Thursday 17 March 2016

Memori Tri + Nani [Bab20]


 [Bab 20]


GILA.
Kenapa semua orang nak jadikan aku patung cubaan mencari kekasih ni? Hari tu, Paan yang ajak bertunang. Last-last, berbaik dengan Ana dan bertunang dengan Ana jugak.
Kali ni mat Tri four five ni pulak.
Apa, ingat senang-senang je nak usik hati aku dengan perkataan macam tu dan blah macam tu je?
Aku mendekati kaunter kopi sambil menopang dagu dengan sebelah tangan. Ajim kelihatan serius mencuci bekas-bekas yang sudah digunakan sebelum dia memulakan bancuhan lain.
Petang ni pelanggan tak ramai mana pun. Dan Tri jugak hanya pandang aje bila aku buat cafe ni macam kedai sendiri
“Ajim, kau free tak minggu depan?”
Ajim tersengih-sengih sambil menghidupkan coffee grinder sederhana besar di sudut kaunter. Aku tahu dia dah dengar seluruh perbualan aku dengan Tri di meja paling depan tadi. Bukannya aku tak perasan kepala yang dia terjenguk-jenguk nak curi dengar tu.
“Ada apa? Nak belanja aku makan?”
“Kalau nak belanja kau kena tunggu duit PTPTN masuk dulu.” Aku sengih. “Free ke tidak?”
Kopi yang dah dihancurkan tadi dimasukkan ke dalam bekas untuk dibancuh dengan lain-lain bahan.
“Kau pun tahu aku hari-hari kerja jadi kuli dekat cafe ni.” Ajim angkat kening.
Perkataan ‘kuli’ tadi diperlahankan sambil memuncungkan mulut kepada Tri yang diam memerhati. Serta merta ketawa aku pecah.
“Tak best lah kau ni. Baru aje nak minta tolong.” Aku kembali ke meja paling tepi tanpa menghiraukan Tri yang masih memandang. Pernyataan dia tadi masih membuatkan kepala aku ligat berfikir.
Aku pandang jam pada dinding cafe sesaat. Awal lagi kalau nak balik rumah pun. Dan rancangan untuk bawa ‘kekasih hati’ aku berjumpa dengan Ana masih lagi tak berjaya.
Aku menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telefon pintar yang dari pagi tadi tak dibuka.
Bila melihat icon Facebook, kepala terus teringatkan permintaan Tri waktu dia dekat kampung dulu.
Macam manalah aku boleh lupa nak bagi dia nama Facebook aku?
“Awak,” panggil aku perlahan. Dia yang dah kembali fokus kepada Majalah LIBUR ditangan mengangkat kepala.
Aku bangun dari kerusi dan beralih tempat ke meja dia.
“Ni ha nama Facebook saya.” Skrin Xiaomi disua ke depan. Dia menjeling sesaat sambil mengangguk.
“Hmm. Okay.”
Kening aku automatik bertaut. “Hmm je? Itu hari bukan main lagi minta sampai telefon segala.” Aku tarik balik telefon yang disua tadi.
Hmm aje? Macam aku pulak yang sibuk nak bagi dia nama Facebook aku tu. Takkan dia boleh hafal kut bila tengok satu saat macam tu je. Nama aku dekat situ dahlah panjang.
“Handphone dekat dapur. Malas nak ambik.”
Aku mencebik. “Dah tu ingat ke tak nama ni.”
“Ingat.”
Mata dipicingkan ke arah dia yang masih selamba dengan majalah di tangan. Ye ke boleh ingat?

Nur Hannani Muhammad Jamil.

Tak ke panjang tu?
“Dah tahu sebenarnya. Dah add pun. Dah mintak dengan Ajim dulu.”
Eh?
Dengar aje penjelasan dia, aku terus memeriksa senarai friend request. Selama ni aku memang jarang nak tengok siapa yang request.
Ada!
Bulat mata aku membaca apa yang tertulis pada skrin telefon.

Friend Request

Habib Fitri
2 mutual friends

“Bila awak add ni?” aku pandang dia.
“Tiga minggu lepas.”
Kening aku bertaut pelik. Tu macam sebelum dia call aku dekat kampung. “Dah tu yang call tanya lagi tu kenapa. Tunggu ajela saya approve.”
Aku nampak dia sengih nipis di sebalik majalah sebelum menjawab, “Saja.”



SELEPAS KEJADIAN Tri nak jadi ‘real boyfriend’ aku tempoh hari (sebut perkataan itu pun dah buat tekak aku kembang), hari ni dah masuk seminggu aku tak jejakkan kaki ke Iris Cake House.
Sebab kedua, duit PTPTN tak masuk lagi, jadi takkanlah aku nak habiskan ringgit-ringgit aku yang terakhir hanya untuk segelas kopi?
Esok bermulalah semester baru untuk semua pelajar degree. Semester terakhir aku (harapnya). Dan esok juga Paan ajak aku bertemu dengan Ana untuk selesaikan masalah kami bertiga.
Masalah Ana aje sebenarnya.
Jadi nak tak nak, selepas habis kuliah esok aku kena juga hadap Ana untuk terangkan segala apa yang terbuku dalam hati.
“Kau dah mengorat abang cafe tu ke, belum? Jangan lupa ajak dia sama petang ni.” Paan sempat berpesan sebelum aku menghidupkan enjin Ego untuk balik ke rumah.
Hari pertama. Macam biasa, tak ramai pun pensyarah yang buat kelas. Elok aje kelas tengah hari itu cancel, aku dan Paan terus ke tempat parkir motosikal. Nak balik rumah masing-masing.
“Alah, aku pergi sorang pun okay je, kan?” Helmet disarung ke kepala.
“Kalau kau ada teman, percayalah sikit tunang aku tu.”
Aku mencebik. Masih tak puas hati kenapa aku kena bawak ‘teman’ untuk selesaikan masalah tu.
“Petang ni. Lepas asar. Dekat cafe.” Paan mencipta janji.
Dahi aku spontan berkerut bila mendengar nama tempat yang disebut Paan. “Kenapa dekat cafe pulak? Tak ada tempat lain ke?”
“Cafe. Lepas Asar.” Paan sengih. Dalam sesaat masa, helmet dia sarungkan ke kepala sebelum menghidupkan enjin motosikal.
Dia dah pun meluncur laju sebelum sempat aku menahan. Sengaja la Paan ni. Nasib baik PTPTN dah masuk hari ni. Boleh jugaklah aku minum americano yang dah lama sangat aku tak rasa tu.
Starter ditekan bersama brek. Sempat aku mengeluh perlahan sebelum meluncur keluar ke jalan besar.
Tapi kalau Tri ada dekat cafe tu nanti macam mana?


EGO DIPARKIR di tempat biasa. Sempat aku menoleh ke kiri dan kanan kalau-kalau ada motosikal Tri di situ.
Senyuman terus ditarik selebar yang mungkin bila yakin motosikal dia tak ada. Dengan senyuman yang masih berbaki, aku melangkah ke arah pintu cafe. Perlahan-lahan aku tolak sebelum permandangan cafe menyapa mata.
Bunyi ‘ting’ yang terhasil setelah pintu ditolak membuatkan Khalisha yang berada di kaunter bayaran mengangkat kepala. Spontan dia mencipta senyum bila nampak aku.
Dan aku membalas.
“Tri ada?” soal aku perlahan.
Khalisha menggeleng. “Tadi dia keluar.”
“Tau tak dia balik sini bila?”
Khalisha angkat bahu.
“Selalunya kalau dia keluar waktu ni, malam baru dia balik.” Dia kemudiannya berjalan ke arah meja paling depan dan mengemas cawan yang baru ditinggalkan pelanggan.
Aku tayang gigi. Happy.
Dan beberapa saat kemudian, senyuman aku mati. Ini bermakna aku sendiri kena hadap Ana dan Paan. Tapi apa nak kisah, aku cakap ajelah yang aku dan Paan kawan dan aku dah ada kekasih hati.
Senang, kan?
Elok aje aku berpaling untuk ke meja, Paan dan Ana masuk bersama-sama. Aku sempat pandang wajah Ana dan sikitpun aku tak dapat nak baca apa yang bermain di dalam kepala dia.
Aku duduk di meja biasa dan memesan minuman biasa. Kali ini, aku memilih kerusi mengadap pintu masuk manakala Ana dan Paan duduk bertentangan dengan aku.
Tiba-tiba perut terasa sebu dek nervous yang teramat walaupun bibir sedaya upaya mencipta senyum. Paan bangun menuju ke kaunter untuk membuat pesanan. Aku tarik nafas dalam dalam sambil membalas renungan Ana di depan.
Sorry.” Entah kenapa perkataan itu terkeluar tiba-tiba.
Kening dia terangkat tinggi. “Sebab?”
“Sebab rapat dengan Paan walaupun kau dan bagi amaran.” Aku sengih. “Tapi percayalah, aku dengan Paan bestfriend je.” Aku ulang pernyataan yang sama. Yang aku sendiri tak pasti entah berapa kali aku sebut ayat tu.
“Susahlah aku nak percaya, Nani.” Kata-kata Ana bersulam keluhan. Dia pandang Paan yang berjalan menyertai kami di meja.
“Aku tahu.” Memang umum dah letak dalam kepala. Lelaki dan perempuan tak ada istilah kawan baik. “Tapi kes aku dan Paan kau tak perlu risau. Aku pun dah ada orang yang aku sayang.” Aku cuba berlagak se‘cool’ yang boleh. Ana tak boleh tahu yang aku tipu.
“Kan I dah cakap.” Paan angkat kening. Dia berhenti seketika, memberi ruang kepada Khalisha meletakkan air dan kek yang dipesan.
Dan saat itu, barulah aku perasan yang Tri tercegat di depan pintu masuk sambil memandang ke arah kami. Dia yang bersandar pada dinding sebelah pintu sambil melipat kedua-dua tangan ke dada merenung aku tanpa riak.
Memerhati.
“I sayang you je, bukan orang lain.” Paan menyambung sebaik sahaja Khalisha berlalu dari situ. Tumpuan aku kembali kepada Paan di depan.
“Sebab tu I pinang you, bukan Nani.”
Ana buat muka terharu.
Dan aku cuma mengangguk dengan perasaan berbaur. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa kecil di mata Paan.
Seolah-olah aku langsung tak layak untuk Paan. Apatah lagi untuk orang lain.
Mungkinkah betul selama ni aku jadi orang ketiga?
“Hei, sorry. Saya lambat ke?” Saat air mata hampir jatuh, suara Tri tiba-tiba menyampuk. Bulat mata aku bila dia terus duduk di sebelah aku selepas bersalam dengan Paan.
Aku nampak dahi Ana berkerut nipis sambil memandang aku dan Tri bersilih ganti.
“Abang ni lah buah hati Nani.” Paan menerangkan dengan sengihan. Riak wajah Ana jelas terkejut. Mungkin dia tak pernah jangka yang aku ada kawan lelaki selain Paan.
Dan sekali lagi, aku hanya mampu mengangguk mengiakan.


HAMPIR SEJAM juga kami bersembang sehinggalah Paan dan Ana meminta diri. Langsung aku tak sangka yang Tri boleh jadi seperamah tadi. Mungkin kepala Paan dengan dia dari jenis yang sama ataupun bakat lakonan dia memang tiptop.
“Kenapa tiba-tiba datang menyampuk tadi?” soal aku bila dia tak ada tanda-tanda untuk bangun meninggalkan meja.
“Ingat aku tak nampak ke muka kau waktu tu?” Dia menjawab tanpa memandang.
Anak matanya jauh merentasi cermin tembus pandang ke keluar cafe, di mana Ana dan Paan bercakap-cakap sebelum menaiki kereta yang diparkir betul-betul di depan pintu.
“Kalau aku tak menyampuk tadi, entah-entah kau dah menangis sambil nyanyi lagi Pelamin Anganku Musnah agaknya.”
Aku buat muka. Tri dan lagu 90-an tak dapat dipisahkan.
“Saya boleh handlelah. Tak perlu pun awak nak masuk campur tadi. Sekarang ni, Ana dengan Paan dah ingat awak dengan saya memang betul-betul bercinta.” Aku memandang kereta Paan keluar dari petak parkir sehingga hilang dari pandangan.
“Bukan itu ke niat kau waktu minta aku teman dulu?”
“Dulu.”Sebelum kau buat kerja gila nak jadi boyfriend aku.
“So?”
Aku berpaling ke kiri, mencari makna ‘so’ pada wajah dia.
“Apa?”
“Kira dah selesai la ni, kan? Tak ada lagi orang ketiga?” Dia senyum segaris.
“Mungkin. Asalkan Ana percaya yang saya dah ada buah hati.” Cepat-cepat aku habiskan americano ais yang dipesan tadi. Rezeki aku hari ni. Paan yang belanja semua.
“What about me, then?”
Kopi tersasar ke esofagus membuatkan aku terbatuk perlahan. Tangan menggagau mencari tisu yang ada di atas meja sebelum aku mengelap mulut sendiri. Tri yang tersengih di depan aku pandang lama.
“Kenapa pulak?”
“Kalau nak suruh aku jadi buah hati sampai bila-bila pun, tak ada hal.”
Sikit lagi aku nak tepuk dahi. Dia mula dah.
“Look, I’m not looking for any terms of ‘boyfriend’, okey?”
Dia senyum. “Okay.”
“And I’m not looking for a relationship.”
“Faham.” Dia senyum lagi. Matanya melirik nakal.
“So?” Dengan bengangnya aku balas renungan dia.
“Apa?” Dia simpan senyum. Sebelah tangan menopang dagu di atas meja.
Kalau kaki aku sampai dekat muka dia ni, memang dah lama aku libas. Nasib baiklah aku tak mampu nak libas sampai muka dia tu.
“Jangan buat perangai macam ni boleh tak?” Aku ketap gigi. Geram!
“Nani... Nani...” Tri ketawa perlahan sambil menggeleng kepala. “Why not you,” jari telunjuknya melurus ke arah aku. “...and me,” kemudian tepat pada dadanya sebelum menyambung, “Buat cerita sendiri dan tak payah masuk cerita Ana dan Paan lagi. Jumpa, jatuh cinta dan terus ke jinjang pelamin. And live happily ever after.”
Rahang aku terbuka luas bila dengar cerita dongeng dia. Ada hati nak jadi putera cerita dongeng pulak. Ingat wujud ke happily ever after tu? Orang yang kahwin sebab cinta bertahun-tahun pun ramai yang bercerai, tahu?
“I’m an engineering student. I don’t believe in fairytales.”
Well, I do. Aku percaya yang aku ada ciri-ciri prince charming. Tak ke?” Dia angkat kening berkali-kali.
Ini Habib Fitri ke alien zaman cerita Cinderella? Apahal lain macam sungguh perangai dia hari ni? Kena sampuk? Kena santau? Kena minyak pengasih?
“Who are you, seriously?” Aku pandang tepat pada anak mata dia. “And what have you done with Tri?”
Sekali lagi dia menghambur tawa.






No comments: