Monday, 29 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab17]



17

AWKWARD.
            Pelik. Walaupun tadi aku boleh tegur dia elok-elok, dan dia boleh tegur aku elok-elok, sekarang ni bila dah tinggal berdua, aku jadi…kekok.
            Kak Qila ni pun satu. Konon nak pergi tandas la, suruh tunggu dekat kerusi dekat luar la. Tengok-tengok dia dah hilang pergi sayap sebelah sana. Dahlah One Utama ni luas, mana aku nak cari dia?
            Heh.
            “Er, buat apa dekat sini?” aku memberanikan diri bertanya setelah entah berapa minit aku dengan dia duduk di atas kerusi tanpa satu patah perkataan pun. Sikit lagi aku nk buat bunyi ‘krikk krikk’ macam yang selalu Raey buat bila keadaan dah sunyi sangat.
            Sikit lagi.
            Nick masih membisu dengan Note 2 ditangan. Entah apa yang dia buat dari tadi dengan Note 2 tu. parah jugak bila technology dah mengaburi mata manusia. Aku yang dah sah-sah wujud sebelah dia ni pun, dia boleh buat tak tahu? (Geleng kepala sendiri).
            “Dah kenapa tiba-tiba tak bercakap pulak.” Aku menggumam sendiri. Geram. kalau ikutkan hati, nak je aku angkat kaki pergi cari Kak Qila yang dah lesap entah kemana. Tapi, bila difikirkan balik, macam kurang ajar pulak. Dahlah dia dah tolong Kak Qila tadi.
            “Saya tak ada dengar perkataan ‘maaf’ pun.”
            Baru aje aku bersandar sambil berpeluk tubuh, Nick menjawab.
            “Tak pun, terima kasih. Saya taklah harap awak buat banner besar-besar tulis ‘Terima Kasih Nick, Jasamu Dikenang’. Dua huruf TQ pun saya terima.”
            Pergh. Panas. Perli dia makan dalam. Macam biasa.
            Tapi memang betul pun apa yang dia cakap. Aku tak berterima kasih pun pasal hal tadi.
            Aku menarik nafas berat memandangnya yang masih tidak lari dari menatap Note 2. “Thanks.”
            “Hrmm.”
            “Tapi, saya nak minta maaf kenapa? Sebab marah awak semalam?”
            Nick mengalihkan mukanya menghadap aku. aku menelan air liur yang terasa masin tiba-tiba.
            “Iyalah, awak dah kahwin, jadi tak perlulah nak sibuk-sibuk dengan hal peribadi saya.” Aku cuba menahan suara. Bagi nampak tenang. Bagi nampak normal walaupun dalam hati pelbagai lagu sudah memulakan rentak pelbagai.
            “Kejap, kejap.” Nick duduk tegak memandang tepat pada anak mata aku. Notenya tadi diletakkan di atas peha. “Saya dah kahwin?” soalnya hampir ketawa.
            Aku mengangguk laju. Haih, takkan sendiri kahwin pun dah lupa?
            “Cuba bagitahu saya, bila saya kahwin?” tenang dia bertanya. Anak matanya yang sepet masih menikam mata aku. aura beku terus meresap masuk melalui mata ke…hati?
            “Er…manalah saya tahu, awak yang kahwin, bukan saya.” Sudah. Darah gemuruh dah datang. Penyakit gementar dah serang. Kenapa sekarang? Kenapa?
            “Cik Senah sayang, awak tengok saya macam ni,” dia mendekatkan mukanya ke wajah aku yang dah bertukar menjadi pink. “Ada ke orang yang nak dekat saya ni?”
            Ada. Saya.Erk.
            “Manalah tahu, awak kan kaya.” Aku berpaling ke arah bertentangan. Menjauhkan muka yang dah terasa panas.
            Aku dengar Nick ketawa kuat. Dia menggeleng beberapa kali seolah-olah pernyataan aku tadi tersangatlah kelakar.
            Kelakar ke?
            “Saya tak kahwin lagi lah.”
            Eh?
            “…dan saya tak kaya pun.”
            Aku terdiam terus. Automatik kepala aku berpaling kepadanya dengan dahi berkerut. Okay, pertama dia tak kahwin lagi (Yeay!) erk?
            Kedua, dia tak kaya? Dah tu mana hilang semu gaji arkitek dia? Mana hilang title orang penting dekat Shanah Group? Mana pulak jatuh kereta Audi hari tu?
            “Awak dah kahwin, jadi tak perlulah nak sibuk-sibuk dengan hal peribadi saya,” Nick tiba-tiba berpaling menghadap aku sambil mengulang setiap patah perkataan yang aku lemparkan tadi. “Jadi, kalau saya tak kahwin, bolehlah saya masuk campur, kan?” dia mengangkat kening sambil mencipta senyum senget.
            Darah aku terasa beku tiba-tiba. Mulut terasa berat untuk bersuara. Hati, tak payah nak cakap. Dari tadi kompang dah masuk dengan ceria.
            “Boleh, kan?” ulang dia lagi.
            …dan aku terasa nak pengsan!
            Aku masih memandang kasut yang tersarung di kaki. Sikit pun aku tak berani nak angkat kepala, pandang wajah dia yang makin mendekat.
            Okay, aku ada satu lagi gen dalam badan aku ni. Gen perempuan melayu terakhir. Bila dia tanya macam tu, aku nak jawab apa? Takkan aku nak angguk kepala laju-laju sambil cakap yes,yes boleh! (Tak ke nampak desperate sangat?)
            Aku hanya mampu diam dan senyum (gaya perempuan melayu terakhir, tanda setuju).
            Agak-agak dia faham tak kalau aku senyum je? Atau, kalau aku diam je? Dia tahu kan diam tu tanda setuju? Ke tak?
            Baru aje aku hendak membuka mulut, mata aku menangkap seseorang yang berjalan melepasi tempat duduk aku dan Nick. Sikit pun dia tak sedar kewujudan aku di kerusi kayu ditengah-tengah laluan.
            Aku memicingkan mata melihat lelaki yang berada disebelahnya. Unknown. Tak pernah pulak aku nampak lelaki tu, walaupun dalam kalangan kawan-kawan dia.
            Kejap.
            Jam tangan yang tersarung kemas pada pergelangan tangan lelaki di sebelah Lili membuatkan otak aku teringatkan sesuatu. Jam tangan biru terang. Okay, aku cam jam tu. Jam biru tu kepunyaan pemandu MyVi yang datang ke rumah aku beberapa hari lepas. Tak syak lagi.
            Tapi sejak bila pulak Lili pandai keluar rahsia-rahsia macam ni?   
            “Siapa?”
            Erk, aku lupa Nick ada dekat sebelah.
            “Housemate.”
            Nick mengangguk sesaat. “Makan?”
            Aku berpaling dari kelibat Lili yang makin menjauh kepada muka Nick di sebelah. Ini yang aku tak faham. Asal jumpa aku je, makan. Makan.
            “Nick?”
            “Hrmm?”
            “Dekat dahi saya ada cop tulis ‘Sila Ajak Saya Makan’ ke?”
            Tak semena-mena Nick ketawa kuat tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang. Dia menggeleng beberapa kali sebelum menjawab, “Tak ada cop. Tapi bila nampak muka awak, selera makan saya bertambah.”
            Lidah aku kelu terus mendengar jawapan dari dia.
            “Kena ajak Kak Qila sekali.” Aku menjawab perlahan.
            Nick mengangguk sambil tersenyum senget. “Mestilah kena ajak,” dia senyum sambil membuang pandang ke arah orang yang lalu-lalang.“Karang dia reject saya jadi adik ipar dia.”
            Kak Qila.
            Reject.
            Terus kepala aku dipusing menghadap dia yang masih tersenyum nipis.
            Aku tak salah dengar kan?
            Dia sebut adik ipar Kak Qila? (Siapa lagi adik Kak Qila? Aku ajelah).
            Homai!


AKU RASA, INILAH hari minggu yang paling aneh dalam hidup. Mana pernah aku keluar dengan Kak Qila dan kawan (lelaki) aku sekaligus. Tak pernah.
            Dah rupa macam aku nak kenalkan bakal adik ipar dekat Kak Qila je (Adik ipar? Homai!) Waktu makan tadi, mulut aku kelu terus. Kak Qila aje yang banyak bersembang dengan Nick. Semua cerita diorang, sikitpun aku tak faham. Kejap keluar firma ni. Kejap keluar project tu. kejap keluar bangunan ni, bangunan tu.
            Sungguhlah, Nick ni ambik jurusan apa dekat universiti dulu? Mana boleh dia jadi arkitek, dan orang penting Shanah Group sekaligus!
            Tak tahulah kalau dia sempat buat degree dalam architecture dengan business admin sekaligus. Ke ada?
            Tapi apa-apa pun, aku happy untuk Kak Qila. Dah hampir dua tahun kut dia menganggur tak ada kerja tetap.
            Nasib baik ada Nick.
            Untuk handle Kak Umi tadi pun, nasib baik ada Nick jugak.
            Kiranya dia dah tolong kami. Double! (Memang patutpun aku buat banner besar-besar tulis ‘Terima Kasih Nick Rayyan Lee. Jasamu Dikenang’ macam yang dia cakap tadi).
            Heh.
            Hampir waktu asar, Kak Qila menurunkan aku di hadapan rumah sewa dengan senyuman yang entah apa makna. Nick pulak, lepas makan tadi dia terus minta diri nak balik. Nasib baik dia tolak pelawaan Kak Qila untuk ke kampung aku tadi.
            Kak Qila ni pun. Ada ke ajak pergi jumpa mak dekat kampung. Tak over ke?
            “Dah la tu kak, dari tadi nak tersengih-sengih.” Aku menutup pintu di sebelah tempat duduk penumpang. “Kirim salam dekat mak nanti.”
            Kak Qila mengangguk (dengan sengihan yang masih belum padam). “Dah confirm dengan Nick, jangan lupa bagitahu aku.”
            Terus bulat mata aku memandang Kak Qila di dalam kereta. “Tak mungkin la kak. Dia tu…Nick Rayyan.” Aku menarik nafas dalam-dalam. Ya, dia Nick Rayyan. Macam mustahil je kalau dia suka aku.
            “Ya, bagi orang lain, dia Nick Rayyan.” Kak Qila menukar gear reverse. “Tapi bagi kau, dia Dollah, kan?” kereta terus mengundurkan kereta ke belakang.
            Aku ketawa perlahan sambil menggeleng beberapa kali. Kak Qila…syok sangat la tu nak dapat adik ipar.
            “See you!” Kak Qila mengangkat tangan tinggi dari dalam kereta. Aku hanya mengangguk sesaat sebelum keretanya laju membelah jalan keluar dari kawasan perumahan.
            Nick Rayyan. Dollah. Kepala aku tiba-tiba berlari jauh mengingatkan wajah Nick Rayyan yang tiba-tiba datang menghampiri aku dan Kak Qila tadi. Sungguhlah, macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sana? Dia ada pasang GPS dekat badan aku? Gaya macam dalam filem orang putih tu. Tiba-tiba tangan aku meraba seluruh tubuh, mencari benda asing yang mungkin terlekat pada baju.
            Jangan nak melalut, Wanda.
            Mangga besar di pintu pagar besi aku buka.
            Sebelah kaki melangkah masuk ke dalam kawasan rumah. Mangga yang dibuka tadi dikunci kembali.
            Aku menghela nafas panjang sambil memandang hujung jalan, tempat dimana kereta Nick pernah parking beberapa hari lalu.
            Audi dia.
            Pemandu dia.
            Diayang bertenggek di tepi longkang besar.
            …dan sekarang, dia duduk menyilang kaki di atas kerusi di tengah-tengah taman permainan depan rumah aku.
            Aku sengih sendiri. Tengok, tak pasal-pasal aku berhalusinasi petang-petang macam ni.         
            Hai Nick Rayyan, kenapa kau ada je di mana-mana?
            “Hai,”
            Erk.
            Aku pejam celik beberapa kali melihat bayang-bayang Nick yang bergerak di hadapan aku. Aku bukan berhalusinasi ke tadi?
            “Nick?” Kening aku terangkat tinggi melihat dia bangun dari kerusi kayu dan berjalan ke arah aku yang masih berdiri tegak di tepi pagar besi. “Bukan ke tadi cakap nak balik rumah?”
            Dia ketawa perlahan.Dia mengatur langkah perlahan menghampiri aku dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan di dalam saku seluar. “Dinner, jom.”
            Mulut aku terus ternganga mendengar pelawaan dari dia. Dinner? Dia tak tahu ke sekarang ni baru masuk waktu asar. Solat pun belum lagi, nak ajak dinner dah?
            “Malam ni.”
            Okay. Lagi sekali…scary. (Biar betul dia ni boleh baca fikiran aku?)
            “Dinner? Malam ni?”
            Dia mengangkat bahu. “Ya. Kenapa?”
            “Er…dekat mana?”
            Nick senyum nipis sambil bersandar pada pintu pagar, membelakangi aku. “Awak bersiap je. Bukan awak yang bawa kereta pun.”
            Ceh. Bukan aku yang bawak kereta, ya? Macamlah kereta tu dia yang bawak. Guna pemandu jugak. Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih (Dah kenapa berperibahasa petang-petang ni Wanda oi).
            “Tak adalah, kalau bagitahu nak ke mana, senang saya nak pilh baju.” Memang pun. Kot-kotlah dia nak bawa aku pergi dinner dekat hotel takkan aku nak redah pakai kasual gila nak mati. Tak pun, tiba-tiba aku pakai evening dress malam ni, dia bawak dinner dekat kedai mamak, mahu tak jadi tumpuan nanti? (silap-silap ada yang datang ambil autograf, ingatkan aku ni artis).
            Heh, macamlah aku ada segala mak datuk evening dress tu.
            “Pakai yang biasa awak pakai. Apa ada hal.” Nick menjawab sambil berpusing menghadap aku. “Lepas maghrib saya ambik.”
            Aku mencebik lebar-lebar. Gaya macam orang dah setuju je. “Saya tak cakap ‘ya’ pun…” aku sengih dalam hati. Saja je sebenarnya. Jual mahal sikit. Apa? Ingat mak aku bela aku dari kecil sampai besar, murah ke? Senang senang nak jadi ‘cheap’, tak bolehlah…
            “Siap dah fikir nak pakai baju apa tadi,” dia mengangkat kening tinggi. “Itu bukan makna setuju lagi?”
            Aku menarik muka empat belas. Dia ni kan, nak ajak aku gaduh ke nak ajak pergi dinner? Ayat tak boleh nak elok sikit. Haish.
            “Ya, pakai macam biasa, lepas maghrib.” Aku menjawab malas. Penat sebenarnya. Dari pagi berjalan teman Kak Qila cari barang dia. Lepas tu, malam ni kena keluar pulak.            
            Kalau pekena tidur sejam dua, best jugak ni.
            “Right, jumpa malam ni.”
            Aku mengangguk sesaat. Perlahan-lahan aku melangkah ke pintu selepas melihat Nick berjalan ke kereta.
            “Masuk rumah nanti jangan nak tidur pulak. Tidur petang tak elok.” Dia berpusing tiba-tiba.
            Dahi aku berkerut sejuta. Seriuslah, mana dia tahu aku nak tidur nanti?
            “Tahu tak ni?”
            Aku mencebik. “Tahulah.”
            Aku nampak dia tersengih senget sebelum kembali melangkah ke kereta. kepala aku menggeleng beberapa kali. Parah jugak bila orang-orang besar ajak dinner ni. main cakap straight macam tu je. Tak ada pun nak letak extra bunga-bunga. Kalau tak nak letak wangi bunga ros pun, bunga kertas pun jadilah.
            Ini tidak, beku aje memanjang.
            Gaya macam ni pun Kak Qila boleh nak sokong ke untuk jadi adik ipar dia? (Elleh Wanda, yang kau dah nak pitam bila Nick cakap tadi, apahal?)
            Tapi betul ke dalam hati aku ada Nick Rayyan?


WALAUPUN MATA DAH hampir terkatup rapat lepas asar tadi, aku paksa juga untuk buka. Ingat pesan Nick punya pasal. Heh. Kalau tak, aku rasa dah lama aku terjun atas katil ni. sila-silap, waktu Nick datang pun aku masih berbungkus dalam selimut. (Rumah ada aircond, berangan nak sejuk macam duduk oversea ajelah memandang).
            Selesai solat, aku terus menyarung skirt hitam labuh dan blouse hijau lumut yang sudah pun selamat aku iron lepas solat Asar tadi.
            Pergh, bukan senang Wanda nak iron baju awal-awal untuk keluar. Selalunya, main ambik je mana yang senang dan tak perlu digosok. Ni semua Nick Rayyan punya dinner punya pasal.
            Aku berdiri tegak di hadapan cermin besar melihat bias imej diri sendiri. Blouse hijau ni Lili yang belikan bulan lepas sebenarnya, tak pernah pun aku pakai sebelum ni.
            Malam ni rasa macam sesuai pulak. Hijau. Tenang. Mak aku cakap, warna hijau ni salah satu warna kesukaan Nabi.
            “Eh, nak keluar ke?”
            Aku terus berpusing ke belakang. Lili terjengul di hadapan bilik aku dengan memegang tombol pintu. “Dating ea…” dia senyum segaris sebelum melangkah masuk tanpa diundang.
            Aku senyum sesaat sebelum kembali menatap cermin di hadapan. “Okay tak? Ke pelik?”
            Lili ketawa perlahan. “Apa yang peliknya?”
            “Aku mana pernah pakai blouse jenis macam ni. Dengan ropol-ropol dekat tepi lagi.” aku mengerutkan dahi. Bukannya nak cakap blouse yang Lili bagi ni tak cantik, cumanya aku rasa tak sesuai dengan aku. Sungguh, tak tipu.
            Mana pernah blouse yang aku beli ada ropol bunga ros dekat pinggang? Tak pernah!
            “Cantik je. Apa pulak pelik.”
            Aku masih lagi membuat pusingan 180 darjah ke kiri dan ke kanan. tak percaya dengan imej yang terbias di dalam cermin sebenarnya.
            Wanda Nurhannah boleh jadi ayu macam ni? Heh.
            Tanpa mempedulikan perasaan hati yang dah semakin riak, aku terus mencapai selendang hitam yang tersangkut di sisi almari. Belit sikit. Pin. Siap.
            “Nak keluar macam tu aje? Make up lah sikit.” Lili tiba-tiba menegur bila melihat aku menyimpan lip gloss dan bedak kompak ke dalam beg tangan.
            “Tak payah make up sangat. Entah-entah dia bawak aku pergi kedai mamak je.”
            “Jangan nak jadi kartunlah. Takkanlah dia nak ajak kau pergi kedai mamak. Nak keluar dengan bos kau, kan?”
            Aku mengangguk sesaat. Bos ke? “Sort of.”
            “Kejap.” Lili terus bangun menuju ke biliknya dan kembali dengan satu beg kecil di tangan. satu persatu dia keluarkan dari perut beg tadi. automatik kening aku terangkat tinggi. Tak pernah pulak aku nampak alat mekap macam ni. Nak guna, apatah lagi. Karang yang patut conteng dekat mata, aku letak dekat bibir. Heh.
            “Bak sini muka kau. Aku bagi segar sikit.”
            “Tak payahlah. Aku tak suka lah mekap tebal-tebal.” Memang pun aku tak suka. Rimas. Entah macam macam orang boleh tahan dengan mekap bertempek dekat muka.
            “Sikit je lah.”
            “Tak nak.”
            “Kalau kau nak nampak macam mayat berjalan, pergilah keluar macam tu.”
            Mayat berjalan? Sungguh ke muka aku nampak macam tu? mak aiii..
            Lili mengukir senyum nipis bila aku perlahan-lahan mendekati dia.
            Sudah. Habislah rosak muka aku. Entah apa yang Lili letak dekat kelopak mata, pipi, bibir.
            Haish.
            “Dah.”
            Aku membuka mata yang tertutup dan melihat Lili tersengih di hadapan. Aku yang ragu-ragu dngan senyuman dia terus bergerak ke cermin. (Iyalah, kot-kot la Lili nak kenakan aku tiba-tiba, kan?)
            Kaki aku tiba-tiba terpaku di hadapan cermin. Sikit lagi aku nak buka mulut tanya Lili ‘Siapa ni Lili?’
            Sikit lagi.
            Baru aje aku nak membuka mulut, bunyi kereta yang berhenti di luar rumah membuatkan aku memandang jam di tangan.  Laju betul. Baru pukul 8.30 malam.
            “Dah, go. All the best.”
            Aku senyum tawar. Apa yang all the bestnya, keluar makan je pun. Beg tangan di atas meja aku capai dengan tangan kiri. “Thanks.”
            Lili mengangguk sesaat.
            Saat melihat Lili melangkah masuk ke dalam bilik dia, aku hampir tepuk dahi sendiri. Aku lupa.
            Aku lupa nak tanya pasal lelaki yang keluar dengan Lili pagi tadi.
            Esok nantilah tanya.
            Aku terus membuka pintu rumah dan pintu pagar besi sebelum melangkah berjalan ke arah Audi yang terpacak betul-betul di hadapan pintu pagar. Dari jauh, aku dapat melihat tempat duduk belakang kosong tak bertuan. Nick dah pergi dulu ke? Dia suruh aje pemandu jemput aku?
            Heh, tak sopan betul.
            Pemandu Nick bersandar sambil menyilangkan tangan ke dada di tempat duduk pemandu. Aku mengangkat bahu sendiri. Baru aje rasa nak feeling-feeling macam puteri, pemandu Nick pulak buat bodoh je walaupun nampak aku dah keluar dari rumah.
            Bukan ke haritu dia yang sibuk-sibuk nak bukakan pintu untuk aku?
            “Err. Assalamualaikum.” Aku menegur perlahan. Lain macam aje gaya pemandu Nick malam ni. Dahlah tak peramah macam itu hari. Pakai pulak, kasual nak mati.
            “Waalaikumussalam.” Dia berpusing menghadap aku.
            Eh, tak sangka pulak pemandu Nick ni muda. Kacak gila pulak tu. Macam mana aku boleh tak perasan dulu? heh.
            “Nick dah sampai sana ke?”
            Aku nampak dia mengangkat kening tinggi. “Sampai mana?”
            “Entah.” Aku angkat bahu. manalah aku tahu Nick nak bawa aku pergi mana. “Dia dah pergi dulu ke?”
            “Kenapa?”
            Sekali lagi aku tunduk, melihat isi di tempat duduk belakang. Kosong. “Nick tak ada pun.”
            Tiba-tiba pemandu Nick ketawa perlahan. Aku terus mengangkat wajah, memandang dia yang masih berdiri di sebelah tempat duduk pemandu.
            “Seriously, Wanda.”
            Err. Pemandu Nick tahu nama aku? kejap…kenapa muka dia macam familiar?
            “Nick awak ada dekat sini. Tak nampak ke?” dia menuding jari tepat ke arah dadanya sendiri sambil memandang aku yang masih keliru.
            Nick? Dia bukan pemandu Nick?
            Tapi kenapa rambut dia pendek, kemas dan…kacak?!
            Homai! Dollah dah potong rambut!
           
                                                 
           
           


30 comments:

Unknown said...

Homaiiiii...... I likeeee... hahahaha cik senah...cik senah.... menggelabah laaaa

Unknown said...

erkk pengsannnnnnnnn..

Anonymous said...

Awww....Nick dah potong rambut???? Oh my!!! Makin best, excited ni,hari2 check blog ni ada new entry ke tak....to writer , semoga idea makin melimpah-limpah utk Continue dis story

Anonymous said...

finally.. da gak post.. trtanya2 sapa prempuan yg serang wanda ari 2 ye??? confius???? x sabar nak tau.. good luck writer..

kak ida said...

pergh...ai like..penampilam dollah..

shana said...

adakah perempuan yang serang wanda tu ada kaitan ngan lily????? apapun best. good luck

R'hanida said...

legaaaa ari ni ade smbgn bab 17..
tak jd monday blues daah wakaakaaa
waaaaa dlm hati nik ade taman siap fountain dgn pergola lagi..hahaa
makin best la DHAD..
Kalau bole buatkan lah smbgnnya tiap2 hari,br ade mood...:)

Unknown said...

Saya pun ikut tertegun.. 0_0

Anonymous said...

homai homai homai!!! yg dinantikan Dollah bertukar....serius yg amat, tapi cepat ya dia terus sukakan di senah tu....takde ke adegan2 sengal kat opis dulu ke, panjang sikit...hehehehe my opinion...but love them can't deny it... SZ

Kak Sue said...

Bila ja Kak Qila terima jadikan Dollah adik ipar terus Nik Dollah jadi orang yang perlu Senah tengok selalu.... buat hati senah x tentu arah ja..... hehehe...
berbaloi juga Wanda berpakaian dan bersolek lebih sikit bila Nick dah kacak kan... hehehe

anissa said...

SUKA! SUKA! nICK POTONG RAMBUT

Anonymous said...

seriusly sis this chap makes me laugh sgt2 wlpn bz ngn kje...double thumb for you...

strawberry.chocolate81 said...

Waaaaaaaa....oksigen oksigen...x leyh napas, x leyh napas, Nick Dolah dah potong rambut....Kacak, Hensem, Kawaii,.....terkedu, x terkata sudah uwaaaaaa.....

Anonymous said...

oh my!!! blh wat terkujat cam Wanda gak....hihihi..mesti ensem giler si nick tu bla ptg rmbt..smpaikan Wanda tk cam...ahakss...sukaaa...
mabeles cik writer...snyum lebar bc n3 nih..
(MyHaneza)

Aminah said...

Cik Illa, moga diberi idea membuak2 utk teruskan citer ni dan moga terus bley kuar versi cetak...DOllah yg penuh kezutan...

aisyah said...

Hamboi...ni btul2 dating..masing2 duk ubah diri...

Anonymous said...

Oh my... I loike... suka sekali baca bab ni. Dollah dah tukar penampilan sampai dalam hati Senah dah ada taman... tak sabar nak baca bab seterusnya... tapi kenapa Dollah casual sangat?

Unknown said...

Ayat takleh tahan.. "Nick awak ada dekat sini. Tak nampak ker?" perghhh..pitamzz truzz..

Rehan Makhtar said...

ohmaii... NICK AWK ADA DEKAT SINI? tahu tak neh.. tahu tak? kakakaka..

Marina said...

Perempuan yang serang Wanda tu pasti salah orang, yang dia nak serang tu sebenarnya housemate Wanda, Lily...hmm..if I'm not wrong hehe! Thanks cik Author!!

Anonymous said...

mesti handsomekan muka nick sampai wanda tak kenal.

cyah said...

Wah suka dollah hehehe

betty said...

auwww.. dollah dah potong rambut.. mesti hansome gilerrr kan

nurilsuhaila said...

suka,suka,suka....ooo yeahhhh...

Anonymous said...

Best sgttttt...lg..nk..lggiii!!!!!

sicuteiman said...

cik wan senah, nick dollah ada kat cni je pun... kan dia dah tunjuk yg dia boleh bawk kete tu.

Unknown said...

Wah nik dolah dah encem... i terkezut... cik senah lg nak pitam dgn kehenseman nik dolah.... i like...

Nana Mohd Yasin said...

homai...homai...
pitam....

Zakiah Halim said...

homai... alaihai... nak fengsan ler... hikhikhik...

Unknown said...

Wow...nick dolah da transform...cik senah xprasan kot...