Friday 12 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 7]


7


JADI, NAMA DIA Nick? Bukan Dollah? Ke Fahim yang salah dengar nama dia waktu Dollah kasi nasi goreng tu? Tak pun, memang betul pun orang nama Nick yang bagi aku nasi tu, tapi aku tak kenal dia.
            Mustahil Wanda. Kau jangan nak pusing banyak-banyak. Okeh.
            Fahim cakap, Nick kasi dekat Senah.
            Senah tu bukan ke aku?
            Aku pandang bungkusan beg kertas yang berisi nasi goreng buat entah ke berapa kali. Nick yang bagi aku nasi ni, sama ke dengan Nick yang Raey sebut tadi? Kalau orang yang sama, kenapa semua orang kenal dia? Aku tak kenal pun? Siapa dia?
            Siapa Nick tu?
            “Tak dengar ke Encik Fahim cakap tadi? Kan Nick suruh kau makan nasi tu.” Raey menegur waktu melepasi meja aku. Bau lembut Escada Paradise menusuk hidung aku.  Serta merta aku mengangkat kepala. Aku rasa dah hampir sejam aku tenung beg kertas tu. kalau Miss Fina ada, confirm aku kena sound dari bilik dia. Mentang-mentanglah bilik dia cermin tembus pandang, main sound je siapa-siapa yang dia nak.
            Nasib baik syarikat ni bukan atuk dia punya. Kalau tak aku dah lama angkat kaki keluar dari syarikat ni. biar dia tahu betapa pentingnya aku dalam urusan-urusan proposal dia tu.
            Nak jahat lagi, aku angkut Raey, Fayad dengan Jimi sekali. Padan muka. Biar patah kaki dia.
            “Jauhnya mengelamun.”
            Aku pandang wajah Raey yang tersenyum-senyum gatal.
            “Untunglaaa…” Dia menyambung sambil membuka tin air chrysanthemum yang baru dibeli tadi.
            “Untung apa kau ni…” aku tengah serabut pelik pasal budak Nick ni Raey oi. Jangan kacau.
            Tapi, bukan ke Raey yang sebut nama dia tadi?
            “Raey!”
            Hampir tersembur air yang diminumnya. Berkerut-kerut dahi dia memandang aku. “Kenapa!?”
            “Siapa Nick?”
            “La, kau tanya aku pulak. Patutnya aku yang tanya kau. Siapa Nick tu pada kau?” dia kembali meneguk air dia tadi. Aku menggeleng sendiri. Rasanya dah berbelas ratus kali aku bagitahu dia.
            Kurangkan minum air tin.
            Kurangkan.
            Punyalah banyak stevia, gula yang diorang letak dalam tu. bukannya betul ada rasa asli pun. Perasa aje semua tu.
            Sudahnya, dua tiga tin sehari dia minum.
            Muda-muda kena potong kaki, baru padan dengan muka. Mike pun boleh lari pergi cari perempuan lain agaknya kalau betul dia kena potong kaki.
            “Aku tak kenallah. Berapa kali aku nak cakap.” Suara aku naik satu volume. Geram.
            Raey mencebik lama. dia meletakkan air tin yang sudah hampir separuh isinya dihujung meja. “Dah tu, yang ajak kau makan tadi siapa?”
            “Tadi? Dollah.”
            Terus ketawa Raey pecah. Julia menjeling tak senang. Itu dia. Miss Fina nombor dua. Raey ni pun. Agak-agaklah nak ketawa pun. “Dollah?” soalnya dalam ketawa.
            Aku mengangguk laju. Yelah. Dollah. Dia yang cakap tadi. Dia yang suruh aku panggil Dollah.
            “Mana ada orang muda nama macam tu lagi zaman ni.” ketawa Raey masih bersisa. Sampai keluar air mata dia gelak. Kelakar sangat ke?
            “Dah itu yang dia suruh panggil. Nama dia la tu.” Aku membela diri. “Kenapa dengan dia? Aku tanya Nick la, bukan Dollah. Nick tu siapa?”
            “Cik Wanda Nurhannah Syukri, abang Dollah kau tu lah Nick. Faham?”
            Okay, aku pening. Dollah tu nama sebenar dia Nick. Okay. aku boleh terima (walaupun muka serabut dia tak masuk langsung dengan nama tu. Nama Dollah lagi sesuai kot).
            Tapi, kenapa semua orang kenal dia?
            Jangan-jangan memang dia dah biasa kacau orang dekat ofis ni kut. Sebab tu Raey pun kenal. Kan?
            “Mana kau kenal Nick? Dia selalu buat kacau dekat sini ke?” Aku memandang tepat pada anak mata Raey yang masih berair. Bahana ketawa tadi.
            Dahi Raey sedikit berkerut memandang aku. “Kau tak tahu Nick siapa?”
            Aku menggeleng laju. Aku dah cakap aku tak kenal Nick. Nak tahu dia tu siapa, lagilah jauh panggang dari api.
            “Nick Rayyan Lee Bin Adam Lee. Does it sounds familiar to you?” Raey betul-betul menghadap meja aku. Matanya yang berwarna coklat cair menikam tepat anak mata aku.
            Nick Rayyan Lee.
            Kenal. Nama tu memang sangat familiar. Lagipula, nama-nama pelik macam tu memang senang otak aku nak hafal.
            Tapi kenal nama ajelah. Mana ada orang dalam ofis ni tak kenal nama dia. Anak emas Tan Sri. Boleh dikatakan, semua project, idea, semua dia punya. Tapi sepanjang aku kerja sini. Dah bertahun-tahun lamanya, mana pernah aku nampak dia. Semua orang pun rasanya tak pernah jumpa dia.
            Siapa yang jumpa dia kira dah beruntung sungguh.
            Hanya Tan Sri je yang jumpa dia. Mungkin pengarah-pengarah lain pun pernah. Selama ni pun, kami hanya nampak nama dia dekat poster ataupun kertas cadangan projek. Tak pun dalam slide perbentangan. Itupun orang lain yang present. Bukan tuan punya badan. Nama yang senang nak ingat sebab unik.
            Nick Rayyan Lee Bin Adam Lee.
            Wait.
            “Nick Rayyan, Tan Sri punya side kick tu?” homai. Takkanlah? Tak logik! Imposibble. Dan sekarang aku harap sangat Raey geleng kepala.
            Namun, tak. Sikit lagi aku nak pitam bila nampak Raey mengangguk dengan yakinnya.
            Dollah. Nick Rayyan Lee. Mati kau Wanda.


TEPAT JAM LIMA petang aku dah angkat dari meja kerja. Munie yang masih menaip sesuatu pada komputernya mengangkat muka sesaat bila aku melepasi mejanya.
Mesti dia pelik gila nampak aku kelam kabut nak balik. selalunya, aku akan tunggu sejam dua dekat ofis lepas habis waktu pejabat sebelum balik sebab malas nak berebut train dengan manusia-manusia lain.
Sesak.
Aku mudah rimas.
Tapi, harini aku tak boleh. Nak tunggu dua saat lagi pun aku rasa tak mampu. Banyak sangat benda yang bermain-main dalam kepala aku.
Lepas aje punch card tadi, aku terus turun ke lobi. Sesekali aku mencuri pandang ke kiri dan kanan. Mencari kelibat seseorang, tapi tak ada. Entah kenapa aku terus menghela nafas lega.
            Sambil membimbit beg kertas yang berisi Nasi Goreng Kampung yang aku agak dah sejuk beku, aku cepatkan langkah ke stesen KTM.
            Patutlah pagi tadi Huda main tarik-tarik blouse aku bila aku cakap kasar dengan dia.
            Patutlah dia selamba aje naik tingkat 20 tanpa kena tahan dengan guard pun.
            Patutlah dia ada access card untuk masuk dalam ofis aku waktu nak lunch tadi.
            Patutlah. Patutlah.
            Kenapa kau lambat pikap sangat Wanda oi.
            Kalau kena buang kerja macam mana? Macam mana kalau Nick Rayyan tu kipas Tan Sri suruh buang aku sebab aku kurang ajar? Macam mana kalau dia sogok pengarah-pengarah lain supaya bagi aku kerja banyak-banyak dan potong gaji aku?
            Mak….Apa Wanda nak buat ni?
            “Wanda!”
            Oh mak kau!
            “Wan, nak balik dah? Jom I hantar.” Suara itu makin dekat. Aku terkaku di bahu jalan.
            Fahim.
            Bila masa dia ada dekat sini?
            “No thanks. I nak singgah mall dulu.” aku menampal senyum plastik. Okay. aku tipu. Dah berapa ratus kali aku tipu dia sejak kami jumpa balik ni. Ya Allah, maafkahlah aku. Aku tipu-tipu comel dengan dia je. “Buat apa dekat sini?”
            Dia senyum nipis. Lesung pipit di sebelah kiri pipinya terserlah. Lama sungguh aku tak tenung muka dia macam dulu-dulu. lesung pipit dia pun tak berubah, masih macam dulu.
            Takkanlah berubah belah kanan pulak, kan? Heh.
            Dia berjalan mendekati aku sambil melipat kedua-dua lengan kemeja hingga ke siku.
            “Please,” dia mula merayu. Jantung aku terus berlagu medley. Geram, malu, suka, sedih semua bercampur. “Dah lama kita tak sembang macam dulu.” sambung dia lagi.
            Aku mengeluh berat. Fahim. Kenapalah kau tak faham-faham juga? Sekali dah kena reject, mana mungkin aku boleh duduk sebelah kau bergelak tawa macam dulu lagi.
            Tak mungkin.
            “Encik Fahim, I tak boleh. Sorry.”
            “Wanda...”
            Dengar aje nada suara dia, aku boleh agak yang dia tak senang dengan panggilan aku tadi. Panggilan tu buatkan kami jauh.
Ya, memang aku sengaja bina jarak. Bina tembok untuk jadi penghadang.
“I pergi dulu.” Aku beri kata putus walaupun hati aku hanya Allah aje yang tahu. Kenapa hati perempuan mudah sangat nak cair? Kenapa mudah sangat nak lupakan kisah dulu?
            “You nak lari dari I, kan?”
Aku mendengar Fahim mengeluh kuat. Kaki tiba-tiba kaku walaupun mata aku masih tak berani untuk memandang.
“Why, Wanda? Why? Kenapa kita tak boleh macam dulu? we used to be a bestfriend!” suaranya berubah nada. “I miss you. I miss us!”
Terasa cecair panas mengaburi mata aku. Sedaya upaya aku menahan hati. Sabar Wanda.. Sabar.
Sebenarnya, inilah yang aku takutkan dari dulu. dari waktu mula-mula terserempak dengan dia dulu. takut bila dia ungkit masa lalu.Tolonglah faham. Aku sekarang  bukan Wanda yang dulu lagi.
Aku bukan Wan yang dia kenal dulu. “Dah tak ada ‘kita’ sejak you tolak I dulu.” perlahan suara yang terkeluar. “Tak mungkin akanada ‘kita’ lagi.” aku menyambung langkah masuk ke dalam stesen meninggalkan Fahim sendiri. Biar dia rasa ditinggalkan. Biar dia rasa sakitnya ditolak.
Sudah, aku dah masuk mode emosi.
Satu persatu anak tangga aku panjat dengan perasaan berbaur. Bercelaru. Mudah sungguh dia lupa yan dia pernah reject aku.
Mudah.
Selesai sahaja membeli tiket di mesin tiket automatik, aku terus melangkah masuk ke tempat menunggu. Memang nasib aku baik. Tak sampai pun dua minit aku melabuhkan punggung, tren tiba di landasan.
Tumpuan aku terus pada tempat duduk dalam koc wanita. Senang dan selesa. Tak payah nak berebut berhimpit dengan lelaki.
Lelaki. Fahim.
Kenapa dia tiba-tiba nak ungkit balik hal dulu? buat-buat lupa tak boleh ke? Aku meraup muka tanpa sedar. Serabut. Serta merta hal Nick tadi hilang dari kepala. Yang kusutkan saraf dekat medulla oblongata aku sekarang ni, manusia yang bernama Ahmad Fahim Muhammad.
“Teruknya buat muka macam tu.”
Aku mengangkat kepala sambil memicingkan telinga yang terlindung di sebalik selendang. suara beku macam ais tu macam pernah aku dengar.
“Makan tak tadi? Dah beli, tak makan. Membazir.”
Aku berpusing ke sebelah kiri. Dia! Dollah! Eh, ke Nick? Apa dia buat dalam koc wanita ni?
“Ingat duit senang nak cari ke?” bertubi-tubi dia menyoal bila melihat aku diam tak menjawab. Aku menggeleng dalam hati melihat dia yang selamba bomba duduk bersilang kaki dan bersandar pada tingkap kaca tren. Butang kemeja yang tadinya (waktu tengah hari aku jumpa dia tadi) elok kemas pada badan sudah dileraikan kesemuanya menampakkan tshirt hitam yang tersarung di dalam.
Dah kembali selekeh dia. Dah kembali serabut dia.
…dan, serius. Serabut mata aku tengok.
Rambut dah macam perempuan. Mana ada yang nak perasan dia tu sebenarnya lelaki?!
“Encik Dollah, ni koc perempuan.” Aku berbisik perlahan, cuba bersopan. Kut-kutlah dia tak tahu yang koc tengah memang dikhaskan untuk wanita. Kalau polis bantuan datang check, sia-sia je kena halau nanti.
“Saya tahulah.” Dia mencebik sebelum menyilang tangan dan kembali bersandar dengan mata tertutup. Dah macam rupa orang penat gila. “Nasi tu, makan.”
Heh, cakap sekali pun aku fahamlah. Tak payahlah nak ulang empat belas ratus kali.
“Nama awak bukan Dollah, kan?” aku memberanikan diri bertanya walaupun segala puzzle yang muncul pada hari ni hampir aku selesaikan.
“Dah tu, nama awak Senah ke?” dia menjawab tanpa membuka mata. Aku mencebik geram.
Okay.
Fine, aku tahulah aku salah. Tak payahlah nak perli.
“Awak ni… Nick eh?” aku tak puas hati. Kut-kutla diorang dekat ofis tu salah nampak, kan? Mana nak tahu. lagipun, bukan clear sangat pun muka dia ni. sebelah mata tertutup dengan rambut depan 24 jam. Tak rimas ke?
“Bukan.” dia menjawab malas dengan mata terpejam. Beberapa orang yang berjantina perempuan memandang dia dengan jelingan tajam, tak puas hati. Iyalah. Dahlah selamba bomba duduk dalam koc wanita, walaupun dekat hujung-hujung tapi masih lagi dikira koc wanita.
Dah tu pulak, boleh dia duduk berlunjur panjang dengan bersandar pada dinding kaca tren tanpa mempedulikan ruang yang sesak.
Apa-apa pun, kenyataan dia tadi buat aku senyum lebar. Kan dah cakap. Diorang ni salah nampak kut. Takkanlah Nick Rayyan Lee tu selekeh gila macam Dollah ni. dah tu, pergi mana-mana naik KTM je?
Heh, kalau nak cerita dekat orang pun, orang tak percaya. Takkan anak emas Tan Sri tak mampu nak beli kereta pun? Takkanlah orang penting syarikat ni boleh masuk meeting dengan gaya selekeh dia ni?
Kau dah silap wahai Raey. Fahim pun sama. Korang dah silap. Dia bukan Nic….
“Nick.” Dia tiba-tiba bersuara.
Eh? “Apa dia?” mata aku tepat memandang dia yang masih tersandar dengan mata terpejam.
“Nama saya Nick je. Eh tu tak ada.”
…dan serta merta mulut aku ternganga luas. Okay, sekarang memang aku rasa nak pitam!

28 comments:

cyah said...

Wah sukanya... Nick si pemilik hati awek lampi hehehe

Unknown said...

Saya pon dok tengah muskil ni sama macam kak senah hahah

Anonymous said...

Best..nk lg dollah ni aka nick..

Unknown said...

Best!!! Nak lagi nak lagi!

Anonymous said...

tq3 ila!dollah ni..pitam cik senah dibuatnya.haha comel la drg ni.
tapiiiii takmo fahim duk kaco2 lagi.

Anonymous said...

citer ni best...

nurilsuhaila said...

best citer ni.. secukup rasa dah lengkap rempah ratusnya..maraton dr bab 1-7...n3 baru hari2 eh

strawberry.chocolate81 said...

ahahahhahahha kan dah kate mesti terkezut nye la si wanda neh bila tau sp sebenarnya dollah 2....tp kan tp kan lembab jugak si wanda ni eh....

_aniesue_ said...

illa main2 ek..nape tiap nk high between deorg...u p besambung plk...huhu tensi nieh...pnjg sikit blh x?
(demand ke saya?:(

Illa Shanahila said...

hehehe. baru suspen.
ke menyampah?
eh?
=)

krikk krikk

_aniesue_ said...

menyampah sebab hati tertanya2... hihihi sangat x sabar ai ni...


saya sokong dari blkg ye...:)buat yg terbaik... cayok2..

kak ida said...

comel la..si senah ni..nak tanya kenapa ek mamat tu naik koc..mcm peliks..

Anonymous said...

erggg... seremlah pulak... si dollah@nick boleh baca fikiran senah... telephaty ker si nick ni??

Rehan Makhtar said...

ni geol oh.. sy buat ni sbb mmg awk tu awk... ehem2 jgn suka buat gitu.. karang jadik tabiat.. lol

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Eh, Rasa nak pitam pulak bace entry ni.
Cik Writer, esok ade entry baru kan?? hehe.. Bolehlah, bolehlah.. Jgn pitam lame2 sangat tau.

AmyZainudin said...

hahahahha..... dah jatuh hati dgn nick rayyan lee .. kalau si wanda tu selamba...nick tu lagi2 selambaa jer. tahniah writter...u always make ne smile. .. mmg dok2 tggu2 new n3 ni..... best sgt.

Cik Chomel said...

good luck.. ;-)

Rozy Harris said...

Selamba je budak nick ni.. Loyar buruk pula tu.. Nama nick xda eh!.. RM... Baru tahu identiti dia...hee....

Anonymous said...

wuuuuu,stok ikan paus yg low profile gupe nye..hik hik hik,mkin menarik..

Zakiah Halim said...

homai homai... si nick yg low profile...

BettyMiza said...

sngt sukee.. slmber derk je ehh si nick tu

Unknown said...

hee..tipu2 comel okei..wanda mmg comel..

Unknown said...

Dollah n senah....sesuwei bangat

Unknown said...

Dollah n senah....sesuwei bangat

aisyah said...

mendapat la ko senah a.k.a wanda...

Nana Mohd Yasin said...

suke...suke...suke....
pitammm.....

BimBo77 said...

arghhhhh..sukanyaaa..dollah the beku n wanda sengal...hihihi
mmg slumber la..diorang ni...best dowh

Unknown said...

Cute jer tgok.wan senah n nick dolah nie..coolll giler..