Sunday, 14 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 9]


9


AKU DIAM MEMBISU di tempat duduk belakang sambil memandang Fahim dan Nick berulang kali. Dua manusia bergen lelaki itu masih leka membincangkan sesuatu yang aku sikit pun tak tahu pasal apa.
            Nafas dihela entah untuk kali ke berapa. Kenapa Nick suruh Fahim ajak aku sekali? Bukannya aku tahu project apa yang diorang tengah bincangkan sekarang ni. Ataupun, Nick nak buang aku kerja sebab aku panggil dia gila? (mana la tahu kan, kata orang ada kuasa).
            Hampir sepuluh minit Forte merah menyala itu membelah jalan raya, akhirnya Fahim membelok masuk ke dalam parking kedai makan. Nick terus membuka pintu keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam perut kedai makan meninggalkan aku dan Fahim yang masih berada di dalam kereta. Aku menggeleng laju dalam hati.
Mata aku tertancap pada membaca papan tanda kedai setelah melangkah keluar dari kereta.

Okay Café.

Pelik betul aku. Orang macam dia pun boleh tahu tempat-tempat makan yang cantik dah comel. Tak masuk langsung dengan luaran dia.
Sungguh tak masuk. Kalau akulah yang jadi pekerja Okay Café ni, awal-awal lagi aku dah buat muka garang kalau dia pandang-pandang dekat luar cermin. Bukan apa, kalau pelanggan lain lari, macam mana? Pakai lagi baju jenis macam tu, siapa yang tak salah tafsir?
Rasanya bukan aku seorang je yang kata dia gila bila nampak dia macam tu (aku rasalah).
“Wan, jom.” Fahim menegur dari belakang. Aku lupa pulak dia ada sekali (padahal, dia yang bawa kereta tadi).
Aku mengangguk perlahan sambil mengekori langkah Fahim ke dalam café. Sekali lagi anak mata aku hampir terkeluar toing-toing bila melihat hiasan dalaman café. Sungguh.
Sungguh aku pelik. Macam mana Dollah ni tahu café jenis-jenis macam ni? kalau aku ambil gambar letak dalam Facebook, silap-silap orang salah anggap aku ada dekat Korea. Tak pun Jepun.
Comel gila.
“Tak breakfast lagi, kan?” Nick menyoal sambil menulis sesuatu pada Samsung Note 2 di tangan. tak pernah pula aku perasan Note 2 tu. Dia baru beli ke? Selama ni rilaks je guna handphone Sony Ericson yang kecik tu. Handphone Sony yang dia dah gantung keychain hati aku.
Fahim menggeleng dengan senyuman. “Belum.”  Dia memandang aku. “You pun belum, kan?”
Aku geleng perlahan. Memang aku selalu breakfast dekat ofis. Tapi tadi memang tak sempat sebab dah kena panggil meeting awal-awal pagi.
“Kak, order!” Nick bersuara kuat tanpa mengangkat muka dari Note2.
Aku mencebik dalam hati. Dia ni pun, main panggil orang kak..kak je. Dekat kedai Opah Cun’s Favourite tu pun sama. Tak boleh ke sopan sikit panggil cik je, miss ke.
Seorang wanita yang aku agak masih di awal 30-an datang dengan senyuman manis. Baru aku perasan, dalam café ni, hanya kami bertiga aje pelanggan yang ada. Iyalah, mana ada orang waktu-waktu macam ni. Semua orang dekat tempat kerja.
Selesai mengambil pesanan, kakak tadi terus masuk ke dalam dapur. Fahim mengeluarkan fail biru dan hitam dan beberapa helai kertas dari dalam briefcase yang dibawanya tadi. Nick pula masih leka dengan Note 2 di tangan.
Aku? Apa aku nak buat?
Puas memandang kiri dan kanan, aku mengeluarkan planner dan pen yang aku bawa dari ofis dan mula membuat muka serius. Professional.
“Nak tulis apa?” Nick tiba-tiba bersuara. Fahim turut memandang aku dengan kening terangkat. Kemudian dia berpaling pada Nick yang menegur.
“Er.. em. Nak tuliskan isi meeting ni.” Aku menjawab lambat-lambat (terkejut kena tegur macam tu sebenarnya. Dollah ni pun, buat-buat tak nampak, tak boleh ke? Aku dahlah tak tahu apa-apa pasal project ni).
Dia berpaling ke arah Fahim. “Bukan ke saya cakap dia tak payah bawak apa-apa?”
Fahim mengangguk perlahan. “I dah bagitahu.”
Aku diam. Rasa bersalah tiba-tiba datang menerpa. Takkan pasal aku bawa planner pun, Nick nak marah Fahim? Gila ke apa?
Ataupun, meeting ni sebenarnya sulit, confidential, tak boleh orang tahu apa isi dia?
Tapi, kalau dah SULIT sangat, kenapa ajak aku sekali?
“Wan, I’ve told you. Bawa diri aje, kan?” Fahim berbisik keras. Kening aku terangkat tinggi. Dah kenapa nak marah aku pulak? Atau, dia takut Nick salah anggap pada dia? (Iyalah, ketua dah bagi arahan, pekerja tak ikut).
Seriously, tak payah nak overreact pulak depan Nick.
“I bawa planner je, bukannya bomb. Kenapa nak serius sangat?” aku membalas geram.
Nick tiba-tiba tersengih senget sambil meletakkan Note 2 ke atas meja. Aku dan Fahim sama-sama memandang dia yang tiba-tiba mengangkat muka. Rambutnya yang menutup mata diselak ke tepi telinga.
Baru sekarang aku nampak wajah dia dengan jelas.
“It’s okay.” dia mencapai fail hitam dari atas meja.  “Saya suruh awak ikut sekali sebab nak ganti balik RM30 ringgit haritu.” Dia mula membelek satu-persatu helaian yang tersusun elok di dalam fail.
“Sebab itu je?” soal aku terkejut.
Nick mengangguk tanpa memandang. “Dah tu, awak ingat kenapa?” beku suaranya menjengah telinga.
Mulut ternganga luas tanpa aku sedar. Pagi-pagi ajak aku ikut meeting dekat luar ofis pada waktu pejabat sebab nak bayar makanan aku. Nak bayar hutang. Betul ke dia ni Nick Rayyan?
Aku agak, Nick Rayyan ni sebenarnya memang Dollah. Tak berapa nak betul. Aku pandang muka dia tak percaya. Jadi, aku memang tak payah buat apa-apa la ni? patutlah aku tak tahu langsung pasal apa yang mereka bincang dalam kereta tadi. Kejap-kejap Tan Sri. Kejap-kejap Jepun. Kejap-kejap Dato’ Megat.
Haih Nick Rayyan.
“Fail ni ke yang Tan Sri suruh periksa?” dia mengangkat fail hitam tadi kepada Fahim. Spontan Fahim mengangguk.
“Ya. Lagi satu, pasal kerjasama dengan syarikat Jepun tu. semua ada dalam fail ni.” Fahim menunjukkan fail biru di atas meja.
Nick mengangguk faham. Mata dia kembali meneliti fail di tangan. “Kertas kerja ni siapa buat?”
“Saya. Nama team yang lain ada dekat muka depan proposal.”
Sekali lagi Nick mengangguk sambil membelek muka depan. “Awak, Fahim?”
Fahim mengangguk dengan kening terangkat tinggi. Pelik. Aku turut sama pelik. Bukan ke tadi dia dah kenalkan diri pada Nick? Bukan ke semalam dia yang suruh Fahim pass nasi goreng tu dekat Senah.  Takkanlah dia masih tak kenal?
“Ya, meeting semalam, saya dah kenalkan diri.”  Dia akhirnya menjawab lambat-lambat.
Aku mengangkat muka memandang Fahim. Meeting semalam? Orang yang Nick call waktu dekat kedai makan tu, Fahim ke?
Patutlah Fahim yang bawa balik nasi goreng aku.
Mata aku beralih pula pada Nick yang masih tidak mengangkat muka dari fail.
“Sorry, saya kenal awak. Cuma nama je saya lupa.” Dia bersuara sambil memandang Fahim beberapa saaat sebelum kembali menatap fail yang sama. “I’m bad at remembering names.” Dia menyambung.
Sikit lagi aku nak ternganga. Aku nampak Fahim mencipta senyum segaris. “It’s okay.” kata dia.
Aku merenung Nick yang mula menghirup nescafe yang baru aje kakak pelayan tu hantar.
Bad at remembering names? Dah tu, nama Senah dia ingat pulak.



AKU CEPAT-CEPAT turun dari kereta Fahim setelah kami sampai di tempat parking. Hanya aku dan Fahim yang balik ke pejabat. Nick masih lagi bersenang lenang di café sewaktu kami meminta diri tadi.
            Untunglah kan, tak payah masuk kerja macam aku ni. Macam tu pun boleh jadi The Great Nick Rayyan ke?
            Entah macam mana dia nak balik nanti. Bukannya ada stesen KTM dekat situ. LRT pun tak ada.
            Heh, aku pulak yang susah-susah fikir pasal dia, kenapa.
            “Wanda, wait!”
            Tangan yang menekan butang lif terkaku sesaat. Fahim menolak pintu rintangan api yang memisahkan ruang parking dan lif. Wajahnya yang selalu tenang kelihatan sedikit berkerut. Tegang. Nak marah pasal aku ter’bawa’ planner tadi ke?          Pintu lif tiba-tiba terbuka dan kami terus meloloskan badan kedalamnya.Sedaya upaya aku menahan hati. Berlagak macambiasa, macam tak ada apa-apa walaupun mata Fahim sejak dari dalam kereta tadi tajam menikam wajah aku.
            “Macam mana you kenal Nick?” dia bersuara setelah hampir sepuluh saat lif membawa kami naik ke tingkat 15.
            Aku mengangkat muka memandang wajah Fahim yang aku sendiri tak dapat nak tafsir apa sebab dia tanya soalan tu pada aku. “Semua orang dalam syarikat ni kenal Nick Rayyan.” Aku menjawab malas.
            Dia mengeluh perlahan sambil bersandar pada dinding lif. “Tapi Nick kenal you.”
            Okay, Nick kenal aku. Jadi? Apa masalahnya?
            “Siapa Nick pada you?”
            Aku terkejut mendengar soalan Fahim. Soalan jenis apa tu? Jawapan untuk soalan tu tak ada pun dalam skima jawapan aku. “Apa maksud you?” suara aku sedikit tinggi. Tak kiralah dia bos aku ke, ex bestfriend aku ke, orang yang pernah malukan aku ke, tapi soalan dia tadi buatkan darah aku mendidih tiba-tiba. “Dia Nick Rayyan. Orang penting syarikat ni. Dan tak ada kaitan langsung pun dengan I.”
            ..dan kenapa dia pula yang nak sibuk pasal aku kenal Nick? Big deal ke?
            “Kalau tak ada apa-apa, takkan dia siap suruh I passkan nasi goreng dekat you. Kalau tak ada kaitan, kenapa dia nak ajak you sekali tadi?” sinis je nada suara Fahim yang menerpa telinga aku.
            Aku menarik nafas kuat sambil menggagahkan diri merenung anak mata dia. “Look, you pun dengar tadi, kan? Dia nak bayar hutang. That’s all.” Terang aku.
            Tapi kenapa aku kena terangkan satu persatu pada dia pulak? Siapa dia dalam hidup aku? Patutnya, dia tak layak pun nak tahu apa yang aku buat.
            “One more thing,” aku memandang wajah Fahim yang berubah keruh. “Kenapa you tanya? Jangan cakap yang you cemburu, Encik Fahim.”
            Aku rasa nak tepuk tangan kuat-kuat bila mukanya mula berubah merah. Ya, aku tahu dia cemburu. Dia cemburukan aku dengan Nick. (Tapi tak tahu cemburu sebab dia tak suka aku kawan dengan Nick ataupun dia cemburu Nick kenal aku, tapi tak kenal dia).
            Heh.
            “Wanda, kenapa kita tak boleh jadi macam dulu?”
            Tanpa sedar aku mengeluh kuat. Terus aku mengalihkan pandangan aku pada pintu lif.
            “You dah lupa apa yang you cakap dulu?” aku menyoalnya kembali. Kot-kotlah dia betul-betul lupa.
            Dia boleh lupa apa yang dia cakap.
            Tapi aku tak.
            “Itu dulu, Wan. Waktu tu you tak macam ni. Waktu tu.. I keliru. Lepas you hilang baru I tahu perasaan sebenar I.” Fahim mendekati aku dan memaksa aku memandang wajah kacak dia. “I tak minta lebih, kalau you masih benci I sebab kata-kata I, I hanya nak minta kemaafan dari you.”
            Belum sempat aku menjawab, lif berhenti di tingkat 15.  Julia yang berada di hadapan pintu lif bulat memandang aku dan Fahim yang sedang bertentangan antara satu sama lain. Cepat-cepat aku meloloskan diri keluar dari lif tanpa mempedulikan Julia yang menjeling tajam.
            “Hai Im, I tak nampak pun you harini. Baru masuk ke?” Aku mendengar Julia menegur. Aku cepatkan langkah untuk ke meja kerja.
            “Lapan setengah I keluar meeting. I bet you tak sampai lagi waktu tu, sebab tu you tak tahu.”
            Ketawa aku hampir meledak mendengar jawapan Fahim. ambik kau Julia. Barulah namanya buku bertemu ruas.
            Heh.


OLEH SEBAB AKU dah melantak banyak benda dekat Okay Café tadi, aku terpaksa tolak pelawaan Munie untuk keluar lunch. Gila nak makan lagi? Rasanya segala macam benda aku makan dekat café comel tu tadi. Dari pukul 9 sampai ke pukul 11, kerja aku hanya makan sementara Fahim sibuk belajar itu ini dari Nick tanpa sikitpun menghiraukan aku.
            Dan, aku rasa total harga yang aku makan tadi lebih dari RM30. Tak apa ke?
            Aku berjalan ke pantry untuk membuat milo panas. Sekadar untuk mengisi perut dan isi masa sementara menunggu semua balik dari lunch. Sepaket biskut aku capai dari almari yang menempatkan pelbagai makanan.
            Tengok cerita Hindustan sambil makan biskut cicah milo, okay jugak. Aku sengih lebar dengan idea sendiri. (Tengok, sebab kawan dengan Nik Dollah, aku pun terjebak jadi tak betul sama).
            Aku sempat mencapai hard disk Munie sewaktu melepasi meja dia. Memang hard disk Munie dah jadi bahan aku isi masa kalau aku tak turun lunch. Segala mak nenek cerita dia letak dalam tu.
            Bayangkanlah, 1 TB boleh penuh?
            Aku melangkah ke meja sendiri dengan senang hati (walaupun kerja yang Miss Fina suruh aku tak buat lagi).
            Kaki aku tiba-tiba kaku bila mata melihat sesuatu yang tak sepatutnya. Kejap, tu meja aku, kan?
            Mata aku menoleh kiri dan kanan. Kut-kut la aku berada dalam twilight zone. Aku sekarang dekat tingkat 15, bukan 20, kan?
            Aku angguk sendiri, menjawab soalan sendiri (Dah tak betul kau Wanda).
            Okay, betul aku dekat tingkat 15. Dah tu, apa yang Encik Nik Dollah ni buat dekat sini? Hadui.
            Kaki yang kaku aku gagahkan juga ke meja kecil yang selama ini menjadi tempat aku mencari rezeki. Dia membuka mata yang tertutup bila mendengar bunyi mug di atas meja. Dia melakar senyum segaris. Senyum tanpa perisa.
            “Biskut tak kenyang, tahu?”
            Aku mencebik sambil memeluk tubuh memandang dia yang tersandar pada kerusi aku. Buat macam meja sendiri nampak.
Aku tahulah biskut tak kenyang. Tapi perut aku ni yang dah nak pecah bahana melantak tak ingat kerja tadi (kata free kan, memanglah aku sapu semua).
“Buat apa dekat sini?” terlepas soalan bodoh tu dari mulut aku. Cepat-cepat aku menutup mulut. Dah namanya Nick Rayyan, mestilah dia boleh ada dekat mana-mana pelusuk ofis.
Dia tak menjawab. Tangan kanannya mencapai tetikus putih yang bersambung dengan komputer. Aku telan air liur.
Mati aku.
Aku lupa nak logout Facebook.
“Wanda Nurhannah…” dia menyebut perlahan sambil memandang skrin komputer kerja aku. “Buka facebook pun tak kenyang, tahu?” dia tiba-tiba bingkas dari kerusi.
“Sorry..er Nick. I janji tak buat lagi.”
Dia tunduk memandang wajah aku yang dah pucat lesi. Siapa tak takut bila dah ter ‘busted’ dengan bos sendiri. Nak-nak bila Google Chrome aku penuh dengan youtube.
Hadui.
“Janji tak buat apa?” mata sepetnya tepat pada anak mata aku. Aku menggigit bibir. Perlahan-lahan aku berundur. Dekat sangat ni. tak sampai satu hasta pun.
Seram!
“Er.. tak buka facebook dalam ofis lagi.”
Dia sengih senget sambil berjalan menuju ke pintu ofis dengan memasukkan kedua-dua tangannya di dalam saku seluar. “Saya pun buka facebook….. all the time.” Pintu kaca dibuka luas.
Aku ternganga mendengar jawapan dia.
“Jom lunch.” Dia bersandar pada pintu kaca sambil memandang aku.
Belum pun sempat aku menjawab, Julia tiba-tiba muncul dari lif. dia menjeling ke arah Nick sesaat sebelum melangkah masuk ke dalam ofis.
“You bawa boyfriend masuk ofis?” Julia memandang aku sambil menyelongkar lacinya.
            Pantas aku menggeleng dan memandang Nick yang tersenyum di pintu. “Julia, dia…”
            “What? I rasa baik you ikut je boyfriend you tu keluar. I takut kalau kena halau dengan guard, you juga dapat malu.” Julia mencapai handbag dari atas meja. “Tak ikut etika berpakaian.” Dia menyambung sebelum meninggalkan mejanya. Sekali lagi dia memandang Nick dari atas ke bawah sebelum masuk ke dalam lif.
            Aku mengeluh sendiri. Tak guna kau nak bagitahu Julia siapa yang berdiri tepi pintu tu Wanda oi. Biarkan ajelah.
            Aku capai juga beg tangan dan mendekati Nick yang menunggu. “Saya minta maaf bagi pihak Julia.”
            “Kenapa?” soal Nick. “Pasal apa yang dia cakap tadi?”
            Aku mengeluh sambil mengangguk. Kalaulah Julia tahu orang yang dia pandang rendah tadi tu adalah Nick Rayyan, aku rasa setahun pun belum habis lagi dia bercerita dalam Twitter. ‘The brilliant Nick Rayyan.’ ‘A day with Nick Rayyan.’
            Nick senyum nipis sambil menekan butang lif. “Bukan ke awak pun pernah cakap saya gila?”
            Terasa siling jatuh menghempap muka. Aku hanya mampu sengih bersalah. Memanglah. Dah pakai macam ni, cakap dalam telefon main sebut Tan Sri bagai, bukan salah aku pun kalau nak kata dia gila pun.
            Ke memang aku salah?
            “Wanda Nurhannah, saya ni gila ke?” dia berpusing menghadap muka aku. Dan sekali lagi, jarak kami tak sampai pun satu hasta!
            Aku menelan air liur yang terasa pahit. Pintu lif yang tiba-tiba terbuka membuatkan hati aku lega (dah terlepas dari soalan yang susah amat, mahunya tak lega).
            Atau tak.
            Fahim yang berada di dalamnya sedikit terkejut melihat aku dan Nick beriringan masuk ke dalam perut lif. Aku pandang Nick yang menekan butang tutup tanpa menghiraukan dua tiga manusia yang berada di dalam lif yang sama.
            Aku menoleh pula ke bucu lif melihat Fahim yang memandang aku tajam.
            Apalah yang Fahim akan fikir nanti….


*****

20 comments:

Anonymous said...

Waaaa nick dollah dah berani hari2 jmpa wanda....
Best sgt!!!
Smbgn please :)

AmyZainudin said...

bad at remembering names???hahahaha...adoiii nick niee... hahaha.... best entry.... mmg selalu xmenghampakan... illa, u always make me smile and addicted this story... gilakkk besttt.. ^___^

Unknown said...

Wanda " Apa yg dia nak fikaq dia punya pasai, masa aku tak lawa dia tolah, sekarang aku dah lawa awat yg jadi meroyan hehehehe Fahim boleh blah".....

_aniesue_ said...

emmmmmmhuhuhuk nak taw apa jadik lagiiiiii...blh x klau xyah tngu 21hr untuk u post new n3 illa,,,, really xcited to know what peoples in the lif thing out them both..nk smbunggggannyaaa..
Fahim...look! look! look!...she lunch dating with the greatest nick-lah...hahaha (setiap bab mmg ai nak fight wit fahim, klau x xpuas lah...hahaha - dia busuk:)

strawberry.chocolate81 said...

ahahahhaha...bior je la si fahim 2 nak fikir ape pon....nak semak2 kepala otak nak fikir pasai mamat rejected 2 nak wat pe kan3....owh la Nick Dollah...sampai ke tempat duduk hang p turut Wanda noh hahhaha

Julia habis la hang kalo Nick 2 black listed nama hang heheh...mulut xde insurance tu

lee jee joong said...

hadoi kita tgk tang lama mana nick dollah kita tu tak ingat nama nama sebenar senah huhuhu bad at remember name huhuhu selalu aja ada time wanda nak lepas nafas lega sian wanda .. dan fahim ko menyemaklah .. blah jauh2 boleh tak?? hmm sape la pompuan misteri yg selalu call n serang wanda tu...

Anonymous said...

namaku Nick..tpi aku ni prempuan]
hakhakhak

>>k<<

Gee said...

what a great story..mmg addicted sejak hanina shared this blog with us...keep on writing and all the best...

cyah said...

A'ah la saper ek pompuan yg duk call wanda tu?

Anonymous said...

Nik yang sampoi, wanda yang sentiasa confius.. i like it...

Unknown said...

tak ingat nama kunun..pasni confirm stalk fb wanda nurhannah..and tgn g klik 'add friend'..lalala

Cik Chomel said...

;-)

Technician Tua said...

Ai senah, mula tadi katanya dah kenyang melantak masa meeting...
Bila dolah ajak dating, terus jer lapar balik...

Kak Sue said...

kalau Nick Doolah dah ajak mana boleh senah tolok... takut kena buang keje pulak.... hahaha...
Fahim kenapa nak cemburu pulak... Ada Wan kisah .... hehehe

Zakiah Halim said...

homai homai nick... dah pandai nak dekat2 dgn senah ek... jaga la kau julia... bila tau nick tu saper... mesti nak terhegeh2 jugak nanti... abaikan jer si fahim tu wan... best.. tq cik writer... ;)

kak ida said...

pergh..nick yg giler telah tersangkutkah ngan wanda @ senah..perangai pelik pelik..kan..

aisyah said...

makin menarik..tp nk sgt tau sape perempuan yg selalu sound si wanda ni

nurilsuhaila said...

ketagihan pada citer ni..mcm nick yg ketagih nak jenguk senah@wanda all the time..ajak meetng,lunch kunun..walhal nak pandang si senah kan,kan,kan..

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Fahim jelez.

Unknown said...

Selebet plus cool...caiyok nick dolah..