelabuhan Klang akan tiba di…..”

            “Tapi, this is your heart.” Dia tak mahu mengalah. Ya Allah, tak faham-faham lagi ke dia ni?
            “Tak. It yours now. Bye.” Aku cepat-cepat bangun menyelit ke dalam kumpulan-kumpulan wanita yang beratur menunggu kehadiran tren. Aku masih nampak dia duduk di atas kerusi tanpa menghiraukan kecoh di sekeliling.
            Bagus, tak payah naik tren sekali dengan aku pun tak apa. 

7 comments:

Anonymous said...

semalam tngu new n3 from u...tp xde..huhu
harini buka2 terus nmpak post...haha x sabar nk baca..(already bookmark ur blog...so sweet;)
si serabai mata satu.... she give the 'heart' to u-lah...so she urs...hahah think like that ye :)
Wanda.... please ignore that Fahim man...everyone deserve 2nd chance...but give him a lesson first!! nt give him sorry jgk...but never accept him ok? im behind u Wanda..(tetiba plk..hahaha)

**im pro-serabai mata satu**
_aniesue_

Anonymous said...

heheheeee,me 2-pro mr yg serabai itu!...n hate fahim giler2!..

Zakiah Halim said...

hehehe wanda jgn ingat org serabai mcm tu x tau ckp omputih...

kak ida said...

just wonder ..siapa ya lelaki yg selalu berbicara dengan wanda ni..selamba dek saja ..dengan muka yg berserabai..

Unknown said...

tanpa disedari, wanda dh serahkan hatinya.. mmg hari2 la mamat tu tgg wanda kat stesen tu

strawberry.chocolate81 said...

hmmm...masih lagi tertaye2 sp kah gerangan lelaki serabut berselipar jepun tuh hmmmm

aisyah said...

adeh..asyik ckap its your heart je..org sruh ambik ko x nak plak wanda..hahaha