Thursday 17 March 2016

Memori Tri + Nani [Bab 22]


[Bab 22]


DALAM HIDUP AKU, banyak benda yang aku tak jangka akan berlaku. Banyak!
Aku tak jangkakan yang aku terpaksa lalui benda pahit yang perit lagi pedih sebab kena fitnah dengan pelanggan aku.
Aku tak jangkakan yang budak-budak rumah aku akan pulaukan aku seolah-olah mereka langsung tak kenal siapa aku.
Aku tak jangkakan yang Paan betul-betul serius dengan Ana hinggakan mereka ambil keputusan untuk bertunang walaupun masih belajar.
Aku tak jangkakan yang aku terasa (sangat terasa) kehilangan Paan bila dia dah bertunang.
Aku tak jangkakan yang akan ada orang suka aku macam yang Tri buat.
Langsung tak jangka yang Tri sanggup susah-susah bersihkan nama kedai aku depan semua orang.
Tiba-tiba Instagram aku yang selama ni senyap sunyi tanpa pelanggan dan mula ada follower balik. Bukan sepuluh dua, tari beratus!
Tiba-tiba ramai pulak yang WhatsApp aku untuk beli barang walaupun dah lama aku tak restock semua tu.
Semuanya berlaku tiba-tiba dan sungguhlah aku tak boleh nak hadam semua benda tu dalam satu masa.
Aku masih termenung di perpustakaan waktu Paan datang dan menepis lamunan aku dengan wajah boleh tahan handsome dia tu. Dia tayang gigi sebelum tarik sebuah kerusi bertentangan dengan aku.
“Jauh mengelamun,” Komen dia pendek. “Dah sampai mana? Neptune?
Buku rujukan Design Project yang tebal tu dia letak atas meja yang ada diantara aku dan dia. rajin betul budak Paan ni. Kalau akulah petang-petang macam ni memang tidur aje.
“Mana kau tahu ada ada dekat sini?” soalan dia aku balas dengan soalan.
“Aku pasang tracking device kat handphone kau.”
 Bulat terus mata aku bila dengar jawapan dia. Macam tak logik je.
“Kau percaya? Kau ni la... lurus sungguh!” Paan dah tahan ketawa. Kurang asam keping sungguh sahabat aku yang seorang ni.
“Bodohlah...”
“Hish, bahasa... bahasa.” Ketawa dia masih bersisa. “Kau ingat ni cerita Mission Imposibble ke?”
Aku buat muka bosan. Dahlah tipu aku. Mengata aku pulak tu.
“Aku tak tahu pun kau ada dalam ni. Aku masuk tadi terus nampak muka dua puluh sen kau termenung kat sini.” Dia keluarkan pencil box dan beberapa keping kertas kajang dari beg sandang. “Buat apa kat sini? Study?”
“Saja datang sini nak termenung.”
Paan sengih tanpa memandang. Sebelah tangan pegang pen hitam dan sebelah lagi cekap membuka buku rujukan. Tak buang masa sungguh.
“Kau study sorang ke ni? Ke ada study group?” Aku pandang kiri dan kanan kut-kut ada ahli kumpulan Paan yang duduk berhampiran.
Tak ada.
Aku jeling pula muka surat yang dia buka. Bahagian mechanical design untuk heat exchanger.
“DP?”
Dia angguk sekali. DP. Design Project. Salah satu projek akhir tahun untuk budak-budak course aku. Cepatnya dia start!
“Aku ada study group. Pukul lima. Kejap lagi sampaila budak group aku tu.”
Ooooh.
Aku melepas nafas perlahan. Janji pukul 3. Sekarang baru 2.45 petang. Aku tak tahu apa yang mama Paan bagi dia makan sekarang sampaikan minat untuk belajar dia memang tip top sungguh.
 “Aku balik dululah kalau macam tu.”
Dia angkat kepala dengan kening terangkat. “Eh? Tak nak study sama? Habis tu kau datang sini buat apa?”
Aku sengih sesaat. Dalam beg aku hanya ada laptop dan beberapa buah buku kuliah pagi. Sengaja aku datang sini lepas kelas siang tadi sebab malas nak balik. Makan tengah hari pun belum. Kalau aku balik pun, dah macam batu je kat rumah tu. Tak ada yang layan. Nasib tak jadi batu yang disepak-sepak je.
“Kan aku cakap aku datang sini nak termenung.”
“Kejap lagilah kau balik. Duk sini dulu. Sambung termenung kau tu sambil teman aku belajar kat sini.” Kalkulator dicapai sebelum dia menekan beberapa butang, buat pengiraan.
“Laa.. tadi cakap ada study group.”
“Memanglah ada. Tapi selalunya kalau janji pukul 3, pukul 3.30 baru semua sampai.” Dia kemudiannya sambung tulis sesuatu pada dada kertas kajang. “Kau duduklah dulu. Bosanlah kau sekarang. Dalam kelas pun bukannya nak tegur aku.”
Aku sengih nipis. Ya. Memang aku dah buat jarak dengan Paan.
Jarak supaya aku tak tergelincir jadi orang ketiga.
“Mana ada, biasa jelah.” Aku tongkat dagu dengan tangan kiri sambil perhatikan gerakan mata pen dia yang lancar menulis digit-digit dan perkataan.
“Kau janganlah buang aku walaupun aku dah bertunang.” Mulut dia masih tak berhenti walaupun mata tertumpu pada kertas kajang dan buku rujukan. “Tunang tunanglah. Kawan tetap kawan.”
Aku diam, malas menjawab.
“Kalau kau bertunang pun, aku takkan buat kau jadi orang asing. Kau dengan aku kan BFF forever.” Sambung dia lagi. Aku boleh nampak dia sengih dihujung kata.
“Ei, kau sebut BFF gaya gossip girls sangat.” Aku letakkan kedua-dua tangan ke bahu dan julingkan mata ke atas.
Paan ketawa lepas. Nasib baik tak berapa kuat. Kalau tak, sia-sia je jadi perhatian semua orang dalam perpustakaan ni.
“Tak ke? Kita bukan BFF ke?”
“Iya... kau dengan aku BFF.” Aku turut sama sengih.
Dia senyum segaris. Tumpuan dia kembali pada kerja-kerja mengira tadi. “Jadi, sebagai BFF, aku nak tanya kau satu benda.”
“Apa dia?” Kening aku terangkat tanpa dipaksa.
Tiba-tiba Paan angkat kepala dan pandang anak mata aku. Lama.
“Kau memang nak tenung aku yang handsome ni sampai ke sudah ke? Tak nak belajar?”
“Bodohlah!”
Ketawa kami pecah serentak.


BETUL KATA PAAN. Hampir 3.30 petang barulah lengkap semua ahli kumpulan dia. Lima orang kesemuanya. Ada yang aku kenal, ada jugak yang aku tak pernah nampak. Student kelas lain agaknya.
Aku terus minta diri, nak balik. Lagipun aku memang tak bawa buku apa nak belajar pun. Hari pun dah menginjak petang. Dari perpustakaan, aku gerak ke parkir motosikal yang terletak di belakang fakulti.
Buka kunci motosikal, hidupkan enjin, pakai helmet dan aku terus balik ke rumah macam biasa dan guna jalan yang biasa. Elak kereta sana sini dan memotong kereta kiri dan kanan. Aku tak tahu apa yang aku berangankan sampaikan kucing yang nak melintas jalan pun aku tak nampak!
Brek tangan ditarik kuat dek terkejut yang amat.
Tayar yang tadi elok berpusing dah kehilangan arah hingga membuatkan motosikal aku terseret ke atas jalan.
Ego aku tersadai di tepi jalan raya dan menghempap kaki bahagian kiri. Aku kaget sesaat. Serius tak tahu nak buat apa sebab semua tu berlaku pantas sangat. Cepat-cepat aku bangun dan membetulkan kedudukan motosikal sebelum menekan starter. Jantung aku berdegup laju. Masih tak dapat hadam apa yang jadi. Segalanya terlalu pantas. Nasib baiklah tak ada kereta di belakang motosikal aku waktu tu.  
Elok saja motosikal kembali bergerak, kepala lutut terasa berdenyut kuat. Siku juga terasa perit. Aku menahan rasa denyutan sehinggalah tiba di depan bangunan rumah sewa.
Motosikal diletakkan di tempat biasa. Saat ingin memanjat anak tangga ke tingkat empat barulah aku perasan yang seluar aku dah terkoyak dan luka di lutut mula menumpahkan darah yang banyak.
Aku gigit bibir, tahan sakit.
Tiba di depan pintu rumah, kunci pulak tak ada. Puas aku selongkar satu beg dan poket seluar.
Tak ada!
Akhirnya aku mengeluh sendiri. Loceng ditekan beberapa kali tapi masih tak ada jawapan. Aku ketuk pula pintu, pun tak ada jawapan. Jam di tangan aku kerling sekilas. Dah lebih 3 petang, takkan tak ada orang lagi?
Aku keluarkan telefon bimbit dari beg, nombor Paan dicari sebelum aku menyambung talian.
Baru beberapa deringan, talian sudahpun bersambung.
“Helo?”
Kening aku berkerut sebaik sahaja suara yang menyambut kedengaran asing.
“Ana?” Bukan ke Paan tengah belajar dengan groupmate dia? Bila pulak Ana ada sekali?
“Haah. Nak cakap dengan Paan ke?”
Aku tarik nafas perlahan. Kalau dah aku telefon Paan, takkanlah nak cakap dengan kau kot. Haih.
“Haah. Dia ada?” Aku kawal juga suara bagi nampak tak ada apa-apa.
“Ada, dekat toilet. Nak cakap apa? Nanti aku bagitahu.”
“Tak apalah.” Talian dimatikan tanpa menunggu jawapan Ana. Kesakitan pada lutut makin menyengat. Rasa takut dan trauma sebab jatuh tadi masih tinggal sisa. Tak ada jalan lain dah. Nak tak nak, aku kena tumpang duduk dekat cafe sekejap.
Dengan terhinjut-hinjut, aku turun ke bawah dan kembali ke motosikal sebelum membawa arah ke Iris Cake House.
Pintu kedai ditolak perlahan, wajah Ajim yang berdiri di kaunter menerpa mata.
“Eh, kau kenapa?”
Aku memaksa bibir untuk senyum. Entah macam mana air mata boleh tumpah bila nampak Ajim. Tapi laju aje aku lap dengan belakang lengan.
Tuhan aje yang tahu perasaan dia setakat ni. Nak balik tak boleh. Nak minta tolong Paan pun tak dapat.
Dah la sakit.
“Tumpang duduk sini kejap, boleh. Aku tak nak beli apa-apa.”
Ajim dah pun keluar dari kaunter mendekati aku. “Kau jatuh moto?”
“Haah.”
“Sakit sangat ke?” Pandangan Ajim jatuh pada luka di lutut aku. Risau betul muka dia waktu tu. Mungkin sebab dia dah nampak aku menangis tadi. Haish, buat malu je!
Sebenarnya aku bukan menangis sebab sakit sangat pun. Tapi geram dengan diri sendiri. Dah la lupa bawa kunci. Lepastu kena bergantung harap pada orang pulak.
Aku duduk di atas salah satu kerusi tanpa menghiraukan Ajim. Jeans coklat tua aku yang koyak di bahagian lutut tu dah penuh dengan darah yang kering.  
“Aku nak balik rumah, tapi...” Belum pun habis ayat aku, Tri keluar dari pintu dapur. Pandangan kami bertaut. Cepat-cepat aku lap sisa air mata yang ada.
“Tapi kunci tertinggal dekat dalam. Budak rumah aku tak balik lagi.” Aku sambung ayat yang tergantung tadi.
“Duduk ajelah kat sini. Kejap, aku ambilkan first aid.” Laju dia kembali ke kaunter. “Bang, kita ada first aid, kan?”
“Kat dapur. Kenapa?” soal Tri sepatah. Aku buat-buat tak nampak dia walaupun aku tahu mata dia masih melekat pada aku.
“Tu hah, jatuh moto. Berangan apa entah sampai jatuh moto.” Muncung Ajim tepat pada aku.
Selamba je dia mengata aku? Kurang tatasusila sungguh!
Tak sampai seminit, Ajim keluar dari dapur dengan membawa first aid di tangan.
“Kejap bang, saya nak cuci luka dia tu.” Ajim melepasi Tri yang tercegat di kaunter.
“Tak payah. Aku boleh buat sendiri.” Kedua-dua tangan diangkat tinggi. Gila Ajim ni. Luka aku dekat lutut kot. Aurat, tahu tak. Aurat?
“Haah. Tak payah. Kau tu kena jaga kebersihan. Kejap lagi nak buat kopi untuk customer lagi.” Tri pula menyampuk.
“Alah, bukan tak boleh cuci tangan. Nak suruh salin baju segala pun boleh.” Ajim sengih.
“Tak payah. Aku buat sendiri.” Aku ambil kotak first aid tadi dan bersedia untuk bangun ke bilik air. Takkan nak angkat seluar dekat sini kot.
“Nak bawak first aid ke mana pulak tu?”
“Bilik air.”
“Duduk ajelah kat situ. Sakit buat cara sakit.” Tri keluar dari kaunter. “Kau tak payah campur. Kau kena jaga kebersihan.” Sempat lagi dia buat pesanan penaja untuk Ajim.
Ajim hanya mampu sengih mengangguk.
Jaga kebersihan... jaga kebersihan.
Dia nak cakap aku kotor ke apa?
“Tepilah. Nak pergi bilik air nih.”
Dan dia masih membatu di depan aku dengan melipat kedua-dua tangan ke dada. Aku tak berani nak angkat kepala, aku tahu yang anak mata dia tengah tenung aku tajam.
“Duduk.” Sekali lagi dia memberi arahan. “Itulah, orang lain naik moto Ego jugak. Tapi janganlah naik moto Ego dengan egonya.”
Aku mencebik. Itu sepatutnya punchline ke apa? Kenapa tak rasa kelakar pun?
“Ingat sikit, kaki saya sebelah je luka. Sebelah lagi kalau terajang awak, sampai kaunter kopi tu pun boleh sampai.”
“Elleh. Tadi dah menangis macam dah cedera parah sangat ada hati nak sepak orang.” Dia senyum mengejek. First aid dibuka pelahan. “Jim, ambik air mineral sebotol.”
“Saya boleh buat sendirilah.” Aku ambil kapas dari tangan dia.
“Okay then...” Dia mengalah.
Aku beralih ke kerusi paling tepi tanpa menghiraukan Tri dan Ajim yang memerhati. Seluar yang sedikit terkoyak itu aku rabakkan sebesar yang boleh. Cukup-cukup ruang untuk aku cuci luka.
Ajim kembali ke kaunter. Tri tarik kerusi bertentangan dengan aku dan duduk di situ, memerhati.
“Kenapa kau tak nak aku eh?”
Nasib baiklah waktu itu aku belum lagi buka botol ubat luka. Kalau tak, mahunya tertumpah semua dek soalan tanpa tapisan dari Tri.
“Kenapa awak nak kan saya?”
Dia senyum selapis. “Entah. I just did.”
The thing that i afraid the most when i fall in love is... i will hate him someday.” Aku berterus terang.
“Kenapa? Kenapa nak kena benci pulak bila dah cinta?”
“I dont know. It’s just me. Hati saya senang berubah-ubah. Boleh jadi saya suka orang tu bagai nak mati and then, bila dan rapat, saya akan jadi bosan. Tak suka.” Aku menjawab sambil menyapu povidone iodine untuk mencuci luka. “I hate myself. Hati saya senang berubah.”
Aku ambil pula ubat kuning dan lumurkan pada kapas sebelum disapukan ke tempat luka. Antiseptic.
Aku pernah minat seorang lelaki masa di sekolah menengah. Tapi bila dah rapat, aku tak rasa perangai dia yang sebenar boleh masuk dengan aku. Jadi aku mula jauhkan diri balik.
Aku pernah juga suka budak sekelas waktu awal diploma dulu. Tapi bila dah baik dan rapat dengan dia, aku jadi macam bosan dengan hidup cara dia. Sekejap je aku boleh benci dia.
 Aku dengar dia tarik nafas perlahan sebelum menjawab, “Well then, pray. Doa. Doa. Doa.”
Aku diam mendengar. Gauze dicapai dari kotak first aid untuk menutup luka.
“Doa bagi hati kekal. Bagi hati kuat cintakan sesesorang. Doa, minta yang terbaik dari Tuhan. And He will do the rest. Sama ada he is the one for you, or you should let him go.” Sambung dia lagi.
Aku tarik nafas panjang sambil menghadam kata-kata Tri.
Doa. Selalu je aku berdoa. Tapi sekadar rutin lepas solat.
Doa yang sama, bagai hafal skrip semata.
Doa yang tiada kesungguhan.
Kalau aku sendiri pun berdoa macam nak tak nak, macam mana Allah nak tunaikan permintaan aku?
Ya Allah. Lalainya aku dalam berdoa.
“Kenapa diam?” soal dia bila aku masih diam membisu.
“Couldn’t agree more.” jawab aku perlahan. “Betul apa yang awak cakap tadi.” Luka dah pun siap dibalut.
Tri senyum segaris. “Good. Lepas ni doakan kebahagiaan kita pulak.”
Aku buat muka. Tak habis-habis!
“Macam mana dengan masalah equipment untuk final year project? Dah settle?”soal dia tiba-tiba.
Aku angkat kepala. “Mana awak tahu?” Guna jampi bebola ajaib ke apa dia ni? Semua benda tahu.
“Facebook.” Dia sengih.
“Stalk freaking much, huh?”
“Well,” Dia sengih. “Orang cakap, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tak usaha, mana nak dapat update kau sehari-hari.”
Aku mencipta senyum tawar. “I’m sorry, nothing has changed since last week.”
“Are you sure?”
“Yup.” Aku menjawab pantas. Baru sahaja dia ingin membalas, mata kami sama-sama jatuh pada skrin telefon yang bergetar meminta perhatian.
Nama Paan terpapar pada skrin yang menyala.
Aku pandang dia dan mata kami bertaut sesaat.

“It’s okay.” Tri bingkas dari kerusi. “If you love me, let me know.” Dan dia terus berlalu ke kaunter.

No comments: