9
AKU DIAM MEMBISU di
tempat duduk belakang sambil memandang Fahim dan Nick berulang kali. Dua
manusia bergen lelaki itu masih leka membincangkan sesuatu yang aku sikit pun
tak tahu pasal apa.
Nafas dihela entah untuk kali ke berapa. Kenapa Nick
suruh Fahim ajak aku sekali? Bukannya aku tahu project apa yang diorang tengah
bincangkan sekarang ni. Ataupun, Nick nak buang aku kerja sebab aku panggil dia
gila? (mana la tahu kan, kata orang ada kuasa).
Hampir sepuluh minit Forte merah menyala itu membelah
jalan raya, akhirnya Fahim membelok masuk ke dalam parking kedai makan. Nick
terus membuka pintu keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam perut kedai
makan meninggalkan aku dan Fahim yang masih berada di dalam kereta. Aku
menggeleng laju dalam hati.
Mata
aku tertancap pada membaca papan tanda kedai setelah melangkah keluar dari
kereta.
Okay Café.
Pelik
betul aku. Orang macam dia pun boleh tahu tempat-tempat makan yang cantik dah
comel. Tak masuk langsung dengan luaran dia.
Sungguh
tak masuk. Kalau akulah yang jadi pekerja Okay Café ni, awal-awal lagi aku dah
buat muka garang kalau dia pandang-pandang dekat luar cermin. Bukan apa, kalau
pelanggan lain lari, macam mana? Pakai lagi baju jenis macam tu, siapa yang tak
salah tafsir?
Rasanya
bukan aku seorang je yang kata dia gila bila nampak dia macam tu (aku rasalah).
“Wan,
jom.” Fahim menegur dari belakang. Aku lupa pulak dia ada sekali (padahal, dia
yang bawa kereta tadi).
Aku
mengangguk perlahan sambil mengekori langkah Fahim ke dalam café. Sekali lagi
anak mata aku hampir terkeluar toing-toing bila melihat hiasan dalaman café.
Sungguh.
Sungguh
aku pelik. Macam mana Dollah ni tahu café jenis-jenis macam ni? kalau aku ambil
gambar letak dalam Facebook, silap-silap orang salah anggap aku ada dekat
Korea. Tak pun Jepun.
Comel
gila.
“Tak
breakfast lagi, kan?” Nick menyoal sambil menulis sesuatu pada Samsung Note 2
di tangan. tak pernah pula aku perasan Note 2 tu. Dia baru beli ke? Selama ni
rilaks je guna handphone Sony Ericson yang kecik tu. Handphone Sony yang dia
dah gantung keychain hati aku.
Fahim
menggeleng dengan senyuman. “Belum.” Dia
memandang aku. “You pun belum, kan?”
Aku
geleng perlahan. Memang aku selalu breakfast dekat ofis. Tapi tadi memang tak
sempat sebab dah kena panggil meeting awal-awal pagi.
“Kak,
order!” Nick bersuara kuat tanpa mengangkat muka dari Note2.
Aku
mencebik dalam hati. Dia ni pun, main panggil orang kak..kak je. Dekat kedai
Opah Cun’s Favourite tu pun sama. Tak boleh ke sopan sikit panggil cik je, miss
ke.
Seorang
wanita yang aku agak masih di awal 30-an datang dengan senyuman manis. Baru aku
perasan, dalam café ni, hanya kami bertiga aje pelanggan yang ada. Iyalah, mana
ada orang waktu-waktu macam ni. Semua orang dekat tempat kerja.
Selesai
mengambil pesanan, kakak tadi terus masuk ke dalam dapur. Fahim mengeluarkan
fail biru dan hitam dan beberapa helai kertas dari dalam briefcase yang
dibawanya tadi. Nick pula masih leka dengan Note 2 di tangan.
Aku?
Apa aku nak buat?
Puas
memandang kiri dan kanan, aku mengeluarkan planner dan pen yang aku bawa dari
ofis dan mula membuat muka serius. Professional.
“Nak
tulis apa?” Nick tiba-tiba bersuara. Fahim turut memandang aku dengan kening
terangkat. Kemudian dia berpaling pada Nick yang menegur.
“Er..
em. Nak tuliskan isi meeting ni.” Aku menjawab lambat-lambat (terkejut kena
tegur macam tu sebenarnya. Dollah ni pun, buat-buat tak nampak, tak boleh ke?
Aku dahlah tak tahu apa-apa pasal project ni).
Dia
berpaling ke arah Fahim. “Bukan ke saya cakap dia tak payah bawak apa-apa?”
Fahim
mengangguk perlahan. “I dah bagitahu.”
Aku
diam. Rasa bersalah tiba-tiba datang menerpa. Takkan pasal aku bawa planner
pun, Nick nak marah Fahim? Gila ke apa?
Ataupun,
meeting ni sebenarnya sulit, confidential, tak boleh orang tahu apa isi dia?
Tapi,
kalau dah SULIT sangat, kenapa ajak aku sekali?
“Wan,
I’ve told you. Bawa diri aje, kan?” Fahim berbisik keras. Kening aku terangkat
tinggi. Dah kenapa nak marah aku pulak? Atau, dia takut Nick salah anggap pada
dia? (Iyalah, ketua dah bagi arahan, pekerja tak ikut).
Seriously,
tak payah nak overreact pulak depan Nick.
“I
bawa planner je, bukannya bomb. Kenapa nak serius sangat?” aku membalas geram.
Nick
tiba-tiba tersengih senget sambil meletakkan Note 2 ke atas meja. Aku dan Fahim
sama-sama memandang dia yang tiba-tiba mengangkat muka. Rambutnya yang menutup
mata diselak ke tepi telinga.
Baru
sekarang aku nampak wajah dia dengan jelas.
“It’s
okay.” dia mencapai fail hitam dari atas meja.
“Saya suruh awak ikut sekali sebab nak ganti balik RM30 ringgit haritu.”
Dia mula membelek satu-persatu helaian yang tersusun elok di dalam fail.
“Sebab
itu je?” soal aku terkejut.
Nick
mengangguk tanpa memandang. “Dah tu, awak ingat kenapa?” beku suaranya
menjengah telinga.
Mulut
ternganga luas tanpa aku sedar. Pagi-pagi ajak aku ikut meeting dekat luar ofis
pada waktu pejabat sebab nak bayar makanan aku. Nak bayar hutang. Betul ke dia
ni Nick Rayyan?
Aku
agak, Nick Rayyan ni sebenarnya memang Dollah. Tak berapa nak betul. Aku
pandang muka dia tak percaya. Jadi, aku memang tak payah buat apa-apa la ni?
patutlah aku tak tahu langsung pasal apa yang mereka bincang dalam kereta tadi.
Kejap-kejap Tan Sri. Kejap-kejap Jepun. Kejap-kejap Dato’ Megat.
Haih
Nick Rayyan.
“Fail
ni ke yang Tan Sri suruh periksa?” dia mengangkat fail hitam tadi kepada Fahim.
Spontan Fahim mengangguk.
“Ya.
Lagi satu, pasal kerjasama dengan syarikat Jepun tu. semua ada dalam fail ni.”
Fahim menunjukkan fail biru di atas meja.
Nick
mengangguk faham. Mata dia kembali meneliti fail di tangan. “Kertas kerja ni
siapa buat?”
“Saya.
Nama team yang lain ada dekat muka depan proposal.”
Sekali
lagi Nick mengangguk sambil membelek muka depan. “Awak, Fahim?”
Fahim
mengangguk dengan kening terangkat tinggi. Pelik. Aku turut sama pelik. Bukan
ke tadi dia dah kenalkan diri pada Nick? Bukan ke semalam dia yang suruh Fahim
pass nasi goreng tu dekat Senah. Takkanlah
dia masih tak kenal?
“Ya,
meeting semalam, saya dah kenalkan diri.”
Dia akhirnya menjawab lambat-lambat.
Aku
mengangkat muka memandang Fahim. Meeting semalam? Orang yang Nick call waktu
dekat kedai makan tu, Fahim ke?
Patutlah
Fahim yang bawa balik nasi goreng aku.
Mata
aku beralih pula pada Nick yang masih tidak mengangkat muka dari fail.
“Sorry,
saya kenal awak. Cuma nama je saya lupa.” Dia bersuara sambil memandang Fahim
beberapa saaat sebelum kembali menatap fail yang sama. “I’m bad at remembering
names.” Dia menyambung.
Sikit
lagi aku nak ternganga. Aku nampak Fahim mencipta senyum segaris. “It’s okay.”
kata dia.
Aku merenung
Nick yang mula menghirup nescafe yang baru aje kakak pelayan tu hantar.
Bad
at remembering names? Dah tu, nama Senah dia ingat pulak.
AKU CEPAT-CEPAT turun
dari kereta Fahim setelah kami sampai di tempat parking. Hanya aku dan Fahim
yang balik ke pejabat. Nick masih lagi bersenang lenang di café sewaktu kami
meminta diri tadi.
Untunglah kan, tak payah masuk kerja macam aku ni. Macam
tu pun boleh jadi The Great Nick Rayyan ke?
Entah macam mana dia nak balik nanti. Bukannya ada stesen
KTM dekat situ. LRT pun tak ada.
Heh, aku pulak yang susah-susah fikir pasal dia, kenapa.
“Wanda, wait!”
Tangan yang menekan butang lif terkaku sesaat. Fahim
menolak pintu rintangan api yang memisahkan ruang parking dan lif. Wajahnya
yang selalu tenang kelihatan sedikit berkerut. Tegang. Nak marah pasal aku
ter’bawa’ planner tadi ke? Pintu
lif tiba-tiba terbuka dan kami terus meloloskan badan kedalamnya.Sedaya upaya
aku menahan hati. Berlagak macambiasa, macam tak ada apa-apa walaupun mata
Fahim sejak dari dalam kereta tadi tajam menikam wajah aku.
“Macam mana you kenal Nick?” dia bersuara setelah hampir
sepuluh saat lif membawa kami naik ke tingkat 15.
Aku mengangkat muka memandang wajah Fahim yang aku
sendiri tak dapat nak tafsir apa sebab dia tanya soalan tu pada aku. “Semua
orang dalam syarikat ni kenal Nick Rayyan.” Aku menjawab malas.
Dia mengeluh perlahan sambil bersandar pada dinding lif.
“Tapi Nick kenal you.”
Okay, Nick kenal aku. Jadi? Apa masalahnya?
“Siapa Nick pada you?”
Aku terkejut mendengar soalan Fahim. Soalan jenis apa tu?
Jawapan untuk soalan tu tak ada pun dalam skima jawapan aku. “Apa maksud you?”
suara aku sedikit tinggi. Tak kiralah dia bos aku ke, ex bestfriend aku ke,
orang yang pernah malukan aku ke, tapi soalan dia tadi buatkan darah aku
mendidih tiba-tiba. “Dia Nick Rayyan. Orang penting syarikat ni. Dan tak ada
kaitan langsung pun dengan I.”
..dan kenapa dia pula yang nak sibuk pasal aku kenal
Nick? Big deal ke?
“Kalau tak ada apa-apa, takkan dia siap suruh I passkan
nasi goreng dekat you. Kalau tak ada kaitan, kenapa dia nak ajak you sekali
tadi?” sinis je nada suara Fahim yang menerpa telinga aku.
Aku menarik nafas kuat sambil menggagahkan diri merenung
anak mata dia. “Look, you pun dengar tadi, kan? Dia nak bayar hutang. That’s all.”
Terang aku.
Tapi kenapa aku kena terangkan satu persatu pada dia
pulak? Siapa dia dalam hidup aku? Patutnya, dia tak layak pun nak tahu apa yang
aku buat.
“One more thing,” aku memandang wajah Fahim yang berubah
keruh. “Kenapa you tanya? Jangan cakap yang you cemburu, Encik Fahim.”
Aku rasa nak tepuk tangan kuat-kuat bila mukanya mula
berubah merah. Ya, aku tahu dia cemburu. Dia cemburukan aku dengan Nick. (Tapi
tak tahu cemburu sebab dia tak suka aku kawan dengan Nick ataupun dia cemburu
Nick kenal aku, tapi tak kenal dia).
Heh.
“Wanda, kenapa kita tak boleh jadi macam dulu?”
Tanpa sedar aku mengeluh kuat. Terus aku mengalihkan
pandangan aku pada pintu lif.
“You dah lupa apa yang you cakap dulu?” aku menyoalnya
kembali. Kot-kotlah dia betul-betul lupa.
Dia boleh lupa apa yang dia cakap.
Tapi aku tak.
“Itu dulu, Wan. Waktu tu you tak macam ni. Waktu tu.. I
keliru. Lepas you hilang baru I tahu perasaan sebenar I.” Fahim mendekati aku
dan memaksa aku memandang wajah kacak dia. “I tak minta lebih, kalau you masih
benci I sebab kata-kata I, I hanya nak minta kemaafan dari you.”
Belum sempat aku menjawab, lif berhenti di tingkat
15. Julia yang berada di hadapan pintu
lif bulat memandang aku dan Fahim yang sedang bertentangan antara satu sama
lain. Cepat-cepat aku meloloskan diri keluar dari lif tanpa mempedulikan Julia
yang menjeling tajam.
“Hai Im, I tak nampak pun you harini. Baru masuk ke?” Aku
mendengar Julia menegur. Aku cepatkan langkah untuk ke meja kerja.
“Lapan setengah I keluar meeting. I bet you tak sampai
lagi waktu tu, sebab tu you tak tahu.”
Ketawa aku hampir meledak mendengar jawapan Fahim. ambik
kau Julia. Barulah namanya buku bertemu ruas.
Heh.
OLEH SEBAB AKU dah
melantak banyak benda dekat Okay Café tadi, aku terpaksa tolak pelawaan Munie
untuk keluar lunch. Gila nak makan lagi? Rasanya segala macam benda aku makan
dekat café comel tu tadi. Dari pukul 9 sampai ke pukul 11, kerja aku hanya
makan sementara Fahim sibuk belajar itu ini dari Nick tanpa sikitpun
menghiraukan aku.
Dan, aku rasa total harga yang aku makan tadi lebih dari
RM30. Tak apa ke?
Aku berjalan ke pantry untuk membuat milo panas. Sekadar
untuk mengisi perut dan isi masa sementara menunggu semua balik dari lunch. Sepaket
biskut aku capai dari almari yang menempatkan pelbagai makanan.
Tengok cerita Hindustan sambil makan biskut cicah milo,
okay jugak. Aku sengih lebar dengan idea sendiri. (Tengok, sebab kawan dengan Nik
Dollah, aku pun terjebak jadi tak betul sama).
Aku sempat mencapai hard disk Munie sewaktu melepasi meja
dia. Memang hard disk Munie dah jadi bahan aku isi masa kalau aku tak turun
lunch. Segala mak nenek cerita dia letak dalam tu.
Bayangkanlah, 1 TB boleh penuh?
Aku melangkah ke meja sendiri dengan senang hati
(walaupun kerja yang Miss Fina suruh aku tak buat lagi).
Kaki aku tiba-tiba kaku bila mata melihat sesuatu yang
tak sepatutnya. Kejap, tu meja aku, kan?
Mata aku menoleh kiri dan kanan. Kut-kut la aku berada
dalam twilight zone. Aku sekarang dekat tingkat 15, bukan 20, kan?
Aku angguk sendiri, menjawab soalan sendiri (Dah tak
betul kau Wanda).
Okay, betul aku dekat tingkat 15. Dah tu, apa yang Encik
Nik Dollah ni buat dekat sini? Hadui.
Kaki yang kaku aku gagahkan juga ke meja kecil yang
selama ini menjadi tempat aku mencari rezeki. Dia membuka mata yang tertutup
bila mendengar bunyi mug di atas meja. Dia melakar senyum segaris. Senyum tanpa
perisa.
“Biskut tak kenyang, tahu?”
Aku mencebik sambil memeluk tubuh memandang dia yang
tersandar pada kerusi aku. Buat macam meja sendiri nampak.
Aku
tahulah biskut tak kenyang. Tapi perut aku ni yang dah nak pecah bahana
melantak tak ingat kerja tadi (kata free kan, memanglah aku sapu semua).
“Buat
apa dekat sini?” terlepas soalan bodoh tu dari mulut aku. Cepat-cepat aku
menutup mulut. Dah namanya Nick Rayyan, mestilah dia boleh ada dekat mana-mana
pelusuk ofis.
Dia
tak menjawab. Tangan kanannya mencapai tetikus putih yang bersambung dengan
komputer. Aku telan air liur.
Mati
aku.
Aku
lupa nak logout Facebook.
“Wanda
Nurhannah…” dia menyebut perlahan sambil memandang skrin komputer kerja aku.
“Buka facebook pun tak kenyang, tahu?” dia tiba-tiba bingkas dari kerusi.
“Sorry..er
Nick. I janji tak buat lagi.”
Dia
tunduk memandang wajah aku yang dah pucat lesi. Siapa tak takut bila dah ter ‘busted’
dengan bos sendiri. Nak-nak bila Google Chrome aku penuh dengan youtube.
Hadui.
“Janji
tak buat apa?” mata sepetnya tepat pada anak mata aku. Aku menggigit bibir.
Perlahan-lahan aku berundur. Dekat sangat ni. tak sampai satu hasta pun.
Seram!
“Er..
tak buka facebook dalam ofis lagi.”
Dia
sengih senget sambil berjalan menuju ke pintu ofis dengan memasukkan kedua-dua
tangannya di dalam saku seluar. “Saya pun buka facebook….. all the time.” Pintu
kaca dibuka luas.
Aku
ternganga mendengar jawapan dia.
“Jom
lunch.” Dia bersandar pada pintu kaca sambil memandang aku.
Belum
pun sempat aku menjawab, Julia tiba-tiba muncul dari lif. dia menjeling ke arah
Nick sesaat sebelum melangkah masuk ke dalam ofis.
“You
bawa boyfriend masuk ofis?” Julia memandang aku sambil menyelongkar lacinya.
Pantas aku menggeleng dan memandang Nick yang tersenyum
di pintu. “Julia, dia…”
“What? I rasa baik you ikut je boyfriend you tu keluar. I
takut kalau kena halau dengan guard, you juga dapat malu.” Julia mencapai
handbag dari atas meja. “Tak ikut etika berpakaian.” Dia menyambung sebelum
meninggalkan mejanya. Sekali lagi dia memandang Nick dari atas ke bawah sebelum
masuk ke dalam lif.
Aku mengeluh sendiri. Tak guna kau nak bagitahu Julia
siapa yang berdiri tepi pintu tu Wanda oi. Biarkan ajelah.
Aku capai juga beg tangan dan mendekati Nick yang
menunggu. “Saya minta maaf bagi pihak Julia.”
“Kenapa?” soal Nick. “Pasal apa yang dia cakap tadi?”
Aku mengeluh sambil mengangguk. Kalaulah Julia tahu orang
yang dia pandang rendah tadi tu adalah Nick Rayyan, aku rasa setahun pun belum
habis lagi dia bercerita dalam Twitter. ‘The brilliant Nick Rayyan.’ ‘A day
with Nick Rayyan.’
Nick senyum nipis sambil menekan butang lif. “Bukan ke
awak pun pernah cakap saya gila?”
Terasa siling jatuh menghempap muka. Aku hanya mampu sengih
bersalah. Memanglah. Dah pakai macam ni, cakap dalam telefon main sebut Tan Sri
bagai, bukan salah aku pun kalau nak kata dia gila pun.
Ke memang aku salah?
“Wanda Nurhannah, saya ni gila ke?” dia berpusing
menghadap muka aku. Dan sekali lagi, jarak kami tak sampai pun satu hasta!
Aku menelan air liur yang terasa pahit. Pintu lif yang
tiba-tiba terbuka membuatkan hati aku lega (dah terlepas dari soalan yang susah
amat, mahunya tak lega).
Atau tak.
Fahim yang berada di dalamnya sedikit terkejut melihat
aku dan Nick beriringan masuk ke dalam perut lif. Aku pandang Nick yang menekan
butang tutup tanpa menghiraukan dua tiga manusia yang berada di dalam lif yang
sama.
Aku menoleh pula ke bucu lif melihat Fahim yang memandang
aku tajam.
Apalah yang Fahim akan fikir nanti….
*****
20 comments:
Waaaa nick dollah dah berani hari2 jmpa wanda....
Best sgt!!!
Smbgn please :)
bad at remembering names???hahahaha...adoiii nick niee... hahaha.... best entry.... mmg selalu xmenghampakan... illa, u always make me smile and addicted this story... gilakkk besttt.. ^___^
Wanda " Apa yg dia nak fikaq dia punya pasai, masa aku tak lawa dia tolah, sekarang aku dah lawa awat yg jadi meroyan hehehehe Fahim boleh blah".....
emmmmmmhuhuhuk nak taw apa jadik lagiiiiii...blh x klau xyah tngu 21hr untuk u post new n3 illa,,,, really xcited to know what peoples in the lif thing out them both..nk smbunggggannyaaa..
Fahim...look! look! look!...she lunch dating with the greatest nick-lah...hahaha (setiap bab mmg ai nak fight wit fahim, klau x xpuas lah...hahaha - dia busuk:)
ahahahhaha...bior je la si fahim 2 nak fikir ape pon....nak semak2 kepala otak nak fikir pasai mamat rejected 2 nak wat pe kan3....owh la Nick Dollah...sampai ke tempat duduk hang p turut Wanda noh hahhaha
Julia habis la hang kalo Nick 2 black listed nama hang heheh...mulut xde insurance tu
hadoi kita tgk tang lama mana nick dollah kita tu tak ingat nama nama sebenar senah huhuhu bad at remember name huhuhu selalu aja ada time wanda nak lepas nafas lega sian wanda .. dan fahim ko menyemaklah .. blah jauh2 boleh tak?? hmm sape la pompuan misteri yg selalu call n serang wanda tu...
namaku Nick..tpi aku ni prempuan]
hakhakhak
>>k<<
what a great story..mmg addicted sejak hanina shared this blog with us...keep on writing and all the best...
A'ah la saper ek pompuan yg duk call wanda tu?
Nik yang sampoi, wanda yang sentiasa confius.. i like it...
tak ingat nama kunun..pasni confirm stalk fb wanda nurhannah..and tgn g klik 'add friend'..lalala
;-)
Ai senah, mula tadi katanya dah kenyang melantak masa meeting...
Bila dolah ajak dating, terus jer lapar balik...
kalau Nick Doolah dah ajak mana boleh senah tolok... takut kena buang keje pulak.... hahaha...
Fahim kenapa nak cemburu pulak... Ada Wan kisah .... hehehe
homai homai nick... dah pandai nak dekat2 dgn senah ek... jaga la kau julia... bila tau nick tu saper... mesti nak terhegeh2 jugak nanti... abaikan jer si fahim tu wan... best.. tq cik writer... ;)
pergh..nick yg giler telah tersangkutkah ngan wanda @ senah..perangai pelik pelik..kan..
makin menarik..tp nk sgt tau sape perempuan yg selalu sound si wanda ni
ketagihan pada citer ni..mcm nick yg ketagih nak jenguk senah@wanda all the time..ajak meetng,lunch kunun..walhal nak pandang si senah kan,kan,kan..
Fahim jelez.
Selebet plus cool...caiyok nick dolah..
Post a Comment