[7]
YA, AKU YAKIN di depan aku sekarang ni Abang Aliy.
Tambah-tambah pulak bila dia senyum macam tu. Sah, dia Abang Aliy. Tapi tadi…
“Bukan ke
tadi nak balik?” hampir sepuluh saat berlalu, barulah aku ada kekuatan untuk
bersuara. Terkejut tadi masih terasa. “Buat apa dekat sini?”
Aku nampak
Abang Aliy menggeleng laju dengan senyuman yang masih segar. “Kan dah cakap
tadi, mak ajak makan malam.”
“Mak Inah?”
“Itu ajelah
mak abang dekat dalam dunia ni.” senyum lagi.
Terkena
sumpahan senyum sampai mati ke apa Abang Aliy ni? “Kenapa saya pulak?” bibir
bawah aku gigit perlahan, menahan getar yang tiba-tiba datang tak dijemput.
Iyalah. Kenapa pulak Mak Inah nak ajak aku makan?
Aku
ni…bukan ke orang asing je? Bukan kawan Abang Aliy pun.
“Mak dah
berkenan la kut.”
Hah? Dia
cakap apa?
“Nak ikut
tak? Bas pun dah tinggal tu.” sambung dia lagi.
Dia cakap
apa? apa? Mak dah berkenan? Berkenan apa? berkenan untuk? Berkenan dengan?
Haih, Abang
Aliy. Janganlah buat jantung aku main drum petang-petang macam ni.
“Adik
manis…?”
“Hah? Er..
ya?” adik manis…adik manis… dah macam orang nak jual karpet dah.
“Awak nak
ikut tak?” dia mula melipat tangan, dan memandang tepat ke arah anak mata aku.
menanti jawapan.
Sekali lagi
aku menggigit bibir sendiri. Abang Aliy yang berdiri tegak dihadapan aku
pandang dari atas ke bawah. Harini dia santai dengan tshirt dan jeans gelap.
Simple.
Tapi…biar betul Abang Aliy ni.
Tak logiklah kalau mak dia nak ajak aku makan.
Jumpa baru
sekali.
Itupun tak
sampai lima minit.
..dan…dan…aku
tak kenal dia pun…
“Awak tak
percaya, ya?”
Alamak!
Terus mulut aku ternganga luas. Dia ada kuasa psikik ke?
“Lepas
makan nanti abang hantarlah awak balik. Abang kalau janji, memang abang buat.
Bukan macam orang lain…” dia senyum dihujung kata.
Nak mengata
aku la tu.
“Kejap…kejap.
Betul ni Mak Inah yang ajak?” aku menelan air liur yang terasa payau tiba-tiba.
Apa yang aku minum tadi? Mana pulak datang rasa payau kemain ni?
“MasyaALLAH budak ni…”
Eheh. Aku salah cakap ke?
“Mak abang ada tu ha dalam
kereta. Dia nampak awak tunggu bas tadi, dia suruh berhenti, ajak makan sekali.
Sekarang ni, awak nak ikut ke tidak?”
Itu dia. senyuman dia tadi
terus hilang (yang membuktikan dia bukan terkena sumpahan). Satu persatu ayat
dia masuk ke dalam telinga. Kepala mula menghadam apa yang jadi.
Oookeyy… jadi…
Automatik kepala aku berpusing
ke arah kereta Gen 2 Abang Aliy yang diparkir tidak jauh dari bus stop. Mata
yang masih sihat tanpa rabun aku picingkan ke arah tempat duduk hadapan.
Ya.
Mak Inah ada dekat situ.
Senyum memandang aku.
Aduhai…
“Tadi Mak Inah tak ada pun?”
aku mencipta senyum segaris kepada Mak Inah sebelum kembali memandang wajah
berkumis Abang Aliy di hadapan. Betullah, masa depan ofis aku tadi, Mak Inah
tak ada pun dalam kereta.
“Nantilah waktu makan cerita. Dah
penat abang berdiri ni. Nak ikut tak?”
Bibir yang tersenyum tadi terus
ditarik. Nak ajak orang tu, tunjuklah keikhlasan sikit. ini main arah-arah je. Ingat
aku ni adik dia ke apa? haih. “Okay.”
“Okay?”
“Okay, saya ikut.”
Bibir dia mula mengukir senyum
nipis. “Jom.”
Aku menarik nafas dalam-dalam
sambil memandang ke arah Mak Inah yang masih tersenyum manis di dalam kereta.
Kaki yang kaku tadi aku atur mengikut langkah Abang Aliy.
Okay, Diyan…
Apa kau buat ni…?
MAKAN MALAM DENGAN Mak Inah dan anak dia? Segalanya berlaku
dengan normal. Makan, berbual itu ini dan kebanyakan pasal topik semasa. Kadang-kadang
masuk juga topik cuaca, dan ketawa.
Sikit pun aku tak terasa asing
bila berada di antara dua beranak ni. Tiba-tiba terasa makan dengan keluarga
sendiri. Pelik…
“Mak tunggu kejap. Abang nak
pergi toilet.” Abang Aliy tiba-tiba bangun dari kerusi sewaktu pelayan
menghantar buah-buahan untuk pencuci mulut. Aku hanya mengangkat muka sesaat
sebelum kembali menghadap baki tomyam di dalam mangkuk kecil. pandai sungguh
Mak Inah cari tempat makan. Sedap gila!
“Hmm.”
“Adik manis, jaga mak kejap.”
Suapan aku terhenti. Dia cakap
dengan aku ke? “Hah? Er.. okay.”
“Hish, mak tak apa-apalah. Abang
pergi je…” Mak Inah menepuk bahu anaknya perlahan sebelum memandang ke arah
aku.
“Jaga mak.” Abang Aliy mengangkat
kening sesaat sebelum hilang ke bilik air. Spontan aku menggeleng. Nak berak
batu ke apa sampai kena pesan macam-macam. Haih…
“Maaf ya Diana, abang memang
macam tu,”
“Eh, tak apa…” aku memaniskan
senyuman. Tak nak kasi Mak Inah segan. “Abang Aliy tu baik sangat dengan Mak
Inah. Diyan pun jarang keluar dengan mama.”
Sungguh. Kalau nak dikira, bila
tengok Abang Aliy layan Mak Inah rasa macam nak ketuk diri sendiri aje. Aku yang
anak perempuan ni pun tak layan mama macam tu. Tiba-tiba rindu mama.
“Anak lelaki sorang…” Mak Inah
memulakan cerita, “Anak sulung pulak tu. Abang tak pernah berjauhan dengan
keluarga. Dari kecil memang dia tak nak sekolah asrama. Nak duduk rumah, jaga
mak dia…”
Aku senyum mendengar cerita Mak
Inah. Matanya bercahaya, bangga. “Anak Mak Inah yang lain?”
“Diorang semua dah kahwin.
Abang ada dua orang je adik. Aliya baru tahun lepas kahwin. Duduk dengan laki
dia dekat Sabah…”
Aku mengangguk tanpa jemu.
Tomyam masih lagi aku hirup perlahan.
“…Aliza pulak mengajar dekat
Kelantan. Dah kahwin lama, tapi tak ada rezeki lagi nak dapat anak.”
Ooo…
“Ayah abang dah lama tak ada. Itu
yang abang terus ambil alih tugas ayah dia…” Mak Inah masih lagi khusyuk
bercerita.
“Untung Mak Inah ada abang, kan.”
Aku nampak Mak Inah tersenyum
tawar sebelum mencapai air suam dari atas meja. “Kadang-kadang sunyi jugak Yana.
Bila abang kerja, Mak Inah sendirian, anak-anak yang lain jauh…” Aku terdiam,
menunggu ayat yang seterusnya. Mata Mak Inah mula berkaca. “Nak bercerita pun,
Mak Inah bercerita dengan pokok depan rumah tu. Tak pun Mak Inah sibukkan kan
diri dengan menjahit.”
Aku menghela nafas perlahan.
dada tiba-tiba terasa sebak sendiri.
“Nak bercerita dengan abang,
dia pun ada masalah dia sendiri. Mak Inah untung ada abang yang sanggup jaga
Mak Inah sampai sekarang. Sampaikan dia pun tak nak kahwin. Tunggu Mak Inah
sihat.”
Aku diam lagi. mendengar.
“Nasib baik ada Yana, boleh Mak
Inah buat teman bersembang.” Tangan kanan aku yang berada di atas meja Mak Inah
capai sebelum mengusapnya perlahan. aku hanya mampu tersenyum. Terharu, sedih
semua bercampur.
Agaknya apa nasib aku bila tua
nanti? Keseorangan jugak ke?
“Boleh…tak ada masalah Mak
Inah. Nanti kalau free Diyan kenalkan
Mak Inah dengan mama Diyan.”
Aku menepuk tangan tua Mak Inah
perlahan. Nak tanya apa sakit dia, macam tak sesuai pulak. “Jangan sedih-sedih,
kalau Mak Inah nak teman bersembang, telefon je Diyan. Kalau tak kerja, boleh
Diyan jenguk Mak Inah.”
Air mata Mak Inah mula mengalir
perlahan. Belum sempat aku membuka mulut, suara Abang Aliy tiba-tiba muncul
dari belakang.
“Abang suruh jaga mak, kan?”
dia memandang aku tajam. “Awak buat mak menangis kenapa?”
Mulut aku terus ternganga. Terkejut.
“Abang…” Mak Inah menarik
tangan Abang Aliy untuk duduk disebelahnya, tempat yang dia duduk tadi. “Yana
tak buat apa-apa pun. Abang nak marah kenapa?”
“Tu, dia buat mak menangis?”
dia mengerling aku sesaat. “Awak pun menangis kenapa?” kali ni nada suara dia
berubah. Pelik agaknya tengok air mata aku bergenang.
Aduhai Diyan. Kena marah sikit
je takkan nak menangis kut?
“Diyanah?” Abang Aliy memandang tepat ke arah
anak mata aku. sikitpun aku tak berani untuk mengangkat muka.
Aku diam sambil menggeleng
beberapa kali. Gelas teh o ais aku capai dari atas meja sebelum aku hirup
perlahan.
“Diyan…?”
“Sudahlah tu. Cepat makan.” Mak
Inah mula menyampuk. “Abang, lepas ni hantar Yana balik.”
“Hmm.”
...dan aku masih lagi menghirup
teh o ais sewaktu telinga menangkap jawapan daripada mulut Abang Aliy tadi. Sikitpun
tak terasa nak angkat muka, membantah. Aduhai Diyan… kenapalah kau buat
perangai menangis depan orang.
Haih.
“SORRY,”
Aku masih
diam di tempat duduk belakang. Tak terasa nak beralih tempat pun waktu Mak Inah
turun tadi. Biar dia rasa jadi driver sikit. Padan muka. Heh.
“Diyanah, I’m
sorry.”
“Iya. Nak mintak
maaf kenapa. Saya tak ada apa-apa pun…” tipu…aku tipu… padahal mata terus
bergenang bila dia tiba-tiba tengking aku tadi.
Aku ni
bukannya jenis tahan marah…
“Minta maaf
sebab marah awak tadi.” sekali lagi dia mengulang maksud yang sama dalam ayat
yang berbeza. “Abang takut jadi apa-apa dekat mak. Sorry.”
“Jangan
risaulah. Saya takkan nak bunuh atau lukakan hati siapa-siapa pun. apatah lagi
Mak Inah.” Aku mendengar suara sendiri meninggi.
Abang Aliy
yang masih tenang memandu tiba-tiba ketawa perlahan. “Ya, abang minta maaf. Terkejut
tengok awak menangis tadi.”
“Padan
muka. siapa suruh marah orang tak tentu pasal.”
Aku nampak
dia tersenyum dari cermin pandang belakang. Apa? Kelakar ke kalau aku menangis
kalau kena marah? Kelakar ke?
“Lain kali
jangan menangis lagi. Dah malam macam ni abang tak tahu mana nak cari aiskrim
nak pujuk.”
“7e
berlambak.” spontan aku menjawab. Saja nak menyakat sebenarnya. Ingat apa? aku
budak empat tahun nak pujuk pakai aiskrim?
Heh.
“Hah! Itu dia!”
Kereta tiba-tiba
membelok ke kanan dan terus berhenti di hadapan…er..SevenEleven?
“Tunggu
sini, abang cari aiskrim. Kunci pintu.” dia terus keluar dari kereta dan
menyusup masuk ke dalam kedai 24jam itu. Aku menggosok mata beberapa kali, tak
percaya. Biar betul dia ni?
Tak sampai
lima minit, Abang Aliy sudahpun keluar dari kedai serbaneka itu sambil
membimbit beg plastik kecil. sungguh ke dia beli aiskrim? For real?
“Nah,” beg
plastik tadi terus dihulurkan kepada aku setelah dia membuka pintu belakang. “Abang
tak tahu awak suka aiskrim apa. Abang beli aiskrim yang abang suka. Now, I’m sorry, okay?”
Er…aku tak
bermimpi, kan? Aku tak berhalusinasi, kan?
Perlu tak
aku cubit pipi sendiri?
“Diyanah…?”
Aku terus
menyambut plastik tadi daripadanya. Abang Aliy senyum segaris sebelum menutup
pintu bahagian belakang dan terus ke tempat pemandu. Anak mata aku masih lagi
memaku pandang ke arahnya.
Aliy Naim. Sekejap
boleh jadi sombong tak ingat. Sekejap boleh jadi garang macam bapak singa.
Sekejap boleh jadi penyanyang pada mak dan sekarang ni dia jadi…abang yang caring?
Macam mana
semua tu ada dalam seorang manusia?
“Jangan
menangis lagi, ya?
“Hmm…”
“I’m sorry…”
“Ya... tak
ada apa-apa lah.”
Dia senyum
lagi. “Diyanah…”
Hish, dia
ni…apa lagi. dah mintak maaf beribu kali. Tahu Bila diucap beribu kali,
perkataan maaf tu boleh jadi murah?
“Apa lagi?”
“Er…rumah
awak dekat mana?”
Aku tepuk
dahi sendiri. Hadui. Patutlah dari tadi aku tak pernah nampak pun jalan yang
dia lalu ni. Itulah, sibuk dengan merajuk sangat. Haih.
***
8 comments:
Hehehe...best2. Merajuk pnya pasal smp lupa bgtau alamat rumah. Diyan2...
Merajuk dan hampir x percaya macam syok ja abang bawa jalan-jalan ya Diyanah...hehehe
Abang ni seorang yang bertanggungjawab, penyayang pada emak dan mungkin sebab adik abang semua jauh jadi abang rasa Diyanah macam adik dia juga kot ... bila merajuk atau marah belikan aiskrim .... hehehe...
Dalam ketidaksabaran menunggu Dollah Senah versi cetak, terhibur sangat dgn Abang & Diyanah.Sudi-2kanlah sambungan seterusnya ya :-) terima kaseh Illa...
Hadoooiiiihaiiii hahahaha buat lawak tak hengat.....
aduhai......
baca dari mula smpi akhir senyum x sudah
la ni pun masih senyum sampi langit..
sungguh lah illa mmg keatif n berbakat
sentuhan illa mmg magis....
cite ni mmg sgt2 best...
tak sabar nk tunggu apa jadi dgn abg aliy dan adik manis...
skg sdg sabar tunggu DHAD
best of luck illa....
kepada
akma hussin - tq tq=)
kak sue - mungkin jugak. hehe
aminah - terimakasih dan sama-sama
k.noorliyana shamsuddin - hee =)
nana - homai,terharu! tq =)
Eveready... teruskan lagi & lagi...& lagi...& lagi...& lagi....
Wowww...best best...hahaha...Diyan dah jadi aweks blur eyhh?
x0x0 ^___^
Post a Comment