Assalamualaikum. Sementara menunggu baby pertama keluar, eloklah dulu saya bercerita pasal tempat-tempat yang dah saya jejak. (Macam makin malas menaip bab baru je sekarang neh).
Okeh.
Kali ni saya berpeluang untuk tengok puppets show di Genting Highlands. Tahu kan apa tu puppets? Ala yang macam Pinocchio yang belum diberi nyawa tuuu...
Tapi...ni bukan pinocchio la. Hoho
Puppets show ni, ataupun nama dia Stars on Strings Show ni berlangsung di Resort World Genting dari 16 November sehingga 9 Disember. Sekarang ni dah masuk musim cuti sekolah, jadi bolehlah bawa anak-anak ataupon adik-adik ataupon diri sendiri tengok 88 jenis puppets ni. Banyak? Ya, sangat banyak!
Pakcik John dari UK dan Josef dari Austria ni dah lebih 25 tahun pusing dunia untuk persembahan ni, jadi boleh bayangkan kehebatan mereka dalam membuat pelbagai gaya dan aksi, kan?
Saya cuba pegang satu boneka, tapi macam susah je nak gerakkan satu-satu bahagian, contohnya, tangan, kaki..kepala... ecetra...ecetra... Berat pulak tu. Yang ni 20 kilogram kot! Sungguh boleh kasi tabik spring toing toing kat dua orang pakcik ni..
=)
6 comments:
A few more days to December... Can't wait for the "birth" of your first "baby"@ novel....
Gd luck...
Senah/Dollah..... C u soon.
tq! kita tungguuuuu~ =)
pukul berapa puppets show tu? berapa bnyk show sehari?
sehari ada 2 persembahan.. pukul 3 dan 5 petang.. setiap persembahan lebih kurang 30 minit. =)
tq illa, akak cdg nak bwk anak2 gi tngk show ni laa lain dr yglain
sama2 =)
jom cuti2 malaysia kak!
Post a Comment