7
JADI, NAMA DIA
Nick? Bukan Dollah? Ke Fahim yang salah dengar nama dia waktu Dollah kasi nasi
goreng tu? Tak pun, memang betul pun orang nama Nick yang bagi aku nasi tu,
tapi aku tak kenal dia.
Mustahil Wanda. Kau jangan nak
pusing banyak-banyak. Okeh.
Fahim cakap, Nick kasi dekat Senah.
Senah tu bukan ke aku?
Aku pandang bungkusan beg kertas
yang berisi nasi goreng buat entah ke berapa kali. Nick yang bagi aku nasi ni,
sama ke dengan Nick yang Raey sebut tadi? Kalau orang yang sama, kenapa semua
orang kenal dia? Aku tak kenal pun? Siapa dia?
Siapa Nick tu?
“Tak dengar ke Encik Fahim cakap
tadi? Kan Nick suruh kau makan nasi tu.” Raey menegur waktu melepasi meja aku.
Bau lembut Escada Paradise menusuk hidung aku.
Serta merta aku mengangkat kepala. Aku rasa dah hampir sejam aku tenung
beg kertas tu. kalau Miss Fina ada, confirm aku kena sound dari bilik dia.
Mentang-mentanglah bilik dia cermin tembus pandang, main sound je siapa-siapa
yang dia nak.
Nasib baik syarikat ni bukan atuk
dia punya. Kalau tak aku dah lama angkat kaki keluar dari syarikat ni. biar dia
tahu betapa pentingnya aku dalam urusan-urusan proposal dia tu.
Nak jahat lagi, aku angkut Raey, Fayad
dengan Jimi sekali. Padan muka. Biar patah kaki dia.
“Jauhnya mengelamun.”
Aku pandang wajah Raey yang
tersenyum-senyum gatal.
“Untunglaaa…” Dia menyambung sambil
membuka tin air chrysanthemum yang baru dibeli tadi.
“Untung apa kau ni…” aku tengah
serabut pelik pasal budak Nick ni Raey oi. Jangan kacau.
Tapi, bukan ke Raey yang sebut nama
dia tadi?
“Raey!”
Hampir tersembur air yang
diminumnya. Berkerut-kerut dahi dia memandang aku. “Kenapa!?”
“Siapa Nick?”
“La, kau tanya aku pulak. Patutnya
aku yang tanya kau. Siapa Nick tu pada kau?” dia kembali meneguk air dia tadi.
Aku menggeleng sendiri. Rasanya dah berbelas ratus kali aku bagitahu dia.
Kurangkan minum air tin.
Kurangkan.
Punyalah banyak stevia, gula yang
diorang letak dalam tu. bukannya betul ada rasa asli pun. Perasa aje semua tu.
Sudahnya, dua tiga tin sehari dia
minum.
Muda-muda kena potong kaki, baru
padan dengan muka. Mike pun boleh lari pergi cari perempuan lain agaknya kalau
betul dia kena potong kaki.
“Aku tak kenallah. Berapa kali aku
nak cakap.” Suara aku naik satu volume. Geram.
Raey mencebik lama. dia meletakkan
air tin yang sudah hampir separuh isinya dihujung meja. “Dah tu, yang ajak kau
makan tadi siapa?”
“Tadi? Dollah.”
Terus ketawa Raey pecah. Julia
menjeling tak senang. Itu dia. Miss Fina nombor dua. Raey ni pun. Agak-agaklah
nak ketawa pun. “Dollah?” soalnya dalam ketawa.
Aku mengangguk laju. Yelah. Dollah.
Dia yang cakap tadi. Dia yang suruh aku panggil Dollah.
“Mana ada orang muda nama macam tu
lagi zaman ni.” ketawa Raey masih bersisa. Sampai keluar air mata dia gelak.
Kelakar sangat ke?
“Dah itu yang dia suruh panggil.
Nama dia la tu.” Aku membela diri. “Kenapa dengan dia? Aku tanya Nick la, bukan
Dollah. Nick tu siapa?”
“Cik Wanda Nurhannah Syukri, abang
Dollah kau tu lah Nick. Faham?”
Okay, aku pening. Dollah tu nama
sebenar dia Nick. Okay. aku boleh terima (walaupun muka serabut dia tak masuk
langsung dengan nama tu. Nama Dollah lagi sesuai kot).
Tapi, kenapa semua orang kenal dia?
Jangan-jangan memang dia dah biasa
kacau orang dekat ofis ni kut. Sebab tu Raey pun kenal. Kan?
“Mana kau kenal Nick? Dia selalu
buat kacau dekat sini ke?” Aku memandang tepat pada anak mata Raey yang masih
berair. Bahana ketawa tadi.
Dahi Raey sedikit berkerut memandang
aku. “Kau tak tahu Nick siapa?”
Aku menggeleng laju. Aku dah cakap
aku tak kenal Nick. Nak tahu dia tu siapa, lagilah jauh panggang dari api.
“Nick Rayyan Lee Bin Adam Lee. Does
it sounds familiar to you?” Raey betul-betul menghadap meja aku. Matanya yang
berwarna coklat cair menikam tepat anak mata aku.
Nick Rayyan Lee.
Kenal. Nama tu memang sangat
familiar. Lagipula, nama-nama pelik macam tu memang senang otak aku nak hafal.
Tapi kenal nama ajelah. Mana ada
orang dalam ofis ni tak kenal nama dia. Anak emas Tan Sri. Boleh dikatakan,
semua project, idea, semua dia punya. Tapi sepanjang aku kerja sini. Dah
bertahun-tahun lamanya, mana pernah aku nampak dia. Semua orang pun rasanya tak
pernah jumpa dia.
Siapa yang jumpa dia kira dah
beruntung sungguh.
Hanya Tan Sri je yang jumpa dia.
Mungkin pengarah-pengarah lain pun pernah. Selama ni pun, kami hanya nampak
nama dia dekat poster ataupun kertas cadangan projek. Tak pun dalam slide
perbentangan. Itupun orang lain yang present. Bukan tuan punya badan. Nama yang
senang nak ingat sebab unik.
Nick Rayyan Lee Bin Adam Lee.
Wait.
“Nick Rayyan, Tan Sri punya side
kick tu?” homai. Takkanlah? Tak logik! Imposibble. Dan sekarang aku harap
sangat Raey geleng kepala.
Namun, tak. Sikit lagi aku nak pitam
bila nampak Raey mengangguk dengan yakinnya.
Dollah. Nick Rayyan Lee. Mati kau
Wanda.
TEPAT JAM LIMA
petang aku dah angkat dari meja kerja. Munie yang masih menaip sesuatu pada
komputernya mengangkat muka sesaat bila aku melepasi mejanya.
Mesti
dia pelik gila nampak aku kelam kabut nak balik. selalunya, aku akan tunggu
sejam dua dekat ofis lepas habis waktu pejabat sebelum balik sebab malas nak
berebut train dengan manusia-manusia lain.
Sesak.
Aku mudah rimas.
Tapi,
harini aku tak boleh. Nak tunggu dua saat lagi pun aku rasa tak mampu. Banyak
sangat benda yang bermain-main dalam kepala aku.
Lepas
aje punch card tadi, aku terus turun ke lobi. Sesekali aku mencuri pandang ke
kiri dan kanan. Mencari kelibat seseorang, tapi tak ada. Entah kenapa aku terus
menghela nafas lega.
Sambil membimbit beg kertas yang
berisi Nasi Goreng Kampung yang aku agak dah sejuk beku, aku cepatkan langkah
ke stesen KTM.
Patutlah pagi tadi Huda main
tarik-tarik blouse aku bila aku cakap kasar dengan dia.
Patutlah dia selamba aje naik
tingkat 20 tanpa kena tahan dengan guard pun.
Patutlah dia ada access card untuk
masuk dalam ofis aku waktu nak lunch tadi.
Patutlah. Patutlah.
Kenapa kau lambat pikap sangat Wanda
oi.
Kalau kena buang kerja macam mana?
Macam mana kalau Nick Rayyan tu kipas Tan Sri suruh buang aku sebab aku kurang
ajar? Macam mana kalau dia sogok pengarah-pengarah lain supaya bagi aku kerja
banyak-banyak dan potong gaji aku?
Mak….Apa Wanda nak buat ni?
“Wanda!”
Oh mak kau!
“Wan, nak balik dah? Jom I hantar.”
Suara itu makin dekat. Aku terkaku di bahu jalan.
Fahim.
Bila masa dia ada dekat sini?
“No thanks. I nak singgah mall
dulu.” aku menampal senyum plastik. Okay. aku tipu. Dah berapa ratus kali aku
tipu dia sejak kami jumpa balik ni. Ya Allah, maafkahlah aku. Aku tipu-tipu
comel dengan dia je. “Buat apa dekat sini?”
Dia senyum nipis. Lesung pipit di
sebelah kiri pipinya terserlah. Lama sungguh aku tak tenung muka dia macam
dulu-dulu. lesung pipit dia pun tak berubah, masih macam dulu.
Takkanlah berubah belah kanan pulak,
kan? Heh.
Dia berjalan mendekati aku sambil
melipat kedua-dua lengan kemeja hingga ke siku.
“Please,” dia mula merayu. Jantung
aku terus berlagu medley. Geram, malu, suka, sedih semua bercampur. “Dah lama
kita tak sembang macam dulu.” sambung dia lagi.
Aku mengeluh berat. Fahim. Kenapalah
kau tak faham-faham juga? Sekali dah kena reject, mana mungkin aku boleh duduk
sebelah kau bergelak tawa macam dulu lagi.
Tak mungkin.
“Encik Fahim, I tak boleh. Sorry.”
“Wanda...”
Dengar aje nada suara dia, aku boleh
agak yang dia tak senang dengan panggilan aku tadi. Panggilan tu buatkan kami
jauh.
Ya,
memang aku sengaja bina jarak. Bina tembok untuk jadi penghadang.
“I
pergi dulu.” Aku beri kata putus walaupun hati aku hanya Allah aje yang tahu.
Kenapa hati perempuan mudah sangat nak cair? Kenapa mudah sangat nak lupakan
kisah dulu?
“You nak lari dari I, kan?”
Aku
mendengar Fahim mengeluh kuat. Kaki tiba-tiba kaku walaupun mata aku masih tak
berani untuk memandang.
“Why,
Wanda? Why? Kenapa kita tak boleh macam dulu? we used to be a bestfriend!”
suaranya berubah nada. “I miss you. I miss us!”
Terasa
cecair panas mengaburi mata aku. Sedaya upaya aku menahan hati. Sabar Wanda..
Sabar.
Sebenarnya,
inilah yang aku takutkan dari dulu. dari waktu mula-mula terserempak dengan dia
dulu. takut bila dia ungkit masa lalu.Tolonglah faham. Aku sekarang bukan Wanda yang dulu lagi.
Aku
bukan Wan yang dia kenal dulu. “Dah tak ada ‘kita’ sejak you tolak I dulu.”
perlahan suara yang terkeluar. “Tak mungkin akanada ‘kita’ lagi.” aku
menyambung langkah masuk ke dalam stesen meninggalkan Fahim sendiri. Biar dia
rasa ditinggalkan. Biar dia rasa sakitnya ditolak.
Sudah,
aku dah masuk mode emosi.
Satu
persatu anak tangga aku panjat dengan perasaan berbaur. Bercelaru. Mudah
sungguh dia lupa yan dia pernah reject aku.
Mudah.
Selesai
sahaja membeli tiket di mesin tiket automatik, aku terus melangkah masuk ke
tempat menunggu. Memang nasib aku baik. Tak sampai pun dua minit aku melabuhkan
punggung, tren tiba di landasan.
Tumpuan
aku terus pada tempat duduk dalam koc wanita. Senang dan selesa. Tak payah nak
berebut berhimpit dengan lelaki.
Lelaki.
Fahim.
Kenapa
dia tiba-tiba nak ungkit balik hal dulu? buat-buat lupa tak boleh ke? Aku
meraup muka tanpa sedar. Serabut. Serta merta hal Nick tadi hilang dari kepala.
Yang kusutkan saraf dekat medulla oblongata aku sekarang ni, manusia yang
bernama Ahmad Fahim Muhammad.
“Teruknya
buat muka macam tu.”
Aku
mengangkat kepala sambil memicingkan telinga yang terlindung di sebalik
selendang. suara beku macam ais tu macam pernah aku dengar.
“Makan
tak tadi? Dah beli, tak makan. Membazir.”
Aku
berpusing ke sebelah kiri. Dia! Dollah! Eh, ke Nick? Apa dia buat dalam koc wanita
ni?
“Ingat
duit senang nak cari ke?” bertubi-tubi dia menyoal bila melihat aku diam tak
menjawab. Aku menggeleng dalam hati melihat dia yang selamba bomba duduk
bersilang kaki dan bersandar pada tingkap kaca tren. Butang kemeja yang tadinya
(waktu tengah hari aku jumpa dia tadi) elok kemas pada badan sudah dileraikan
kesemuanya menampakkan tshirt hitam yang tersarung di dalam.
Dah
kembali selekeh dia. Dah kembali serabut dia.
…dan,
serius. Serabut mata aku tengok.
Rambut
dah macam perempuan. Mana ada yang nak perasan dia tu sebenarnya lelaki?!
“Encik
Dollah, ni koc perempuan.” Aku berbisik perlahan, cuba bersopan. Kut-kutlah dia
tak tahu yang koc tengah memang dikhaskan untuk wanita. Kalau polis bantuan
datang check, sia-sia je kena halau nanti.
“Saya
tahulah.” Dia mencebik sebelum menyilang tangan dan kembali bersandar dengan
mata tertutup. Dah macam rupa orang penat gila. “Nasi tu, makan.”
Heh,
cakap sekali pun aku fahamlah. Tak payahlah nak ulang empat belas ratus kali.
“Nama
awak bukan Dollah, kan?” aku memberanikan diri bertanya walaupun segala puzzle
yang muncul pada hari ni hampir aku selesaikan.
“Dah
tu, nama awak Senah ke?” dia menjawab tanpa membuka mata. Aku mencebik geram.
Okay.
Fine,
aku tahulah aku salah. Tak payahlah nak perli.
“Awak
ni… Nick eh?” aku tak puas hati. Kut-kutla diorang dekat ofis tu salah nampak,
kan? Mana nak tahu. lagipun, bukan clear sangat pun muka dia ni. sebelah mata
tertutup dengan rambut depan 24 jam. Tak rimas ke?
“Bukan.”
dia menjawab malas dengan mata terpejam. Beberapa orang yang berjantina
perempuan memandang dia dengan jelingan tajam, tak puas hati. Iyalah. Dahlah
selamba bomba duduk dalam koc wanita, walaupun dekat hujung-hujung tapi masih
lagi dikira koc wanita.
Dah
tu pulak, boleh dia duduk berlunjur panjang dengan bersandar pada dinding kaca
tren tanpa mempedulikan ruang yang sesak.
Apa-apa
pun, kenyataan dia tadi buat aku senyum lebar. Kan dah cakap. Diorang ni salah
nampak kut. Takkanlah Nick Rayyan Lee tu selekeh gila macam Dollah ni. dah tu,
pergi mana-mana naik KTM je?
Heh,
kalau nak cerita dekat orang pun, orang tak percaya. Takkan anak emas Tan Sri
tak mampu nak beli kereta pun? Takkanlah orang penting syarikat ni boleh masuk
meeting dengan gaya selekeh dia ni?
Kau
dah silap wahai Raey. Fahim pun sama. Korang dah silap. Dia bukan Nic….
“Nick.”
Dia tiba-tiba bersuara.
Eh?
“Apa dia?” mata aku tepat memandang dia yang masih tersandar dengan mata
terpejam.
“Nama
saya Nick je. Eh tu tak ada.”
…dan
serta merta mulut aku ternganga luas. Okay, sekarang memang aku rasa nak pitam!
28 comments:
Wah sukanya... Nick si pemilik hati awek lampi hehehe
Saya pon dok tengah muskil ni sama macam kak senah hahah
Best..nk lg dollah ni aka nick..
Best!!! Nak lagi nak lagi!
tq3 ila!dollah ni..pitam cik senah dibuatnya.haha comel la drg ni.
tapiiiii takmo fahim duk kaco2 lagi.
citer ni best...
best citer ni.. secukup rasa dah lengkap rempah ratusnya..maraton dr bab 1-7...n3 baru hari2 eh
ahahahhahahha kan dah kate mesti terkezut nye la si wanda neh bila tau sp sebenarnya dollah 2....tp kan tp kan lembab jugak si wanda ni eh....
illa main2 ek..nape tiap nk high between deorg...u p besambung plk...huhu tensi nieh...pnjg sikit blh x?
(demand ke saya?:(
hehehe. baru suspen.
ke menyampah?
eh?
=)
krikk krikk
menyampah sebab hati tertanya2... hihihi sangat x sabar ai ni...
saya sokong dari blkg ye...:)buat yg terbaik... cayok2..
comel la..si senah ni..nak tanya kenapa ek mamat tu naik koc..mcm peliks..
erggg... seremlah pulak... si dollah@nick boleh baca fikiran senah... telephaty ker si nick ni??
ni geol oh.. sy buat ni sbb mmg awk tu awk... ehem2 jgn suka buat gitu.. karang jadik tabiat.. lol
Eh, Rasa nak pitam pulak bace entry ni.
Cik Writer, esok ade entry baru kan?? hehe.. Bolehlah, bolehlah.. Jgn pitam lame2 sangat tau.
hahahahha..... dah jatuh hati dgn nick rayyan lee .. kalau si wanda tu selamba...nick tu lagi2 selambaa jer. tahniah writter...u always make ne smile. .. mmg dok2 tggu2 new n3 ni..... best sgt.
good luck.. ;-)
Selamba je budak nick ni.. Loyar buruk pula tu.. Nama nick xda eh!.. RM... Baru tahu identiti dia...hee....
wuuuuu,stok ikan paus yg low profile gupe nye..hik hik hik,mkin menarik..
homai homai... si nick yg low profile...
sngt sukee.. slmber derk je ehh si nick tu
hee..tipu2 comel okei..wanda mmg comel..
Dollah n senah....sesuwei bangat
Dollah n senah....sesuwei bangat
mendapat la ko senah a.k.a wanda...
suke...suke...suke....
pitammm.....
arghhhhh..sukanyaaa..dollah the beku n wanda sengal...hihihi
mmg slumber la..diorang ni...best dowh
Cute jer tgok.wan senah n nick dolah nie..coolll giler..
Post a Comment