Thursday 17 March 2016

Memori Tri + Nani [Bab21]




[Bab 21]


AKU PANDANG DIA, dia pandang aku. Sesekali dia tersengih sendiri seolah-olah aku tengah buat muka kelakar. Ataupun, raut wajah pelik aku sekarang ni kelakar bagi dia?
Apa-apa pun, sungguhlah aku tak tahu apa yang jadi pada Tri sekarang. Mana boleh dia yang macam angin sepoi-sepoi bahasa kutub utara buat muka manis perisa caramel macchiato ni?
“Dah, saya nak balik.” Aku bangun dari kerusi. Lama-lama dekat sini boleh buat kepala aku fikir macam-macam.
Happily ever after konon.
Let him go, Nani. Aku tahu kau berkawan dengan dia dari kecil,” Tri bersuara perlahan. “No matter how much we want things to stay the same, life is all about change.  Not all people in your life are meant to stay.”
Aku diam. Walaupun hati aku geram nak menjerit, ‘Aku Bukan Orang Ketiga La Oi!’ kuat-kuat, tapi aku tahu setiap apa yang dia cakap tu ada betulnya.
Aku sayang Paan sebagai kawan aku. Dan kadang-kadang, aku tak boleh terima bila perempuan lain lebih rapat dengan Paan (mungkin termasuk Ana sama).
Sebab itu aku kena belajar lepaskan Paan. Lepaskan perasaan aku yang tak patut tu.
Aku sendiri dengar dari mulut Paan tadi yang dia dah pilih Ana, bukan aku, kan?
Wake up lah Nani!
Akhirnya aku melepas nafas perlahan.
Okay. Baiklah. Aku akan lepaskan Paan. Biarkan dia dengan Ana dengan bahagia. Biarkan dia dan Ana cipta cerita mereka jauh daripada orang ketiga, yakni aku.
The right people who belong in your life will stay. Macam aku ni.”
Aku buat muka bosan. Baru aje aku nak mengiakan semua kata-kata dia tadi. Sekarang terus tak jadi.
Bye, Habib Fitri. You are sweet enough.”
“Okay. Jangan lupa buka Facebook. Tri angkat kening. “And... if you love me, let me know.”
“You wish!”
Dan ketawanya mengiringi langkah aku keluar dari cafe.
Aku melepas nafas perlahan sebaik sahaja pintu cafe ditutup. Habib Fitri. Kekasih Semulajadi.
Padan sangatlah tu.


AKU TERUS KE rumah sewa selepas keluar dari cafe. Walaupun semester baru dah mula, semua budak rumah aku masih membisu, pulaukan aku. Anis buat-buat tak nampak. Sirah dan Zati pun buat macam aku tak wujud.
Entah apa cerita yang mereka dengar dari mulut Mila.
Aku sendiri tak tahu dari mana aku nak mula jelaskan apa yang sebenar-benarnya yang jadi.
Kalau dah masing-masing diam dan buat-buat tak nampak aku setiap kali aku jejakkan kaki ke dalam rumah, bilanya aku nak cerita benda betul?
Aku rebahkan badan ke atas katil sebelum meleraikan tudung dari kepala. Sekali lagi keluhan keluar tanpa dipaksa. Besar rupanya kuasa buah mulut orang ni. Sama macam kes printscreen WhatsApp tu jugak.
Belumpun sahih salah, dah dihukum. Belum pun sempat diterangkan, dah di anggap macam-macam.
Oh dunia. Betullah kau makin tua.
Aku capai telefon dari dalam beg sandang bila teringatkan pesanan Tri tadi. Cepat-cepat aku tekan icon notification yang sudah berzaman ditinggalkan.

‘Habib Fitri mentioned you in a comment’

Aku pandang tarikh yang tertera. Dah lama. Dah hampir sebulan pun. Sempat aku tarik nafas perlahan sebelum menekan ke page seterusnya.

“KISAH SEBENAR ONLINESHOP NANI MINI SHOP”

Baca tajuknya saja mampu membuatkan jantung aku berdebar laju. Rupanya Tri ada buat status pasal kes aku dekat Facebook dia dan entah macam mana sampai tersiar di Laman Facebook Page SiakapSenohong.
Semua screenshot whatsapp asal terpampang dengan jelas. Sikit lagi aku nak ternganga. Biar betul?
Membaca satu persatu komen yang ada menjadikan segala beban yang aku rasa terlepas lerai.
Akhirnya semua dah tahu kisah sebetulnya yang jadi. Dan ya, ada juga yang masih tak puas hati bila aku marah customer, tapi itulah.
Aku pun manusia.
Dan aku dah minta maaf pun.
Melihatkan jumlah share yang ada, aku bersyukur sangat. Aku haraplah benda ni boleh pulihkan balik nama perniagaan aku. Aku haraplah benda ini sampai ke semua pelanggan aku. Sampai ke semua company yang gunakan khidmat aku.
Dan yang paling penting, sampai ke pelanggan yang dah edit WhatsApp dan screenshot tu.
Biar dia ingat sikit yang benda jahat tu, lama-lama akan terbongkar juga.
Aku tutup laman Facebook dengan perasaan berbaur. Rupanya dah lama Tri buat benda ni. Tapi kenapa dia tak pernah nak bagitahu aku?

‘Tri,’

Taip aku sepatah. Tak sampai seminit pun menunggu, WhatsApp baru diterima.

‘Yes, anak rusa Nani...’

Aku senyum tawar.

‘Thank you.’


‘What for?’


‘You know why’


‘Apa yang aku dah buat?’


Aku tahu yang kes aku tu tak adalah sebesar masalah negara, tapi Tri sanggup juga nak tegakkan cerita betul untuk aku.
Walau hal tu tak ada kena mengena dengan hidup dia pun.

‘Okay. Saya mengaku awak baik. Cakap je nak apa esok, saya belanja.’


‘Aku tak nak apa-apa. Aku nak kau belanja hantaran lima dulang je =)’


Nafas ditarik panjang. Sekali lagi aku membaca WhatsApp dia tu. Badan direbahkan ke atas katil dengan keluhan berat. Kipas yang berpusing pada siling aku pandang tanpa tujuan. Habib Fitri, kau tahu tak yang benda tiba-tiba ni aku susah nak hadam?

Knock knock... dah takde orang ke?

Ada... why?

Na Ni.. If you love me, let me know


No comments: