TIBA-TIBA AKU rasa nak sujud
syukur bila aku selesema teruk ditambah pula dengan demam panas (walaupun aku
rasa tak adalah panas mana pun). Jadi, tak payahlah aku pergi ofis yang
pastinya ada muka Fahim tu.
Yeay! Harini MC, esok sabtu, ahad cuti. Bolehlah aku
kumpul kudrat 3 hari ni untuk bersua muka dengan manusia yang dah patahkan hati
aku dulu.
Sekarang baru aku dapat rasa nikmat selesema, demam dan
dapat MC!
Awal-awal pagi lagi aku telefon Munie bagitahu aku MC.
Suruh dia bagitahu bos…dan juga Fahim (kalau-kalau dia pelik aku tiba-tiba tak
datang kerja). Dia pun awal-awal suruh aku rehat dekat rumah bila dah dengar
suara aku antara keluar dengan tak. Jam baru sahaja menunjukkan pukul Sembilan
pagi. Awal sangat kalau nak pergi klinik pun.
“Eh, tak kerja?”
Lili menegur dari biliknya. Aku menoleh kea rah pintu biliknya yang terbuka
luas. Lili ni student lagi. dia buat master. Rajin betul. Aku dulu nak sambung
degree pun fikir 25 kali. Last-last sambung jugak bila dah ramai sangat yang
pujuk suruh sambung.
Kalau aku tak sambung degree, tak adalah aku jumpa dengan
Fahim, kan?
“Demam.” Aku menjawab pendek.
“Nak pergi klinik? Aku boleh hantarkan. Lili menawarkan
diri. Lagi satu, Lili ni baru dapat kereta. Hadiah dari ayah dia bila dia dapat
habiskan degree dengan jayanya. Untung, kan?
“Nak jugak. Tapi nak mandi dulu.” Aku menyangkut tuala ke
bahu. “Tapi tak apa, aku boleh pergi sendiri.”
“Boleh ke?”
Aku senyum sesaat sebelum menarik tombol pintu
tandas. “Boleh. Lagipun aku nak beli
barang sikit. Kau pun nak buat experiment, kan?”
Lili mengangguk. Lili sebenarnya ambil Masters in
Science. Kecik-kecik dulu mak dia kasi makan apa entah. Bijak bebenor. “Tapi
boleh je nak drop kau dekat klinik. Lepas tu kalau kau nak beli barang, aku
balik la dulu.”
“Boleh ke?”
“No hal.” Dia senyum lebar. “Mandilah cepat.”
Aku sengih senget sambil menutup pintu tandas. Senangnya
dalam hati.tak payah pergi kerja harini.
AKU HARAPKAN PANAS
berpanjangan, rupanya guruh dan kilat menyinggah waktu petang. Entah dari mana
Fahim terpacul dalam Klinik Mariah ni. Siap dengan pakej senyum manis sekali.
Elok aje aku selesai ambil ubat tadi, wajah Fahim
terjengul di pintu masuk klinik. Aku tak dapat menahan rahang dari ternganga
luas. Nasib baik plastic ubat aku tak terlepas dari tangan.
“Wanda? Tak sihat ke?”
Aku terkelu sendiri. Memang aku tak sihat. Tapi, apa yang
dia buat dekat sini? Jangan cakap yang dia juga ambik MC! Baru sehari mula
kerja kot.
“Demam.” Aku memaksa bibir untuk tersenyum.
“You tunggu kejap.” Dia meninggalkan aku dan bergerak ke
kaunter pertanyaan. “Mama ada?”
“Ada dekat dalam.” Pembantu kaunter menjawab dengan
senyuman. Fahim terus masuk ke dalam bilik doktor.
Aku hanya memandang langkahnya hilang dari pandangan.
Mama? Mama dia sakit ke? Mama dia pun dirawat dekat klinik ni ke? Tapi kejap.
Tahu pulak pembantu tu mana Fahim tu siapa. Sebab rasanya Fahim sebut ‘mama’ je
tadi. Bukannya nama.
Aku mengeluh berat. Kenapalah kau muncul kembali dalam
hidup aku wahai Fahim. Aku taknak jatuh lagi. Muka aku dah rasa tebal gila
setiap kali berhadapan dengan dia. Kisah dulu makin kuat menjengah kepala. Mana
mungkin aku boleh lupa.
Dah,
dia boleh buat biasa?
Atau,
memang dia dah lupa?
Dia dah lupa yang dia dah siat-siat hati aku hingga luka?
Aku
akhirnya menarik nafas berat. Nak tunggu ke, tak nak. Kenapa pulak aku nak
tunggu kan. Perlahan-lahan aku mengatur kaki keluar dari klinik. Hajat di hati
nak singgah dekat Speedmart 99 sebelah klinik terbantut. Aku nak balik. aku tak
nak jumpa dia. Cukuplah jumpa dia dekat ofis je. Kenapa luar ofis pun mesti
jumpa dia?
“Wanda!”
Langkah
aku terhenti. Tak perlu berpaling, aku tahu suara siapa yang memanggil.
Bertahun-tahun aku dengar suara tu dulu, mana mungkin aku boleh lupa.
“Kan
I cakap tunggu tadi.” Dia berlari mendapatkan aku yang baru sahaja 3 meter dari
pintu klinik.
“And
why should I?”
Fahim
menarik nafas berat sambil memandang aku. “Look, I’m sorry, okay?”
Mengangkat
muka memandang wajah dia yang tak banyak berubah. Mata kuyunya tepat memandang
anak mata aku. Tiba-tiba aku jadi gugup.
Sorry.
Lepas bertahun-tahun dia lari pergi Ottawa, dah lumat hati aku dia pijak-pijak,
balik Malaysia dia cakap ‘sorry’.
“Wanda,
I tahu you masih ingat, kan? Sebab tu you asyik nak lari dari I. I’m sorry.
Seriously.”
Dia
masih ingat. Dia ingat. Dan dia boleh aje buat biasa waktu jumpa dengan aku
semalam. Dia boleh buat biasa waktu terserempak dengan aku dekat dinner dulu.
“No,
I dah tak ingat.” Aku melarikan pandangan ke arah jalan raya. “Kita dah lama
tak jumpa, and that’s why I rasa lain..awkward…”
Fahim
mengeluh berat.
Aku tak tahu apa lagi yang dia mahu. Dia dah buang aku
dulu. kenapa sekarang ni dia sibuk nak gapai aku balik?
“Wanda. I tahu you masih ingat. I tahu you terasa dulu.”
“No. you don’t.” air mata aku hampir menitis. Tolonglah
jangan ungkit perkara dulu lagi. tolonglah buat-buat lupa apa yang dah jadi
dulu. jumpa balik dengan dia pun dah buat dunia aku tunggang terbalik, inikan
pulak nak ungkit apa yang dah jadi.
Tak cukup lagi ke kau nak hancurkan hati aku, Fahim?
“I tahu. I tahu you terasa. Look at you now.” Dia tunduk
mencari anak mata aku. “Dan you makin cantik sekarang, Wan.”
Aku terdiam. Lama sungguh aku tak dengar orang panggil
aku dengan nama tu. lama. sangat lama.
Skirt
lycra labuh dengan sweater nipis yang tersarung pada badan aku pandang kosong.
Aku menarik hujung selendang yang terbuai ditiup angin untuk mengelap air mata
yang hampir menitis.
Aku lupa. Aku lupa dia boleh tahu. Aku lupa siapa aku
sekarang. Aku lupa siapa aku dulu.
Akhirnya aku diam membisu.
KECIL BETUL DUNIA. Rupanya
doktor mariah tadi, mak Fahim. Memang dulu aku pernah tahu yang mak dia ni
doktor, tapi aku tak tahu pulak yang mak dia tu ada klinik sendiri yang diberi
nama Klinik Mariah.
Dah tu pulak, selama aku kerja dekat syarikat tu, klinik
ni la yang jadi tempat aku ambil MC.
Kecil kan dunia? Tak kecil lagi?
Dah tiba-tiba waktu cuti aku pun boleh terserempak dengan
dia depan klinik ni, tak kira kecil lagi? Ke KL ni yang kecil sebenarnya?
Disebabkan kebisuan aku tadi, Fahim terus hantarkan aku
balik rumah. Niat nak ajak aku jalan-jalan mungkin terbantut bila aku diam tak
bercakap. Nak jalan-jalan apanya, aku sekarang kan sakit. Takkan nak keluar
makan angin pusing town lagi. Tapi kan, kalau dia jadi aku pun, dia ada
keberanian lagi ke nak bercakap? Nak berdepan pun jantung aku rasa macam nak
pecah, inikan pulak nak beramah mesra.
Tak boleh.
Musnah juga harapan aku untuk kumpul tenaga, minda dan
mental selama tiga hari cuti ni. Belum sempat aku sedia, tup-tup boleh
terserempak dengan dia?
Homai..Wanda. habislah hidup kau. Terpaksalah kau
berhenti kerja. Terpaksalah kau lupa angan-angan nak jadi kaya.
“Mat cuh ular lidi!”
Erk. Aku terus menutup mulut. Adei, boleh pulak pergi
latah tengah-tengah jalan ni (sebenarnya, tadi aku minta Fhim dropkan depan
stesyen KTM je).
Kepala aku angkat 45 darjah ke atas. Wajah serabut
bermata satu memenuhi ruang retina.
“Sorry,”
Errr. Dia ni…… dia, kan?
“Eh?”
Aku gosok kepala yang terlanggar beg galas gedabak yang
dipikulnya. Entah apa benda yang dia sumbat dalam tu, keras semacam aje bila
aku langgar tadi. Agak-agak aku, kalau bukan batu, mesti bata-bata merah yang
orang buat construction tu. heh.
“Awak, kan?” beku suaranya kedengaran jelas pada telinga
aku. Aku pandang wajahnya sambil menggaru kepala macam biasa, dia masih dengan
jaket lusuh, seluar gedabak coklat tua dan…flipper.
Takkan
dia cam aku lagi kot. Habislah aku macam ni. kalau orang-kurang-waras ni duk
kejar aku tiap-tiap hari dekat stesyen ni macam mana?
“Ingat ni tak?” suara dia masih lagi beku memandang wajah
aku sambil mengangkat handphone yang baru diseluk dari saku.
Mata aku terus jatuh pada objek yang tergantung elok disitu. Objek yang aku
pernah beli dengan harga seringgit setengah sekarang berada elok dalam
genggaman dia. Sesaat kemudian aku mengalihkan pandangan kepadanya sambil
mengangguk beberapa kali.
“Tapi, its okay. awak boleh ambil. Bye.” Aku melakar
senyum segaris sebelum mengatur langkah masuk ke dalam perut stesyen komuter.
Seram okay. seram. Tak pernah dibuat aku bersembang sambil-sambil beramah mesra
dengan orang tak waras. Tak pernah. Langsung.
“Takkan nak bagi hati awak dekat saya kut.”
Belum sempat aku mengapai tangga terakhir, dia kembali
bersuara. Terus kaki aku terkaku disitu. Hati. Aku. Pada. Dia?
“Itu bukan hati saya.” Suara aku turut sama berubah
dingin. Beku. Pandai-pandai je. Ingat dia siapa sampaikan aku ada hati nak bagi
hati dekat dia? Heh.
“It is. Your heart.” Sekali lagi dia mengangkat
handphonenya tinggi. Keychain hati kuning metalik tadi terayun lembut mengikut
rentak ayunan tangannya.
Tapi, eh. Pandai pulak orang-tak-berapa-waras ni cakap
orang putih. Tapi, zaman sekarang. Nak suruh cakap korea, jepun pun semua orang
boleh. Inikan pulak bahasa inggeris yang dari tadika dah mula belajar.
Aku menggeleng laju mendengar jawapan dia tadi. “No, its
not. Not my damn heart. You can have it if you like. Nak buang pun boleh,”
Aku boleh nampak dia tersengih sumbing sebelum aku
kembali mengatur kaki ke kaunter tiket. Lupakan aje keychain tu Wanda.
Seringgit setengah je. Tak luak pun.
“DAH TAK ADA?” suara aku
sedikit terkejut. Mata masih tercari-cari hiasan yang sama dengan apa yang
pernah aku beli dulu.
Gadis berumur lebih kurang adik aku itu mengangguk laju.
“Tak ada kak. Lagipun, warna kuning metalik tu ada satu je. Kalau akak nak
warna pink, purple, biru, saya boleh cari dalam store.”
Aku mengeluh lama. tak nak. Aku tak nak warna lain. Zaman
bila pulak hidup aku masuk dengan warna pink? Biru pulak, dah lama aku
tinggalkan. Purple? Heh, itu warna favourite Fahim, kena jauhkah dari warna tu.
Habis tu? tak adalah ni? apahal ekslusif sangat keychain
tu sampaikan hanya ada satu je dekat kedai ni?
“Akak nak tak?” mata bundar gadis tadi tepat pada mata
sepet aku. Aku menggeleng laju menandakan tak nak. Memang betul kena lepaskan
aje keychain tu.
Adik tadi tersenyum-senyum melihat aku pergi dari situ.
Senyum kecewa sebab aku tak beli barang dia mungkin. Ataupun senyum perli sebab
aku sangat mengada-ngada nak warna kuning tu jugak. Tapi, aku pilih andaian
pertama.
Dah benda tu tak aku masuk membawa kaki ke tempat tunggu
train. Aku lupa yang orang-kurang-waras tadi pun ada dekat stesyen, turun aje
dari escalator mata aku terpandang dia yang duduk melipat kaki di tempat
menunggu wanita. Laju aku menggeleng. Dah terpampang terang perkataan Untuk
Wanita Sahaja, selamba-bomba pulak dia duduk dekat situ.
Ke dia tak pandai nak membaca pun?
Heh.
“Hai.” dia senyum memandang. Aku menarik nafas berat
sebelum duduk selang satu kerusi daripada dia.
Situ aje yang kosong. Kalau ada lagi yang lagi jauh, dengan senang hati
aku nak kesana.
“Memang betul tak nak balik ni?”
Aku menggeleng. Malas menjawab. Sesekali aku megerling
jam di tangan. kalau diikutkan masa yang terpapar dekat papan kenyataan tu,
lagi empat minit, sampailah train. Aku mengeluarkan kertas tisu baru dari beg
menggantikan tisu di tangan yang sudah lunyai.
Banyak pulak cecair yang keluar dari hidung hari ni. heh,
kata selesema. Tadi happy sangat kan dapat selesema.
“Sakit ke?” beku matanya menangkap anak mata aku. Sekali
lagi aku menggeleng. Dia senyum sinis. “Payah betul dengan perempuan sekarang.
Tegur sikit ingat orang nak mengurat.”
Tangan yang asyik mengelap cecair yang mula turun dari
hidung terhenti kaku. Eh? Dia perli aku ke tu? aku pandang kiri kanan. Sesaat
kemudian aku memberanikan memandang wajah serabut dia.
“Awak ingat saya nak mengurat awak eh?”
Aku menahan hati. Kalau bukan fikir dia ni tak-waras,
dimana kalau dia buat apa-apa pun dekat aku, dia takkan dijatuhi hukuman
apa-apa pun, aku nak aje jerkah kuat-kuat sambil tending dia laju-laju biar
jatuh dekat rel keretapi tu.
Heh. Perasan tak boleh agak.
“Sorry kalau buat awak fikir macam tu, tapi, you know, saya
tak berminat pun.”
Bulat mata aku memandangnya. Tak percaya. Homai. Bukan ke
aku yang patut cakap tu. tak berminat? Kau ingat aku MINAT sangat dengan muka
serabut kau tu ke? Haish.
Boleh sakit jiwa aku layan orang sakit jiwa ni.
Sabar Wanda, sabar. Aku pandang dia yang tersengih sinis
sambil menggeleng kecil di sebelah. Sebelah tangannya sibuk menekan skrin
telefon bimbit.
“So, memang tak nak balik ni?”
Aku hampir tepuk dahi. Apa dia tak faham bahasa melayu?
Tak pun buat-buat tak faham? Ataupun, sebenarnya dia yang nak mengurat aku?
Heh.
“Tak, peraturan saya, sekali dah ter’bagi’, tak boleh
ambil balik.” aku pandang skrin papan kenyataan. Yes. About time.
“Tren ke Pelabuhan Klang
akan tiba di…..”
“Tapi, this is your heart.” Dia tak mahu mengalah. Ya
Allah, tak faham-faham lagi ke dia ni?
“Tak. It yours now. Bye.” Aku cepat-cepat bangun menyelit
ke dalam kumpulan-kumpulan wanita yang beratur menunggu kehadiran tren. Aku
masih nampak dia duduk di atas kerusi tanpa menghiraukan kecoh di sekeliling.
Bagus, tak payah naik tren sekali
dengan aku pun tak apa.
7 comments:
semalam tngu new n3 from u...tp xde..huhu
harini buka2 terus nmpak post...haha x sabar nk baca..(already bookmark ur blog...so sweet;)
si serabai mata satu.... she give the 'heart' to u-lah...so she urs...hahah think like that ye :)
Wanda.... please ignore that Fahim man...everyone deserve 2nd chance...but give him a lesson first!! nt give him sorry jgk...but never accept him ok? im behind u Wanda..(tetiba plk..hahaha)
**im pro-serabai mata satu**
_aniesue_
heheheeee,me 2-pro mr yg serabai itu!...n hate fahim giler2!..
hehehe wanda jgn ingat org serabai mcm tu x tau ckp omputih...
just wonder ..siapa ya lelaki yg selalu berbicara dengan wanda ni..selamba dek saja ..dengan muka yg berserabai..
tanpa disedari, wanda dh serahkan hatinya.. mmg hari2 la mamat tu tgg wanda kat stesen tu
hmmm...masih lagi tertaye2 sp kah gerangan lelaki serabut berselipar jepun tuh hmmmm
adeh..asyik ckap its your heart je..org sruh ambik ko x nak plak wanda..hahaha
Post a Comment