Monday 25 November 2013

Stars on Strings Show di Resort World Genting

Assalamualaikum. Sementara menunggu baby pertama keluar, eloklah dulu saya bercerita pasal tempat-tempat yang dah saya jejak. (Macam makin malas menaip bab baru je sekarang neh).

Okeh.

Kali ni saya berpeluang untuk tengok puppets show di Genting Highlands. Tahu kan apa tu puppets? Ala yang macam Pinocchio yang belum diberi nyawa tuuu...

Tapi...ni bukan pinocchio la. Hoho


Puppets show ni, ataupun nama dia Stars on Strings Show ni berlangsung di Resort World Genting  dari 16 November sehingga 9 Disember. Sekarang ni dah masuk musim cuti sekolah, jadi bolehlah bawa anak-anak ataupon adik-adik ataupon diri sendiri tengok 88 jenis puppets ni. Banyak? Ya, sangat banyak! 










Pakcik John dari UK dan Josef dari Austria ni dah lebih 25 tahun pusing dunia untuk persembahan ni, jadi boleh bayangkan kehebatan mereka dalam membuat pelbagai gaya dan aksi, kan? 

Saya cuba pegang satu boneka, tapi macam susah je nak gerakkan satu-satu bahagian, contohnya, tangan, kaki..kepala... ecetra...ecetra... Berat pulak tu. Yang ni 20 kilogram kot! Sungguh boleh kasi tabik spring toing toing kat dua orang pakcik ni..



Jadi, jangan lepaskan peluang the world's Best Marionettes di Stars on Strings Show yang dimainkan di Resort World Genting dengan harga yang berpatutan. Untuk VIP=RM25 dan PS1= RM15. Sehingga 9 December tahun ni je, jangan terlepas pulak.


=)

6 comments:

Anonymous said...

A few more days to December... Can't wait for the "birth" of your first "baby"@ novel....

Gd luck...

Senah/Dollah..... C u soon.

Illa Shanahila said...

tq! kita tungguuuuu~ =)

Anonymous said...

pukul berapa puppets show tu? berapa bnyk show sehari?

Illa Shanahila said...

sehari ada 2 persembahan.. pukul 3 dan 5 petang.. setiap persembahan lebih kurang 30 minit. =)

Anonymous said...

tq illa, akak cdg nak bwk anak2 gi tngk show ni laa lain dr yglain

Illa Shanahila said...

sama2 =)
jom cuti2 malaysia kak!