Friday 29 November 2013

Sayang Awak, Janji! [7]



[7]

YA, AKU YAKIN di depan aku sekarang ni Abang Aliy. Tambah-tambah pulak bila dia senyum macam tu. Sah, dia Abang Aliy. Tapi tadi…
            “Bukan ke tadi nak balik?” hampir sepuluh saat berlalu, barulah aku ada kekuatan untuk bersuara. Terkejut tadi masih terasa. “Buat apa dekat sini?”
            Aku nampak Abang Aliy menggeleng laju dengan senyuman yang masih segar. “Kan dah cakap tadi, mak ajak makan malam.”
            “Mak Inah?”
            “Itu ajelah mak abang dekat dalam dunia ni.” senyum lagi.
            Terkena sumpahan senyum sampai mati ke apa Abang Aliy ni? “Kenapa saya pulak?” bibir bawah aku gigit perlahan, menahan getar yang tiba-tiba datang tak dijemput. Iyalah. Kenapa pulak Mak Inah nak ajak aku makan?
            Aku ni…bukan ke orang asing je? Bukan kawan Abang Aliy pun.
            “Mak dah berkenan la kut.”
            Hah? Dia cakap apa?
            “Nak ikut tak? Bas pun dah tinggal tu.” sambung dia lagi.
            Dia cakap apa? apa? Mak dah berkenan? Berkenan apa? berkenan untuk? Berkenan dengan?
            Haih, Abang Aliy. Janganlah buat jantung aku main drum petang-petang macam ni.
            “Adik manis…?”
            “Hah? Er.. ya?” adik manis…adik manis… dah macam orang nak jual karpet dah.
            “Awak nak ikut tak?” dia mula melipat tangan, dan memandang tepat ke arah anak mata aku. menanti jawapan.
            Sekali lagi aku menggigit bibir sendiri. Abang Aliy yang berdiri tegak dihadapan aku pandang dari atas ke bawah. Harini dia santai dengan tshirt dan jeans gelap. Simple.
Tapi…biar betul Abang Aliy ni. Tak logiklah kalau mak dia nak ajak aku makan.
            Jumpa baru sekali.
            Itupun tak sampai lima minit.
            ..dan…dan…aku tak kenal dia pun…
            “Awak tak percaya, ya?”
            Alamak! Terus mulut aku ternganga luas. Dia ada kuasa psikik ke?
            “Lepas makan nanti abang hantarlah awak balik. Abang kalau janji, memang abang buat. Bukan macam orang lain…” dia senyum dihujung kata.
            Nak mengata aku la tu.
            “Kejap…kejap. Betul ni Mak Inah yang ajak?” aku menelan air liur yang terasa payau tiba-tiba. Apa yang aku minum tadi? Mana pulak datang rasa payau kemain ni?
“MasyaALLAH budak ni…”
Eheh. Aku salah cakap ke?
“Mak abang ada tu ha dalam kereta. Dia nampak awak tunggu bas tadi, dia suruh berhenti, ajak makan sekali. Sekarang ni, awak nak ikut ke tidak?”
Itu dia. senyuman dia tadi terus hilang (yang membuktikan dia bukan terkena sumpahan). Satu persatu ayat dia masuk ke dalam telinga. Kepala mula menghadam apa yang jadi.
Oookeyy… jadi…
Automatik kepala aku berpusing ke arah kereta Gen 2 Abang Aliy yang diparkir tidak jauh dari bus stop. Mata yang masih sihat tanpa rabun aku picingkan ke arah tempat duduk hadapan.
Ya.
Mak Inah ada dekat situ.
Senyum memandang aku.
Aduhai…
“Tadi Mak Inah tak ada pun?” aku mencipta senyum segaris kepada Mak Inah sebelum kembali memandang wajah berkumis Abang Aliy di hadapan. Betullah, masa depan ofis aku tadi, Mak Inah tak ada pun dalam kereta.
“Nantilah waktu makan cerita. Dah penat abang berdiri ni. Nak ikut tak?”
Bibir yang tersenyum tadi terus ditarik. Nak ajak orang tu, tunjuklah keikhlasan sikit. ini main arah-arah je. Ingat aku ni adik dia ke apa? haih. “Okay.”
“Okay?”
“Okay, saya ikut.”
Bibir dia mula mengukir senyum nipis. “Jom.”
Aku menarik nafas dalam-dalam sambil memandang ke arah Mak Inah yang masih tersenyum manis di dalam kereta. Kaki yang kaku tadi aku atur mengikut langkah Abang Aliy.
Okay, Diyan…
Apa kau buat ni…?


MAKAN MALAM DENGAN Mak Inah dan anak dia? Segalanya berlaku dengan normal. Makan, berbual itu ini dan kebanyakan pasal topik semasa. Kadang-kadang masuk juga topik cuaca, dan ketawa.
Sikit pun aku tak terasa asing bila berada di antara dua beranak ni. Tiba-tiba terasa makan dengan keluarga sendiri. Pelik…
“Mak tunggu kejap. Abang nak pergi toilet.” Abang Aliy tiba-tiba bangun dari kerusi sewaktu pelayan menghantar buah-buahan untuk pencuci mulut. Aku hanya mengangkat muka sesaat sebelum kembali menghadap baki tomyam di dalam mangkuk kecil. pandai sungguh Mak Inah cari tempat makan. Sedap gila!
“Hmm.”
“Adik manis, jaga mak kejap.”
Suapan aku terhenti. Dia cakap dengan aku ke? “Hah? Er.. okay.”
“Hish, mak tak apa-apalah. Abang pergi je…” Mak Inah menepuk bahu anaknya perlahan sebelum memandang ke arah aku.
“Jaga mak.” Abang Aliy mengangkat kening sesaat sebelum hilang ke bilik air. Spontan aku menggeleng. Nak berak batu ke apa sampai kena pesan macam-macam. Haih…
“Maaf ya Diana, abang memang macam tu,”
“Eh, tak apa…” aku memaniskan senyuman. Tak nak kasi Mak Inah segan. “Abang Aliy tu baik sangat dengan Mak Inah. Diyan pun jarang keluar dengan mama.”
Sungguh. Kalau nak dikira, bila tengok Abang Aliy layan Mak Inah rasa macam nak ketuk diri sendiri aje. Aku yang anak perempuan ni pun tak layan mama macam tu. Tiba-tiba rindu mama.
“Anak lelaki sorang…” Mak Inah memulakan cerita, “Anak sulung pulak tu. Abang tak pernah berjauhan dengan keluarga. Dari kecil memang dia tak nak sekolah asrama. Nak duduk rumah, jaga mak dia…”
Aku senyum mendengar cerita Mak Inah. Matanya bercahaya, bangga. “Anak Mak Inah yang lain?”
“Diorang semua dah kahwin. Abang ada dua orang je adik. Aliya baru tahun lepas kahwin. Duduk dengan laki dia dekat Sabah…”
Aku mengangguk tanpa jemu. Tomyam masih lagi aku hirup perlahan.
“…Aliza pulak mengajar dekat Kelantan. Dah kahwin lama, tapi tak ada rezeki lagi nak dapat anak.”
Ooo…
“Ayah abang dah lama tak ada. Itu yang abang terus ambil alih tugas ayah dia…” Mak Inah masih lagi khusyuk bercerita.
“Untung Mak Inah ada abang, kan.”
Aku nampak Mak Inah tersenyum tawar sebelum mencapai air suam dari atas meja. “Kadang-kadang sunyi jugak Yana. Bila abang kerja, Mak Inah sendirian, anak-anak yang lain jauh…” Aku terdiam, menunggu ayat yang seterusnya. Mata Mak Inah mula berkaca. “Nak bercerita pun, Mak Inah bercerita dengan pokok depan rumah tu. Tak pun Mak Inah sibukkan kan diri dengan menjahit.”
Aku menghela nafas perlahan. dada tiba-tiba terasa sebak sendiri.
“Nak bercerita dengan abang, dia pun ada masalah dia sendiri. Mak Inah untung ada abang yang sanggup jaga Mak Inah sampai sekarang. Sampaikan dia pun tak nak kahwin. Tunggu Mak Inah sihat.”
Aku diam lagi. mendengar.
“Nasib baik ada Yana, boleh Mak Inah buat teman bersembang.” Tangan kanan aku yang berada di atas meja Mak Inah capai sebelum mengusapnya perlahan. aku hanya mampu tersenyum. Terharu, sedih semua bercampur.
Agaknya apa nasib aku bila tua nanti? Keseorangan jugak ke?
“Boleh…tak ada masalah Mak Inah. Nanti kalau free Diyan kenalkan Mak Inah dengan mama Diyan.”
Aku menepuk tangan tua Mak Inah perlahan. Nak tanya apa sakit dia, macam tak sesuai pulak. “Jangan sedih-sedih, kalau Mak Inah nak teman bersembang, telefon je Diyan. Kalau tak kerja, boleh Diyan jenguk Mak Inah.”
Air mata Mak Inah mula mengalir perlahan. Belum sempat aku membuka mulut, suara Abang Aliy tiba-tiba muncul dari belakang.
“Abang suruh jaga mak, kan?” dia memandang aku tajam. “Awak buat mak menangis kenapa?”
Mulut aku terus ternganga. Terkejut.
“Abang…” Mak Inah menarik tangan Abang Aliy untuk duduk disebelahnya, tempat yang dia duduk tadi. “Yana tak buat apa-apa pun. Abang nak marah kenapa?”
“Tu, dia buat mak menangis?” dia mengerling aku sesaat. “Awak pun menangis kenapa?” kali ni nada suara dia berubah. Pelik agaknya tengok air mata aku bergenang.
Aduhai Diyan. Kena marah sikit je takkan nak menangis kut?
 “Diyanah?” Abang Aliy memandang tepat ke arah anak mata aku. sikitpun aku tak berani untuk mengangkat muka.
Aku diam sambil menggeleng beberapa kali. Gelas teh o ais aku capai dari atas meja sebelum aku hirup perlahan.
“Diyan…?”
“Sudahlah tu. Cepat makan.” Mak Inah mula menyampuk. “Abang, lepas ni hantar Yana balik.”
“Hmm.”
...dan aku masih lagi menghirup teh o ais sewaktu telinga menangkap jawapan daripada mulut Abang Aliy tadi. Sikitpun tak terasa nak angkat muka, membantah. Aduhai Diyan… kenapalah kau buat perangai menangis depan orang.
Haih.


“SORRY,”
            Aku masih diam di tempat duduk belakang. Tak terasa nak beralih tempat pun waktu Mak Inah turun tadi. Biar dia rasa jadi driver sikit. Padan muka. Heh.
            “Diyanah, I’m sorry.”
            “Iya. Nak mintak maaf kenapa. Saya tak ada apa-apa pun…” tipu…aku tipu… padahal mata terus bergenang bila dia tiba-tiba tengking aku tadi.
            Aku ni bukannya jenis tahan marah…
            “Minta maaf sebab marah awak tadi.” sekali lagi dia mengulang maksud yang sama dalam ayat yang berbeza. “Abang takut jadi apa-apa dekat mak. Sorry.”
            “Jangan risaulah. Saya takkan nak bunuh atau lukakan hati siapa-siapa pun. apatah lagi Mak Inah.” Aku mendengar suara sendiri meninggi.
            Abang Aliy yang masih tenang memandu tiba-tiba ketawa perlahan. “Ya, abang minta maaf. Terkejut tengok awak menangis tadi.”
            “Padan muka. siapa suruh marah orang tak tentu pasal.”
            Aku nampak dia tersenyum dari cermin pandang belakang. Apa? Kelakar ke kalau aku menangis kalau kena marah? Kelakar ke?
            “Lain kali jangan menangis lagi. Dah malam macam ni abang tak tahu mana nak cari aiskrim nak pujuk.”
            “7e berlambak.” spontan aku menjawab. Saja nak menyakat sebenarnya. Ingat apa? aku budak empat tahun nak pujuk pakai aiskrim?
            Heh.
            “Hah! Itu dia!”
            Kereta tiba-tiba membelok ke kanan dan terus berhenti di hadapan…er..SevenEleven?
            “Tunggu sini, abang cari aiskrim. Kunci pintu.” dia terus keluar dari kereta dan menyusup masuk ke dalam kedai 24jam itu. Aku menggosok mata beberapa kali, tak percaya. Biar betul dia ni?
            Tak sampai lima minit, Abang Aliy sudahpun keluar dari kedai serbaneka itu sambil membimbit beg plastik kecil. sungguh ke dia beli aiskrim? For real?
            “Nah,” beg plastik tadi terus dihulurkan kepada aku setelah dia membuka pintu belakang. “Abang tak tahu awak suka aiskrim apa. Abang beli aiskrim yang abang suka. Now, I’m sorry, okay?”
            Er…aku tak bermimpi, kan? Aku tak berhalusinasi, kan?
            Perlu tak aku cubit pipi sendiri?
            “Diyanah…?”
            Aku terus menyambut plastik tadi daripadanya. Abang Aliy senyum segaris sebelum menutup pintu bahagian belakang dan terus ke tempat pemandu. Anak mata aku masih lagi memaku pandang ke arahnya.
            Aliy Naim. Sekejap boleh jadi sombong tak ingat. Sekejap boleh jadi garang macam bapak singa. Sekejap boleh jadi penyanyang pada mak dan sekarang ni dia jadi…abang yang caring?
            Macam mana semua tu ada dalam seorang manusia?
            “Jangan menangis lagi, ya?
            “Hmm…”
            “I’m sorry…”
            “Ya... tak ada apa-apa lah.”
            Dia senyum lagi. “Diyanah…”
            Hish, dia ni…apa lagi. dah mintak maaf beribu kali. Tahu Bila diucap beribu kali, perkataan maaf tu boleh jadi murah?
            “Apa lagi?”
            “Er…rumah awak dekat mana?”

            Aku tepuk dahi sendiri. Hadui. Patutlah dari tadi aku tak pernah nampak pun jalan yang dia lalu ni. Itulah, sibuk dengan merajuk sangat. Haih.


***

8 comments:

Illashanahilla said...

Hehehe...best2. Merajuk pnya pasal smp lupa bgtau alamat rumah. Diyan2...

Kak Sue said...

Merajuk dan hampir x percaya macam syok ja abang bawa jalan-jalan ya Diyanah...hehehe
Abang ni seorang yang bertanggungjawab, penyayang pada emak dan mungkin sebab adik abang semua jauh jadi abang rasa Diyanah macam adik dia juga kot ... bila merajuk atau marah belikan aiskrim .... hehehe...

Aminah said...

Dalam ketidaksabaran menunggu Dollah Senah versi cetak, terhibur sangat dgn Abang & Diyanah.Sudi-2kanlah sambungan seterusnya ya :-) terima kaseh Illa...

Unknown said...

Hadoooiiiihaiiii hahahaha buat lawak tak hengat.....

Nana Mohd Yasin said...

aduhai......
baca dari mula smpi akhir senyum x sudah
la ni pun masih senyum sampi langit..

sungguh lah illa mmg keatif n berbakat
sentuhan illa mmg magis....
cite ni mmg sgt2 best...

tak sabar nk tunggu apa jadi dgn abg aliy dan adik manis...

skg sdg sabar tunggu DHAD

best of luck illa....

Illa Shanahila said...

kepada

akma hussin - tq tq=)

kak sue - mungkin jugak. hehe

aminah - terimakasih dan sama-sama

k.noorliyana shamsuddin - hee =)

nana - homai,terharu! tq =)

Anonymous said...

Eveready... teruskan lagi & lagi...& lagi...& lagi...& lagi....

Unknown said...

Wowww...best best...hahaha...Diyan dah jadi aweks blur eyhh?

x0x0 ^___^