Memori Tri + Nani [Bab 25]




[Bab 25]

HARI NI PERTAMA AKU mulakan eksperimen. Disebabkan set catalytic cracking tu ada satu je, terpaksalah aku dan Sofia bergilir-gilir.
Semalam Sofia, dan hari ini giliran aku. Begitulah seterusnya.
Pagi-pagi lagi aku dah gerak pergi makmal setelah ambil beberapa isi penting dari Sofia. Kata Sofia semalam, output akhir akan dapat sikit je, jadi kena banyak sabar dan kena banyak ulang eksperimen.
Masa yang diambil untuk dapat keputusan dalam datu-satu eksperimen pulak adalah selama 4 jam. Jadi sepanjang masa menunggu, aku sempat membuat beberapa assignment dan kadang-kadang tersasar juga tengok you tube.
Hari ini giliran aku untuk menggunakan reactor. Kebetulan Tri dan beberapa orang pelajar masters juga ada di dalam bilik khas untuk dia orang. Kalau nak dikira, ini kali pertama aku terserempak dengan Tri dekat makmal tanpa berjanji.
Iyalah, selalunya aku yang mesej dia untuk jumpa dekat sini bila ada benda yang aku dan Sofia kurang fasih pasal reactor atau bila ada masalah dalam eksperimen.
“Hai budak.” Suara yang menegur sayup-sayup kedengaran. Aku angkat kepala dari skrin laptop dan spontan tangan melurutkan headphone ke leher.
“Huh?” Kening aku terangkat tinggi bila melihat si penegur. Tri tersengih-sengih di meja bertentangan. “Apa awak cakap?”
“Cakap? Er... hai?”
“Tak. Bukan itu aje, kan?”
Tri menggulung beberapa kertas yang berselerakan di atas meja dan laju menepuk kepala aku.
“Berangan. I said, hai.”
“Hish, apa nih main kepala.” rungut aku perlahan. “Nak apa? Orang sibuklah.” Aku kembali mengangkat headphone ke kepala.
“Sibuk apa kalau tengok episod baru Running Man. Tu ha, tak tahu ke setiap setengah jam kena tengok dan kena isi ais ke dalam ice bath tu?” Muncung Tri tepat pada reaktor yang panas dengan api yang menyala kuat pada bahagian bawahnya.
Tangan aku tak jadi untuk menyarung headphone. Kepala terus ditumpukan pada arah pandangan Tri.
“Ye ke?”
Sekali lagi kepala aku jadi mangsa gulungan kertas. “Kau tak baca step, eh? Tak dengar apa yang aku cakap hari tu? Tak salin?” Bertubi-tubi soalan daripada dia. Aku hanya mampu menggeleng dalam kepelikkan.
“Sah-sah nama dia ice bath, kena la sentiasa ada ice, sayang oi. Kau ingat dalam masa empat jam waktu eksperimen ni ais yang kau letak awal-awal tadi tak cair ke?”
Aku garu kepala. Blur.
Sungguhlah. Sikitpun aku tak ingat bahagian kena letak ais di luar receiving flask tu setiap setengah jam!
“Itulah, berangan lagi.” Aku nampak dia senyum nipis. “Kut ya pun kagum dengan aku, takkanlah sampai semua kata-kata aku terus lalu dekat telinga kau bagai angin lalu yang membawa dedaunan berguguran.”
Spontan aku mencebik. Berfalsampah pulak dia.
Sesaat masa, aku bangun dari kerusi dan terus ke ice maker yang tak henti-henti mengeluarkan isi sejak dari tadi. Nasib baiklah Tri ada untuk ingatkan aku. Dan nasib baik juga baru satu jam aje masa yang dah berlalu.
Cepat-cepat aku kaut ais sebanyak yang mungkin dan masukkan kesemuanya ke dalam air yang sudah mula hilang sejuknya.
Betul kata Tri. Ais dah cair dan air dah tak sejuk pun.
Perlahan-lahan aku meletakkan kembali bekas kosong ke tempatnya. Tri masih tercegat di hadapan meja.
Thanks.” Ucap aku sepatah sebelum kembali duduk. Kalau dia tak bagitahu tadi memang sepanjang eksperimenlah aku buat salah. Macam mana nak dapat result yang betul kalau macam tu?
“Anytime.” Sepatah juga dia menjawab. Masih tegak berdiri di tempat yang sama.
Ruangan YouTube aku tutup dan journal penyelidikan yang berterabur di atas meja aku susun sebelum diletakkan ke dalam satu file plastik. Pandangan mata Tri yang terasa sejuk tiba-tiba itu tak dihiraukan.
Siap susun journal, aku buka pula buku untuk siapkan assignment. Kali ini aku angkat kepala, membalas pandangan dia.
“Kenapa?”
“Sampai bila kau nak tunggu M.K?”
Pen yang baru dicapai dari kotal pensel hampir terlepas dari genggaman.
“How....?” Tekak terasa perit untuk bersuara. “Mana awak tahu pasal M.K!?”
Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung ke atas kerusi bertentangan dengan aku. Muncung dia tepat pada planner aku yang terbuka luas.
Tulisan tangan aku yang mencorakkan huruf M dan K menyapa pandangan. Laju aku tutup planner tadi rapat-rapat.
“Hmm, aku pernah nampak kau conteng nama dia few times dalam planner dan jugak dekat mana-mana kertas yang kau buat conteng-conteng.”
Nafas aku turun naik bila dengar jawapan dia. Macam mana dia boleh perasan? Dan yang paling penting, macam mana dia tahu yang M.K tu nama orang?
“Miss him damn much, huh?” entah kenapa nada suaranya kedengaran lain di telinga aku.
Cemburu? Menyampah?
“Tak ada kaitan dengan awak pun.” Planner tadi aku simpan ke dalam beg sandang. Nafas dihela panjang. Sebenarnya aku sendiri tak faham kenapa hingga sekarang aku masih teringatkan pakcik. Walhal, tempoh perkenalan kami tak lama pun. Tak sampai dua tahun.
Dan kami tak pernah jumpa di alam nyata pun!
“Ada”
Aku balas renungan dia. “How can that be?”
“Sebab aku dah suka kau.”
Aku gigit bibir sendiri. “He is nobody.” Perlahan aku menjawab. Lebih pada berkata kepada diri sendiri. “At least, now. Dia bukan siapa-siapa. He just somebody that I used to know.” Aku mengeluh dihujung kata.
Sampai sekarang aku masih tak faham kenapa dia tiba-tiba hilang. Kenapa dia tiba-tiba sepikan diri hatta blog dia pun dah tak ada.
Rindu tu ada. Teringat tu ada. Ralat pun ada.
Sebab ditinggalkan begitu aje.
“Dah jadi kenangan.” Sambung aku lagi.
“Jadi kenapa nak ingat-ingat sampai sekarang?”
Aku pandang Tri di hadapan. Sukar nak dibaca raut wajah dia sekarang. Marah ke dia? “Kenangan itu untuk kita ingat, kan? A memory is meant to be remember...”
Yes. Tapi jangan sampai duduk je kat kenangan lama. Past is a past.”
None of your business!” Suara aku naik senada.
“Sebab aku dah suka kau, jadi it is my business.”
Aku diam. Malas nak panjangkan cerita.
“Nani,” Suara dia makin mengendur dan entah kenapa nama aku yang keluar dari mulut dia terasa sungguh lembut. “Instead of waiting someone yang tak akan datang, how about me?” Anak matanya merenung mata aku lama. Langsung tak ada senyuman di situ.
Aku telan air liur, membalas renungan dia. Tak lama kemudian, aku tergelak kecil tanpa sedar. “Awak? Ganti dengan dia?”
Dia angguk sekali.
“Banyak sangat beza korang ni. Kalau dia selalu sejukkan hati saya, awak pulak selalu menyakitkan hati.”
Aku nampak dia mengeluh perlahan sebelum berlalu dari situ.


KULIAH KEESOKAN harinya aku terserempak dengan Sirah dan Zati di cafe. Kedua-duanya senyum nipis sebelum berlalu meninggalkan cafe. Tak macam selalu. Dan ya, aku tahu semua benda dah berubah sejak Mila cerita pasal ‘lelaki’ yang aku bawa masuk tu.
Bila balik ke rumah, sikap Anis pula yang buatkan hati aku hancur.
“Nani, nak duit bil api bulan ni.”
Baru aje nak lelapkan mata, Anis terjengul di muka pintu yang tidak tertutup rapat. Aku bangkit dari pembaringan. Sempat jugak aku jeling jam pada dinding.
Dah pukul tiga petang.
 “Berapa?”
“RM 15 sorang.”
Aku capai beg duit dari atas meja dan keluarkan satu not sepuluh ringgit dan satu not lima ringgit.
Terus aje aku hulurkan kedua-duanya kepada Anis.
Elok aje duit bertukar tangan, Anis berpusing untuk pergi.
“Sampai bila korang nak buat aku macam ni?” soal aku perlahan. Lebih pada keluhan sebenarnya. Dah penat aku tayang muka tak ada apa-apa walaupun aku rasa terasing sangat bila setiap kali masuk ke dalam rumah.
“Entah. Mungkin sampai kau tak bawa masuk lelaki dalam rumah ni lagi.” Anis menjawab tanpa nada.
“Tapi aku tak pernah pun berdua-duaan dengan lelaki dalam rumah ni. Dulu pun Paan masuk dengan kak ipar dia.”
“Lelaki jugak, kan?” potong Anis.
Aku terdiam mati kata.
“Dah. Aku nak keluar bayar bil.” Dan dia terus keluar dari rumah.
Aku tarik nafas panjang.
Kenapalah semua orang suka dengar cakap orang lain tanpa tengok dengan mata sendiri?
Mata yang mengantuk tadi tiba-tiba kembali segar. Ingatkan tadi nak lelapkan mata sekejap sebelum masuk asar. Tapi terbantut.
Aku keluarkan laptop dari beg. Saat-saat macam ni, Running Man sangat menjadi untuk aku lupakan segala kusut.
Belum sampai setengah jam aku buka episod terbaru Running Man, Xiaomi Note bembunyi nyaring.
Nama Habib Fitri yang muncul pada skrin membuatkan kening aku bertaut.
“Assalamualaikum,” Aku menyambung talian.
“Waalaikumussalam, jadi tak buat lab petang ni? Hari ni turn kau ke, Sofia?”
Aku tarik nafas perlahan sebelum menjawab. “Turn Sofia. Semalam kan saya dah buat satu.”
“Oh... aku lupa.”
Aku diam, tak menjawab.
“Kau buat apa tu?”
“Tengok Running Man.” Mata aku menjeling ke arah Jong Kook yang sedang mengangkat Jae Suk sambil membalikkan beberapa biji bantal. Jae Suk yang meronta-ronta untuk turunkan sedikitpun tidak dihiraukan.
“Are you okay?” Soalan Tri membuatkan aku kembali ke alam nyata. Entah kenapa suara Tri kali ini kedengaran begitu lembut di telinga.
Air mata mengalir juga. Teringatkan layanan budak rumah. Teringatkan layanan Paan dan Ana.
“Why?” Sedaya upaya aku mengawal suara.
Tri diam beberapa saat. Hanya hembusan nafas dia sahaja yang kedengaran. “Sebab awak tengok Running Man bila awak sedih, kan?”
Aku diam. Membiarkan air mata mengalir sendiri tanpa diseka. Kenapa orang asing yang baru kenal aku faham aku lebih dari kawan-kawan yang lain?
“Nani, tell me.”
Nafas dilepas perlahan. “Saya okay.”
“No you’re not.” Laju dia memotong. “Meh datang cafe. Aku belanja kopi.”
“Tak nak.” Aku seka air mata yang hampir menitis dengan belakang tangan.
“Sepuluh minit. Dekat cafe. Iced americano menunggu.” Talian terus diputuskan.


“MANA AWAK tahu yang saya akan tengok Running Man bila saya sedih?” soal aku sebaik sahaja gelas americano ais diletakkan ke atas meja.
“I don’t know.” jawab dia pendek. Ada sengih nipis disitu.
Aku ketap gigi. Geram. Satu benda yang aku perasan pasal Tri ni adalah, kalau dia nak cakap, dia cakap. Kalau dia nak berahsia, kau korek la banyak mana pun dia tak akan cakap.
Macam waktu selamba je aku cakap dia tak tahu apa-apa pasal process flow diagram dulu walhal sebenarnya dia dah master gila dalam bab-bab process flow diagram. Aku yang tak tahu apa-apa sebenarnya, bukan dia.
Tapi tak pulak dia nak cakap. Sengih je bila aku kutuk dia.
Dan sekarang, tiba-tiba dia boleh tahu rahsia aku yang satu ni.
“Dah tu, mana tau saya tengah sedih masa tadi?” Aku renung mata dia dalam-dalam.
“Kau tengah sedih ke ni?”
“Fitri!”
Dia ketawa kuat. Ajim yang berada di belakang kaunter sengih aje dari tadi. Entah apalah yang dia tengah fikir sekarang. Khalisha pulak sibuk mengelap dua buah meja yang bari ditinggalkan pelanggan.
Tshirt putih, jeans biru muda dan cap hitam. Tak tahu kenapa hari ni aku rasa dia berganda handsome. Mungkin sebab dia dah belanja aku kopi.
“Rasa bestlah pulak bila kau panggil nama aku macam tu. Boleh panggil lagi tak?”
Grrr.... dia ni. Kalau aku curah air kopi ni dekat muka dia, sia-sia je dapat title pelanggan kurang tatasusila.
Iyalah. Orang dah belanja minum, pergi curah pulak, kan?
Chill lah. Hidup kau hari-hari memang nak marah orang je eh?”
Aku mencebik. Straw dibawa ke mulut dan terus je aku hirup caramel macchiato free tadi. Nikmatnya memang berganda ganda. Sedap!
“Tak pergi lab ke?”
Dia geleng sesaat. “Malaslah. Bukan ada kerja pun kat sana. Buat kat sini pun boleh. Lagipun, kau tak ada dekat sana, bosan.”
Minuman tersasar ke esofagus. Terbatuk terus aku. Oh Habib Fitri, kenapa selamba sangat kau guna ayat pemikat hati sejak akhir-akhir ini?
“Kenapa tak pernah cakap pun yang awak ni pun student UiTM. Sama fakulti pulak tu.”
Dia balas pandangan aku. “Habistu kau nak aku letak sticker ‘Manager cafe ni tengah buat masters dekat UiTM oi!’ gitu?”
Takdelah sampai macam tu.” Kalau tak buat hiperbola memang tak sah agaknya. “Awak tu dahlah satu fakulti dengan saya. Lepastu pulak, hampir setiap hari awak nampak saya belajar benda yang awak tahu. Tak pernah pun awak nak cakap, ‘eh, kau pun amik Chemical Engin?’”
“Kau ingat aku busy body macam kau ke?”
Aku baling jugak gelas ni karang.
At least, kalau nampak saya blur terkial-kial nak jawab soalan tu, tolonglah. Ini pandang je.”
“La... kau kan ada Paan untuk ajar apa-apa. Aku ni kan baker cabuk je, mana kau nak kisah pasal aku. Kau kisahkan hal Paan, hal M.K.”
Ni apa ni? Dia cemburu ke apa? Takkan dia nak cemburukan Paan dan pakcik kot.
“Eh kejap.” Dahi dia berkerut lebat sambil pandang aku atas bawah.
“Apa?”
“Kau pakai susuk ke harini? Ataupun kau memang hari-hari cantik macam ni?”
Aku hampir ternganga. Panas terus muka aku bila dengar dia cakap macam tu. Apa yang cantiknya? Mata hampir bengkak sebab menangis, seluar jeans hitam macam biasa. Tshirt kelabu lengan panjang yang dah lama aku beli. Dah lusuh pun.
Dan tudung bawal hijau gelap.
Cantik apa nya?
“Hambar okay, hambar.” Taktik mengoratlah tu. Heh!
Dia ketawa lagi. Murah dengan ketawa betul dia hari ni.
“Saya ada lagi satu soalan.”
“Kau ni, dah dapat air free bukan main banyak lagi soalan kau nak tanya. Kalau air yang kena bayar minum pun macam tak ikhlas.”
Spontan aku gelak. Ada ke macam tu.
“Hah, nak tanya apa?”
“Kenapa tiba-tiba kau baik dengan aku, eh? Dulu kau kasar je ngan aku?”
Aku nampak dia senyum lama sebelum menjawab, “Sebab sebelum ni kau ordinary girl je.”
“Habis tu sekarang apa? Saya dah bertukar jadi superpower girl ke apa?”
“Sekarang kau dah jadi someone special.” Dia senyum.

Dan aku rasa rama-rama dah mula buat sarang dalam perut. Aaaaaaa, butterflies dah bersarang dalam perut aku oi!

Comments