Memori Tri + Nani [Bab 26] - Terakhir di blog-



[Bab 26]


BARU JE MASUK sebulan semester baru ni, dah banyak berita yang aku terima. Jiha dah bertunang waktu cuti semester itu hari. Sofia pulak, habis aje final exam nanti dia akan nikah. Mungkin minggu yang sama dengan Paan. Dan, yang paling mengejut, Imah yang kecoh itu pun akan kahwin waktu cuti mid sem nanti!
Cuti mid sem kot! Tak sampai berapa minggu pun lagi!
Dan rata-rata budak kelas aku semua dah ada pasangan masing-masing. Iyelah, umur dah masuk 23 dan 24 tahun. Ada jugak yang dah 25 tahun. Memang kalau nak dikira, umur macam ni dah sesuai sangat untuk bina keluarga sendiri.
Semua pun dah ‘chup’ pasangan masing-masing waktu di universiti. Ada yang laing setia, ‘chup’ waktu zaman sekolah lagi.
Aku?
Aku sebenarnya tak kisah pun lambat kahwin, tapi...
Bila dah sekeliling aku penuh dengan cerita pelamin idaman, honeymoon dekat mana, nak pengapit banyak mana dan macam-macam lagi, nak tak nak, aku pun jadi terfikir sama.
Nak-nak pulak bila Paan cerita kisah petik bunga dulu. Beruntung ke aku bila dah ada orang yang suka? Memilih ke aku bila aku asyik tepis je ayat-ayat manis Tri?
Sofia di sebelah pula asyik bercerita tentang pertemuan dia dengan Hadiy. Kawan satu sekolah yang bertemu kembali baru-baru ni.
Aku hanya mampu senyum aje dengar kesungguhan Hadiy untuk ikat tali pertunangan, tak bagi mereka berpisah lagi sekali.
Perjalanan ke makmal terasa sungguh jauh walaupun hanya beberapa meter dari fakulti aku.
Memang pun sejak dua menjak ini cerita pasal jodoh, kahwin dan sewaktu dengannya menjadi topik hangat bagi budak kelas aku.
Meja belakang, meja depan. Bahkan, Dr Diana yang pemarah itu pun akan kahwin minggu depan.
Kahwin, bina keluarga sendiri.
Jadi entah kenapa, bila Tri bangkitkan hal ni semalam, hati aku macam terbuka.
Terbuka untuk kahwin.
“Kau masuk dulu, aku nak pergi toilet.” Sofia meninggalkan aku sendirian sebaik sahaja kami tiba di depan pintu makmal.
Aku tarik nafas panjang-panjang. Dalam kepala aku penuh dengan pelbagai ayat yang aku akan karang. Tri selalu cakap yang kalau aku suka dia, bagitahu dia. tapi masalah sekarang, macam mana aku nak bagitahu?
Tri, aku dah suka kau?
I love you and i want let you know?
Ah, kusut!
Perlahan-lahan aku menolak daun pintu dan...
“Anak rusa Nani, baru kembang ekor...”
... dan wajah Tri yang tersenyum lebar terus menyapa mata.
Aku cipta senyum bila mendengar Tri menyanyi-nyanyi kecil sebaik sahaja dia nampak aku masuk ke dalam makmal.
Lama aku pandang dia yang hanya berbaju T lengan pendek dan jeans lusuh. Jaket hitam disangkut pada kerusi yang didudukinya.
Apa lagi yang aku nak, kan? Dah ada orang suka aku, kenapa aku tak sudi?
Dan Tri tu tak adalah menyakitkan hati sangat sebenarnya.
“Miss me damn much?” Kening diangkat beberapa kali.
“Perasan!” Spontan aku menjawab.
“Dah tu, kenapa lebar sangat sengih tu bila nampak aku?”
Aku ketawa perlahan. Tak tahu nak jawab apa. Langkah dibawa ke meja kosong bertentangan dengan dia. Buku-buku yang aku pegang tadi terus diletakkan di atas meja.
“Tri,”panggil aku sepatah. Perut dah mula bergelodak dengan pelbagai perasaan. Nak cakap ke... tak?
Nak cakap sekarang ke... nak simpan esok-esok?
“Apa?”
Lambat-lambat aku pandang muka dia yang penuh dengan tanda soal. “Awak cakap, nanti bagitahu awak kan?”
“Bagitahu apa?”
Aku diam. Rasa menyesal pulak bila keluarkan topik ni. Lama aku pandang muka dia yang penuh dengan soalan tu.
“Er... if I love you?” Aku gigit bibir. Malu oi!
Segala jenis journal di atas meja tadi ditolak tepi. “So...” Aku nampak dia senyum segaris.
“Jangan ajak saya couple, ajak saya kahwin.” Aku berterus terang.
Okay.”
 “Okay?”
“Yup. Okay. Lepas awak habis semester ni, kita kahwin.”
Hah? Macam tu je? Senangnya nak ajak anak orang kahwin? Tapi aku ni pun, senangnya suruh dia ajak kahwin terus. Takkan tak ada nak kenal-kenal dulu ke, kawan-kawan dulu ke.
Tapi, dia jugak yang kata yang dia dah cukup hafal perangai aku. Kan?
“Tapi saya nak bagitahu awak satu benda.”
“Apa dia?”
“I’m such a jerk! Really am. Jadi jangan menyesal kalau saya ni tak seperti yang awak fikirkan.
Dia ketawa lepas. “Kenapa? Awak bertukar jadi pontianak ke bila tiba waktu malam? Atau... jadi angsa putih yang jahit baju pakai bulu pelepah tu?”
“You and your imagination!” Aku buat muka stress.
Sekali lagi dia ketawa.
“The turth is, saya tak reti berdikari. Saya suka susahkan orang. Saya nampak je yakin, tapi kenyataannya, I’m bad at everything I do.”
“I know.” Dia sengih segaris. “But it’s okay, I love you anyway.”
Rama-rama datang lagi! Darah merah terus menyerbu ke muka. Terharu, malu, gembira semua dah bercampur baur. You love me, I pun love you jugak!
Sengihan aku makin lebar. Tri pun sama. Masing-masing dah mula bayangkan apa yang akan jadi seterusnya.
Sofia yang tiba-tiba masuk angkat kening seinci bila nampak aku dan Tri berbalas senyuman.
“Did I miss anything important?”
Serentak, aku dan Tri berpaling ke arah Sofia. Masih dengan senyuman. Bagai mengerti apa yang dah jadi, wajah Sofia meleret dengan senyuman.
I knew it!” Dia hampir melompat. “Congratulations both of you. Oh  my, aku happy gila ni!”
“Jangan over ye, makcik.” Aku sengih.
“Ah, suka hati lah.” Dia cebik ke arah aku. “Abang, make it fast, ya? Kami nak habis belajar dah ni...” Dia angkat kening pada Tri.
“I will.” Tri kenyit mata.
Aku cubit tangan sendiri. Senyap senyap. Pastikan yang semua ni bukan mimpi.
Rasa sakit masih ada. Jadi, aku bukan tengah tidur di siang hari.
Aku akan nikah dengan Tri and I’m excited!





 >>>>>bersambung >>>>>> dalam bentuk novel<<<<

Thank you! <3

Comments

Anonymous said…
"Akak penulis, make it fast ya.. Saya pn dh x sabar ni?" (Copy ayat sofia)
"............." Jawab penulis
Buat illa.. Sila isikan tempat kosong hihi
Wajihah Nassir said…
This comment has been removed by the author.
Illa Shanahila said…
Anon

InsyaAllah tak lama dah :)
Anonymous said…
Eh.. Lupa nk letak nama hahaha
Anon tu noriatul sebenarnye hehe
-noriatul-
Dewi Aja said…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)